My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, September 29, 2010

Kini Aku di London

Ini merupakan entri pertama aku di London selepas kembalinya aku daripada bercuti di Malaysia. Kalau korang semua nak tahu, aku sampai di sini pagi Isnin lepas : maknanya waktu petang hari Isnin di Malaysia. Memang memenatkan betul travel selama 17 jam di dalam flight : termasuk transit dalam dua jam lebih di Abu Dhabi. Namun, yang paling penting ialah aku sampai dengan selamatnya di London. Alhamdulillah. *wink2!!*


kembali ke london>Gambar yang diambil semasa aku transit di Abu Dhabi<


Buat masa sekarang, aku sibuk dengan process settle down memandangkan aku sekarang stay di luar bersama beberapa students Malaysia yang lain. Kalau sebelum nie aku stay di University Hall dan semuanya sudah tersedia : elektrik, gas heater, air dan internet. Namun, di rumah baru nie kami semua terpaksa bekerja keras untuk apply dan register semuanya dengan sendiri. Sebagai contoh, internet di rumah aku nie hanya akan diinstall pada 20 Oktober kerana ada banyak process yang perlu dilalui. So, sekarang aku bergantung sepenuhnya kepada internet handphone aku. Entah larat ke tak?! *muehehehe*


kembali ke london>Beginilah saiz beg kargo aku kalau korang nak tahu<


kembali ke london>Plan asal nak naik atas camel tu ambil gambar tapi malulah<


Memandangkan aku takda sumber internet yang tetap sekarang, maka segala urusan yang memerlukan internet seperti blog, Facebook, mail dan macam-macam lagi akan tertangguh buat sementara waktu. So, kalau korang semua rindukan any kisah daripada London : korang boleh untuk khatamkan entri-entri yang lepas yerk. Nanti kalau ada kesempatan, aku akan berceloteh panjang mengenai rumah baru aku nie. Kalau ada masa dan keizinan jugak, aku nak rakam video di sekitar rumah : so,bolehlah korang agak samada reasonable tak price yang diletakkan dengan kondisi rumah. *kuikuikui*

Oh ya, pada sebelah petang hari Isnin (hari yang aku balik), kami semua pergi mengambil barang-barang kami di storage. Memang berat dan banyak giler bebarang aku yang aku tak bawak balik Malaysia. Kalau timbang semua sekali, boleh mencecah ratusan kilo. *Aku serius nie tau!!* Kalau nak angkut bebarang tu semua menaiki tube, memang sengsaralah jawabnya. So, kami semua decide untuk menyewa sebuah kereta 7 seaters bersama pemandunya sekali untuk tolong kami hantarkan barang dari tempat storage ke rumah kami. Cas yang dikenakan ialah GBP 30.00 (RM150.00) untuk sejam. To be honest : memang agak reasonable la. ^_^


kembali ke london>Nie gambar bulan enam lepas yakni masa aku sibuk berkemas pulang<


kembali ke london>Permandangan dari terminal di Heathrow : itulah flight Ettihad aku<


Buat masa sekarang, mungkin aku akan kerap turun naik LSE memandangkan masih tiada internet di rumah aku. Sekiranya aku terlampau asyik menggunakan mobile phone, aku bimbang sekirany caj berlebihan akan dikenakan. Well : camnielah London yakni penuh dengan hidden cost di mana-mana sahaja. Kalau untuk berblogwalking, mungkin aku masih belum ada kesempatan. Namun, aku akan cuba sedaya upaya dan sebaik mungkin untuk terus membekalkan entri fresh dari London : hanya di Blog Coretan Perantau!! (^_^)/


*Mari kita sama-sama berpuasa enam bagi yang belum langsai*
[Per kes cuaca sejuk bangat di musim autumn nie : Lum masuk winter lagi]

27 comments:

Pemilik Blog Ni said...

selamat kembali ke London. Teringin jugak nak main salji. hehe.

sweetsal said...

bestnye nak tunggu autumn, blh tgk pokok berkale-kale..hehe

daezz said...

Inche Long ! aku datang bagi komen ni ! selamat pulang ke London. ingat, aku percaya kau . ahaha slmt blaja blk. jgn rindu org m'sia :)

Mama Zharfan said...

welcome back to uk!!

Aida Effarina said...

alhamdulillah dah selamat sampai uk. study smart. =)

cik_syud said...

slmt kembali ke london..wish u all the best k ;)

Bro Framestone said...

eh leh ke naik atas unta tue tgkap gambar huhu

klu bro mesti xkan lepaskan perluang cam nie... org larang pun bro tetap akan wat

pe2 pun alhamdulillah.. moga kamu selamat di sana

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Eliss said...

Alhamdulillah.dah selamat sampai!

Anonymous said...

mesti best giler , sebaik tiba sj d sana sbb london ada salji.. ^^

cOnfuSeME said...

nk tlg pos salji tuk saye...:)

petisuara said...

wah!dah balik sane dha..pleas epost more pictures kat sne..nak sgt pg london!

rzky-joos said...

semoga sukses di london sob..jng lupa mampir ke blog aku..ya?

Aida Azryn said...

bestnye dpt men salji.. huhu

Gee said...

klu sya p london boleh cari kamu tak..hee..entah bila la tu..hehe

Cahaya Kehidupan said...

owh.....selamat kembali ke London..belaja liklok....bestnye..teringin nak main salji..huhu...jom pakat habiskan pose 6..hehe =]

MyMiminn said...

hah!!!! datang mau ngurat! wahahahahha.. saya dah tinggal komen ya... hehehehhee

myoliza said...

oh! back to school,Long!
nanti citer byk2 pasal london.

tiefazatie said...

alhamdullilah..awk dh slmt smp ye...take care!cant wait 4 the next n3!hihi

nurathirahkaman said...

wow best dapat jadi perantau..
salah satu cara org MALAYSIA membawa MALAYSIA ke mata dunia..
hikhik...
teringin nak study disana..

sazali yusof said...

Semoga berjaya.. ^_^

sazali yusof said...

Semoga berjaya.. ^_^

Cahayamylife said...

Long tak muat la nak naik camel tu.
kalau yati ok la gak.
wahaha

Gayahspears said...

belajar leklok taw~
kami menanti kepulangan mu~
jgn nakai2 kat sane ya!nnty aku repot kat si dia~ lalalala ..opss

ummiross said...

Alhamdulillah selamat sampai..

Sheherazade said...

Alhamdulillah,semoga segala urusan dipermudahkan

cpt update,muehehe

afiqaiman said...

jumpa kat sna nanti ceywah yeye je kan ekeke

ProfHariz said...

Semoga Selamat Di Sana Bro :)

    Related Posts with Thumbnails