Nampaknya sekarang dah masuk musim untuk para pelajar yang nak fly ke United Kingdom membuat preparation untuk ke sana. Selain itu, ada juga yang merancang untuk bercuti ataupun honeymoon di London ketika musim cuti sekolah nanti : terutamanya menjelang akhir November dan juga Disember. Last week aku telah mendapat e-mail daripada rakan pembaca yang meminta aku menjadi tourist guide sepanjang tiga hari mereka di London. Memandangkan aku free ketika itu, bolehlah aku mendapatkan side income sikit. Ngeh3!! ^_^
>Aku beli periuk nasi harga RM30 : Di London, 30 pound belum tentu dapat<
Aku tahu dan yakin bahawa ada dalam kalangan rakan pembaca yang merancang untuk bercuti di London ataupun United Kingdom : tak kisahlah samada dalam masa terdekat ataupun bertahun-tahun lagi. Jadi, aku nak share sedikit tips ataupun apa yang patut korang kena prepare sebelum ke sana. Harap-harap dapat membantu seadanyalah. *hukhukhuk* Antara korang kena prepare ialah :
1. Pakaian : Pakaian nie bergantung bila korang nak datang London. Kalau nak datang dalam bulan November sehingga Februari, bawaklah pakaian tebal-tebal dan thermalware jugak. Tapi kalau datang selain daripada tu, pakai sweater pun dah cukup. Dinasihatkan untuk pakai hoodie lagi senang. Tak perlu baju sejuk tebal-tebal dan kasut kalis air. Semua tu boleh didapati dengan mudah di London. Tengok dulu cuaca macam mana bila sampai nanti dan baru beli pakaian yang sesuai. Memang sah lebih murah di sana berbanding Malaysia. Aku jamin!!
2. Makanan : Kalau London, tak perlu risau pasal makanan halal memandangkan ada banyak. Cuma perlu duit saja untuk membeli sebab agak mahallah. Oh ya, kedai kebab bertimbun-timbun dan kedai daging fresh halal pun ada. Tapi untuk survive dalam minggu pertama tu, bawaklah perencah-perencah dan mee segera untuk senang cerita. Selain itu, cuba untuk tidak convert duit bila nak membeli makanan. Kalau korang buat macam tu, sah-sah takkan sanggup nak berbelanja. Kalau lapar, aku tak tahu. *muehehehe*
3. Pengangkutan : Kalau korang semua datang dari Malaysia, memang sah-sah akan sampai di Heathrow Airport. Di sana, korang boleh ambil tube(LRT London) untuk ke Central London. Tapi, sebelum korang naik tube tu, pastikan korang beli Oyster Card. Oyster Card adalah benda terpenting untuk travel around London. Dengan adanya card nie, perbelanjaan korang akan menjadi amat-amat jimat. Kalau tak silap aku, boleh mencecah 70% diskaun. Dulu aku pernah cerita kepentingan Oyster Card kan?! Kalau nak baca artikel tu, boleh terus guna "Search" di atas!!
4. Barang yang mungkin kena bawak : Antara barang yang aku bawak sebelum fly ke London dulu ialah periuk nasi. Sebabnya ialah orang di sana kurang makan nasi. Jadi, memang payah nak cari rice cooker yang murah dan berkualiti. Better bawak awal-awal. Segala dokumen perjalanan juga perlu dibawak dan memang security di sana agak ketat. Kalau boleh, bawak duit dalam bentuk bank draft ataupun traveller’s cheque. Jangan bawak cash banyak-banyak sebab agak risiko. Barang-barang peribadi boleh didapati di sana. Anything yang rasa tak boleh kalau tak dibawak, just bring it on. Asalkan tak lebih muatan kargo dahla. *kuikuikui*
Jadi, itulah empat tips yang aku dapat share dengan sesiapa sahaja yang terasa nak ke London ataupun United Kingdom. Dulu aku selalu cuak dan risau kalau-kalau tiada pakaian yang sesuai tapi last-last, semua boleh didapati dengan senang di sana. Kalau sesiapa yang memerlukan bantuan ataupun tips lain, bolehlah untuk terus mail aku yerk. Alamak mail aku boleh didapati di ruangan page "Mengenal Penulis" di atas tu. Kalau ada yang ingin aku jadi tourist guide pun boleh jugak. Lagipun aku memang dah biasa travel sekitar London tu. Just pastikan datang waktu aku cutilah. Kalau study time, payah cerita lak!! -_-"
>Diulang lagi sekali : Sesiapa perlukan bantuan tips, boleh e-mail aku<
[Hanya ada besok untuk berehat daripada kepenatan bekerja]
[Hanya ada besok untuk berehat daripada kepenatan bekerja]


40 comments:
eh eh nak pi London, tapi taktau bila, best nya Long boleh jadi tourist guide..dpt tambah income..
Ok tak cukup kaya nak pergi ='(
klu dh knl, charge tourist guide kire harga membr blh??
ekeke
panduan yg sgt berguna :) kan bagus kalau ada org tulis mcm ni sblm me dtg notts dulu :) :p
salam kenal..dik..akak penah gi London tp transit jer 4 jam sebab nk gi Dublin..nanti akak tulis resepi2 yg senang, murah, n mudah utk buat sesuai dgn keadaan kt sana k..n kena dgn tekak melayu....follow me yer...
salam Long ..bestnye pi London...hihi hope boleh guna tips dr Long ni:))tp lom tau lg bila la nak jejak kaki kat london tu
g dlm mimpi je lah
insyaallah one day nak gak jejak kaki di sana...
bilala dpt g London ni.. huhu
ohoho.. baiknyer ati sanggup jd tourist guide , :)
tips yg awak bg sngt brguna.. :D
sangat best. teringin nk pergi. tapi tor di sana memerlukan duet yang berlambak2 banyak.
he. tunggu kaya dulu :-p
aaiisshh bila la nak g london g nnie... rasa nak g lagik.. dulu jalan tak puas.. huhuhu duit pun ada lagik 200 pound tak tukat balik ke duit malaysia.. sayang...
Long! huduh giler gambar aku yg ko letak... dlm byk2 gmbr, yg tuh gak ko nk taruk kt situ. hish.
belum mampu nak pi sana.. boleh tengok gambar aje la..
salam..
tips yang menarik.
eh.airasia dah ada penerbangan ke london.terbang la..murah :) kalau nak selesa,makan sedap,perkhidmatan best, naik MAS.tu pun kena tunggu rate murah :)
long! cte la sket apa yg bole beli n reasonable kt uk.. nak buat pedoman ni. mcm tak tahu nk beli apa, sbb nk convert ke RM lg pulak. kt mana tempat yg okay untuk shopping branded items, pestu kan long apa benda yg reasonable sebagai souvenior. thanx long!
pernah gi sana for 5 days. tapi tak suka cafe malaysian hall.the staff baik tapi the tokey very rude...mencik!
Salam..
Long kalo dr durhm ke greathm jauh x..
wahh
good tips tu
tp ntah der peluang ke tdk nak kesana
hehe ^^
seronok ni..insyaalah kalo de rezeki sampai la tahun depan..doakan la ye..doa banyak2..
waa best nyer...stdy sne..hurm x dpt lagi peluang nak stdy sane..ape2 pon best entry nie..suke2...:)
best2 :) bila la dpt poie :)
teringin nak p sane....tunggu la kalo ade rezeki lebih nnt....
nice tips...tak dapat praktikkan kt london, praktikkan kt cameron highland pon ok kot hehehe...
tips yg bagus ni.. mana tahu klu ada rezeki untuk ke sana boleh juga di guna pakai.. terima kasih yer..
xdak duit lagi nak p sana....
singgah kat blog ni...tq owner blog singgah kat blog sy..
wahhh bestnya. teringin jugak nak ke London. maybe stu hari nnti kalau ade rezeki. jejak la kot. hehe.. ;)
neway.. nice info!
bestnya jadi perantau!!!
memang dah lama plan nk pergi london.. tgh kumpul dana nih. haha...
best entri!
wang belum mencukupi utk kesana hehe...
bestnye ke London! :)
na pegi london la :)
hahah
xckup duit lg nak smpai london tuh..uhuhu~
Hi there..thanx 4 visiting my blog. such a nice blog u got here. I do like the infos! :)
p.s: jealous2! I extremely wanted to go there! hehe
best nye dengar blogger ni nak pegi oversea.. london pulak tu.. :)
Hubby akak ada sedare kat london tp kalau nak pergi takde tip dr dia.....hehe...kena cari hafiz jgk.
waa !! serius nmpk best. .
teringin g sane. .tapi entah smp ke tidak ke sana. .huhu. .
bile entahnye nak sampai london ni
Waaa~~~
bestny g london..
Nice tips.. bagus nieh untuk dibuat catatan ^^
nak pegi gak.
masa fa pergi london tak de snow pun..
jeles...
salam. jd yourist guide lg tak?
Post a Comment