My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, September 22, 2010

Generasi Aku & Generasi Adik Aku Edisi Kedua

Kecoh dunia blogger sekarang dengan masalah malware yang timbul daripada blog-blog beriklankan Innity yerk. Sekiranya korang ada linkkan any blog berInnity, korang akan turut menerima tempiasnya. Yang ajaibnya adalah blog aku terselamat walapun ada Innity. Kalau korang nak tahu, program Innity di Indonesia telah diserang malware dan ini menyebabkan Google memblacklist domain Innity.net secara seluruhnya. Sebab itulah publishers iklan Innity turut terkena kesannya. Isyh3!!


zaman kanak-kanak>Adik korang ker nie?! Generasi zaman sekarang kut<


zaman kanak-kanak>Enam generasi berbeza akan menempuh enam peristiwa berbeza<


Papepon, problem tu kini dalam proses penyelesaian dan Google sudah pun memberi lampu hijau : jadi tak perlulah risau yerk!! ^_^ Sekarang : kita kembali ke topic asal!! Sebenarnya aku nak tulis entri lanjutan kepada Entri Generasi Aku & Generasi Adik Aku sebelum nie. Jadi, mari kita semua layan perbezaan lain antara dua generasi tersebut :

Generasi Aku : Masa kecil-kecil dahulu : bila cikgu tanya apakah cita-cita bila besar nanti, mesti kita semua dah boleh agak jawapannya kan. Ada yang nak jadi tentera, ada nak jadi doctor dan yang paling common adalah nak jadi cikgu. Kadang-kadang satu kelas nak jadi cikgu. Aku pun pernah terfikir nak jadi cikgu dulu. *kuikuikui*
Generasi Adik Aku : Kalau ditanya dengan budak-budak zaman sekarang mesti ramai pakat nak jadi macam Mawi dan Siti Nurhaliza. Apa kelas kalau jadi cikgu ataupun askar kan?! Kalau jadi artis ataupun pelakon, lagi cepat nak popular dan boleh masuk TV. Cuba tanya adik korang kalau tak caya!!


zaman kanak-kanak>Masa dulu ramai yang berminat nak jadi askar ataupun cikgu<


zaman kanak-kanak>Tapi generasi adik aku lagi suka jadi artis kut. Ahakz!!<


zaman kanak-kanak>Kekadang aku pun terlayan jugak cerita bebudak kecil nie<


Generasi Aku : Kalau dapat sepasang baju baru setiap tahun pun dah cukup okay : tak kisahlah samada baju sekolah ataupun baju raya. Kadang-kadang pakai baju raya yang sama dengan tahun lepas pun tak kisah. Kasut pakai bertahun-tahun pun macho jer.
Generasi Adik Aku : Baju raya mestilah ada banyak pasang : kadang-kadang sampai tak terpakai langsung pun ada. Selepas tu, baju sekolah kalau boleh nak tukar setiap tahun sebab lasak sangat pakai. Kasut pulak nak kena brand up to date walaupun mahal. Aku tak camtu pun. TT__TT

Generasi Aku : Setiap buku-buku folio yang aku buat dulu, aku kena tulis tangan dan bahan-bahan rujukan ialah kertas-kertas surat khabar dan buku-buku di library. Kalau tak cukup, terpaksa pergi pinjam buku rujukan kawan dan photostat. Kepayahan untuk study tu jelas terasa!!
Generasi Adik Aku : Bak kata iklan popular : semuanya di jari anda. Bila aku tengok adik aku buat buku folio Geografi dia, semuanya dapat ditaip dengan mudah menggunakan komputer. Selain itu, segala bahan rujukan boleh di Google terus. Tapi tak siap gak sebab malas nak study kan?! *kehkehkeh*


zaman kanak-kanak>Kalau nak buat assignments, semunya bertaip : takyah tulis tangan<


zaman kanak-kanak>Aku kenal Friendster masa tingkatan empat : korang pulak camner?!<


Generasi Aku : Aku mengenali Friendster pada umur Tingkatan Empat
Generasi Adik Aku : Adik aku mengenali Facebook pada umur Darjah Enam.

Masa makin berlalu dan semua di generasi lalu mungkin makin dilupakan. Walaupun dulu tak seperfect dan secanggih sekarang tapi aku rasa aku lagi lepak, lagi bahagia dan lagi indah ketika di generasi aku dulu. Takda nak rushing-rushing kut. Korang pulak rasa camner?! Any perbezaan antara dua generasi yang mungkin aku tertinggal?! Sharelah dengan semua!!


*Semalam aku full scan laptop sebab banyak masuk website bermalware*
[Besok ada rumah terbuka di library : wajarlah aku datang lagi ke sini]

25 comments:

Liyana said...

kenal friendster mase lepas sekolah. lagi jakun.. huhu

CPFZ said...

warghh...
zaman aku dlu pn lbh kurang camtu..
zaman skola rendah aku maen batu seremban,maen tutup botol,
tp zaman adek2 aku tak reti dah maen bnde alah tu,maen PSP,online game..
zaman aku kenal HP dan gajet2 ms aku form 4,tp zaman adek2 aku umo 6-7 tahun dah tahu gajet2 canggih..

macam2 skrg..
*sigh*

pensel said...

suke entri ni..buat aku teringat masa kecik-kecik..ehehe

Faizal Sulaiman said...

kenal friendster masa tingkatan 5.memang sekarang ni dah lain la long.adik perempuan aku doh hadap akademi fantasia tu..adess..nak luku2 je kepala dia!

Mel said...

adek-adek kembar saya nak jadi ultraman pulak. camne?

RedLife2Love said...

terkenang dulu-dulu.. =)

sweetsal said...

kehidupan Long dgn adik2 memang bertuah sangat2..cakap je apa semua ada..kami dulu mana ada semua ni..nak kenal IT pun merangkak-rangkak ni..huhu

mira_nas said...

diorang ni advanced sampai banyak benda basic tak tahu..

Leyha said...

budak2 skrg nie lagik2 advanced. budak sek rendah pown dha tau apa tu facebook. sdgkan facebook kenal aku bila abis praktikal tahun 2009. ish3.

well, makin maju kadang2 makin orang jadik malas. hehehe. tapi budak2 skrg tak rasa la mcm budak2 dulu. permainan budak2 dulu suma dha takde untuk skrg nie~

Anonymous said...

btul larh long,.. zaman kita sama sj.. yg jealous nya adik aku larh,.. smua senang,.. dan cam long kata, smua gn komputer,.. kita ssh payah cari maklumat kat paper ,library .. tp diaorng?? :(
apa pon zaman dulu lagi best walau x canggih cam ari nie,.. sbb slalu study dng kekawan kat umah,..
n then mak akan bancuh air untk kami smua, sbb letih study.. :)
aku mula knl fb masa umo 18thn...

Sheherazade said...

Friendster?waa siyes dah lame x buka..muehehe

akak kenal zaman 20-an tau

Cikgu Nurin said...

yer..generasi berbeza..anak akak umur tujuh tahun dah ada facebook.dah pandai baca blog and blogwalking...sekarang dah pandai download lagu n movie dari youtube...tapi kena pantau dengan mak dia ni....kalau tak,takut ke mana mana pulak termasuknya...

shhh. said...

saya kenal Friendster masa darjah tiga dah nak masuk darjah empat :B Ohoho.

Hairil Rizal said...

Generasi skrg beruntung sbb banyak kemudahan dari segala aspek.

But I can say that the older generation are tougher since they learned everything the harder way!

ibuintan said...

dulu lain sekarang lain...generasi sekarang beruntungnya hidup dalam kemodenan, tapi diselubungi dengan berbagai peristiwa yang merunsingkan ibubapa..

anak murid sekarang bercita2 dan berangan-angan menjadi selebriti cekap kaya kata mereka

rammyd said...

dulu kalau papa saya datang lewat untuk jemput saya dari sekolah sy cume menangis ketakutan saja. sekarang papa saya jemput adik saya lewat adik sy guna henfon call papa saya dan marah2 die. -_-''

nosembilanbelas said...

lagi teruk akak. chat kampung masa kat u. friendster ada la kot 2,3 tahun lepas...nak best lagi... baru register fb tahun nie...pasal supervisor bagi arahan dalam fb.huhu

myoliza said...

betullah kan,..dunia dah maju,..zaman dah berubah,...
zaman akak wat assignment guna typewritter lagi,..final yer jer baru kenal komputer,,tu pun kat lab,..and jakun takut nak tekan keyboard =D
and dulu2 mana ade handphone,..guna public phone jer,..tapi harini,..anak buah akak,..baru darjah 5 hp sorang satu,..and dah ade facebook jugak...;D

anatayuni said...

hehehehe..nama pun dunia makin moden..semua berubah dari zaman ke zaman...syok gak tngok gelagat dak2 kcik skrg yang teruja ngan facebook..handphone.. jeles pun ye gak..sbb time kecik2 dulu membesar ngan main pondok2 je..dak skrg..ngan laptop..wah...^^

AngahSayang2314 said...

ye lah sekarang nie generasi canggih kan??

Qib said...

kenal friendster masa tingkatan 3 =)

Jum Singgah yer
Latest entry di:

Lelaki kurang otak
Letter for adik part 2
Lelaki hensem dan Pompuan Gem--

zai said...

gambar no satu tu..masyaallah gape nak jadi budak2 gitu

aku bt fs time form 3..hee
kenal ym time form 1

Unknown said...

kenal frienster masa masuk 'u'
kwn yg rekemenkan..hihi
aah sgt berbeza kita yg dulu versus zmn skrg ni kan

Unknown said...

kenal frienster masa masuk 'u'
kwn yg rekemenkan..hihi
aah sgt berbeza kita yg dulu versus zmn skrg ni kan

Shafiq Hashim said...

Xada Account Friendster..huhu

http://shafiqhashim.blogspot.com/2014/01/deretan-filem-terbaik-2014.html

    Related Posts with Thumbnails