My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, May 18, 2010

Hidup di London : Langsai Hari Pertama Exam

Alhamdulillah. Exam pertama aku (Accounting) sudah pun lepas dengan agak okay pagi tadi. Waktu sekarang adalah tengah malam di London dan exam yang seterusnya adalah lusa. Maksudnya aku ada satu hari yakni besok untuk study betul-betul untuk peperiksaan lusa : modul economics. InsyAllah aku cuba untuk buat yang terbaik dan buat preparation di paras yang aku termampu sedaya upaya. Aku harap korang semua akan terus-menerus mendoakan kejayaan aku di dalam musim exam nie. Oh ya, jom aku cerita pengalaman exam hari ini. Ada yang suka dan ada yang duka!! -_-"


persediaan menghadapi exam
>InsyAllah : Aku akan cuba maintain di jalan yang boleh success<


Aku bangun tidur pada pagi tadi dalam pukul 5.15 pagi dan terus sembahyang subuh. Selepas itu, aku golek-golek kejap atas katil sampailah pukul 6.00 pagi. Aku mandi lama jugak pagi tadi dan terus bersarapan dengan nasi putih. Sementara tunggu pukul 8.30 pagi untuk pergi ke LSE, sempatlah aku membuat revision yang ringan-ringan dan layan kartun nasyid jap. Apabila tiba waktunya, aku bertolak ke LSE dengan member aku, Zaki. Sesampainya di dewan peperiksaan, aku tengok ramai betul orang dan most of them semuanya dalam keadaan cuak. Aku yang dah memang cuba untuk tenangkan diri daripada pagi pun menjadi cuak jugak. Ada yang tanya aku a bit about accounting dan aku jawab seadanya. InsyAllah aku mampu~!!


persediaan menghadapi exam>Inilah kertas soalan AC100 Accounting tadi<


persediaan menghadapi exam>Accounting sudah pun langsai : Ada tiga lagi menunggu<


Peperiksaan bermula pada jam 10.00 pagi : 3 jam peperiksaan dan 15 minit reading time. Reading time ini adalah masa diperuntukkan untuk students tengok-tengok soalan dan draft apa-apa yang patut di atas kertas soalan. Tetapi tidak dibenarkan untuk menjawab. Aku isi nombor angka giliran aku, nombor meja dan subjek or modul peperiksaan di atas kertas jawapan. Masa dia bacakan arahan, aku follow dan turuti perlahan-lahan. Phone kena off dan letak di bawah meja. Aku tengok soalan exam accounting aku tahun nie, most of them adalah yang berkaitan dengan teori, perbincangan dan juga explanation. Maknanya kena banyak menulislah dan aku memang tak suka ini!! TT__TT

Kebanyakan soalan yang aku pilih untuk jawab adalah yang berorinetasikan pengiraan dan bukannya yang berorientasikan teori sebab aku memang lemah bab-bab teori nie. Lagipun penat nak menulis. Aku jawab enam soalan Section A (soalan pendek), 1 soalan Section B (soalan panjang) dan 2 soalan Section C (soalan semi-panjang). Seriously, 3 jam yang diperuntukkan memang langsung tidak mengcukupi. Aku menulis, menekan kalkulator dan mengira non-stop dan hanya berhenti sekali-sekala untuk regangkan urat-urat tangan yang keletihan. Aku yang rasa nak kencing dalam sejam sebelum exam nak habis sanggup tahan kencing sebab taknak terlepas masa walaupun seminit untuk menjawab. Non-stop dan amat penat : padahal pagi tu aku dah minum satu botol minuman energy untuk memberi stamina. Namun, aku push juga. Push! Push!!


persediaan menghadapi exam>Pandangan depan : Pakaian aku untuk pergi exam tadi<


persediaan menghadapi exam>Pandangan Belakang : Gaya macam model la pulak<


Nak dijadikan ceritanya, semasa tengah exam, phone member aku berbunyi alarmnya. Lama jugaklah berbunyi dan terus kena rampas dengan pemeriksa. Kesian jugak aku tengok. Entah dia dah dapat belum balik handphone dia tu. Oh ya, aku jawab hampir semua soalan yang aku pilih tetapi untuk soalan-soalan yang teori ataupun perbincangan, most of it aku just reka-reka ataupun tulis apa sahaja yang bermain di minda. Tak sempat nak berfikir langsung, tangan terus-menerus menulis sambil otak berjalan dengan rancak. Bebetul penat kan kalau korang bayangkan?! Aku percaya korang boleh bayangkan keadaan aku waktu tu. Ngeh3!!

Selepas exam habis, aku belek-belek kertas jawapan untuk pastikan tidak tertinggal mana-mana part kosong. Kalau ada part kosong, aku tulis apa sahaja yang aku rasa logik. Aku ikat kertas jawapan dan serah kepada pengawas peperiksaan. Pastu, baru aku sedar yang aku terlupa nak tulis nombor soalan yang aku jawab di hadapan kertas jawapan aku. Aku cuba untuk minta paper aku balik tetapi aku pulak yang kena tengking. Cuak jugak takut-takut effect markah kalau tak tulis nombor soalan tu. Nasib baik di dalam kertas jawapan, setiap soalan aku tulis dengan jelas. Selepas balik hall, aku terus maill Course Assistant aku untuk bertanya mengenai kes nie dan jawapan beliau aku print screen di sini :


persediaan menghadapi exam>LSE NAB : Tempat aku menduduki peperiksaan tadi<


persediaan menghadapi exam>Feedback daripada course assistant aku : Tekan untuk pembesaran<


Kiranya tiada effect apa-apalah dari segi permakahan. Harap semuanya berjalan dengan lancar daripada pemeriksaan sehinggalah result keluar. Aku harap examiners yang periksa paper aku tu adalah yang jenis lembut hati dan tak kisah sangat. (Aminn~~) Kalau dapat yang tegas, mahunya naya aku. Dahla tulisan aku dah macam hampeh pada saat-saat akhir sebab dah betul-betul penat dan nak kejar masa lagi. Seriously amat exhausted. Selepas aku balik hall dan sembahyang Zuhur, aku terus tidur. Tiga jam aku tidur dan bangun-bangun, dah pukul enam petang. Selamat tak terlajak jer. Sekarang aku masih lagi dalam proses untuk recover myself dan bersedia untuk next exam. Doakan aku korang semua yerk!! ^_^


*Satu sudah langsai : Three more to go!!*
[Aku sudah berusaha sedaya upaya : Kepada Ya Allah aku berserah seadanya]

21 comments:

Scha Nazri said...

alah. minor je kot. xeffect pape pon. kofident jeh sy jwb. anyway, do ur best k. eh, bile balik malaysia?

SUHAIDA said...

gud luck ya!

Anonymous said...

Hi, judging from the e-mail you wrote to the course administrator I opine that you ought to improve your English.

By the way, good luck with your remaining exams!

kfaisal said...

biasalah tu, tengah rushing, mesti ada yang akan tertinggal..
anyway, good luck for your remaining exams bro!!
Do your best!! First semester ni lu kasi paku pointer tak hingat punya, kasi up nama anak Malaysia... :D

Zasillah Ariffin said...

gud luck dengan exam nie yer :)

hudhud said...

yeah masa I jwb paper acnt pun part yg teori semua i tak jawab, meaning I tak pilih pun soalan tu ! hehe

Unknown said...

next paper bila?haha.masa untuk study lagi.zzz.

Rina Rossoneri said...

ganbatte next paper!!

Dyla Dahlan said...

wah2..nmpk cm susah..btw, gud luck..
eh, knl syamil izmi x?

Tuya said...

good luck..pasti berjaya!! relax kan minda tu ..ok?

Acik said...

Good luck..

Syafrizal said...

Semoga berjaya untuk baki paper exam yang lain hehe

Dayung Bidayuh said...

Chaiyo! Chaiyo!

2R said...

huh nsb x effect markah kn....tp asanya x logik klo die effect markah huhu..ok la tu caiyokk2 ukt next paper k

Alyssa Villamor said...

Betul3! mmg tak suke jawab theory q kalu paper accounting nie! kalu nak bagi soalan ngira mmg laju je, tapi theory..mmg sah2 akan ku goreng je..:p

hehe pernah gak terlupa tulis number soalan kat kertas jawapan, tapi nasib baik markah ok lagi
wish u all the best yek ;)

Anonymous said...

semoga berjaya! sori terlambat nak wish pape pon gud luck exam! :)

Joyah Sempoi said...

account aderlah subjek mengerikan bg akak..hehehe..dulu cikgu tk best la..

akak suker ekonomi, bglah byk2 paper utk dijawab...

anyway, good luck!!!

rynas said...

InsyaAllah semuanya berjalan lancar..usaha sudah..doa sudah lepas tu tawakal insyaallah berjaya. good luck untuk exam seterusnya

Amalina E Azmi said...

cantiknye tempat ambik exam..huhuhu..kompem leh jwb dgn tenang ni :p

Haffiz Al-Banna said...

@sayzana:alamak..sokal yg pling nak elakkan daripada jawab..hehe..nk rhsiakn trikh balik malaysia aci x?
@asam keping:trimas2..insyAllah..doakan sy selalu yerk..huk3
@tanpa nama:yerp2..tu mmg aku akui..haha..aku punya english mmg hancus skit..
@blur33:haha..kitorg universiti di sini tidak gunakan sistem pointer tp dri sgi nama degree..
@shiela latif:trimas kak..doakn sy sllu yerk..mner tau berkat doa akak nie kan..
@hudhud:kalo leh mmg nk wt cmtu gk tau..tp 75% adalah teori..nak tak nak kan jawab jugk..huk2
@akufobia:agak2 ko kan..mner lgi better..aku study ngn kuat or aku tido..haha
@rossoneri:trimas kak..bek2..aku akan usahakan sdaya upaya aku..
@fara:alamak..kalo nama penuh cmtu xbraper nk kenal nie..kalo kasi nama or gambar mngkin kenal kut..
@sara:selepas exam econs, tiada l;agi makna minda yg relax..haha
@acik, shafrizal dan kadiah:triams2..trims for the wish..insyAllah..ingtlah aku dalam doa kamu semua..
@miss tora:tu la pasal..lagipun dia nak sngkn pemeriksa jer..arp2 pemeriksa tu bek../
@alyssa:trimas for the wish//tp sklan mmg pyh giler la.tu mmg nk kena akui lah..xleh nk wter
@knowg:xper2..aku ada exam yg mendatang lagi..hehe
@joyah:saya rasa selepas saya share paper ercons yg sy jawab,.akak takkan lagi jadi suka ngn economics.hehe
@rynas:arap2 apa yag anmda cakap tu akn mndji knytaan lah..insyAllah
@amalina:xtng sbb exam payah..haha

Unknown said...

exam akaun mmg penat.. sape y pernah exam akaun blik confirm tidur.. hope saya akan dapat sambung belajar dkt oversea jugak.. amin...

    Related Posts with Thumbnails