My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, September 14, 2010

4 Masalah Timbul Selepas Raya

Aku perasan yang beberapa hari kebelakangan nie traffic blog tak serancak di bulan Ramadhan. Mungkin korang semua masih sibuk beraya sakan kut. Papepon, blog still perlu dijaga dengan rapi dan entri baru masih perlu ditulis. Dua entri terdahulu : 3 golongan yang terbebas masa 1 Syawal dan 5 golongan yang beraya selepas Hari Raya : mungkin korang masih belum check lagi. Jadi, ringan-ringankanlah tulang korang untuk mengkahatamkan dua entri tersebut. Ahakz!! ^_^


tips kuruskan badan mudah>Macam-macam masalah leh timbul lepas raya tau<


Sekarang masih lagi di dalam mood beraya dan kita semua mungkin tak sedar dengan masalah-masalah yang akan timbul selepas musim Hari Raya. Selepas bergembira, mestilah ada saat kesusahan pulak kan?! *kuikuikui* Papepon, antara masalah yang mungkin timbul selepas musim Hari Raya ialah :

1. Hutang yang bertimbun : Golongan yang sibuk beraya sakan dengan budget yang rendah mesti akan berhutang untuk berbangga di Hari Raya. Selepas itu, semua hutang-hutang tersebut kenalah dibayar semula. Tambah pulak dengan perbelanjaan harian seperti bil-bil yang bertimbun, belanja family dan macam-macam lagi : boleh botak kepala nanti. *muehehehehe*


tips kuruskan badan mudah>Korang rasa nak dibebani hutang?! Selepas raya terasalah<


tips kuruskan badan mudah>Setiap kali balik beraya mesti macam nie lah kesnya<


2. Traffic jam & kereta breakdown : Bagi yang beraya jauh di kampung halaman, mestilah kena travel dengan menggunakan kereta kan?! Kadang-kadang kereta tu boleh breakdown di atas highway dan mencetuskan masalah lain pulak. Masalah jam pulak memang sudah sebati dengan musim raya. Kadang-kadang boleh gila sebab stuck dalam jam lama sangat. TT__TT

3. Mengejar dateline : Sekiranya korang apply cuti yang panjang sepanjang raya nie, mesti korang mempunyai waktu yang sedikit untuk siapkan kerja-kerja di pejabat. Pastu, bagi students yang ada exam atau assignments kena hantar selepas raya, confirm masa study korang makin singkat. Jadi, pada masa inilah korang give all out untuk siapkan tugasan yang ada. Wakakaka!! Padan muka korang!!

4. Perselisihan faham : Seperti mana yang aku cakap dalan entri tiga golongan terbebas 1 Syawal, mesti ada yang akan sibuk mengumpat di Hari Raya. Kalau umpatan tu melampau sangat, mungkin akan timbul perselisihan faham selepas Hari Raya. Standardlah Hari Raya nanti semua akan sibuk untuk bermaaf-maafan tetapi selepas Hari Raya, entah apa yang akan jadi. Aku tak tahu!!


tips kuruskan badan mudah>Assignments, homeworks dan memacam lagi menunggu<


tips kuruskan badan mudah>Semasa raya sibuk bergosip. Selepas raya?!!<


Empat masalah di atas merupakan masalah yang mungkin akan timbul selepas musim perayaan habis. Sekiranya korang rasa korang ada risiko untuk menghadapi masalah-masalah di atas, ambillah jalan penyelesaian seawal mungkin. Oh ya, sekiranya korang ada terfikir masalah-masalah lain yang turut akan timbul : sharelah sebab aku pun nak tahu buah fikiran korang semua jugak. Papepon, jangan lupa check dua entri sebelum nie dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!! (^_^)/


*Less than dua minggu kembali ke London, UK : Kena makan bebanyak nie!!*
[Bagaimana nak pro Adobe nie?! Payah tulla..sobs..]

23 comments:

mira_nas said...

haha.. jem tengah jalan memang sadis dn meletihkan.. mengumpat.... hui jangan kata.. sebelum, selepas..semua adalah..

Faizal Sulaiman said...

betul gak apa yg long tulis neh:)))

fikir sendiri.hihi

berat badan naik, takde?hehehehe

selamat hari raya!!

ps:samala traffic blog sendiri pun:P

Suara Kalbu said...

Betul..betul..betull

Assignment, mid-term, kerja opis,open house jabatan, semua duk ader atas tengkuk ni.. huhuhuhu

Leyha said...

ahaa! paling betul udah tu. kesesakan dan kerja2 serta hutang tu memang sentiasa jadik la. patut nya lepas raya, kaya la. tapi act, lagik2 kempis wallet tu~ sebab duit tarak ada~ hehee.

scya lollita said...

alamak . lepas raya exam ! oh nooooo!!!!!!!!!

scya lollita said...

alamak . lepas raya exam ! oh nooooo!!!!!!!!!

En iLHAM said...

alaaaa
xnak ingat pasal assignment
huhu
sadisnye

Gayahspears said...

nak tmbah lagi satu!!! berat badan naik kg~hik3.. maklum lah mkn byk bersantan... lemang, lontong..dodol, rendang..huhuhu

Gayahspears said...

nak tmbah lagi satu!!! berat badan naik kg~hik3.. maklum lah mkn byk bersantan... lemang, lontong..dodol, rendang..huhuhu

Myvitrd said...

sebut pasal jam..aku mangsanya diatas jambatan pulau pinang.. perselisihan faham juga aku juga salah seorang mangsanya dirumah mertuaku pada hari raya pertama.. kira macam2 pengalaman aku lalui tahun ni

paan said...

last sekali , mengejar trafik blog..huhu

salam aidilfitri dan salam blogger.

Mama Zharfan said...

me memang terhegeh2 nak kena siapkan thesis ni :P

Taska Ummi said...

nasib baik utang takada lepas raya...tapi utang2 bil tetap ada baru jer sampai...

Rosmarieza said...

huhu~ pas raye? tatau la..raye sebulan cuti pown sebulan nhe~ hehe:)

Anis izyan Abd Rahman said...

aalaaa..
org ade test lagi right after bukak uni nie...
ahahha..
still beraye jee..*terukkan*
kehkehkeh

Unknown said...

jam best.hee.

sweetsal said...

lepas raya banyak lagi kena belanja ni..beli barang2 kering utk anak balik Jepun pulak..pokai dah..huhu

klANA said...

setuju.. yg kejar dateline tu plg mhantui, coz dah besh cuti raya.. nak start balik dgn assignment menimbun.. aduyaii.. malasnyaa :(

noorafzan.blogspot.com said...

JUMAAT INI BARU MASUK OFFICE.
HAHA~

diraja22 said...

traffic jam pe kot, jgn jam minda..

Rizqi mumy said...

ok la..dari aku yg xdpt beraya..eksiden sebelom raya..
sape nk jwbkn nih??hehe

AngahSayang2314 said...

betul..betul..betul..

so lu pikir lah sendiri hehehe

myoliza said...

huhu,..jammed nak balik or dari kg kampung,ke kl,..KL/KB..mmemg sedih and tension tul,..last yr 14jam,,stuck statik tak bergerak,..sib baik tahun nii traffic lancar,..alhamdullillah.
[bila laa kelate nak ade highway]

    Related Posts with Thumbnails