Sebenarnya aku nak tulis entri mengenai kuih-muih lagi sebab aku ada bahan yang mengcukupi tapi aku cancel sebab takut korang dah bosan kan. Ahakz!! Papepon, sedar tak sedar malam nie merupakan malam terakhir Ramadhan dan peluang terakhir untuk beribadah dan berterawih semaksimun mungkin. Selepas sebulan berpuasa dan beribadat sepanjang Ramadhan nie, kita semua dijangka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Jumaat nie. So, camner?! Excited tak?! Ke rasa rugi sebab Ramadhan dah nak habis?! *hukhukhuk*
Aku tengok kebanyakan bloggers dan member-member Facebook aku mula untuk tulis entri pasal Hari Raya dan tag gambar di kad-kad raya vitual mereka. Sebenarnya aku sendiri takda kad hari raya virtual aku memandangkan pakar IT aku sedang sibuk membuat biskut raya. Namun aku ingin membuat sedikit ucapan di bawah :
1. Ini merupakan tahun pertama aku beraya sebagai seorang blogger. Jadi, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan-rakan pembaca dan kepada sesiapa sahaja yang melawat Blog Coretan Perantau dan mengenali diriku nie. Mohon dihalalkan semua benda yerk!! ^_^
2. Aku ingin memohon maaf kepada semua pembaca sekiranya ada entri aku yang mungkin menimbulkan ketidaksenangan dalam hati korang. Selain itu, bagi award-award yang tak terbalas, request “I Follow U, U Follow I” yang memang tak terjawab dan pelbagai lagi kesalahan lain : seribu kemaafan aku pohon mewakili Blog Coretan Perantau. Sesungguhnya aku manusia yang lemah : penuh dengan kesilapan. Sob3!! TT__TT
3. Bagi semua yang beraya bersama keluarga, hargailah quality time korang bersama keluarga nie. Walaupun Ramadhan lagi tidak bersama kita, bukannya bermakna setakat itu sahaja amalan kita. Nanti masa Hari Raya jugak, jangan makan banyak sangat sehingga tak larat nak buat benda lain. Layan tetamu dengan teratur kalau ada yang datang beraya : jangan pergi tutup rumah pulak tau. Ingat yerk!!
>Video ucapan Hari Raya daripada anak-anak rantau<
Aku rasa setakat itu sahaja ucapan aku bersempena dengan raya tahun nie. Pokoknya, aku ingin memohon seribu kemaafan sekiranya kami melakukan sebarang kesalahan dan menimbulkan sebarang ketidakselesaan sewaktu kami di dunia blog nie dan juga sepanjang korang mengenali kami berdua. Apa yang baik daripada Allah SWT dan apa yang buruk adalah kelemahan kami sendiri. Raya tetap raya tapi pastikan tidak terlampau-lampau. Last but not least : SELAMAT TINGGAL RAMADHAN. SELAMAT DATANG SYAWAL. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!! Yeehaaa~~
*Aku lebih sayangkan Ramadhan berbanding Syawal : Aci tak?!*
[Setiap kali korang makan lemang dan minum sirap : ingat Blog Coretan Perantau selalu yerk!!]




46 comments:
selamat hari raya gak bro. Harap2 aku pun dpt fly Uk 2012 kang. kena score bebaik la a levels :p
selamat hari raya long haffiz...^^
puasa penuh tak ni...ehehehe...
nak duit raya ley tak?
ok lah...nak mohon seribu satu kemaafan jika ada tersilap kata sepanjang blogwalking ke blog long...
CAMAT HARI RAYA...
ala bro
buat r senriri punye
hehe
vlog ko bile lagi
selamat hari raya!
smoga lebaran ini memberi seribu kebahagiaan utk kita semua, insya'Allah...
selamat hari raya, long :)
selamat hari raya juge..:)
samat ari raye..hehe..aritu nampak u dlm paper buat salam perantauan kot..kalo x silap la..hehehhe...
sedih dgr kan , 'thn pertama' berblogging .. hebat . blog anda owesome ^__^
nak makan ketupat dah ni.. selamat beraya okes~~
wah! selamat hari raya jugak!
beraya diperantauan .. msti seronok kan? ... :)
salam aidifitri buat long hafiz dan duonya cik asliza~moga syawal kamu lebih bermakna pada tahun ini
selamat hari raya =)
camat ari raye ek...=)
sirap bandung tuh yg xbleh tahan...
kecur air liur...uiks??ngeh3
selamat ari raya
erm..menarik gak kad raye tue..
tak best la..nak kad raye betol2..
kekekeke..
selamat hari raye bro! :)
ucapan hari raya ku kepada blogger dan sahabat
Selamat Hari Raya Aidilfitri bro (^_~) UCAPAN yg baik...siap ade video ag..hikhik
salam aidilfitri dari Mia sekeluarga
Selamat Hari Raya Long (;
selamat hari raya blogger
salam perantau dari angah yeee cepat2 balik malaysia ingat hujan emas negeri org hujan batu negeri sendiri hehehe
selamat hari raya aidilfitri
selamat hari raya,mohon maaf jika ada slh silap
memang aci
selamat hari raya, perantau yg setia... :)
salam aidilfitri juga ya.. sedapnya air bandung tu..
selamat hari raya juga... ^^,
Sedih arr... rasa cam dah pagi raya plk..Selamat Hari raya untuk awak juga...
selamat hari raya :)
yeahhhh, ramadhan is better tahn syawal. :)
selamat hari raya....
makanan kat sana pun best juga tu...
aku nak join sama ..bolehhh???
salam aidilfitri...maaf zhir dan batin..:)
selamat hari raya
erkk sirap bandung =_=
samalahh. aku pon sayangkn bulan ramadhan jugak. selamat hari raya, maaf zahir batin. duit raya ari tu kata nak bagikan :P
Selamat hari raya dari kami buat kamu sefamily..
selamat hari raya.. wit raya utk budak rogak jgn lupa tau
Selamat hari raya...moga bergembira di hari lebaran...
hahah~
selamat hari raye laaaa~!!
maaf ape2 salah
duit raye mane??
Selamat hari raya.. maaf zahir batin..
makan lemang dan ketupat tu jangan sampai tercekik lak..
met hari rayer!! ;)
Selamat Hari Raya Maap Zahir dan Batin buat Tuan Rumah serta Para Pengunjung semua... (RAYA NO Jangan x RAYA! kekeke paling penting berhati-hati bila pulang beraya ye!)
Artikel terkini: http://humanitylife.blogspot.com/2010/09/piranha-3-d-2010-movie-stream.html
camat ary rayer kamu~;) beraya kat mane tu?;) km slm same cik asliza juga yer~;) semoga ceria selalu dipagi raye~;)
salam aidilfitri..maaf zahir & batin..:)
selamat hari raya Long, tahun ni best ye dpt beraya bersama keluarga tersayang...kirim salam kt cik Asliza jugak..hehe
selamat hari raya....
best dapat makan lemang wooo...
selamat hari raye bro..
wahhh..bandung tuh mmg sedap!hehehe
Spesel utk Long dan fellow bloggers,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari Warlord @ Warlord's Armoury!
:)
Selamat hari raya, bro.... =D
Selamat Hari Raya bro
selamat hari raya ;)
nak duet raya !
Post a Comment