My Followers Who Follow My Blog

Friday, May 14, 2010

Update : Jawapan Untuk Semalam dan Life Hari Nie!!

Plan asalnya aku nak terus pergi tidur petang jap selepas mendapat tahu bahawa Malaysia kalah 3-0 lawan China di pusingan semi final. Tapi bila fikir balik, rasa macam bersalah sekiranya tidak update serba sedikit mengenai kehidupan aku hari ini. Jadi, untuk entri ini, aku akan menaip sependek yang termampu untuk rangkumkan semua yang terjadi. Lagipun aku baru sahaja lepas lunch tadi. Maka, tak eloklah kalau pergi tidur terus kan?!

Match Thomas Cup Malaysia lawan China bermula jam 7.00 malam waktu Malaysia. Kalau ikutnya, time aku sedang prepare nak sembahyang maghrib kalau di Malaysia. 7.00 malam bersamaan dengan pukul 12.00 tengahhari di London : waktu untuk sembahyang Jumaat. Selepas sahaja aku habis sembahyang Jumaat dalam pukul 2.00 petang tadi, aku dapat mesej daripada member aku cakap Malaysia dileading 2-0. Aku terus berkejar balik ke hall dan terus bukak laptop. Kasut, jacket semua masih aku pakai. Tengok-tengok Choon Haan dah tewas. Malaysia kalah 3-0. Aku tak nak komen apa-apa. Kalau puji, mungkin kurang layak untuk dipuji. Kalau kutuk, mungkin akan ada yang sound aku cakap yang ntah hapa-hapa. Jadi, yang penting, sesiapa tak solat Maghrib lagi, sila qada’ yerk. *muehehehe*


pelajar universiti terlarang>Seriously yang Lin Dan nie memang hebat gila<


pelajar universiti terlarang>Lagi dua tahun : Harap-harap boleh menanglah<


Semalam aku membangkitkan beberapa isu ataupun persoalan. Pelbagai pendapat dan feedback berguna aku perolehi daripada komen-komen di entri, dari Facebook, dari mail, dari Gengblogger dan banyak lagi saluran lain. Aku dah khatamkan semua pendapat korang itu. Ada yang lawak dan banyak membantu. Sesiapa yang masih belum melihat entri persoalan aku semalam : sila tekan di sini. Syukran Jazilan dan Jazakallah Khairan Kathira aku ucapkan kepada semua. Kalau ada sesiapa yang nak minta tolong aku, bagitahu sahaja or contact aku menggunakan mail or formspring. Nak pendapat ker, nak datang London ker or nak mintak tolong beli barang pun boleh. Just mail aku. Oh ya, aku just nak share dengan semua apa keputusan dan jawapan-jawapan untuk soalan-soalan semalam :

Prob No.01 dan Prob No.02 : Baru aku sedar yang aku tersilap semalam. Bukannya Kota Damansara tetapi Pusat Bandar Damansara. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang memperbetulkan aku semalam. Sesampainya aku di Malaysia nanti, aku akan stay di Kuala Lumpur dalam 3-4 hari di rumah member aku. So, sepanjang 3-4 hari ini aku akan cari route bas ke Menara Millenium itu. Ada bas dari Bangsar dan KL Central. Untuk mudah, aku akan cari bilik sewa di area-area link LRT : Kerinchi, UM or Bangsar. Tapi kalau time aku gie survey di Menara Millenium tu terjumpa yang lagi bagus, aku ambil yang tu sahaja. Kalau area Damansara Damai pun mungkin boleh diconsider. Semuanya decide selepas survey nanti. Plan dahulu sekarang ^_^


pelajar universiti terlarang>Sebelum membuat keputusan lebih lanjut, aku kena survey lagi<


pelajar universiti terlarang
>Thanks kepada semua yang sudi membantu dan memberi pendapat<


Prob No.03 dan Prob No.05 : Untuk broadband, nampaknya Celcom Pakej Pelajar, Maxis Pakej Pelajar dan juga Wimax mendapat cadangan tertinggi. Manakala, untuk internet di rumah, streamyx student package paling digalakkan. So, plan aku : Aku akan menyerbu Celcom, Maxis dan TM untuk soal siasat diorang pasal benda ini. Selain itu, soal siasat diorang juga untuk link terbaik untuk blackberry aku.

Prob No.04 dan Prob No.06 : Untuk isu unlock Blackberry dan isu desktop baru, aku akan take into consideration pendapat korang yakni jangan beli masa PIKOM. Penting punya pendapat tu bagi memastikan kesejahteraan desktop. Jadi, aku akan budgetkan masa aku untuk pergi survey dan soal siasat di Lowyat dan juga Digital Mall di PJ. Balik Terengganu, sambung survey lagi.

Prob No.07 dan Overall : Prob No.07 nie pun banyak feedback tempat menarik dan aku akan survey tu menggunakan internet. Besar kemungkinan aku akan berada di Kuala Lumpu 4 hari sebelum aku balik ke Kuala Terengganu. Jadi, satu hari pergi survey Pusat Bandar Damansara, satu hari pergi serang Maxis, Celcom dan TM dan lagi satu hari pergi serbu Lowyat dan Digital Mall. Lagi satu hari ekstra, rehat-rehat dulu. Okay jugak kan plan aku nie?! Harap dapat dijayakan.


pelajar universiti terlarang>Nampaknya nanti aku akan gunakan ini dengan lebih kerap<


pelajar universiti terlarang>Aku akan merindui tube ini untuk masa di Malaysia<


pelajar universiti terlarang>Gambar fresh dari ladang : Baru tangkap semalam<


Dengan ada perancangan yang lengkap untuk overcome ketujuh-tujuh prob di atas, bolehlah aku focus benar-benar dengan exam aku sekarang. Sesiapa yang ada suggestion tambahan, dialu-alukan untuk share. Kalau boleh, untuk kasi penambahbaikan dengan plan aku di atas. Beginilah aku : setiap benda ataupun masalah yang aku hadapi, akan aku plan dengan tersusun dan teratur. Taknak serabut kepala di kemudian hari. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancer dan tanpa ada sebarang big problem di tengah-tengahnya. InsyAllah.

Sebenarnya aku sedang terponteng kelas accounting. Ingatkan Malaysia akan main sampai Game 5, jadi aku dah hantar mail kat cikgu aku awal-awal lagi cakap yang aku tak datang. Tengok-tengok dah kalah 3-0. So, aku pun rasa takda mood nak pergi kelas sekarang. Duduk di hall sahajalah. Oh ya, sebelum aku menutup this entri, aku nak share dengan korang semua pasal something. Aku mendapat sekeping poskad daripada Cik Asliza Ahmad yang dihantar daripada Malaysia. Punyalah lambat nak sampai ke London : Dalam dua minggu lebih jugak. Ada lah dia wish serba sedikit. Takkan aku nak kongsi dengan korang kan?! Aku share gambar poskad pun dah kira okay yerk?! Ngeh3!!


pelajar universiti terlarang>Poskad kedai buku UM daripada Cik Asliza Ahmad<


pelajar universiti terlarang>Ini pula dibahagian belakang poskad : Kasi sembunyikan words<


Okaylah. Aku rasa sampai setakat itu sahaja entri aku untuk kali ini. Terima kasih beribu-ribu dan berjuta-jutaan sangat dengan segala pendapat dan pertolongan korang. Aku amat-amat hargai. Kalau perlukan pertolongan or pendapat aku dalam apa-apa hal, just buzz jer aku direct. Nak lagi senang, terus mail aku di llonghaffiz@gmail.com. Aku nak tidur untuk seketika bagi menenangkan perasaan kekeciwaan akibat Malaysia kalah tadi. Hancur berderai hatiku nie. Hancur hatiku, mengenang dikau~~ (hujan sudah!!)


*Kalau menang kita puji. Kalau kalah? Kita puji jugak ker?!*
[Lagi sekali aku mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih atas pertolongan anda]

17 comments:

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

selamat pulang ke msia..tapi kalo blk ganu jgn lupa nasi dagang. akak baru makan selasa lps wpun org kedah..heee

Amira is mira said...

mmg da agk yang china akan menang...

welcome back to malaysia..suke dgr ramai dak oversea nak balik cutii nie

sal ya said...

org ganu.terengganu pun dh byk berubah walaupn sy bkn org sana tp selalu jgk ke sana sbbnya suami & 1st daughter org Ganu. yg psti... apa yg pasti ntah..hahaha...

♥ nana i am ♥ said...

solat kalau sengaja ditinggalkan,tak boley qada'.
solat tu kan wajib.kenapa kene ade bende yang lebih penting.betol tak hafizzzzz? =)

SH said...

huaa msia kalah....lin dan mmg sempoi main....nak puji ke,boleh la..hehe

Unknown said...

kalau kalah pun puji.biar segan supaya tak nak kalah lagi.haha.

elwenes said...

sedey gak kalah msia, apa2 pun arap2 usaha terus gigih d masa akn dtg..

noorafzan.blogspot.com said...

bagus2..
planning buat kita tak serabut.

pastu pasal kekalahan Msia tu, saaypun x nak komen pape.
tapi kecewa ttp kecewalah kan.
huhu~

hans said...

bila nak menang pun tak tau

daezz said...

tersenyum ceria melihat poskad selamat smpy ~~~ ^^

basya3 !!! inche long utk exam..basya !!

ILA HonEyBuNNy said...

soal siasat...jgn xsiasat...brand apakah pilihan hati...ehheh..erm..apapun..malysia boleh..ehhe

stuck said...

huhuhu~
xdpt nk tlong...
cz sume prob bnyk brkaitan d KL...
='{

Mama Zharfan said...

long org ganu rupanya...jiran i ler..i from negeri cik siti wan kembang..

areev19 said...

eh eh..ko memegang bag um..pnah masuk um kjap ke?

Mia Liana said...

tak baik tau ponteng kelas... tapi kena fokus lebih kat blaja.. jgn lupa jaga kesihatan dan perlu cukup tidur... good luck for your exammm...

Haffiz Al-Banna said...

@azalina:nasi dagang kak eh?nasi dagang mak cik sy wat antara pling popular di bndr kuala terengganu tau..huk2
@amira:welkam back jer ker?xtrasa nk belnja makan nasi goreng mamak ker?hehe
@anislaya:ayat cm smngt tul awal2 tu..pstu mkin puydar..mkin pudar..haha
@nana:btul tu makcik..tu just sindiran..take the main point yerk..hehe
@budak skema:dah kalah..kita kutuk la..haha..kalo puji, kn diorg men xsmngt lak nnti,.
@akufobia:aku tkut nnti diorg akn klh lg sbb fkir yg kalo klh puyn, kna puji jugk..hehe
@wanes;Tul tu wanes..jom kt wat team kt sndri lak men badminton nie..huk2
@noorafzan:sy nie lagila kecewa..dh mghabiskn bnyk masa ntuk tngk..adoi2..kalo klh gk 2 taun akn dtg, xtau la cne..
@hans;Biler aku dan ko join team kut..haha
@greenrose:poskad?poskad per nie?muehehhe
@honeybunny:haha..leh..boleh kalah lingkup terus kan?hahaha
@stuck:uisyh..kn ad prob yg xder kaitn ngn kl tu kan..leh la bg nsiht skdr trmmpu..
@mama zhafran:yerker?dlu sy skul kt klntn..akak klntn kt part ane yerk?
@areev19:tu beg hasil pemberian awek aku yg study di um..huk3
@mia liana:bukn pnteng tp trpenteng la..len kn?beza kan?

Unknown said...

ApEw Yg LinDaN HeBAt..
OrG MAlYsiA La HeBAt!!!!!!!

    Related Posts with Thumbnails