My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Tuesday, March 15, 2011

Jepun Ditimpa Tsunami dan Gempa Bumi 2011 : Kisahkah Kita?

“A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. Please pass and spread the words!”

Aku yakin ramai antara korang pernah terbaca statement di atas samada di Twitter ataupun Facebook. Sebagai seorang yang prihatin, confirmlah kita akan mengambil tindakan pantas dengan turut menyebarkan status tersebut dan biarkan ia merebak seperti virus tanpa berfikir terlebih dahulu samada ia betul ataupun tidak. Aku sebenarnya tak terror sangat pasal chemistry nie memandangkan aku dalam bidang Accounting and Finance : maka aku pun turut menyebarkan status di atas sehinggalah ditegur oleh seorang member. Dia cakap : acid rain terjadi disebabkan oleh hasil gabungan air hujan dengan komponen-komponen tertentu seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrous oksida, hidrokarbon, arsenic, cadmium, plumbum, merkuri, nikel, zink dan logam toksid.


tsunami gempa bumi jepun 2011 maria ozawa>Jepun sebelum dan sebelah gempa bumi dan tsunami<


tsunami gempa bumi jepun 2011 maria ozawa>Memang teruklah jadinya kalau kita tengok semua<


tsunami gempa bumi jepun 2011 maria ozawa>Habis! Hancus semuanya! Dalam 500 00 orang tiada tempat tinggal<


Maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa acid rain memang takkan terjadi angkara kesan radioaktif yang terbocor di Jepun. Lagipun jarak Malaysia dan Jepun yang amat jauh memustahilkan kesan radioaktif untuk sampai ke Malaysia. Ini adalah serba sedikit pertikan artikel Berita Harian. Namun ada yang berpendapat ini hanya cubaan kerajaan untuk mengelakkan daripada orang ramai panic. So, diorang cakap takda pape berlaku. Aku pun buat keputusan untuk buat research sendiri berdasarkan laporan daripada akhbar-akhbar tempatan di London, UK. Menurut laporan tersebut, kebocoran radioaktif ini akan memberi kesan kepada penduduk setempat seperti ancaman cancer. Namun buat masa sekarang negara-negara lain tidak lagi berisiko melainkan wujudnya major explosion. (^_^)/


tsunami gempa bumi jepun 2011 maria ozawa>Walaupun diorang kesusahan : integriti diorang masih ada<


tsunami gempa bumi jepun 2011 maria ozawa>Hilang harta dapat recover tapi hilang nyawa?!<


tsunami gempa bumi jepun 2011 maria ozawa>Habis air dan sumber makanan yang terdapat di kedai-kedai<


Dijangkakan angka kematian kesan daripada tsunami dan gempa bumi di Jepun nie akan mencecah 10 000 orang dan hanya keajaiban dapat mengelakkan daripada ianya terjadi. Namun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan Jepun dan juga komuniti antarabangsa untuk membantu Jepun sedaya upaya mungkin. Di Twitter dan di Facebook, pelbagai events, status, fan pages, videos dan pelbagai bahan lain dikongsi bersama supaya dijadikan iktibar. Selain itu gerakan meminta derma turut berleluasa secara meluas yang mana artis-artis antarabangsa dan orang ramai menderma semampu mereka. Aku di London pun ada banyak ternampak gerakan derma nie samada di university ataupun di jalanan. Bagus semua bagus. Support!!


tsunami gempa bumi jepun 2011 maria ozawa>Nie sahaja gambar Maria Ozawa yang okay untuk dishare<


tsunami gempa bumi jepun 2011 maria ozawa>Semua mencari ahli keluarga dan relatives yang hilang<


tsunami gempa bumi jepun 2011 maria ozawa>We all pray for Japan : seriously not me, not you but WE!!<


Namun ada sesetangah manusia yang mempermainkan isu Jepun nie. Ada akhbar yang menyiarkan gambar ultraman berlari diserang tsunami seperti yang dilaporkan oleh BBC di sini, ada pulak yang lebih mementingkan Maria Ozawa ataupun Miyabi dan banyak lagi isu-isu perlekeh yang lain : aku rasa korang semua lagi tahu kan?! Mungkin golongan sebegini menganggap semua hanya for fun. Once menimpa mereka, barulah mereka sedar betapa tingginya langit nie! *bebel2* Aku pun taknak berceloteh panjang kerana di internet, ada banyak lagi sumber-sumber lain : video, artikel, gambar dab sebagainya. Hanya nasihat aku adalah doakan mereka di Jepun semoga diselamatkan dan situasi mereka tidak menjadi makin teruk. Oh ya, pastikan maklumat yang korang ada sah benar sebelum disebarkan dan berhentilah sebar benda yang salah ataupun sekadar propaganda. Aku benci betul golongan yang mencari publisiti murahan nie gak!! Last but not least : Antara 10 tanda kiamat ialah 3 kali gempa bumi; sekali di Timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung Arab. (H.R. Muslim)


*Sekali timpa bencana : insaf kejap pastu alpa kembali : Jangan jadi macam tu tau!*
[Ini yang mampu aku kongsikan daripada research aku : Boleh rujuk BBC untuk update]

22 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

cukup mendoakan keselamatan kami di sini...walaupun hati tak tenang tapi cuba untuk bertenang sebaik mungkin...semoga bencana ni akan berakhir tak lama lagi....

Mak Izz said...

salam ziarah,

terima kasih kerana perjelaskan sms di atas. tertanya2 juga dalam hati, sahih ke tak maklumat tu. dahle balik keje semalam kena hujan, pagi ni kena hujan (tak berpayung). alhamdulillah, lega~

kepada semua rakyat di bumi sakura, moga anda semua dibawah lindunganNya. AMIN.

ezanoor said...

semoga apa yang telah berlaku memberi keinsafan kepada semua...

thanx 4 the info pasal 10 tanda kiamat tu... memang tau ni tanda kiamat tapi xtau pulak di timur, barat dan semenanjung arab...

kak bz said...

terima kasih bersusah payah buat research tentang acid rain tu. kongsi pula di sini...

memang sedih dan simpati tengok keadaan tu, harap2 takde lagi bencana besar mcm tu berlaku.
kesian rakyat jepun. harap2 mereka lagi kuat dan bsemangat utk bangkit
bangunankan mana2 yang musnah tu.

tak dpt gmbrkan klu2 pkara mcm ni laku di m'sia...memang menginsafkan...

Rina Rossoneri said...

masa mula2 dpt tau psl hujan tu bawa kesan tuh...time tu aku pikir, kalo negara lain dah boleh kena kesan, kawan aku kat jepun lagi teruk dan teruk lah(walaupun dia sgt rilek kat jepun siap main fb lagi)..

masa tgk gambar close up bdk perempuan terduduk tu kan, rasa sedih gila...

Peri PiA said...

ooo,tak terbaca ur status fasal tu

xphm btl menda2 mcm ni buat main :(

mudah lupa,sebab tu insaf kejap jer

xper,ade hikmah nya dr x tau kite jadi tau


sesungguhnya kiamat makin menghampiri,bersediakah diri ini?


yes,its about WE indeed

Eja Razif said...

saya dapat msg tersebu, tp tak sebarkan....dan xlame lps tu sy dpt thu itu msg y main2 je...btw thanks utk penjelasan y sgt jelas...setiap ap yang berlaku ada hikmahnya...

Nulia said...

ya ..sama2lah kita mendoakan mereka ... ^_^ ... mari kita tunggu hari sabtu ni ...ada mende menarik ^_^ ...

Pedagang Melayu said...

Ikut prihatian dengan musibah ini ...Mudah-mudahan bangsa Pemerintah dan masyarakat Jepang dapat segera pulih kembali

mamasuri said...

tak berani akak nak sebarkan rumors ttg acid rain tu..
akak baca utk diri sendiri je lah..
kimia pun lulus je masa spm..hehehe..apapun akak yakin jepun akan kejap je naik balik...diorang maju...minded pun maju dah...

dyenuurfa said...

psl jepun ni sy lebih prefer untuk baca je
nak sebar mungkin tak..

ala tgk la kejap je jepun naik balik
pe2 pun hrp semua selamat and jaoh kan dr terkena kesan nuclear tu

FurBall said...

betul r tuh bro..ckp kat kawan hg tuh..dah nama nya letupan..tak kan tade api..tak kan tade asap..dalam asap tuh..sume benda yg ko ckp sume nye ada..mmg betul dia cakap tuh..tapi bilo ada pembakaran..di situ adalah benda2 yg dia sebut..maka adalah gabungan terjadi..common sense through science..ckp kat depa..ahahaha

juz tinggi mana jew kepekatan..tp dun worry..mmg kita jauh dari nak kena effectnya..jejeje..

zalizalu said...

err, apa fungsi gambar maria ogawa? sape tuh?

HATYCIKNUURUL said...

aah,xde kesan yg jadi kt mlysia ni spt yg dinyatakn,.tp xtau la kan,semuenye skang ats kuasa Allah,..pape pon,xkire psl ape,mmg hdup kite kne berhati-hati kn,.

♥♥Cikngah♥♥ said...

Takziah jepun!!sangat sedih melihat keadaan mereka.X phm ngan orang yg mempermainkan isu ni.Diaorg x pk ke Allah tu maha berkuasa.X mustahil benda ni blh berlaku kt sesape saje.Nauzubillah

faidah misnan said...

THANKS for the information...
kene main2 rupanye.. :)

caliph shuriken said...

smoga kita dlm lindunganNya sentiasa, amin...

latest en3: krisis nuklear jepun

Cik Yana said...

Tapi kan, cik Yana tak pernah fikir pun isu kartun ultraman tu lawak. Cik Yana fikir positif. Walau sebesar mana pun kuasa yang ada (ultraman) tetap tak boleh lawan kuasa Tuhan (tsunami) :)
Pandangan masing-masing kan.

By the way, pray the best for Japan :)

eira said...

semoga kite sume ley amik iktibar dr kjdian ni..

D'lla said...

takot gak..apa2 hal pn..mak kat malaysia pn pesan..jaga diri takot apa2 jadi..
libya dh kn serang..depa serang pn mesti ada sebab lain..(minyak)
29 april kalo leh wat liputan ok gak.perkahwinan diraja.kami jauh +hubby busy final year

zmah said...

Ancaman bencana alam tanda peringatan ALLAH

Aida Lela said...

ambil iktibar dari kejadian nih. hope tak insaf sekejap.. huhuu

*baca status tu kat fb, tp memang tak layan [baca untuk tahu je]

    Related Posts with Thumbnails