My Followers Who Follow My Blog

Sunday, May 09, 2010

Dengar Cerita Hukum Hari Ibu Haram : Benarkah?!

Nampaknya entri semalam agak kontroversi yerk. Ada yang setuju dan ada yang tidak. Ada yang puji melambung dan ada yang bagi sindiran pedas. Aku tak kisah memandangkan aku menulis secara umum dan hanya kes-kes terpencil sahaja. Yang penting, kita menuju ke hadapan yerk. Kita tinggalkan isu dan entri semalam dan focus kepada entri baru hari nie. Nampaknya tajuk agak kontroversi kali nie. Oh ya , sebelum aku start apa-apa, internet hall aku server down. Adakah sebab aku mengomen pasal betapa slownya internet semalam?! -_-"


Hukum Hari Ibu Haram>Sentiasa untuk ingat doakan parents kita selalu<


Hukum Hari Ibu Haram>Jumpa di Google : Kan best kalau dapat makan kek nie<


Memandangkan ada yang cakap entri aku selalu panjang berjela-jela, this time aku cuba untuk pendekkan. Aku harap menjadilah cubaan nie. Kalau melalut dan panjang jugak, aku tak boleh nak buat apa-apalah. Di luar kemampuan beta. *muehehe* Semalam aku buat blogwalking dan sampai ke blog seorang mamat nie. Nie adalah fakta yang dia perolehi pasal Mother’s Day : <Maka jawabnya HARI IBU di fatwakan oleh ulama’-ulama’ di sebelah Timur Tengah adalah haram kerana hari ibu ini asalnya adalah hari "The Mother of God" dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God yang bermaksud hari ibu Tuhan, orang kristian mengangap maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s ini adalah ibu Tuhan. Dalam Islam menyuruh umatnya mengenang jasa ibu ini setiap masa dan waktu sepanjang tahun bukan setakat satu hari sahaja. Aku try bukak wikipedia dan terjumpa maklumat ini. Pastu, aku tanya naqib dan senior aku yang boleh diconsider terror bab ilmu agama dan aqidah. Ini komen beliau : "Setahu aku, okay jer. Selagi benda tu tak bertentangan dengan syarak dan tak ada unsur-unsur yang bertentangan dengan aqidah. Tambahan pulak, kita memang digalakkan meraikan jasa ibu kita" Selain itu, rujukan tambahan boleh dibuat di sini, di sini dan di sini. Korang buat research dan google sendiri yerk. Eh, panjanglah pulak paragraph nie. Aku taknak komen apa-apa tetapi aku hanya berkongsi apa yang aku jumpa. *FULL STOP*

Alright. Kita tinggalkan isu di atas untuk perbincangan lain kali dan dengan orang lain yang lagi mahir dan fasih bab ilmu agama. Sebabnya, kalau aku nak komen apa-apapon tapi tak cukup ilmu, lain pulak jadinya. Semalam ramai betul yang post entri pasal Mother’s Day or Hari Ibu. Seriously, aku memang tak tahu yang Hari Ibu adalah pada hari ini (waktu London). Sebabnya, bagi aku, setiap hari adalah Hari Ibu. Okay2!! Tu memang poyo. Memandangkan korang semua pun cerita pasal ibu korang, takkan korang taknak tahu pasal ibu aku lak kan?! Seorang ibu yang melahirkan seorang pelajar yang berada di London sekarang~!! Ahakz!!


Hukum Hari Ibu Haram>Korang boleh Google sendiri untuk tahu pasal hukum-hakam<


Hukum Hari Ibu Haram
>Manfaatkan setiap detik dan masa bersama keluarga<


Nama emak aku ialah Norishah Binti Muda. Dilahirkan pada 5 November 1964 di Marang, Terengganu. Kalau di dalam family aku, tugas emah dan ayah aku adalah terbalik. Ayah aku yang memasak tetapi mak aku yang bekerja lagi banyak. Ayah aku kemas rumah tetapi mak aku jaga adik-adik. Ayah aku basuh baju tetapi mak aku yang drive kereta. Kan terbalik tu kan?! Tapi tak mengapa. Yang penting, keluargaku lancar dan aman damai. Aku yakin yang korang (terutama lelaki) memang amat segan nak cakap “Saya Sayang Mak” ataupun menangis di depan mak korang dan meminta maaf. Selepas beliau pergi, baru nak menyesal. Jadi, nasihat aku kepada korang : buang ego dan kalau boleh, ucap setiap hari. Kalau tak dapat pun, time Hari Ibu nie pun tak mengapa. ^_^

Jom bercerita pasal pengalaman pulak : antara aku dengan mak aku sekarang nie yerk. Ada beberapa pengalaman yang aku ingat dari dulu sampai sekarang. Pengalaman-pengalaman ini adalah yang macam dah sebati dengan pemikiran. Ia termasuklah :

1. Semasa aku berada di zaman Form One di MRSM YT Besut, aku nie agak homesick awal-awal. Biasalah, masih di dalam bulan pertama study. So, aku kal mak aku suruh datang melawat. Masa tu mana ada handphone lagi. Mak aku cakap mungkin tak dapat datang dan aku pun merajuk. (errkk?!!) So, time weekend aku pun pergi ke Bandar Besut dengan member-member semua. Balik MRSM , baru aku sedar yang mak dan family aku tengah menunggu aku dalam 3 jam. Dahla Besut dengan Kuala Terengganu tu agak jauh. Peristiwa nie memang aku masih ingat. Oh ya, sila baca dari point of view seorang budak Form One yerk. Kesian beliau~~

2. Peristiwa kedua yang aku ingat ialah semasa aku Form Three. Masa itu mak aku tengah mengandungkan adik aku yang bongsu. Namun, aku ada majlis penyampaian hadiah di MRSM Kuala Lipis. Aku mintaklah family aku datang memandangkan aku antara Top 10 masa tu dan aku malas nak balik sendiri di akhir tahun. Korang tahu kan yang ayah aku tak pandai drive. Jadi, mak aku yang drive (dalam keadaan mengandung 6 or 7 bulan) masa tu. Selamat makcik aku ikut sekali sebagai support. Kesian mak aku bila difikirkan balik.


Hukum Hari Ibu Haram>Aku dan mak dan adik-adik aku sebelum aku fly<


Hukum Hari Ibu Haram>Yang nie semasa berhenti rehat di Serdang<


Hukum Hari Ibu Haram>Itu abang aku ker?! Tidak2!! Itu ayah aku yang awet muda<


3. Lagi sekali peristiwa semasa aku di zaman Form Three. Aku nie memang jenis yang berhati batu sedikit. Jenis yang kurang ada perasaan sedih or memang payah nak menangis. Semasa di Form Three, ada penceramah bebas datang MRSM Kuala Lipis. Dia bagi ceramah punya best dan ada sesi kena tutup mata dan kena ingat pengorbanan mak or ayah. Member-member aku termasuk yang macho-macho semua pakat menangis. Aku pulak boleh gelak. Apa kejadahnya aku masa tu?! Teruk gak eh aku zaman dulu-dulu!!

4. Korang kalau bercakap dengan mak, apa korang guna untuk membahasakan diri korang?! Along?! Achik?! Or panggilan nama sendiri?! Tetapi aku pulak membahasakan diri aku dengan perkataan "Saya". Jarang jumpa orang macam aku nie kan?! Kadang-kadang kawan aku pelik bila aku kal mak aku dan membahasakan diri dengan perkataan "Saya."

5. Pernah menangis tak semasa korang kal mak korang?! Kalau perempuan mungkin pernah tetapi kalau lelaki tu, aku rasa teramat jarang sekali or tak pernah. Setahun sebelum aku fly ke London, aku kena pergi kem motivasi Petronas sebagai salah satu syarat nak fly. Nak dijadikan ceritanya, ada satu sesi yang agak bermain dengan physocology. Berbanding kem motivasi semasa Form Three di atas, ini lebih memberi kesan. Nak dijadikan ceritanya lagi, aku menangis sampai hingus keluar dan mata pun boleh merah. Teresak-esak semasa bercakap. Nie memang sesi menangis paling teruk sepanjang hidup aku rasanya. Selepas habis program, aku on the spot aku kal mak aku dan cakap "Saya sayang mak dan taknak kehilangan mak. Mintak maaf kalau ada silap apa-apa dan bla..bla..bla" Tak boleh banyak sangat, segan aku. Mak aku punya gabra, terus kal Cik Asliza Ahmad untuk bertanya “Okay tak anak aku nie?!” *muehehe* (Cubaan untuk ketawa bagi cover kesedihan anak rantau)


Hukum Hari Ibu Haram>Cilok daripada ILuvIslam.com : Bermanfaat kan?!<


Hukum Hari Ibu Haram>Di saat kita susah ataupun senang : Mesti ada mak kan?!<


Jadi itulah pengalaman aku dengan mak aku. Aku hanya nak share pengalaman sahaja dengan korang semua kali nie. Ini belum lagi masuk pengalaman dan pengorbanan zaman aku nak fly. Lagi menyayat hati. Taknak bagi apa-apa pendapat ataupun beceloteh panjang. Kepada pembaca semua, hargailah mak korang selagi mana dia berada di hadapan korang. Sambutlah diorang setiap hari dan sematlah diorang di dalam doa korang setiap masa. Jangan tunggu sehingga dia pergi baru nak menyesal. Aku yang berada di London pun boleh kal mak aku walaupun agak mahal, korang yang berada di depan mata tu, wajar untuk buat lebih daripada itu. Ingat semua!!


*Besok akan ada sambungan entri nie : Terpaksalah nak kasi pendek*
[Entri ditaip jam 4 petang UK tetapi dipost pada jam 10.15 malam : Internet!!]

46 comments:

Clarky Afif said...

yaa...
mak aku juga banyak signifikasi dalam idup.
tapi time gaduh tetap gaduh beb! haha! tapi sebenarnya gaduh tu la buat kita tahu mak kita macam mana dan mak kita nak faham kita. pastu mintak ampun balik laa..tak kuasa aku nak lepak neraka lama2.
sori baru jenguk blog. bizi la akak. haha

N@zihah said...

Salam,yezza!saya orang kedua yang komen pada pagi ni.hahaha.yea..memang terbalik mak dan ayah kamu seperti yang kamu crita dalam entri tu,susah jgk nak percaya.hehe,tp tak apa asalkan hidup kekal bahagia sampai sekarang kan.eh tertarik jugak nak tau apa yang dibuat masa kem motivasi Petronas tu sampai kamu jadi begitu sedih sangat..erk, jadi *crying-baby??hahaha(gelak kuat2 dlm hati),tak ada apa2,main2 ja,jangan ambil hati ok.eh sapa yang ambil gambar time kamu berdoa tu,lucu benar, ke auto-capture??hehe.

Chaon Cornerz said...

Semoga ibu2 diseluruh dunia gembira selalu dan anak-anak tidak melupakan segala jasa yang telah diberikan.. amin~

Ayako A. said...

ah, sy terasa nak menangis jugak la.

nurulazham said...

sooo sweet bahasakan 'saya' tu... ;)

M a W a D D a H said...

salam...

pengorbanan ibu amat besar buat kita..hargai lah die di kala die masih hidup dan selalu-selalu lah berhubung...

anyway, ermm..awak MRSM-yt Besut erk...sama la... :) tapi xjumpa pun kat sana...hehehe

JAIRO said...

muka ikut muka emak la kekekekek

mamapp said...

setuju, ikut mak.. tp ayah mmg awet muda

Zinedine Zaiddin said...

Cepat2 mintak ampun..dah ler kat tanah orang. apa2 hal jadi, x sempat nak mintak ampun...paham2 la ye...hehe

qellissa said...

salam, muka long cam muka mak..lalala..slalu klu i bahaskan diri dgn mak i, i bahasakan diri "org" bukan nama atau sy atau along dsb..=)..

Anonymous said...

ko ikut muka mak ko lah

>_________*

erk?tkpe ke aku komen tu je?
hahah

Penakumenulis said...

Memang benar sebenarnya sambutan hari ibu memang untuk org kristian...jadi kita sebagai seorang muslim hari ibu kita adalah sepanjang hayat..tiada tarikh2 tertentu untuk sambut hari ibu...:-)

Norgadis said...

Salam Haffiz.
Kadang kala anak2 tak mengerti bertapa dalamnya kasih seorang ibu. Tika anak2 sakit, ibu tak bertidur malam kerana risau... adakah anak pun begitu klu ibu tengah sakit? Syukurlah klu ada anak mcm tu. Berdoalah setiap selepas solat utk org tuamu, moga ada keberkatan disebaliknya... Usahakan tunjuk rasa kasih sayangmu agar ibumu juga tau yg kau benar-benar sayang dgnnya juga...
Jaga diri, biarlah balik dari perantauan nanti, akan membawa kebahagiaan untuk keluarga di tanah air.

Eliss said...

senegeri rupanya kita.kalo mu ingat ke mak mung,doa ajer moga mak mung bahagia dunia dan akhirat :)

Cik Kuku Besi Penumbuk said...

alahai cian org jauh...
xper..mula2 susah tp esok2 kesenangan yg Allah swt akan balaskan insyaallah

azimask said...

hehehehe takpa.. mak awak pasti tau awak sayang dia.. :D

ehh bila mau balik dari london ekkh??

bila g sana..?

NARDtheNERD said...

bagi sy..
hari hari adalah hari ibu..=)

NM said...

baca entry awak ni teringat zmn akak nakal2 dulu..yg plg akak tekilan tak dpt adiahkan something dr titik peluh akak..nak buat macam mana,mak akak pegi masa akak form 3 dik..huhu

Unknown said...

pnjng gle entry ko..
byk idea ko eh..
hoho..
anyway ak skong kta mmber ko 2 yg dia ckp slagi xbrcngah dgan islam

Unknown said...

hargai lah ibu~~ ;)

nora said...

kuala besut dulu dan kini masih sama,xda pape pun..

begitu juga dengan lipis

T_T


~ang ni x baik wat mak gitu.sayangilah beliau...

Ann said...

still pjg la n3 ni...haha

no 4 tu sama la, member2 pun pelik aku berbahsa kan diri 'saya' dgn mak ayah...

Nashays said...

sgt2 rindu kan mak...

Hizami Li said...

betapa besar pengorbanan ibu.
antara nampak dan tidak je.
;)

s h a said...

btol3...setuju...ble2 pon mak akan sentiasa di sisi kite...

selamat hari ibu pada mak kamu...

noorafzan.blogspot.com said...

bro.saya pun ada buat entry pasal hari ibu.
oh..ada fatwa ek kat timur tgh..
baru tahu.

ibu memanglah segalanya.
tak boleh banding dengan bapa sebab ibu lebih byk berkorban.
sayang ibu.
=)

Nur -al- Ain said...

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

;)

cikCOKLET:) said...

kasih sayang mak hingga ke syurga..
oh...ibu!kau la ratu hatiku..

:))

Malwana said...

hum2..nak komen yg pasal menangis tu.. biasa nyer Malwana takdela sampai menangis, ada la jugak sekali dua..tapi kebanyakkan nyer hanyalah sebak smpai tak leh nak kuar suara time kol jauh2 nih

Shiela Latif said...

doa untuk ibu setiap hari itu penting...doa ibu untuk anak2 setiap hari juga penting...selagi ibu masih ada, beruntungnyer kita bila ibu mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kita setiap hari...hargailah ibu setiap masa... :)

Unknown said...

tak suka kek banyak krim.aa.pengsana.erkk.terima kasih ummi.sayang ummi.

Anonymous said...

salam. erm, kasihnya ibu sampai ke syurga. kerna apa? kerna dia pasti mahu yg terbaik untuk anaknya.

mrsm? oh, si fakir pun bdk mrsm jgk..tp mrsm yg tak femes la.~~
2 la..masuk asrama je br kenal kepentingan mak ayah...tu pun nasib Allah nak bukak hati..kalau tak...hu..
so, be the best fr yr mom hafiz~~!

~ ( LayDee_N ) ~ said...

boss.. kira dah pendek la SIKIT! hahaha.. Sikit jer. blh la plak boss taip panjang2 walaupun sibuk study ek? waaa.. bagus2.. lain kali JANGAN buat lagi. ahaks.
pasal hari ibu tu... hmm. smua terpulang la pada "nawaitu". niat kita nak mngenang jasa ibu, nak buat ibu happy wpun shari.. at least ibu rasa dihargai. rasanya tak salah la kan? wallahu'alam...

Mama Zharfan said...

thanks for sharing...lain org lain pengalaman dan citer psl ibu masing2...hargailah ibu semasa dia masih hidup..and kita semua hanya ada seorg ibu, dunia dan akhirat...

ratuinfaz said...

thanks coz dtg melawat saya..
neway,im oso bahasakan "saya" ngan my mum....
jarangkan saya dgr ade org bhskan mak dier guna saya..
btw,satu persamaan...

nice blog!!!

stuck said...

selamat ari ibu!!!
=))
hehe..

Mis Erika said...

bru ja td meraikan hari ibu bersama dgn lecturer2..

apa2pun jsa ibu jgn pernah dilupakan :)

elwenes said...

ibu adalah segala-galanya utk kita. tanpa ibu, siapalah kita..

sweetsal said...

syurga dibawah telapak kaki ibu...hargai lah pengorbanan ibu yg byk berjasa..mendidik kita dr kecik hingga kita dewasa...jgn sama sekali menderhaka pd ibu kita...

Rina Rossoneri said...

ak xpenah ingat hari ibu bila..bagi mak aku,aku xmenyusahkan dia,kira bagus dah..hakhakhak...yang penting,aku xpenah tipu mak aku (kecuali kecemasan masa hilang ic hakhakhak),dengar cakap dia, kalau mak kata xboleh pegi xboleh pegi... tapi yang pasti,mak aku skrg bagi Green paling light,kalau aku nak pegi date..malangnya,sampai skrg mak aku xdgr aku keluarkan ayat nak pegi date...sian mak aku hakahkah...

Liefde Ain said...

hehehehe. kawan ain pon bahasa kan diri die "saya" ngn femli die, mule2 dgr, agak pelik laa. tp da selalu dgr, biase jekk.. ^^ pape pon, entry nie seronok! :D

Haffiz Al-Banna said...

@couchpotato:lo pnggil saper tu akak hah?panggil aku ker?hehehe..betul2..gduh2 manja tu biaser la..eh jap..xpernah kut..
@nazihah:tu auto capture..gambar maser zaman ktj dahulu..zaman-zaman mini-uk..haha
@chaon:amin jugak..hehe
@shuhada:huk2..aku lgi lamer kut.tp ntah..cm dh biaser berjauhan..jdi cm xder effect sngt..
@kasih:nak tisu tandas?ada extra nie..
@nurulazham:ops..terlebih sudah..bbnk benda, tu gk yg dia target eh..nk wy cmner..haha
@mawaddah:mungkin kt dri batch yg berlenan kut..hehe
@jairo:tau xper..adik beradik aku semuanya ikut muka mak..
@adda:tu la pasal..member2 aku semua cakap yg ayah aku tu umpama abang aku..haha..jejalan kmpung pun cmtu gk..
@sang karipap:jngn risau..tiap2 mnggu aku kal..
@qelissa:haha..ingtkn bhasakn dri ngn perkataan i td.
@jane:hehe..xper2..tiada paksaan dan larangan dan syarat dalam mengomen..semuanya bebas sahaja..
@ilyah:setjju!!
@norgadis:bek akak..sy akn ingt pesanan akak tu selalu..mmg pesanan yag bgus dan berguna..
@elissmie:eh..satu negeri ker?asl mner nie?which part of ganu..haha.chewah..
@misyA:insyAllah..harap dijadikan pedoman dan iktibar kepada semua..
@mimie:hehe..pergi buln sepot..tarikh balik akn drhsiakn lagi..top secret tu.ahah
@naddy:hehe..setju2..so, meh kt melawat hari ibus etiap hari..
@lin:hehe..xperla kak..doa daripada anak yg soleh pun berkekalan jugak..btw, selamat hari ibu yer kak..
@shidi:eh..nie dikira pendek nie..haha..ko xtngk lgi entri au zaman lampau..
@alinac:sayangilah ubu anda selalu..

Haffiz Al-Banna said...

@alie:uit..tu zaman dlu2 la..skrang aku buidak dan anak bek.tengok benda yg bek yerk..haha
@ann:still pnjang ker?xper..alku dlm proses mmendekkan
@nashays:sy pun samer jua..rndukan jgak..
@hizami:setju2..eh..name rko cm dekat2 dengan hazami..ader kaitan pape ker?
@shee:selamat hari ibu untuk ibumu jua...
@noor afzan:kalo ditolak tepi pengorbanan mak mengandung, sy rasa ayah sy lgi mendalam dia punya pengrbanan..
@nur-al-ain:yerp2..sy tau pasal hadis tu..hehe..trimas..kui3
@cikcoklet:alamak..cm nk trun snow jer biler anda nk stat nyanyi nie..haha
@shafie:xper2..yg penting, kt tau ada fakta yg betul dan tepat mengenai benda nie
@malwana:nie bukan sebak dah nie..nie semua dah basah baju semua dah..haha
@shiela:hehe..setuju..betul tu..tepat sekali..
@akufobia:tu la pasla..aku xsuka gk makan kek..sekali sekala sahaja makan kek di sini..sedapnya..
@akuinsanlemah:hehe..aku paham bro..aku duk mrsm dlu pun..biaserla..
@laydeen:biaserla tu..boss ko nie memanfaatkan waktu sebaiknya..tidak dibazirkan..haha
@mama zhafran:yerp2..setiap orang ada pengalaman memasing..
@ratuinfaz:eh..kita sama yerk..yg len dan bezanya ialah sy laki n awak girl..keh
@stuck:sy bukan ibu..anda selamat hari ibu..
@mis erika:kenapa dengan lecturer2 dan bukan dengan ibu?hehehe..best yerk sambut..jelesnya
@wanes:setju2..betul tu wanes..
@sweetsal:betul..melenkn kalo ibu sruh wt benda yg songsang daripada agama..tp xkanlah kan..
@rossoneri:haha..samalah kt..aku pun xpernah ingt pasal hari ibu nie..
@gades:hehe..trima2..entri sampingan sahaja..bersempana hari ibu kan..

Sha-na.Szied said...

salam jenguk kembali lepas blog tak dapat bukak 2minggu!!

erm, kalau dah sudahnya haram untuk disambut.. JADI SETIAP HARI ADALAH HARI IBU, boleh?? huhu so sweet kan..

sgt sgt sgt kagum ng emak2 yang mampu mmbesarkan kita, byk berkorban sume, sy x dpt byg how my life without her!

igt kawan2 jgn pernah derhaka ngn mak ayah, sekali mereka sudah tiada.. tak dapat kita menyesal lagi..EMAK MISS YOU!!

amalina said...

salam,hafiz sebenarnya kan kita kan ikut mazhab imam shafie...
memang betul pon sepatutnya kerja2 memasak membasuh pakaian kerja2 rumah gitu memang tugas seorang suami...wink...tapi kat malaysia ni..kalau bab tu takikut sgt..kan3...

tingtong said...

hehehe kinda funny y time F1 tu...
I pun pnah mrajuk gak n then by sunday tber2 dgr announcement y my parents r there..hehehe sronok gler..
but ur parents tggu smp 3 hrs..x kena marah ker....

    Related Posts with Thumbnails