Sebelum aku memulakan bicara aku kali nie, aku meminta kerjasama daripada semua pelawat dan pembaca untuk membaca entri ini sehingga habis. Aku memerlukan sedikit bantuan dan pertolongan daripada korang semua. Aku cuba pendekkan entri ini untuk memudahkan korang baca. Harap sudi tolong yerk!!
Sebagaimana yang aku janjikan semalam, aku akan menaip satu lagi entri untuk hari ini. Semangat Hafiz Hashim menang semalam masih lagi terasa dan menguasai diri ak. Memang orang yang bernama Hafiz nie hebat-hebat yerk. *muehehe* Tetapi, kalau kau kalah lawan semi final nanti, jaga kau!! Untuk pengetahuan semua, exam aku akan bermula hari Isnin ini yakni 17hb May sehingga 25hb May 2010. Jadi, untuk memberi sepenuh perhatian kepada exam dan study, aku akan kurangkan aktiviti blog : yakni entri dan blogwalking secara mengejut. Jadi, harap korang semua bersedia!! Ngeh3!!
Jadi, apakah yang aku maksudkan dengan mengurangkan aktiviti blog ini? Maknanya tiada lagi entri yang kerap dan panjang. Maknanya juga tiada lagi berblogwalking secara rancak seperti sebelum nie. Entri masih ada, blogwalking pun masih ada. Jadi, jangan risau yerk. Aku juga ingin meminta kerjasama semua rakan-rakan blogger untuk sama-sama mendoakan kejayaan aku di dalam exam yang akan datang nie. Kalau ada antara korang yang selalu buat solat hajat, statekan sekali untuk aku yerk. Segala kebaikan korang hanya Allah mampu balas. Kalau ada nak wish "Good Luck" : dialu-alukan. Tapi doa adalah wish "Good Luck" terbaik for me. ^_^
>Siapa boleh cadangkan tempat unlock Blackberry dan link terbaik?!<
Di perenggan yang paling atas, aku sudah menyatakan bahawa aku memerlukan bantuan dan pertolongan korang semua. Selain daripada doa di atas, aku memerlukan pertolongan, pendapat dan juga bantuan korang dalam beberapa isu. Aku akan balik ke Malaysia tidak lama lagi dan ada beberapa perkara ataupun benda yang aku tak berapa pakar ataupun tak tahu. Jadi, aku ingin meminta sesiapa sahaja yang mempunyai idea ataupun pendapat dalam isu di bawah : diharapkan agar dapat tinggalkan komen yerk. Isunya adalah :
Prob No.01 : Aku akan membuat program internship aku di Menara Millenium, Kota Damansara, Kuala Lumpur. Tetapi seriously aku takda idea langsung pasal tempat tu memandangkan aku bukan orang Kuala Lumpur dan tak biasa langsung dengan area Kuala Lumpur. Aku harap ada yang sudi terangkan di mana menara itu dan bagaimana cara nak ke sana (public transport) yang paling senang dan mudah.
Prob No.02 : Aku plan untuk mencari bilik untuk disewa di Kuala Lumpur sepanjang dua bulan program internship aku itu. Internship itu adalah di Kota Damansara : sebagaimana aku maklumkan di atas. Maka, di manakah tempat ataupun area Kuala Lumpur yang paling sesuai untuk aku cari bilik sewa? Budget aku dalam RM250 sebulan untuk bilik sewa. Ada idea tak? Kalau sesiapa tahu pasal bilik untuk disewa, lagi bagus. Tapi yang penting, area Kuala Lumpur mana yang memudahkan aku ke tempat kerja. Subang? Petaling Jaya? UM? Or di mana?! Harap mampu bagi idea.
Prob No.03 : Kalau di London, internet disediakan di hall aku. Tetapi sekembalinya di Malaysia nanti, aku memerlukan internet aku sendiri yang aku boleh access sendiri 24 jam. So, kalau aku ingin membeli broadband (sebab boleh bawak ke mana-mana), apakah link ataupun pakej yang paling sesuai? Selain broadband, apa lagi pilihan yang aku ada?

>Plan nak membeli komputer desktop baru jua<
Prob No.04 : Family aku plan nak beli desktop baru memandangkan desktop lama di rumah dah pun berzaman usianya. Budget kitorang dalam RM 2500 ke bawah. Sebenarnya aku tahu dan ada ilmu juga dalam memilih komputer desktop yang terbaik dari segi function and so on. Tetapi aku still nak tanya pendapat korang. Ada cadangan komputer desktop dengan budget itu tak?! Siapa ada idea bila PIKOM?!
Prob No.05 : Selain nak beli komputer desktop baru, family aku juga plan nak memasukkan servis internet bersama-sama dengan komputer desktop baru itu. Jadi, apakah promotion or pakej internet di rumah yang paling murah dan terbaik? Streamix? Jaring? Or telekom? Aku takda idea langsung. Jadi, pendapat korang amat-amat dialu-alukan. Pelis!!
Prob No.06 : Budaya Blackberry semakin meluas sekarang. Kalau aku nak unlock Blackberry UK aku nie, di manakah tempat yang paling boleh dipercayai dan pada masa yang sama, paling murah. Aku dengar cerita di Lowyat dalam RM 50.00 jer. Mana tahu kalau korang ada idea ataupun pendapat lain. Harap dikongsikan bersama. Selain tempat unlock, apakah link yang terbaik kalau nak gunakan blackberry di Malaysia?
Prob No.07 : Soalan yang terakhir. Sekiranya aku berada di Kuala Lumpur, kemanakah tempat yang paling sesuai untuk aku pergi vocation hujung minggu. Maksudnya tempat yang di dalam budget perbelanjaan student dan pada masa yang sama best dan tidak mengambil masa yang lama. Accommodation senang dan berpatutan. Boleh cadangkan tempat yang sesuai untuk bercuti tak?!
Jadi, itulah antara kesulitan dan info yang perlu aku tahu bagi memudahkan segala urusan aku di Kuala Lumpur semasa aku balik ke Malaysia nanti. Seriously aku memang tak biasa dengan Kuala Lumpur, tiada family members di sana tetapi kalau nak menyusahkan kengkawan, bersalah pulak rasa. Sebab itu aku mengambil inisiatif sendiri untuk berdikari dan mencari bilik sewa sendiri. Bear in mind yang setiap pergerakan aku adalah melalui penggunaan transport awam. Memang payah tetapi aku seorang lelaki dan aku mampu!!
Aku harap sesiapa sahaja yang membaca entri ini dapat membero pertolongan. Sekiranya tidak dapat jawab ketujuh-tujuh soalan di atas, jawab satu sudah mengcukupi. Kalau tak tahu jugak, bagi sahaja any idea yang mungkin boleh menyenangkan urusan aku. Kepada sesiapa yang selalu jadi silent reader, tolong komen yang nie yerk. Kalau yang Touch N Go pun, stop isi kredit kat sini jap. Kalau rasa komen panjang sangat, boleh hantar dengan cara email terus kat aku di llonghaffiz@gmail.com.
Doakan aku dalam menempuhi exam yang mendatang dan aku harapkan kerjasama korang dalam membantu aku menyelesaikan dan mencari info mengenai tujuh isu di atas. Segala pertolongan, info, sumbangan dan wish daripada korang semua : Syukran Jazilan and Jazakallah Khairan Kathira in advance.
*Selepas ini : Entri akan menjadi pendek sebagaimana yang dipinta*
[Rasa mengantuk masih menguasai diriku ini]
[Rasa mengantuk masih menguasai diriku ini]







69 comments:
dlm bnyk2 tu..
yg sy nk kate hnylah, Good luck 4 ur exam..
huu~
bkn org kL..so tatau..
x celik iT jgk..
heh..
salam Long Haffiz..
terutama sekali akak wish gud luck tuk awak dan kawan2 kat sana.. akak doakan moga Long daat menjawb semua paper ngan terbaik.. plan tuk kurangkan berblogwalking ni ok gak tuk fokus pada exam..
byk gak problem tu ya.. byk2 tu akak berminat nk share yg ke 3.. akak gne celcom.. ok jer, cme kt kg biasa la putus2 tu.. 3G tak kuat.. rasanya area KL ok jer.. kalau maxis tak tau plak..
problem ke 4 tu kne tgk pada keperluan penggunaan tu la, pastu bandingkan ngan spec yg ada kt pasaran.. kalau budget rm2500, mmg blh dapat function yg tinggi gak la..
pasal KL.. xdapat la akak nk tolong.. GUD LUCK!!!
salam...masih ingat sama saya?kisah lama di ktj..k***i**h..x pe ah...sy ni bkannya dpt tolong menjawab semua soalan tu..tp yang pasal streamyx combo leh la kot..kat umah pakai tu..RM60/mnth+ RM10/mth untuk fixed line.and then pastu fixed line tu can dial any fixed line 1 msia secara percuma.tp RM60/mth tu yang the slowest tp ok je.kalu nak lg advance leh amek yg lagi laju.+ i'm using streamyx wireless.so banyak pc leh guna..kalu setakat pc umah x pakai wifi pun x pe..mhmm tu saja pengalaman sy.1 more thing, i heard that kalu nak gune broadband kat KL, better pakai w1max.lebih laju.mhmm second choice can be Maxis broadband..huhu cadangan saja..ok selamat maju jaya dalam exam..Semoga Allah mempermudahkan urusan kita.All the best!
huhu..
setakat yang saya tahu perkhidmatan p1 wimax yang terbaik..
cantik dan elegan...hehe..
pape pun gud luck in your exam..
doakan saya juga..
saya juga akan exam pada 18-24 Mei..
kalau nak beli broadband, pastikan tempat tu kuat coverage. Kalau maxis kuat coverage, beli la maxis.. sebab aku dah kene. Still nak celcom, walaupun aku tahu tempat aku tak cukup kuat line die..
Better w1max.. kalau ok, leh aku nak tukar.. hehehe
gudluck untuk exam ko
pasal broadband
ikut coverage sebenarnya
macam maxis okay untuk certain2 area
celcom juga macam tu
so better gi centre dia tanya
or tanya org yg menggunakan perkhidmatan syarikat2 tu
berat jugak ye masalah ko ni..takpe aku cuba tolong satu2.
1. aku tau gak area millenium ni.cuma public transport xtau.aku dah cek dekat www.rapidkl.com.my, ada bas rapid kl lalu.tapi tu dari kl sentral.ko bleyh cek route die sebab die lalu jalan damanlela dkt ngn tower tu.http://www.rapidkl.com.my/network/bus/busroutes?view=routedetails&routenum=U83
3. broadband tgk tmpt gak.memandangkan ko kat kl, rase2 dua2 pon ok.xtau la.aku pki celcom ok je.
4.xslp aku pikom baru je lps.yg baru xtau lak.
7. zoo negara, mandi kolam air panas kat batu caves, err...lagi xtau.
no 3. celcom broadband. sebab 3G pakej, lau pkai kat KL memang laju la. beli pakej student, ok?
gud luck n all da best..
sem0ga berjaya..
line tenet t0k rumah plg best n terbaek streamyx..hehe..:)
salam..
1st time bg komen ni. hehh
okeh.. just nk betulkn.. rse nye menara millenium tu bkn kt kota damansara.. menara tu kat pusat bandar damansara becoz menara 2 betul2 depan opis saye..
rumah plak, so sori.. xley nk bantu.. coz umah dekat2 pusat bandar tuh sume kos tinggi walaupn nk sewa bilik je pun..
broadband plk, sume ade kelebihan masing2.. tp saye lebih suke gune celcom.
untuk internet kat umah, streamyx TMnet pon ok.. bulan2 pon xde la mahal.. laju pun boley tahan la.
tmpt nak pegi vacation lak, depends la.. klu suke mandi sungai, bnyk je tempat nak pegi. modal pon x bnyk.
2 je la kot.. harap2 dpt membantu..
gud luck untuk exam nanti!!~ (^__^)v
hye long hafiz,bab broadband tu sy ada terbaekk punya,i jual USB modem c/w sim kad prepaid DIGI (RM10 utk 5 hari) or celcom (RM20 utk 7 hari)..sgt convenience. cn check out at my SHOP4U at facebook.
kalo nk bercuti pon pnjg plak nk ulas kt sini,just PM me ok/
tak tahu pasal KL..
tapi pasal berukband tahu..
guna la P1Wimax..
memang terbaik..
kalau kat umah tu guna streamyx..
mcm i kat umah guna streamyx line RM 60 sebulan..laju dia 100Mbps..
laju bukan?
haha..
tak yah gune celcom..
celcom lembab..
salam.. hi long.. ingtkan pasai apa la td..
1st.. nak ucapkan semoga berjaya.. n selamat study ye. InsyaAllah dipermudahkan n sukses!
2nd.. nak tolong bab tempat area kl mmg xdpt nak tlg coz same tak tau jugak..jalan area umah sendiri pon sesat.. uhuk.. :P
3rd.. utk beli komputer, xyah tunggu pc fair or pikom.. coz sebenarnye barang2 y dijual kat ctu sama ada barang2 clearance or kurang kualiti.. sebab tu..kita tgk org boleh dpt mcm2 free gift, os latest tp basic, hdd besar, n ram 2g, webcam n macam2 lah dengan harga murah. sebenarnye set tu xberkualiti 0r mmg nak dclearkan dr stor. so hati2.. baek buat jelajah lowyatt.. :) long tau kan camne nak pilih?? tau setup sendiri tak?? kalo member kat tmn u, skudai beli brg pisah2 mcm (desktop, keyboard, speaker, system unit) setup sendiri.. dptlah..rm2000 ke bawah.. jimat x?? heheheh
4. pasal broadband pulak.. setakat ni maxis broadband package RM68/month rasenye the best.. :P unlimited use. takde bayaran tambahan. jgn amek package rm48 coz nak bukak email pon berjanggut nnt..sy guna student package celcom RM50/month.. tp kena byr lebih cket coz terlebih guna.. hahaha
5. line internet kat rumah.. ehm ada member cakap streamix mantap.. tp xtau lah.. try la tgk kat forum2.. sure ada perbahasan bab internet ni.. :)
hah cukuplah setakat ni.. kalo ada sebarang persoalan leh le jenguk blog.. :) xpon ym me.. freez_zow@yahoo.com hahahha cam promoter plak rase..
Damansara mmg takde lrt, yang ada bus rapid or metro bus. kalau rapid U88 or U89. bab sewa bilik under 250 mmg ada je. tapi ko kena try pegi carik kat bus stop2 area sana r. biasanya ada je ditampal iklan nak sewakan bilik ke apa siap contact number sekali. ko try travel kat kl ni mudah je. ushar2 sendiri. then tanta orang sekitar tempat tu. small matter la. aku yg pempuan ni pun 'jelajah' kl sorang2.
kalau beli pc baru kat umah, streamix la terbaik. byk pakej bleh pilih. kalau nak beli berukband, takde kot yg terbaik. semua lebih kurang je.
kl mmg banyak tempat menarik n murah n seswai ngan student. pegi je mana2 explore. semua pun orait.
ohho.byknyer probs.huhu.
bleh tlg bg pendapat sikit2 je,x banyak.
pasal berukband, better celcom or w1max tu.if nak budget rendah n kualiti cam bez,w1max kot.sumer kwn2 yg students kat area kl gune w1max.
untuk pakej kat rumah,streamyx ah paling mantap and berpatutan.
lagi,nak cuti kat dalam kl jugak la ek? hurmm.kalu minat tpt2 mcm muzium tu,pegi la area muzium negara tu sumer.kat situ macam2 ade.taman burung,muzium polis,masjid negara,planetarium..bla3..try tgk link neh. http://visit-to-kl.com/
pape pon,tumpu pekse dulu.
wish u all d best! chaiyo'2! ^^
salam longhafiz...tq dtg blog saya...wah byk nye persoalan...hehe..
sy orang klang valley pun tak baper mahir KL area, certain place je master yang lain so & so je...
intenet & Pc's tu akak pun tak baper nk terror...blh dpt murah kat low yat selain dr PCOM PC FAIR...
bbery unlock? maybe can check dgn bbery nye web..
soln 1 : mntak maaf ye. x duduk area damnsra. so x sure sngat. tp setahunya satu satu cara nk brpsng psng area dmnsara tu mst naik bas. sbb rase lrt komuter x mnghbngkan.
soln 2 : sorry again.. hahah
soln 3 : hmm yg maxs aku blom prnah try..tp celcom tu oke je cvrge dye cume nk beli modem tu mahal aku rase. so modem mxs free kan?? ape pndapat kaw?? hahaha.
soln4 : modal kaw tu bnyk sbnrnya. aku rase ko boleh carik je kat mane2 kedai area kl. tapi biase org g lowyat jek. psl pikom tu, aku rase baru abes ari tu. tp aku pn tak pegi. hahaha. ari tu kat klcc rasenye. :D
soln5 : aku pkai tm je kat uma nih. rm60 sebulan. dye skali dengan telepon! hahaha. oke je laju dye.. :)
soln6 : sory x tahu psl blckbrry nih..
soln7 : beb. kl ni kalo ko nak bercuti, pegilah sg congkak ke..tapi mslh besar nye xde transport! so kl ni transport dye familiar dgn mall utk bershppng jek. hahaha. ko g je lah klcc, dok kat taman klcc..lepak lepak pn boleh.. hahaha.
sekian. hope boleh tlg kaw srba sdkt. gud luck lah tok exm ye. insyaallah aku doakn terbaek buat kaw.. :p
mudah.my kan ada...kot ada iklan2 bilik sewa kt c2..
waohhh bnyk benda perlu yang disetelkan neyh.. tolong sekadar yg mampu..
yang pertama=moga berjaya dlm exam.
isyaAllah doakan.
yg k2- family nak beli dekstop dan pakai internet kan. emmm yang tue gunala wimax. lebih laju...
yg k3- celcom atau maxis nye berukbnd. sy guna celcom okei je... laju gak tpi kena pastikan yang coverage kat tempat tue ade. atau try je guna wimas. tpi broadbnd la mudah bwk ke mana2 kan.
yg k4- emmm yang lain2 tak taw dn kurang tahu...
kalo mcm tue gud luck ye... moga Allah memverkati semuanya... aminnnn
alamak typo error utk yg k3
*wimax
untuk prob2 yg len xsure arrr..
tapi leh try google kota damansara if xsure kat mane an..
1. ok tuk internet leh guna maxis broadband coz skng promo broadband free and bulan2 juz rm48[minima]and daftar ade arrr dekat rm1++ kott..
ok la sbb ko kan juz nk guna tuk 2 bulan kt malaysia an..
2. kalu nk laju use p1wimax, bulan2 rm49 [minima] daftar kat rm1++ gak..kalu subscribe on9 dapat free Touch'n Go bernilai rm30
promo period 1st-31st may 2010..
anyway gudluck n buat la yg terbaik untuk exam..ingat mak ayah adik-beradik..teruskan amalan webcam ngn famili ya :)
first of aku nk wish gudluck kt ko..moga ko berjaye..
soklan 1 : ko ble cek gune google map dari mane nk ke mane,mcm gps..ttg public transport area2 damansara aku rase ade bus and cab jek..train or lrt mmg xde..
soklan 2 : ttg bilik sewa kt damansara maybe ade..sbb sane byk kolej swasta..klu ko kne intership kt damansara, aku cdgkan ko cari area PJ..kwsn ss14 ok kot..
soklan 3 : try gune P1 wimax wiggy..mmg snang nk bwk g mane2..internet speed pun ok..
soklan 4 : klu budget rm2500 aku rase bole bli hardware satu2 then psang + install sndiri jek..klu xde pengalaman pasang memasang ble halo2 aku..pikom baru jek lepas beberapa bulan aritu..
soklan 5 : streamyx utk internet di umah..OK
soklan 6 : ni aku kurg ariff..aku pun gune hp cap ayam..tpi lowyat mmg tmpt yg btul utk dituju..
soklan 7 : ade ke tmpt vacation kt kl..hahaha..shopping complex byk ar..aku pun ari mggu lepak damansara the curve jek..semak dh nk lepak kl..
soklan 8 : ehh..ade ke..hahaha
Maaf bro..ko minta tolong kan..
Aku tak dapat tlg coz last aku kat KL ialah tahun1998.. Pasti bnyk perubhn... aku pun ble sesat kat sana..Teringin jg p sana nnt..hrp kwn2 blogger dpt bantu aku...
salam Long,
1. menara millenium i tau kat mane, tp nak naik public transportation mmg I fail..=)
2.klu u intern kat kota damansara, better u cr bilik area situ coz senang utk u ulang alik..Subang jauh sgt dr k.damansara..Um pon jauh..
3.Klu nak line tenet kat KL ni better amik Wimax..laju sikit..
4.Pikom pc fair kat Kl baru je lepas, next event x tau lak bila..
5.klu utk rumah I rasa streamyx the best.
6.Unlock blackberry? hmmm x dapek den nak tolong...g je lah Lowyat..hihihi
7.Hujung mggu di KL? byk sgt tempat leh pg..komuter, lrt kan semua ada..dunh worry u will enjoy being here...tp x tau lah plak klu London lg besh..
P/s: Li kan I ole2 ape dr London nt? hihihihi
Banyak betul soklan ko ni long...
1. Akak tak biasa ngn kl ni...biarlah org2 kl je yg jwb ye.
2. yang lain pn akak kurang arif gak ...
Baca jelah komen2 kat atas tu...
Salam..
1st, gud luck utk final exam ok. tak per, kurangkan blogwalking, pendekkan entry utk fokus study mmg yang terbaek!
Utk area damansara, mmg tak der lrt so choice yang ada hanya la bus dan teksi. better naik bus boleh jimat byk tak pun pakai pass bulanan RM150 sebulan, semua pengangkutan awam dari RAPID termasuk STAR dan PUTRA lrt awak boleh gunakan dengan pass bulanan ni. Rapid Bus lagi la boleh kan!!
Lagi sng utk awak ke mana sahaja di sekitar KL ni dgn gunakan 1 pass shj.
Bilik sewa: Pendapat akak, byk bilik sewa yang menanti penghuni. Try la tengok dkt 7-E maybe ada yang ditampal beserta dgn no phone owner sekali.
Broadband : So far akak guna celcom. broadband mana pun sama asalkan ada line 3G mmg laju. kalo line 3G tak der atau tak full bar, mmg la berukband apa pun lembab.
So buat pilihan yang tepat ok. Selamat maju jaya dan Good Luck. :))
keh3 streamix skang ade promotion lg smpai buln6 xsilap.. student package tp tk student tahun 2 dan ke atas shj. klau requirement xlepas leh pkai name adik2 yg tahun 2 kt univ xkesah :D promotion die utk speed paling tinggi tu just rm88 bulanan termasuk free phone call dan yg paling best dpt free lg laptop 10inch keh3.. smpai bulan6 je cepat2 cek streamix yg terdekat *thumbup
ehh silap utk student tahun 2 dan kebawah :D just degree student, program master xleh, matriculation xleh, skolah pon xleh :D
uikkk! banyak nya masalah... mia dok jb xdapatlah nak tolong..
kat umah mia pakai desktop, customized sendiri.. puashati.. + streamyx 1mbs
bila mobile.. mia pkai celcom broadband.. ok setakat ni...
mia doakan agar dapat jawab masa exam ni... memang lah susah..tapi sekurang2nya kita dah berusaha...
best of luck!
bleh tlong nombor 3 tu je...
hm..so far DG ok je ..
Maxis pun mungkin ok gak..Hehehe
mula2 good luck tok exam...n insyallah ktaorg kan doakn kejayaan bro....okai..
sal prob bro 2...wuahhh manyak sgt r...
krole x dpt tolong sal area KL 2 bab bkn owang sna,heee..
tp krole rse bek bro gna p1 wimax...sal kat area KL mmg laju(mmbr gtau r)..
okai one more good luck....!!!!
Assalamualaikum..
huhu, byknye permasalahan..
saya tataw yg lain2 tu, tp klu prob no5, im using streamyx wireless currently..n sgt la laju..
btw, gud luck 4 exam.. =)
byknye prob kamu!!
ayarkk~
hahaha..
erm psl kota damn 2~
area PJ so cari laa kat c2 atau pon subang bley jgk kot.. tp mcm jauh laa..
public transport... lrt ada rcenye or KTM komuter~
pastu berok ea??
hurmm klu nk jimat better maxis... line KL kn so maxis ok~
tp klu jgka mse pnjg...
better celcom sbb bley ke pendalaman juga..
celcom byk area yg ada 3G so connection lebey mudah dari maxis~
holiday?
in KL?
yg jimat?
sgt2 byk!!
huhuhu..
bley riadah kat putrajaya atau bukit cerakah...
xpon melepak je kat i-city atau dataran sha alm!~ heheh
hey add me up segita27@yahoo.com fb ok!!
broadband biasanya kalo kt bangunan tinggi,coverage paling laju sampai takat tingkat 5 ja..tingkat lenlain slow..celcom lg byk coverage..nk laju streamyx la..
rumah..p google rumah area kota damansara..kalo kl..jauh la..try google earth tgk location..n then akn jumpa kwsn perumahan..boleh la google kwsn perumahan tu..goodluck
Salam...
Apa2 pun sy ucapkan GOOD LUCK utk exam yg akn dihadapi... Insya Allah didoakan semuanya dipermudahkan...
jawapan kepada soalan2:
1. Menara Millenium - Sy bukan org KL tapi setau sy, nak masuk area damansara cuma ada cab. Pengangkutan awam lain sy x pasti sebab sana byk tol.. so lbih mudah ada kenderaan sndiri.
2. Rumah sewa / bilik sewa - better cari je bilik sewa area damansara bagi memudahkan ulang alik ke menara tu. Seingat sy, sewa area damansara tak mahal sgt sebab ada kawan tu tinggal area damansara damai rasanya (rumah flat), sewa rumah dia RM280 je sebulan.
3. Broadband - better ambil celcom. Area KL xde masalah ambil mane2 pakej sekalipun. Tapi utk jngka pnjang better celcom. Ikut pakej yg hampir RM 100 sebulan tu. If amek pakej student (RM50 sebulan) agak perlahan di kawasan yg hmpir pedalaman. Tapi kalau utk area KL shj, ok la..
4. Personal Computer - Bajet 2500 tu lebih dari ckup sebab harga pc skrg dh murah... RM1200 pun dah leh dapat yg bgus2.. tak perlu la beli kat PIKOM sebab masa pc fair, sykt2 tu kita xtau lokasi kedai dia... pengalaman sy beli, bile ada prob, pegi kedai tu balik, dia mcm x nk betanggungjawab pada brg dia tu... so, baik beli dari kedai je... lgpun hrga bkn jauh sgt dia turun masa pikom.
5. Internet kat rumah - selalu org guna streamyx skrg ni. x bape pndai.. tapi awk leh survey... tgk pakej n servis mane yg bgus.
6. Blackberry - x tau la... xpenah ada...
7. Vocation hjg mggu - area KL je byk tempat leh pegi. If nak tukar angin, pegi la putrajaya, PD ke, nak pegi Melaka pun bole (bole roger saya, sy pndai jalan melaka), tak pun, pegi la genting (nek bus je dr KL central or dari gombak, tiket pun x mahal)
sekian shj pendapat sy.. heheh if nk apa2 cadangan len, do ym me ezanoor84@yahoo.com
god luck.. psl IT sy kureng ckit.. xtw ape.. exam ni wat yg terbaik.. amin
salam. maaf ye saudara.. saya bukan orang KL. jadi saya xbrape mgetahui tentang menara yang saudara cerita tu. sy cuma dapat bg pndapat yang broadband celcom lebih baik dari maxis. celcom lebih banyak coverage berbanding maxis.
sy juga mendoakan saudara semoga berjaya dlm exam yang akan tiba , smoga saudara berjaya mncapai apa yang saudara inginkan .amin..
hi..saye doakan semoga berjaya menjawb semua soalan exam nanti. semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin. utk soalan2 tu>
S1: Menara Milenium? SEtahu saya kat pusat bandar damansara..bukan kota damansara. lain ye.. Kalau dari klcentral tu, ade van angkut2 pergi sane. kena tunggu dekat pintuu masuk berdekatan dgn pintu masuk erl. kat luar ye..jgn tunggu kat dalam kl central tu. Kat luar tu dalam pkl 7.30-8.30 nampaklah ramai orang tgh tunggu kat situ. bolehlah tanye.. Bas pun ade..tapi xpasti no berape..
S2:Kalau betul tempat tu kat pusat damansara..kota damansara bukan tempat sesuai utk di diami..agak jam tempat tu time pergi dan balik keje. cari area taman tun ke(mahal!) atau dekat2 Taman desa, jln klang lama. heheh..dekat umah kite. senang ye nanti kalau ade mottor ke ..kete ke..naik kerinci link sahaja..
S3: broandband kite digi. Ambik digi turbo. Pergh..dasyat wa cakap lu.
S4:Hape...? RM 2500! Boleh dapat yang gempak kot..rem pun dasyat!
S5:Streamyx.. TM yang pegang segala mohor besar kat malysia ni. hehe..yang lain pinjam dia punye satelite je.
S6:ni saye tak tahu..maaplah..saye pakai hp yang baling kat dinding tak pecah tu..
S7: tempat percutian saya kat KL ni ialah shopping Mall! kalau nak bercuti gi luar dari KL ni. Midvalley, The garden, The Curve, One Utama Dan Ikano pun best jugak. Ade macam2 brand outlet. JANGAN PERGI KL! Sesak.... Nanti ko rase mcm kat luar negara je pergi sane. Ramai foreigner. Hahah..kalau tak caye ..cubelah.
Itu je yang nenek boleh bantu.. Kalau salah sorilah ye.
(^^,)
susah sungguh sy nak menjawab persoklan kamu....sy sendiri pun tidak mahir ttg KL dan jugak penggunaan gadget2 ni...internet pun just gune kt opis..hehehe...
sori..kerna takpat membantu
uhhu.. mampu wish gud luck je.. gambate!!!!.. hihi.. asl x intershp kat area2 ipoh.. bleh nk tolg.. haha
kota damansara awe tak berapa femes, erm...cube tanya sedara mara yang ada atau rakan-rakan...ramai jugak blogger dok area kl n mahir pasal comptr ni..take time..jgn panik ok..InsyaAllah semua ok...gud luck exam n do da best..
beli semua.(cadangan tak membantu.haha.)
1>kalo dr kl sentral nanti,nek je putra tuk ke damansara.sng dude. nanti belambak teksi nak hantar. bus pun ada kot.
2>better cari area petaling jaya.dekat sket..
3>haha..beli broadband la.sng.kecik comey.klo area kl kompem laju.beli celcom tau.hee
4>beli dell..hee..tp xtau bile next PC fair.nanti g sama ok
5>kalo kat umah,elok guna streamyx.
6>betul2..kat lowyat murah.g sana je.tp cr kedai yg betul2.hee
7>kl byk tempat la...huhu..kalo nak lepak2 g klcc,bb,time squre.best2. klo nak bcuti tuh...no comment. jgn lupe singgaj shah alam tgk i-city.. lawa..!!
ok..ni je dpt bantu..pape pun chaiyok2..
gdluck je yang mampu.
:D
saya bukan org kl, jauh lagi kalu nak tanya jalan. huu~
huhuuhu KL sy xbiasa..Putrajaya, saya tau hahahahaha
owhh semua soalan dah dijawap oleh yg lain2...
nway wish u good luck!!
hehe...da byk respon nampaknyew...jd sy tolong doakan anda berjaya saje...hehe...all tha besh for ur exam... (^_^)(v)
wau..dh byk dpt info tu..kesian LongHafiz..akak cuba bantu sekadar termampu ye..
1) Menara Mellinium setahu akak xjauh dr Ikea, OneUtama, The Curve tp kt situ byk sgt bgunan tgh naik..sesak jugak la..
2) Rmh sewa agak mahal..ada gak yg murah..mcm flat blh dpt rm200-rm300..transport kena naik bas, motor or teksi..lrt xde kt situ.klu nk duk kl agak jauh dr tpt tu. akak ada rmh sewa kt kl kt setiawangsa tp jauh sikit la.
3) Guna maxis broadband ok je..laju..ikut gak klu ada coverage.
4) klu nk beli desktop hrg dlm rm1 ribu dh leh dpt. skrg ni dh murah. pasal PIKOM no idea..
5) Pasang streamix mmg laju giler. kt rmh akak byr rm44 je (60jam). klu rm60 lbh tanpa had. skrg ni dh ada package utk student U, sbln rm30. cuba tnya telekom ye.
6) No idea ttg blackberry. akak pkai hset nokia yg ceikai je lama dh 6thn dah.huhu..kt LOWyat brg murah2..
7) Biasanya kt KL org selalu lepak kt KLCC,MidValley(PJ), Times Square Bkt Bintang (depan LOWYAT). klu dmsara kt IKEA,ONE UTAMA, THE CURVE n byk lgi lah..
GOOD LUCK FOR YOUR EXAM..BUAT YRG TERBAEK!!
p/s: klu ada pertanyaan ape2, blh emel kt akak..sal_dpelangi@yahoo.com
smoga problem2 lu ni setel bro...
http://cicaktonjeng.blogspot.com/
gudluck exam.. :D
Waduh..byknya org komen..ehheh..papun...gd luck exam...celcom broadband...ehhehe
sorry tak dpt membantu..
wish semoga semuanya berjaya di kecapi
Setuju ngan comment Nursarah Insya Allah tak ada apa2, Semua pertanyan dah dijawap oleh rakan2 yg lain.
salam dude..
gua jawab soklan lu kat GB jer la..
senang sket gua nak menaip..
opis gua dkt jer beb kat menara millenium tu..
ape2 roger..insyaAllah gua bantu sedaya yg mampu..
area UM ok..
sbb aku dlu blaja sane..
so pd aku kt situ nk pegi kl pun dkat..
nk pgi pj pun dkat..
public transport plak besepah kt situ..
prob 1: menara milenium tu bukan kat kota damansara..itu kat pusat bandar damansara..tempat tu little bit highclass dah skrang...nak g ngan public transport (bas) tu tak tau lah..taxi ok kot..
prob 2: bilik sewa yer...xtaulah lah long..
prob 3:kalu tenet..umah better guna jaring or stryemx..ada promo skrang..mcm berukband..akak guna maxis..sbb area umah akak..maxis je ok..celcom kiokkkk...better tanye coverage sebelum beli..
prob 4:bab2 pc ke..better g lowyat..senang mudah kira...
prob 5: jaring paling best kalu di umah...
prob 6:akak pakai samsung je long..
prob 7: kl tak best lah long..blk kg je hujung minggu..
adoi..byk sngt soaln n pnjng sngt ulasan,da xingt da.hehehe
btway,gud luck in yor exam...:-)
alamak pasal kl, aku tak expert tempat situ, sorry eh long tak leh tolong.
pasal broadband, aku pakai celcom sebab coverage celcom aku kuat, maxis pon ok gak ..
wimax cun.
gud luck exam:))
mmg bnyk noe pblem..
huhuhuhuh..
first..
gud luck 4 ur exm..
n me 2...
nx week da mid year..omG!!!
beter gne clcm..
mxs lmbab..
x bes2..
yg laen..
x tau..
huhuhuhuhuh..
T___T
Assalamualaikum,
1st of all, semoga ko berjaya dalam exam ko ...amin.
2nd off all..aku nak marah jap..apa banyak benar masalah ko nie...
3rd of all... add ym aku tlcinfo2u aku rasa boleh CUBA tolong kot...untuk prob ko
1, 2,3,4 maybe, 5 dan 6
7 tu ko pilih la sendiri tempat. Genting ker...
Long, best wishes for ur exam ye...
Owg duk area sri damansara (dkat ngn kepong)..sewa ngn mmber2 kt ctu..rate apartment kt tmpt owg dlm RM600+ per month. tu siap ade pak guard and swimming pool. if nk sewa bilik xsure la plak, but area kota damansara mmg byk rse nye, cbb ctu byk kolej cm segi n kdu. pastu area ctu mmg xde komuter ke hape...nk pusing ctu kne naek cab ngn bus la ye...
pasl broadband, better celcom kot. w1max pon ble tnye kwn2 diowg ckp at 1st laju la..lme2 cm siput gak..huu!
ag ape ye? haa..if long nk bli desktop or brg komp ke ape, xyah bli tyme pikom ouh..kkdg hrge dy ag mahal melampau2. Along owg ckp, kkdg hrge brg twun scre mendadak afte pikom.
kt PJ ade digital mall, try g ctu. mybe diowg ley tolong pasl unlock blackberry tu kot.
haa..if g lowyat..ati2 ok. if nk bli dell kt ctu, kne sgt b'ati..cbb kkdg owg kdai tu bg brg recond kt kte wlpn dy ckp bnd tu ori. hotak dy!..kotak je ori..brg dy da tuka ngn yg recond nye..
jln2 kl? ntah, kl byk shopink2 kompleks la kot cm pavillion, BB, times, bangsar village, the curve...nk brg mura g sungei wang..hee~
again, best wishes ye. hopefully sume yg owg gtaw dpt tlong long ok!...=)
pergi kopitiam jer
free online
=]
bro, budget 2500 leh dapat dekstop pc yang terbaik kalau pegi lowyat..
macam saya hari tu beli cpu sahaja 1000 dah cukup.
memula survey dulu semua kedai2 kat lowyat tu dengan amik flyers2 dorang.
banding harga.
harga untuk setiap kedai mmg x sama walaupun barang sama.
ada yang kat kedai tu hard disk murah tapi motherboard mahal dan begitulah sebaliknya.
beli asing2 balik pasang sendiri.
mmg berbaloi-baloi.
tak salah tapi perlu membuat keputusan tepat dengan keperluan yang betul betul mendesak. jangan membazir duit sudah. mari bersedekah di sini....
celcom broadband is better.and,JANGAN beli pakej student though harga dia lebih murah drpd plan biasa.sebab pakej for student LEMBAP! beli jela pakej biasa(rm68 sebulan).beza rm18 je kot drpd pakej student yg lembap tuh.
First of all~ all the best for ur exams yek hafiz hashim! kte doakan kamu berjaya insya Allah amin
2nd~ kalu nk beli broadband try for celcom yg rm68/month tu, much worth it than rm50/mth punya which is slow mcam siput.. !
3rd~ kte tak reti sgt area2 KL ni, cam tempat tapi tak tau jalan..hehe but good luck for ur internship yek! ;)
tak setuju dengan tanpa nama.. i pagi celcom broadband student package.. laju je.. sampai kena sound sebab bukak byk page sekali on9 n download sebnyk2 tidak.. :) kalo kena bayar lebih pon cume tambah rm7.. :)
akak dulu pakai celcom (sekarang dah pakai streamyx).. tapi rasanya celcom tak baper bagus la.. sebab ramai sekarang complain celcom lembab.. tapi tak tau lah kalau kat kl kan..
KEPADA SEMUA : Alamak..yang nie aku tak boleh nak balas personal sebab banyak sangt..tpi korg semua jngan risau, aku dah pun khatamkan semua ucapan dan peninggalan korang semua..teruima kasih bebanyak aku ucpang amat2 dhargai..rasa amat2 best dan rasa amat2 dhrgsai atas pertolongan semua..mntk maaf sekali lagi sbb xdpt reply personal..akk da best dan jazakallah khairan kathira aku ucapkan sekali lagi kepada korang semua yerk..
Post a Comment