My Followers Who Follow My Blog

Monday, May 03, 2010

Galeri Gambar Bunga Dua : Di Awal Spring Hyde Park

Sebelum kita start tengok gambar bunga-bunga di Hyde Park edisi kedua, aku nak membebel jap. Aku kurang suka dengan orang yang buat publisiti murahan tetapi pada masa yang sama, menyusahkan orang lain. Nak dijadikan ceritanya, di LSE, jawapan untuk past year exam papers tidak disediakan. Jadi, kalau korang nak buat latihan, jawapan kena tanya cikgu. Pastu, ada sorang mamat nie post dekat discussion board yang dia ada skema jawapan dan dapat selesaikan soalan dengan mudah dan purata markah dia dapat dalam 97%. Ramai orang reply di discussion board untuk minta skema jawapan tetapi setakat aku dengar, tiada sesiapa pun yang dah dapat skema jawapan tu. Kira mamat tu saja buat-buat cerita untuk publisiti. Kesian kepada yang berharap!!

Sama jugak di dunia blogging nie. Nak dijadikan ceritanya juga, ada seorang blogger yang cakap nak ajar teknik pekebenda ntah yang membolehkan seseorang berblogwalking dengan pantas dan mudah. Dia ada tulis entri pasal teknik tu tapi tak pernah lengkap. Setiap hari, akan ada satu langkah baru. Tapi, kalau tak silap aku, sejak dua minggu lepas, entri tu tidak diupdate dan entri tu tergantung di situ tanpa mengetahui bagaimana teknik blogwalking dengan pantas itu. Kalau ada ilmu, sharelah dengan orang ramai dengan ikhlas. Kesian kat orang dan blogger-blogger yang berharap dengan teknik tu. Aku tak berapa nak kisah sangat sebab otak aku fikir exam sahaja sekarang nie. Kalau tak silap, nama teknik tu RTS or PDS?! Lebih kurang camtulah. *tukar tajuk* Apa-apapun, kepada pembaca semua, enjoylah edisi kedua galeri gambar bunga ini~!!


bunga musim luruh>Pokok nie macam ada salji sahaja kan?!<


bunga musim luruh>Masih lagi gambar-gambar burung yang jinak<


bunga musim luruh>Bunga-bunga liar di sekitar taman<


bunga musim luruh>Aku jumpa tengah jalan : Tangkap sahaja gambar<


bunga musim luruh>Permandangan di tepi taman<


bunga musim luruh>Kalau kemuncak Spring : Penuh dengan bunga<


bunga musim luruh>Bunga yang gugur or bunga yang tumbuh?!<


Kui3!! Aku memang payah sikit nak membebel ataupun moody tapi dengan wujudnya tekanan exam dan bertambah golongan-golongan yang mengejar publisiti murahan nie, rasa stress jap. Jangan risau, kejap jer. Ahakz!! Takperlah~~ Yang penting, aku kena fokus dengan exam aku yang akan tiba dalam masa kurang daripada dua minggu daripada sekarang. Accounting memang dah solely leh cover dan siap semua. Sekarang target Mathematics, Statistics dan juga Economy. Tiga killer subjects. By the way, gambar hari ini tak berapa nak cantik sangat kalau nak diberbandingkan dengan semalam kan?! Tetapi, jangan risau memandangkan gambar bunga besok aku rasa lagi cantik daripada hari ini. Aku harap korang suka yerk. ^_^


bunga musim luruh>Seriously cantik pokok yang ini<


bunga musim luruh>Bunga kertas ataupun bunga sakura?!<


bunga musim luruh>Sesiapa yang nak untuk background, silalah ambil<


bunga musim luruh>Lagi gambar bunga yang berwarna pink<


bunga musim luruh>Semuanya memang menyegarkan mata<


bunga musim luruh>Tak berani aku nak panjat pokok<


bunga musim luruh>Eh, tupailah. Jinak tapi main kejar-kejar<


bunga musim luruh>Aku mengintip burung ini secara diam<


Untuk makluman semua, Kontest Baca London : Menang London dengan rasminya akan ditutup setelah entri baru diterbitkan besok. Sesiapa yang masih belum lagi join, korang masih ada masa untuk menangi free goodies daripada London. Dan kepada sesiapa yang sudah join, pastikan korang tinggalkan komen korang di entri kontest supaya aku tidak terlepas pandang ketika mengadili kontest tersebut. Apa-apapun, bagi sesiapa yang dah habis exam, aku ucapakan Happy Holiday dan gunakan waktu sebaiknya. Kalau korang suka gambar-gambar bunga di atas, ambil dan copy sahajalah. Jangan lupa tekan dulu untuk pembesaran. Aku tak kisah. Mana tahu ada yang nak buat background laptop. Ngeh3!!


*Study time : Alhamdulillah, perut dah kenyang nasi goreng*
[Aku harap semua doakan aku agar diberi keberkatan dalam pengajian]

31 comments:

dayangredzuan said...

ulasan kakak...
santik gile munga2 tu..

nany said...

tolg petik bnga2 tu n post kt sy ya ! ahak (:


gudluck exm bro :DDDDD
WISH U ALL DE BEST.

adrinaqamarina said...

a'a...
tengah spring kan skunk?
egypt pon sme jugak...
wee...
:)

Eza Faezah said...

cantik yer pic2 tu.. x dpt nak g sna, dpt tgk pic jadik la... hehhe

Penakumenulis said...

Cantiklah bunga sakura tu...mcm kat negara jepun lak...heheheheheh

Q said...

besarnya tupai kat sana. all the best utk exam nnti :)

lovelyadibah said...

cantik!!!:D

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

gambar bunga2 tu semua cantik2.. tp part kelakar tu nampak tupai berkejaran . hehehe

syakirahmn said...

bunga tulip ka?
tade?

huhu:D

Sheherazade said...

Subhanallah,awesome2!!!what a view

bukan senang nak snap tupai comel!!

anna said...

cantik sangat!!!

tq dik..

NANOMEOW said...

Suker "galeri" yg ni sbb ada tupai hehehehe

Cempaka said...

nanti bawak balik sepokok bunga cantik pink tu eh. hehe :)

Ann said...

mesti jiwa tenang bila lihat bunga2 yg cntik tu

kt cni, kdg2 dgr2 burung2 merpati pun dh ckup tenang..nk tgk bunga2 kembang cmtu payah nk jmpe..

Penulis Rindu said...

salam ziarah ..ada ole ole dari orang kampung ye..sila ambil di blog ana

Liyana said...

cantik nye bunga wrna pink tu... best ny dpt study kt oversea ek?huhu

Liyana said...

cantik nye bunga wrna pink tu... best ny dpt study kt oversea ek?huhu

AtieAbid said...

nak tanam sepokok kat sebelah rumah saya buleh tak..??

Unknown said...

putih lawa.selamat exam.buat terbaik.go.

RedLife2Love said...

bunga sakura..canteknya.. huhu..

Aiza Abd Rahman said...

cantik! segar! jeles!
nak gi! nak gi!
follw awak la! nk ngk bnyk2 gamba cantik2!
hihihhi;...
maceh dtg belog! hhehehehe....
jemput follow klu dtg lagi!
gud luck exam!

Haffiz Al-Banna said...

@dayang:mmglah shantik..saper yg tukg tngkpnya..kn hensem..wakakak
@yon:tlg petik?kn xpsal2 kena thn ngn DBLondon kan..ahakz
@adrina:mne gmbr bunga2 egyptnya?nk tngk lak nie..hehe
@ezanoor:kalo ad yg bermint, silala amik..jngn memalu..xkish pon.
@ilyah:haha..tau xper.mmg cntik ssngt..silala amik kalo mahu..untuk korang semua..
@Q:tu kira besar eh?aah kan.mmg besar [un..ahakz
@adibah:hehe..mmg cntik pun..tp kalo nk lepak luart ssllu, xdpt la nk tlg..hehe
@cik puan:mmg pyh giler kut nk amik gmbr tupai tu..dia bermen kejar2..ahaha..kena kejar2 dia lak.
@syakey:bukn bnk ker bnuga tulips?huk3

Haffiz Al-Banna said...

@peri pia:haha..tpai2 di sini semua jinak2..just berlari bila ad ancaman..
@hana:trimas2..eh silap..sesamer2..sila
@lili:korg sermua mmg target tupai jer erk?haha..kesian dia..
@zhet:hehe..nk wtper?tnm dpn rumah ker?kui3
@ann:hehe..nnti kemuncak spring lagilah..tp kalo msuk summer, dmmg h pnas la..
@abu luqman:dh amik dh..dun wori..ahakz
@liyanaLbest kalo dpt score study..tu mmg xdpt sngt..
@ayieabid:bleh tu mg bleh..tp probnya, idup ker pokok tu nti eh?
@akufobia:fobia ngn xam nie..hehe
@red:cntik kn?cntik kan?ahakz
@aiza:trimas la yerk sbb sudoi fllow blog sy yg xsbrapa ni..huk3

Eera Shera said...

siyes cantik giler bunga tu..nak curik la hehe

ezzu said...

cantik bunga sakura tu...hehehehe..
nice picture..

AziE said...

Cantik. Boleh post real bunga? :)

efa said...

waah lawanya..bilalah boleh pergi T__T post bunga tu boleh?kahkah

Elie Lily said...

balik malaysia, kirim bunga-bunga tu eh! cantik sangat la! :D

TravelWithMillo said...

hehehe x nk join kontest tpi nk present from longdon boleh hehehe....:) neway bunga mana yg x cantik kekeke... gud luck for ur exam.. Millo pun x lama lg nak exam nih...mintak2 dekan bekenan lg sem nih

EmpayarUtama said...

Aku suka nengok gambar-gambar :)

DZ LADYZ WARDROBE said...

sejuk mata memandang gmbar2 tu

    Related Posts with Thumbnails