Nampaknya cuaca agak mendung dan suram di luar. Hujan pun dah turun. Suhu pulak takdalah sejuk sangat berbanding beberapa hari lepas. Adakah ini bermakna aku akan membawa sinar kecerahan dengan kecemerlangan di dalam exam besok?! *muehehehe* Tidak sama sekali sebab bab-bab cuaca nie, Allah yang maha menentukan. Oh ya, untuk pengetahuan semua, besok aku akan mulakan exam besar aku. Final exam tahun pertama di London School of Economics (LSE) bermula pada jam 10.00 pagi besok. Cuak?! Rasa nak muntah?! Excited?! Pitam?!! Semuanya bercampur baur memandangkan dah lama aku tak menduduki exam : Tak kira exam kecil or besar. Menggigil nie tau. Ngeee~~
Adakah patut mamat bilik sebelah aku nie sibuk duduk tune dia punya gitar?! Aku tahulah yang dia punya exam dah separuh lepas. Bagilah chance kat aku yang baru nak berexam nie merasakan kecuakan exam. Kalau aku lekuk kepala mamak nie kan, ada dia punggah geng-geng dia. Takleh2!! Bahaya!! Besok dah nak exam. Jadi, kalau nak menduduki sebarang hari peperiksaan, kita kena tempuhi dulu sehari sebelum peperiksaan. *aku terpusing-pusing dengan ayat aku nie.* Jadi, apakah persediaan yang selalu aku buat sehari sebelum exam. Jom aku share dengan korang semua di bawah~!!
Kekemasan Diri : Biasanya sehari sebelum exam, aku akan kemaskan diri aku. Potong kuku yang panjang dan shave segala janggut dan misai. Nie pun baru siap shave dalam tengah hari tadi : kalau tak, macam orang baru keluar gua pun ada. Kalau di pagi hari exam, aku akan mandi lebih lama daripada biasa. Aku akan shampoo rambut dan berendam lama-lama. Lebih-lebih lagi kalau ada air panas. Bila dah bersih dan kemas diri, barulah rasa lagi tenang untuk menghadapi exam.^_^
Makanan dan Minuman : Memandangkan aku exam pukul 10.00 pagi besok, maka aku tak sempat nak masak ataupun sediakan apa-apa makanan. Jadi, tadi aku dah masak nasi putih banyak-banyak untuk makan besok juga. Cukuplah stock aku tu. Selain itu, aku juga dah beli roti, coklat Cadbury dan nescafe. Persediaan untuk kecerahan mata. Aku juga dah beli 6 botol kecil Luzorade yakni sejenis minuman energy. Satu botol untuk satu hari exam. Ini untuk memastikan bertenaga selalu. Harap menjadilah!!
Pakaian : Pada hari exam, biasanya aku akan pakai pakaian yang bersih dan belum dipakai. Maksud aku bukannya pakaian yang baru tetapi pakaian yang dah dibasuh siap semua. Selalunya aku akan pakai any pakaian yang memberi aku keselesaan. Kalau pakai baju besar sedikit pun tak mengapa. Senang untuk jawab exam. Aku akan sediakan segala macam pakaian ini by malam sebelum exam day.
Perkakasan : Benda wajib check dan sediakan sebelum hari exam. Menjadi kebiasaan untuk aku membawa tiga biji pen biru, sebatang pen hitam dan sebatang pensel mekanikal. Selain itu, aku turut bawak pembaris, pemadam dan pencil lead. Kalau exam yang memberi kebenaran untuk membawa kalkulator, aku akan bawak dua biji kalkulator : biasanya dua-dua elektronik or satu elektronik dan satu lagi yang biasa. Takut-takut kalau habis bateri semasa menjawab exam. Kan menyesal tak sudah!! -_-"
Tidur Yang Cukup : Sehari sebelum exam, kena dapatkan rehat yang mengcukupi dan tidur yang selesa. Kalau di London, Isyak masuk waktu dalam pukul 10.49 malam. Subuh pulak masuk jam 3.00 pagi dan pukul 5.00 pagi dah habis. Biasanya aku akan tunggu subuh baru tidur. Tetapi untuk malam exam, aku akan terus tidur selepas solat Subuh dan bangun dalam pukul 4.30 pagi untuk sembahyang Subuh. Pastu, boleh aku buat revision yang ringan-ringan. Sekadar termampu~!!
Revision or Study : Cikgu aku pernah pesan yang malam sebelum exam adalah hanya untuk rehat dan tak perlu lagi study. Aku dengan sepenuh hatinya bersetuju dengan apa yang dia katakan itu. Biasanya aku takkan study pada malam exam melainkan kalau subjek kebesokan hari itu amat payah. Kalau aku study pun, aku akan hanya baca nota-nota simple or small note yang aku buat. Sekadar termampu tanpa membebankan otak dan pemikiran aku. Ngeh3!!
Lain-Lain : Antara benda lain yang aku buat sehari sebelum exam adalah kal parents aku di Malaysia. Kena mintak maaf dan mintak restu daripada mereka. Barulah rasa tenang dan aman kalau nak pergi menghadapi exam. Selain daripada itu, minta maaf dengan kengkawan dan wish Gud Luck kepada sesiapa yang perlu. Aku juga akan pastikan aku okay fizikal dan mental : maka aku banyakkan amalan. InsyAllah.
Alright! Itulah serba sedikit mengenai gaya hidup aku sehari sebelum exam. Biasanya benda-benda nie confirm aku akan buat dan dah menjadi kebiasaan buat diriku. Bagi sesiapa yang terasa aku punya tips or gaya hidup nie bagus, silakan ambil untuk dijadikan pedoman. Lagipun otak aku akan menjadi lebih segar-bugar dengan mendapatkan rehat yang secukupnya untuk menjawab exam. Oh ya, sebelum ending, aku nak wish tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya menyapu Parlimen Sibu. Exam Besok : Korang bersedia?! Adakah aku bersedia?!!
*Besok Exam?! Ahakz!! Hahahahuhuhuwuwuwuuu TT___TT*
[Tiba masanya untuk menempuh sempadan : Aku yakin aku mampu sedayanya!!]


28 comments:
gdluck bro!hehehe
jgn notes tuh jdi toyol suda~hahaha=P
selamat berjaya dan jangan lupa baca bismillah :)
all the best!!!
3 bijik pen biru? huhuhuuu..neway,aku sediakan baju seminggu before pekse lagi.hebat tak? hahaha.
neway, gud luk n alld best! ^^
eh? dah nk exam dh? cepat giler! by da way... all da best!! ;)
nk P&L statement..best wat bnde tue.suke2
wow.. teliti betul persediaan awak nak exam ye.. Bagus.. bagus.. anak melayu yg boleh dibanggakan.. adik akak pun study luar negara gak.. amik farmasi kat australia..
gudluk...pencil box dr kotak kain pelikat tu mmg terbaik...ahaks
all da best hoh! tips baek! bole ikot care anda! hehe
Salam ziarah...salam ukhuwwah adik haffiz...
Semoga diberikan ketenangan hati dan ketajaman pemikiran untuk menghadapi peperiksaan nanti. Berjihad kerana Allah...insyaAllah akan diberkati.
Antara amalan akak dulu apabila menghadapi peperiksaan...akak akan berpuasa sunat pada hari peperiksaan tersebut. Tambah-tambah lagi jika peperiksaan jatuhnya pada hari Isnin dan Khamis...moga dijadikan ikhtibar untuk yang lain.
Terima kasih sudi ziarah blog akak dan akak antara ribuan follower adik dari Malaysia.
a'ah..pencil box atlas tu yang sweet.. ohh. selamat menempuh exam..
tawakal la ye..moga berjaya. :)
salam..
all the best utk exam..
bittaufiq wan najah! =)
all the best!
preparation sume complete.
:D
all the best bro :)
all da best....
wahh, preparation yg cukup perfect
selamat jawab soalan, soalan biar bernas dn bermutu tinggi, dikualiti resultnya kelak
paper acctg ke? kacang je tuh..heheh ^_^
InsyAllah..selawat byk kali, mudah-mudahan terang mata hati dan berjaya dlm exam...amin..
wahh kemasnye notes accounting dia!
nk pinjam leh? hehe
sya pernah terlupa nk bawak calculator masa exam accounts sy mse semester 1, nasib baik la account ni main tambah,tolak je kan..
Good Luck for you final exams k! ;)
Good Luck yea :) arwah cikgu ku kata kalau ada rasa debar kat dada tu tepuk dada tiga kali sambil baca ayat 3Qul dan al-fatihah :)
GUD LUCK ORG TERANUNG KITER....
HAFIZ JGN LUPER TGK NI-->
http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/
ADA N3 CREDIT UTK AWK...
wah, dah start exam. Ganbatte!
smoga berjayaaa :)
wah..sangat berguna la tips2 persedian exam ni..hehe..
tido y cukop..
barang2 alt tulis..
makanan..wah3x ^_^
bro, nota chatek la..leh watkan tok kite..hikhikhik...
best of luck keyh~
huhu..bagus punya tips..
kemas2 baru la smart..
sy kagum la dgn awk hafiz.
sbbnye, ade gaye budak cemerlang beljar..jeles sgt222222222222!!
Semoga berjaya..
@nabiel:uisyh..notes tu aku bawak sehingga saat2 teakhir sebelum masuk exam kut..huk2..
@syarfizal:trimsa2..insyAllah..bismillah tu mmg dh mnjdi satu amalam..
@sir marcello:trimas2..all da best ntuk ko gk dlm sgala ursuan pape atas muka bumi nie.
@et:aku terkeluarkan loghat terengganu di situ..haha..seminggu sebelum exam..ko lg smngt drpd aku nie..
@chybee:ahakz..tinggl stu lgi papre di staat aku membalas komen ko nie..
@amira:nie dalam 3-4 kali ganda lagi payah berbanding p&l statement..
@liennats:yerp2..farmasi mmg bagus di aussie dan ireland..kalo uk, medic2 nie xbraper nk terbsk sngt kcuali bbrapa univ..
@miro:aku nk bwk bbrg dri malaysia dulu..jadi kenala jimtkn space..haha
@gades:per yg andar rasa terbek, silakan amik dan pape yg xbraper nk baik, tngglkan uyerk..hehe
@ibunoor:tu mmg cdngn yg terbek kak..sy mmg nk try puasa dh aritu tp xmmpu..sbb wktu kt sini subuh msuk kul 3 n mghrib dlm kul 9 bru abis..lama tul kan..
@kasih:aku xsdar olak yg aku terupload pencil box tu..haha..papepon, tu mmg pncil box yg bets..keh2..
mengenaldiri:alamak..jngnla tulis bahasa arab..aku xbraper nk phm nie..
@nad:preparation mmg la complete tp exam xsecmplete yg diharapkna.sedihnya..huik2
@azrul:trimas bro..sgala wish anda amat sy hargai..
@ann:trimas2..insyAllah doakan sy sllu yerk..mner tau berkat doakna..
@zaizax:soklan biar benas?masalahnya bukan aku yg cipat soklan dan mmg soklan amat payah sekali..haha
@ina hashim:mngkin anda ptut mncuba soklan2nya itu..hehehe
@sweetsal:insyAllah..haha..akan sy cuba yg tebrek..amin
@alyssa:haha..mngkin akaun nie xmen tmbh tolak..3 jam menulis non stop..bnyk gilersklan teopri..
@uchi:uisuyyh..aku akan praktiskan nasihat tu,..insyAllah berguna..
@lyafrina:alamaka..sy dh tngk dah..hehe.,jngn risau yerk..trimas sy ucapkan..
@rossoneri:lagi sekali aku tanya ko..ko support aner mlm nie?
@areev19:ko skong bola pskn mner mlm nie wei
@lily:alamak..buatkan/hehe./.tlg tngk anda buat sndri tu lehla kut..,keh2
@naeila:uisyh..ko puji2 nie nak aku blnja makan nasi goreng mamak keR?hehe
@joe:trimas bro..trimas..huk2
Post a Comment