My Followers Who Follow My Blog

Thursday, May 06, 2010

Mudahnya Mengundi di United Kingdom (UK Election 2010)

Sebelum aku menulis entri, aku nak tanya korang semua nie. So, korang enjoy tak tengok gambar-gambar bunga yang aku post sebelum tu?! Ada tiga galeri gambar bunga semuanya dan ketiga-tiga aku tujukan kepada para pembaca. Aku harap korang semua enjoy dan suka yerk. Yang penting, aku tak boleh nak petik bunga tu daripada Hyde Park. Jadi, kalau korang semua teringin nak bunga-bunga itu, sila datang dan petik sendiri yerk. Tak dapat aku nak menolong. Ngeh3!! Kalau diikutkannya, aku ada masa lebih kurang seminggu lagi sebelum exam. Jadi, entri hari rabu yang akan datang nie merupakan entri terakhir for now dan aku akan sambung balik selepas exam. Korang boleh terus melawat dan membaca entri-entri zaman dulu-dulu : mana-mana yang belum dikhatamkan~!!


uk election 2010
>Time is running out : Amat busy sekarang<


Aku dengan ini ingin memohon seribu kemaafan daripada semua yerk. Buat masa sekarang aku hanya mampu menulis entri baru dan berblogwalking dengan kadar Touch N Go. Aku tak sempat langsung dan tak cukup masa langsung untuk membaca entri korang semua dan juga mengomen apa-apa yang patut. Tapi aku percaya, selepas aku habis exam nanti, aku akan lawat blog korang dan membaca serta mengomen mana-mana yang perlu. Selain itu, aku juga meminta maaf sebab tak sempat nak ambil award, tag, wasiat or whatever sebab otak aku bercelaru nak exam. Aku harap korang semua boleh memahami situasi aku. Buzz aku balik selepas aku habis exam nanti.


uk election 2010>Frank Dobson : Calon Labour Party untuk parlimen aku<


uk election 2010
>Ini pula Jan Shaw : Calon Lib Demokrat di kawasan aku nie<


Jadual memang buzy, otak yang memang dah padat dengan fakta-fakta ekonomi dan akaun tetapi ingin diserapkan lagi dengan fakta statistics dan juga ekonomi dan kehidupan yang mungkin agak kurang terurus sekarang menjadikan aku agak stress. Time is running out. Tetapi, aku tetap menunaikan tanggungjawab aku sebagai salah seorang Resident UK untuk pergi or keluar mengundi pagi tadi. Ada ramai calon yang bertanding untuk kawasan parlimen aku tetapi hanya dua yang utama boleh diconsider. Sebagaimana juga tajuk entri aku di atas, sememangnya senang untuk mengundi di United Kingdom. Aku pun tak tahu kenapa tapi kalau nak compare dengan Malaysia, mengundi di United Kingdom adalah jauh lebih senang berbanding di Malaysia. Mari aku ceritakan cara-cara mengundi di UK kepada kengkawan semua. Sila rujuk langkah-langkah di bawah yerk~!!

Langkah Satu : Mendaftarkan diri korang sebagai pengundi menerusi website yang telah ditetapkan. Antara syarat menjadi pengundi ialah umur 18 tahun ke atas dan juga rakyat Kommenwel ataupun UK. Of course aku layak!!

Langkah Dua : Pooling Card akan dihantar ke alamat yang telah berdaftar yang menunjukkan details diri dan segala maklumat untuk pergi mengundi. Ini termasuklah tempat mengundi, kawasan parlimen dan yang sewaktu dengannya. Pooling Card sudah aku tunjukkan dan ceritakan di sini yerk.

Langkah Tiga : Semasa hari pembuangan undi, pergi ke tempat yang telah ditetapkan. Bila aku sampai di sana, ada orang yang akan jaga kaunter. Aku bagitahu nama aku dan address aku. Selepas itu, diorang bagi form undian dan pergi mengundi macam biasa. Selepas siap, masukkan undi di dalam box yang ditetapkan.

Langkah Empat : Tunggu untuk keputusan diumumkan di rumah ataupun tempat tinggal masing-masing. Dijangkakan kerajaan dapat dibentuk dan keputusan pilihanraya diumumkan by early morning of the next day.


uk election 2010>Tempat aku mengundi jam 10.00 pagi tadi : Mana ada orang<


uk election 2010>Baca itu semua : Pooling station yakni stesen mengundi<


uk election 2010>Klik untuk pembesaran : Statement di FB aku dah mengundi<


Untuk pengetahuan korang semua, biasanya pilihanraya akan diadakan pada hari Khamis atas tujuan yang tertentu. Diorang setkan hari Khamis sebab diorang risau, kalau diorang buat election pada hari weekend, mungkin ada pengundi yang dalam keadaan mabuk akan datang mengundi dan diorang tidak mengundi atas dasar kewarasan akal. Selain itu, weekend dianggap sebagai masa bersama keluarga dan biasanya weekend tak boleh diganggu untuk orang-orang UK. Selepas penat bekerja, inilah masa rehatnya. ^_^ Memang tidak dinafikan, UK Election dan Malaysia Election memang ada beberapa perbezaaan. Antaranya ialah :-

Beza Satu : UK Election bermula pada jam 7.00 pagi sehingga 10.00 malam dan berbeza dengan Malaysia yang bermula dalam pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Selain itu, lebih banyak tempat pembuangan undi dan untuk aku, tempatnya adalah di sebelah hall aku sahaja. Ini bagi mengelakkan berlakunya kesulitan dan kesesakan.

Beza Dua : Kalau di Malaysia, election umpama festival ataupun karnival. Kalau tempat pembuangan undi, penuh dengan orang yang beratur panjang dan dengan penyokong kedua-dua belah parti bersorak. Lain pulak terjadi di UK. Tiada khemah dinaikkan, tiada festival, tiada berbaris panjang!! Yang ada hanyalah tempat untuk mengundi, kotak undi dan pembantu untuk menolong apa-apa yang patut.


uk election 2010>Ketika musim pilihanraya di Malaysia<


uk election 2010>Nak pergi mengundi umpama ingin berarak or berperang<


uk election 2010>Umpama ada karnival ataupun festival : Tidak di UK!<


Beza Tiga : Kaedah mengundi tidak kurang bezanya. Di Malaysia, selepas kita masukkan kertas undi di dalam box, akan ada pembantu yang guna pembaris panjang untuk menekan kertas undi tu ke dasar kotak undi. Tujuannya : undi anda rahsia. Tetapi di sini, tiada edisi pembaris panjang. Undi hak individu dan tak perlu bersusah payah untuk tekan dalam-dalam sampai ke dasar kertas undi itu.

Beza Empat : Di Malaysia, kita memang betul-betul takutkan dengan kewujudan pengundi hantu. Setiap undi mesti nak kena check IC. Kalau datang mengundi tu, IC kena jaga betul-betul. Biar nyawa melayang tetapi jangan IC yang melayang. Di UK, aku pergi tadi hanya perlu bagitahu nama dan terus boleh mengundi. Takyah nak check identiti ataupun sewaktu dengannya. Semua sama adil pertandingannya!!

Beza Lima : Ini lagi satu beza yang paling ketara dan paling berbeza di Malaysia. Ia adalah kempen ketika proses pilihanraya. Kalau di Malaysia, akan ada poster ataupun banner yang akan ditampal ataupun digantung di sekitar tempat mengundi. Tetapi di London, benda-benda sebegitu tidak wujud. Tiada poster ataupun banner digantung. Pengundi mendapat idea tentang manifesto melalui sumber media diorang yang tidak biasa dan tunjuk semua sekaligus. Kan dah jimat kos kan?!


uk election 2010>Kena target high point untuk exam akan datang nie<


uk election 2010>Macam tiada masa sahaja : Mampukah aku yerk?!<


Sudah langsai satu tanggungjawab aku sebagai seorang yang berada di London, United Kingdom. Aku harap undian aku tadi dapat menjadi salah satu bahan untuk mengubah UK ke arah yang lebih baik dalam masa yang akan datang. Memang senang nak mengundi di sini dan aku raa agak bertuah sebab undian pertama aku adalah di negara luar daripada Malaysia. Sekurang-kurangnya, aku merupakan sebahagian daripada sejarah pembentukan sistem pemerintahan UK untuk tempoh yang akan datang. Bangga seketika!! *_*


*Selesai mengundi : I've done my part in UK history*
[Selesai satu new entri, sekarang masa untuk terus sambung study]

20 comments:

Zinedine Zaiddin said...

Alhamdulillah..selesai sudah satu tanggungjawab. Satu lagi beza..kat Malaysia, warganegara je leh ngundi..student 'import' x boleh. ngeee~~

ZR said...

oooooooooooo....bykye beza...

Anonymous said...

Assalamualaikum...dalam kesibukan pun masih sempat menulis entry yang panjang2 ye..haha..mudah2an saudara dapat membawa 1001 ilmu yg bermanfaat untuk dikongsi bersama di Malaysia..UK-MALAYSIA...

mohon jadi follower ye!
salam alaik..

ain fathihah fhm said...

wow, menariknya.. thx berkongsi pengalaman

Ann said...

bab banner n poster2 tu, aku setju cara diorg..xperlulah smua tu...bek guna dgn cara lbih bpaedah..

Mommyyus said...

Bagus ek mcm ni..sbb tu org senang je nak mengundi kat sane. kepala tak serabut...

Yasmin Yahaya said...

Malaysia unik... banyak wat berbagai kempen~~

Nonny Atika said...

setuju!byk $$$ dibazirkan sepanjang proses pilihanraya.(kdg2 scary tgk org berarak time hari mengundi tu, seriously, mcm nak g prang kan?sigh)

menarik pengalaman mengundi d negara orang nie kan. u made ur mark in the UK history,alright.. =)

p.s:tadi pagi tgk berita kat tv pasal pilihanraya ni, terus teringatkan LHLH ..

brat2104 said...

huhu.. best.. pengalaman tu..

yup.. sepatutnya kita kena kurangkan pembaziran. x perlu bendera segala bagai. kalau nak buat pun, naikkan lambat2.. turunkan cepat2 supaya boleh recycle.. jgn biarkan je. membazir

tapi, senario politik negara kita dan negara lain berbeza..

sebab tu, pemandangan masa hari pengundian pun berbeza..

ery said...

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.. =)

windi said...

sangat berbezalah undi mengundi kat malaysia n london. Hafiz undi sapa? Gordon dah kalah daaa...

Aril Lanang said...

menampakkan perbezaan ketara minda ..tamadun antara negara maju dan negara membangun..

azimask said...

senang yer proses mengundi disana.. wang ringgit tak banyak berhabis... n org luar pon leh ngundi... heheheheeh

fakta menarik.. tq for sharing.. lau dak tak tau :D

n good luck for ur exam ok.. :D

kyuubi_85 said...

mmg sgt bnyk bezanya. huhuhu. lebih baik mengundi kat sana. sng je proses tk mcm tpt kita ni. leceh

Haffiz Al-Banna said...

@sang karipap:hehe..di sini, student dianggap rakyat jugak sbb diorang kan menetap di sini..sebab tu leh undi..
@kazaztan:agaklah..mmg bnyk pun beza..yg jelas lak tu..
@eja:insyAllah..sila2..amik masa anda..sy kongsi skdar yg trmmpu..
@ain:hehe..first time mengundi..dh la di negara orang kan..
@ann:tau xper..sbnrnya banner dan poster tu mmbzirkn duit jer..ad bnyk lgi cara untuk promote kan?
@mommyyus:tu la pasal kak..semua senang, mudah, teratur dan terurus..
@minyeL:hehe.tp xleh la unik sngrt..nnti mmbzirkn duit rakyat..
@nayh:haha..sbnrnya kerjaan UK masih belum lagi dpt disiapkan..sbb msih dlm proses pmbncngn'
@brat2104:tu la pasal..aku harap agar nnti ad prkmbngn positif la..
@ery:errk..kalo kes nioe, mngkin better di niegri org len kut..
@windi:ahakz..sy undi lib dem..third party terbesar di uk
@admin:pape yg bek, kt bwk balik malaysia dan kongsi dengan semua
@mimie:trimas for the wish..hehe.sy smpai sini bru tau psl proses mngundi di sini..
@lyuubi:tu la poasal..aku xprnh ngundi di malaysia..tp aku jgkakn pyh gk kut..

Aunty P :) said...

haa tu la kan .
malaysian ramai extrem politik sgt .

HAFIZAL said...

kalo ramai2 kan meriah...baru seronok

dRopPuc!noo™ said...

beza yang keempat: emm.. kalau x cek identity akan terjadilah pengundi yang datang mengundi tipu nama dsb. bukankah begitu?

Haw said...

tak salah klu kita tiru yg baik.. klu yg buruk mmg laa sangat2 salah jika ditiru

emarieys said...

banyak besanya yer...itulah pengalaman di negara orangkan..

    Related Posts with Thumbnails