My Followers Who Follow My Blog

Sunday, May 16, 2010

Sajak "Guru Tuaku" Sempena Hari Guru 2010

Asalnya memang aku taknak tulis entri baru memandangkan aku tengah buat set soalan past year dan memang aku dah shut down terus blog. Tetapi memandangkan hari ini Hari Guru dan aku rasa macam tak best la pulak kalau tidak menulis entri baru, maka terhasillah entri ini. Daripada aku duduk fikir dan tak buat apa-apa, better aku habiskan dalam setengah jam sehigga sejam untuk entri baru ini. Tetapi maybe entri nie akan menjadi amat pendek dan mungkin tidak seperti kebiasaannya. Aku harap korang tak kisah yerk. Biasa-biasa sahaja!! ^_^


sajak hari guru
>Blog "Long Haffiz" Coretan Perantau mengucapkan Selamat Hari Guru<


Aku yakin yang di Malaysia mesti akan diadakan sambutan Hari Guru secara besar-besaran kan?! Selain itu, mesti ada juga sambutan Hari Guru peringkat nasional. Aku dengan ini ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru di luar sana : samada korang mengajar aku ataupun tidak, samada korang dah pencen ataupun belum, samada korang selalu ponteng kerja ataupun berdedikasi. Yang penting, tanpa jasa seorang guru, siapalah kita sekarang nie. Jadi, ribuan terima kasih kepada semua guru yang berdedikasi dalam mendidik anak bangsa. Gracias dan jasa anda amat dihargai!! Ada guru yang aku suka dan ada yang hampeh. Tetapi walau macam mana pun sikap dia, aku berada di sini sekarang dan diorang yang pump aku dengan pelbagai ilmu.Aku akan berusaha untuk membalas jasa mereka dengan terus study dan berusaha! Chayok!!

Sebut tentang guru ini, aku nak share serba sedikit mengenai pengalaman aku. Masa kecil-kecil dahulu, cita-cita aku mesti nak jadi seorang cikgu. Korang pun macam tu jugak kan?! Oh ya, selepas zaman SPM dulu, aku mendapat beberapa tawaran scholarship lain : selain daripada Petronas yang aku pegang sekarang. Antaranya ialah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam course Mathematics overseas di bawah Skim Pelajar Cemerlang. Semua family members aku mendesak aku untuk ambil tawaran biasiswa perguruan nie tetapi seriously, aku memang tak berapa suka untuk menjadi guru sekarang. Jadi, aku pun membuat keputusan untuk mengambil scholarship Petronas dan I'm in London now. Alhamdulillahla *_*


sajak hari guru>Inilah sekolah rendah aku : SK Losong<


sajak hari guru>Walaupun amat kecil dan tiada padang : Aku tetap bangga!!<


Sebelum aku berundur diri untuk sambung study, aku karangkan satu sajak yang bertajuk "Guru Tuaku" untuk semua pembaca kali nie. Terus terang aku cakap yang aku dah berzaman tak tulis sajak or cerpen. Jadi, agak berkarat sekarang. Aku pernah menang pertandingan mencipta sajak dan cerpen semasa zaman sekolah dahulu. Tapi tu zaman dahululah. Sebarang komen, korang boleh kemukakan di bawah yerk. Sila nikmati seadanya yerk:

Dahulu,
Aku melihat guru tuaku,
Tetap ampuh mengayuh perlahan basikal tuanya,
Tetap lagi segak berkemeja lusuh birunya itu,
Tetap kental menggendong seribu antara naskah pengetahuan,
Tetap ingin menyebarkan ilmu seantero anak bangsaku,
Tiada jalan perhentian dalam perjuanganmu.

Aku melihat guru tuaku,
Tidak sedikitpun luntur senyuman dari bibirnya,
Tidak tertimbul kerut-kerut keletihan di mukanya,
Tidak langsung riak bangga atau berpuas sahaja,
Tiada bingkas sebarang keluhan rasa dari badannya.

Aku melihat guru tuaku ,
Tidakkah dia kenal apakah itu perit lelah?!
Tidakkah dia kenal apakah itu untuk berhelah?!
Tidakkah jua dia kenal tanda cercian daripada yang enggan mengerti?!!
Tidak!!
Tidak akan dia kenal itu semua!
Selagi tidak terbela jati ilmu anak bangsa.

Tapi kini,
Aku melihat guru tuaku kembali,
Kenapa sungguh berbeda dirimu itu?!
Kenapa berbeda prinsip dan pegangan kamu?!
Adakah kerna perubahan zaman atau perbendaharaan?!
Jangan! Jangan biarkan itu semua menyimpangkan dirimu!!
Teruskan berdiri gah!
Gah dengan dirimu yang dahulu,
Biarkan aku kembali!
Kembali melihat guru tuaku yang dulu!!



>Jom Nyanyi : Kami Guru Malaysia<


Sempatlah pulak aku letakkan video lagu "Kami Guru Malaysia" di atas yerk. Itu merupakan antara lagu yang paling aku suka. Aku harap semua cikgu dan guru dapat berpegang janji mereka seperti mana di dalam lirik lagu itu. Kalau dulu-dulu, cikgu-cikgu semua menyanyi di hadapan, aku dan member-member pakat nyanyi bersama-sama dengan diorang di belakang. Bila menyanyi balik lagu nie, teringat zaman aku nakal-nakal dahulu. Eh kejap, aku budak baik. Tak pernah nakal. Ngeh3!! Yang penting, korang layanlah yerk video lagu itu dan sajak yang aku karangkan itu. Sajak itu confirm lingkup. Macam tak best jer. Anyway, sebarang komen, sila buzz di part komen!! Aku cuba untuk berblogwalking seketika selepas ini~!!


*Warga London mengucapkan : Selamat Hari Guru 2010 kepada semua*
[Guru umpama lilin?! Or korang rasa guru itu umpama apa?! Idea please!!]

32 comments:

joegrimjow said...

macam pelita

joegrimjow said...

1st???
hehe

ok bagi panjang skit
;)


masa tadika ku rasa plg dikenang cgnya
masa tu 1st blajar dengan sorg insan yg bergelas guru
ingat
klu xde die..xde guru yg mengajar.. xdela jadi aku skrg ni

thx u cg!

nurulayuni said...

slm long
...ok ape sjk karangan kamu!
tajuk pon dh gempak..hehhe
keep blogging.

Anonymous said...

sajak yg sangat mendalam ertinya!
selamt hari guru!

Syahrul Iman said...

selamat hari guru..jasamu akan dikenang..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Guru itu umpama aku~

boleh tak Long?

=)

Zinedine Zaiddin said...

Sedih x dapek nak bukak website skolah..sekali dah tutup daa..hampeh sungguh.

X sempat nak amik gambar2 aku kena gunting rambut dengan pengetua dulu..haha

Eza Faezah said...

boleh tahan gak biler bersajak yer...
selamat hari guru untuk semua pendidik di Malaysia...

NurSya said...

Guru umpama buku yg boleh berkata2..hahaha..dgr je ckap cikgu elok2 mse dlm kelas..so..xpyah nk bace buku yg sgt3 mbosan kn tu..muahahha..masyaALLAH3..pe nk jdik ngn aku ni..hehhehe..;p nice entry..:) cntek ar sajak 2..gud3..:D


p/s --> tringat dlu penah kene tmpar ngn cikgu BM..sakitttt..:(

kiwi said...

ow..ade blog rupenya dak ni...haha
nora..ak syg cikgu bm ak kt pc..cikgu zainab is the best..^^

2R said...

tingat guru3 dr tabika hingga le ke sek menengah dlu.;p slmt ari guru buat sume guru d dunia ;p

rynas said...

SALAM ZIARAH..wah best sajak tuh. pandainyer mengarang

Yuni Aisyah said...

puisi yg puitis..=)
rindunya kt cikgu2 skola rendah n menengah..=(

sugar2 kapas strawberry said...

guru tu gedung ilmu...


selamat hari guru :)

Kamsiah yusoff said...

tanpa guru..kita tak kenal ABC...123..

Ibu Ammar said...

yea, aku paling suka bila guru2 nyanyikan lagu hari guru tu sama2. sangat sweet okeyh..


'kami guru malaysia....'

nostalgia....rindunya

Dayung Bidayuh said...

Guru umpama lilin. Guru umpama pelita, Tanpa guru siapalah kita. Tanpa guru siapalah pemimpin negara. tanpa guru siapalah anak muridnya..

FA.SA'A said...

Cntk sjak. Meh trun ilmu sket meh! Hahaha.

hans said...

teringat cikgu aku menari waktu nyanyi lagu Guru Malaysia tu
wakakakaka

cokelat panas said...

wahhh..pandai kaw be sajak long...hehehe

mizzura said...

selamat hari guru juga!

Kech Hidayah said...

selamat hari guru jugak!

Mama Zharfan said...

sajak tu best!

zai said...

since aku tak buat entry psl hri guru, aku pon tumpang wish kat sini jea, selamat hari guru untuk guru2 malaysia dunia.

hoo ada bakat terpendam wut sajak, not bad ok boleh layan

Cenderawasih ii said...

guru umpama... ayah n ibu,,,

Unknown said...

tak pernah tahu ada lagu ni.haha.OK.habis 1 post.kalau study mesti da dapat hafal 1 perenggan kan?haha.

Zasillah Ariffin said...

ya..SELAMAT HARI GURU.... :)

Anonymous said...

dulu ingat lagi masa jumpa geng UPSI...budak aku dok nyanyi lagu nie...hahaha

lagu nie best giler..member aku yang nyanyi dulu..mentang2 mak dia cikgu besar...hahaha

Rina Rossoneri said...

wah,xsangka ko ada bakat bersajak rupanya

Sha-na.Szied said...

long, ni sy amek dr subjek arab..
Guru itu ibarat lautan luas,,
yang mempunyai ilmu & mengajarkannya..
kalau ditimba ilmu itu.. tak luak setitik pun air laut tuh :D

amacam ade gaye x?

mase cuti tahun lepas, sy jadik cegu skolah renda..dpt byk hadiah wah. :D

Haffiz Al-Banna said...

@joegrimjow:ko ingt x pesanan ckgu nmasa kecik2 dlu?cikgu sruh study kuat2..bukannya men blog kuat2..haha
@nurulayuni:tajuk jer gempak..huk2..isinya xderla sgempak tjuk kan..
@cikparo:trimas2..hehe..eh kejap, aku bukan guru pun..haha
@iman:tau xper...tp biasanya ckgu akan idamkan agar anak2 muridnya berjaya jer kan?tul tak?
@lord zara:ko tu mmglah sorg insan bernama guru..adoi2..
@kepala bergetar:skolah ko pun xder pdg gk ker?aku dlu time sukan men2 kt kwsn tar..
@karipap:haha..kena ptong rmbut ker?aku ingt ko kena blnja karipap ngn dia..
@ezanoor:tu bru mengarang ajak..belum lgi bersajak betul2..haha
@nuraisyah:uisyh..kenapa kena tampar ngn ckgu..kesiannya dia yerk..adoi2..nk wt cmner..
@aestethic:uisyh..ko kenal aku ker?aku tau la aku nie agk popular di zaman mrsm pc dlu..
@miss tora:guru2 tadika?ahakz..dh xingt dh dia cne..sedih lak bila fkir semula..
@rynas:haha..dh lama xmnegarang..xderla best sngt..biasa2 ajer..
@yuni:jkalo rndu,cptlah pergi lawat diorg..mntk maaf dan mntk ampun semua..mntk berkat ilmu sekali..hehe
@sugra2:betul2..guru tu gedung ilmu..bnanyak ilmu yg berguna..eh,mngkin ada yang xder kaitn ngn syllabus gk..

Haffiz Al-Banna said...

@kamsiah:kalo mak yg ajar, cne lak kesnya tu?hehehe..mak la jadi ckgu kan..
@nursarah:pastu kt pun join diorg nyanyi sekali kan..cm kita lak yg jdi ckgunya..haha
@miz kadiahL:eh..cm dh siap satu betuk sajak eh..bagus2..ada bakat..asah lagi..
@laut:cepat2...duk depan aku..aku nak masukkan iolmu melalui proses bertapa ala2 wira tunggal..
@hans;pergh..kejam tul anak murid..ada ker ptut ko gelak..hahaha
@cokelat:sekali sekala..bila saja aku baca sajak tu, terus ujan bumi london nie..okay..aku tipu jer..hehe
@mizzura dan hidayah:selamat hari guru jua untuk kroang semua..kehidupan tu juhgak ugur untuk diri sndri tau..
@mama zhafran:eh..xderla best sngrt2..biasa2 ajer..huk2
@zaizax:uit..xwt entri ker ntuk hari guru?aku yg busy exm nie pun smpt..cpt ko wat..nie arhn aku nie..
@cenderawasih:guru umapa atuk dan nenek..suka membebel,..haha
@akufobia:stu perenggan tu cm xder effect sngt pas aku alami exam2 yg amat payah..
@shiela:selamat hari guru jua..heheh
@sir marcello:mmgla..mak dia guru besar kan..mestilah dia tak takut..haha
@rossoneri:uit..malam nie match bayern lawwan inter..ko sokong mner stu nie?
@naeila:best2..sjaka arab mmg mndlama tul maksudnya kan?tul tak..btw, nie aku jeles nie..aku nak adiah gak..

    Related Posts with Thumbnails