My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, March 09, 2011

5 Sebab-Musabab Follow Sesuatu Blog

Nampaknya bilangan followers aku akan mencecah 3 000 orang tak lama lagi. Ini pencapaian yang memberangsangkan disebabkan aku baru sahaja mula berblog tahun lepas. Kalau nak dikira otai, takdalah otai sangat memandangkan ramai yang lagi otai, veteran dan expert berbanding aku : ribu-raban followers diorang semua. Aku pulak memang jarang sikit follow blog orang lain : melainkan aku betul-betul minat dan berguna. So, aku harap blog aku nie diminati dan berguna untuk semua. Tapi mengapakah sebenarnya perlu follow blog orang lain?! Berdasarkan survey aku : ada lima sebab utama. Antaranya ialah :


kenapa perlu follow blog>Terdapat lima sebab utama kenapa follow sesuatu blog<


kenapa perlu follow blog>Promo jap : Follow me di Blog, di Twitter dan juga di FB Fan Page<


01. Penulisan menarik dan blog hebat : Daripada 93 undian yang dikutip, 49% berpendapat bahawa gaya penulisan yang menarik serta karisma penulis yang hebat menjadi sebab utama untuk follow sesebuah blog. Memang alasan yang kukuh kerana dengan adanya blog-blog sebegini, lagi banyak idea-idea baru dapat dikeluarkan dan disebarkan. Sebelum aku follow any blog : aku akan pastikan kriteria nie dilengkapi dahulu. (^_^)/

02. I Follow U, U Follow I : Masa aku mula-mula berblog dulu, memang dah wujud virus “I Follow U, U Follow I” nie tapi memang aku tak layan sangat sebab aku tak nak rakan pembaca follow aku dengan niat sebegitu. Kekadang tiap kali aku blogwalking, confirm akan ada statement sewaktu dengannya. Papepon lain orang, lain caranya dan 22% menggunakan teknik nie. Asalkan diorang happy : itu yang penting kan?! *muehehehe*


kenapa perlu follow blog>Blog yang menarik memang punyai ramai followers<


kenapa perlu follow blog>Kalau korang bosan tiada kerja : follow banyak-banyak blog<


03. Sebab aku bosan : Hampir 10% komuniti blog nie follow sesuatu blog sebab diorang bosan dan tak rasa ada pape kerja berfaedah nak buat. Tapi bagus jugak memandangkan once korang dah mula mengikuti sesuatu blog yang korang rasa boleh hilangkan boring korang tu, dapatlah manfaat sedikit kan? Kalau tak, Facebook jer 24 jam!!

04. Lain-lain : Sebenarnya aku pun tak tahu sebab-sebab lain untuk follow sesuatu blog tetapi 10% berpendapat sedemikian. Aku rasa antara sebab-sebab lain adalah nak follow ahli keluarga ataupun teman rapat sebagai cukup syarat, sebab nak stalk ataupun intai seseorang, sebab nak sedapkan hati member ataupun banyak lagi sebab-sebab lain au terfikir yang mungkin tak logic diterima akal. Pape hal pon, korang confirm ada sebab tersendiri kan?! Betul tak??

05. Penulis hensem or cun-melecun : Aku ingatkan takda orang yang follow sebab nie tapi aku silap rupanya. Dalam 7% manusia follow blog sebab penulisnya hensem ataupun cun-melecun. Jadi sesiapa yang rasa dia itu hensem ataupun cun-melecun, silalah berhati-hati dalam menyiarkan gambar-gambar korang kerana mungkin ada yang tengah stalk tanpa korang sedari. Sesiapa yang perasan hensem or cun pun boleh ambil langkah berjaga-jaga jugak kot.


kenapa perlu follow blog>Ada juga yang follow semata-mata nak stalk : Pepandailah korang<


kenapa perlu follow blog>Cer citer..cer citer..kenapa korang follow sesuatu blog?!<


Berdasarkan research sambil lewa aku, didapati lima sebab diatas menjadi punca utama kenapa seseorang follow blog orang lain. Oh ya, sebab-sebab diatas disusun mengikit popularity : maka sesiapa yang rasa nak attract lagi ramai followers, aku nasihatkan supaya amalkan lima step tersebut. Improvekan gaya penulisan dan bahan blog korang supaya lagi ramai yang sudi untuk follow. Kalau tak dapat, bolehlah amalkan step “I Follow U, U Follow I” dan juga buat facial muka untuk tambah kehenseman or kecunnan . Ahakz!! Gurauan semata-mata. Korang pulak : kenapa follow?! \(^_^)/


*Sindrom Hantu Kak Limah Balik Rumah : Teman rasa kita bakor aje rumah Kak Limah!*
[Rasa-rasanya frekuensi entri blog aku menurun : terima kasih kepada pembaca setia]

49 comments:

Anonymous said...

aku follow kerana penulisannya. sahaja.

madihah said...

follow kerana kekemasan..keep in touch k =)

NIZAM said...

aku follow sebab penulisan.
aku support tulisan dan bahasa yang bagus.

Eliss said...

suka baca gelagat anak muda berbelog.akak dah kurang muda :p
ai follow :p

yang follow blog akak,ramai emak2 orang :p

Anonymous said...

sy follow sbb tertarik dgn gaya penulisan Long Hafiz.. nampak mcm skema, tp tak skema haha..

Hani Shaklee said...

aku suka blog yg penulisan nyer menarik..walupun blog aku cam pape je..biasala..ngah praktice lagi..and aku xsuke blog yg suka sgt menempekkan gambar muka sendiri.. lau bleh nak sebesar kertas A4 tu nk tempek..kalau gambar ngan kawan2 n pegi somewhere ke ok gak..ni gambar sesaje ambik lam bilik pon nak letak kaa?? saje je tu nak ade org puji..hehehe..n bhy bila letak gambar sendiri without watermark ke ape..sbb org akan ambik picture tu utk create fake account etc..kot2 ade yg ambik wat sihir ke ape ke kalau org tu ada musuh..nauzubillah...bhy2..cukup sekadar org kenal kita dari penulisan kita..bagi aku itu yg lebih penting..

Shahada Fauzi said...

of coz la dari gaya penulisan..^_^

Anonymous said...

bg MDT, gaya bahasa dan lenggok penulisan seseorang blogger yg membuatkan MDT nak folo blog tersebut..muka cantik @ hensem cuma bonus jer..

dee ridzuan said...

akak follow sbb kekreativitian, corak penulisan... sedikit sbyk memberi idea kpd akak jugak!

best!best! blog awak nie~

myoliza said...

lama akak x singgah sini and baca blog long,..yup, gaya penulisan kamu sgt bagus. ;D

Sheherazade said...

i like ur blog,u write very well

i like ur thoughts to,ur intelligent blogger to me

Walau pon teman rase mcm nak bako je blog adik long gelakan MU kalah hari tu,muehehehehe :P

p/s-xfollow,but i'll make sure ur updates go straight in to my gmail :D

Najeera Yahya said...

hurm...saya bloging tak follow mana2 blog pun , dan tetiba ada org terjumpa blog saya dan follow..maka aksi follow-follow pun belaku hingga skrg ...haha...

bagi saya penulisan ... ^_^ saya thu entri blog sya tak setnding senior yg lain ..apapun , itu tmpt luah ^_^

i luv ypu writing and your journey ... ^_^

Puan Nurussalwa said...

sy prefer blog yg ade 'isi'.. means x picisan..

huhuk~

at 1st sy follow blog yg islamic, as the time passed by, sy mkin bnyk preference dlm follow2 blog ni..

asal berguna, n berinformasi, sy follow je.. :)

Cahayamylife said...

Tak minat sangat I Follow U, U Follow I coz Yati nak readers yang ramai bukan followers yang ramai.
huhu.

bz the witch said...

aku follow sebab suka isi dlm blog tu...mcm blog inilah, byk cerita tentang negara luar dan pengalaman hidup di rantau org...

tp klu ada org follow blog aku, aku tetap follow balik sabagai menghargainya.tak kiralah blognya bagus ke tak...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

dulu memang ak happy gler orang follow ak.. tp sekarang ak haap sape yg follow ak tu biar la bg selalu bg feedback.. ne x, followers makin bertambh tp, feedback psl entry kurang :(

Anonymous said...

gigi follow satu blog sbb gigi suka baca citer yang santai2 dari blogger.. :)
dlm erti kata lain memang suka baca larh senang citer,, haha :)

Nadiah said...

nak tau crite bes ! :)

awEEN said...

saye suke follow blog yg xserabut n gaye penulisan menarik.. tp kdg2 lyn kan aje blog yg 'i follow u, u follow back'..klu entry dorg cam best sye terjah ler =)
blog sye sendiri pon byk kurangnye...

eza zularyeza said...

sebab yg keenam..

nak tambah follower sendiri sbb bila kita follow blog org nnt org follow blk..hahaha

Farhanah Mokthar said...

saya suka follow seseorang tu bila dia ramah dengan kita. maksudnya, bila kita tegur dia kat shoutbox, dia akan tegur kita balik.

penulisan tu depends la. sebab saya rasa semua orang pun tak mampu untuk hasilkan penulisan yang bagus setiap hari ye dak?

Cik Mimie said...

follow sebab blog menarik dr segala segi..penulisan, kekemasan dan comel..^_^

Puan Kutu said...

smua 5 sebab diatas.lalang betul.haha..

beaty said...

sa folow sebab mau tambah kawan.. tak kira blog penulisan dia ok atau tidak.. tp saya anti ngan blog yang ada unsur2 yang sensetif tau..

sa suka ngan blogger yang peramah ..n sempoi ja..sa follow blogger yang ada typical interest.. Tq

Hisyam said...

aku biasa tengok cara penulisan dulu. kalau ok baru aku tengok tuan belog. kalau tuan blog cun penulisan ok memang tiap2 hari aku masuk blog dia. hahaha. gurau je.

Arryana Nasution said...

ikut mood jgklah
rs tertarik follow
rs xder per mnarik x follow

Pedagang Melayu said...

Gaye tulisan yang menarik salah sebab saye follow awak

Anonymous said...

sy rase penulisan yang hensem dan macho tuh la wat sy nak follow ^_^

honeymadu said...

HM follow blog org sbb nak simpan link org.. so nanti kalo tgh bosan tahap gaban, bukak list following, bace satu2 sampai rase taknak bace dah.. XDD

cik ude hamid said...

follow sebab cara dia menulis..lau x best pon follow gak r sebab da terklik blog tue.hahahhaa

ridoma said...

follow sebab pendirian penulis semasa menulis... ni yg mmbezakan blogger..

Rie said...

aku sllu follow dsebabkan no 1 dan no 2
samada memang blog tu bagus
atau dia dah follow aku
aku follow la dia balik
sbg penghargaan sbb support aku :)

yasirah said...

follow blog seseorang tu sebab penulisan dia menarik and banyak informasi..
selain tu.. sebab blog member2.. so follow je la. :-)

athirahassin said...

mak aihhh... laju btol follower berganda... dh lama follow blog ni tp br pasan follower bganda2 dah...

aku follow sbb mungkin ak ske blogger perantau... HAHAHHAHA... nk g xdpt.. lalalalalalaa...

kena tambah 1 lg point r centu... blogger perantauan dan yg ske travel pun follower akan ramai punya...

uMie_cHan said...

"I Follow U, U Follow I"
ni plg annoying... hohoooo

Anonymous said...

org skpale ngan aku, aku follow a. tak pon, dye niy leh tahan lawak or dye ade minat same ngan aku :)

Mama Zharfan said...

me follow mana2 blog yg me rasa menarik ie kena dgn taste me :)

abdul haq said...

entry menarik. suke ni.
i follow yg menrik, byk bg information.

Qistina Filzah said...

follow yg nmpk tuannyer mcm baik n best wat kawan, n lagik satu leh kongsi2 ilmu

The Official Miss CHEKLEEN said...

nice entry..betul tu, follow berdasarkan apa yang kita nak baca.

Rina Rossoneri said...

Jadi, adakah kau tak takut kena stalk..hahah

Mak Izz said...

suka sebab no 01. gaya penulisan yg hebat memang menikam sukma!

HanaHideaki said...
This comment has been removed by the author.
HanaHideaki said...

salam pakcik long..:D
nice blog haa....
mestila follow sesuatu blog tu sbb penulisan dan idea yg disampaikan tu...
plus sbb nak layan novel...so, novel online aje la...huhu..

AimiiiLove said...

saya follow org sebab saya syg semua kawan2 baru di blog saya.More frends,more merrier kan? :)

Aida Lela said...

follow sebab penulisan :)

*kalau yg banyak widget/bergemerlapan yg susah nak baca or susah nk loading, malas sikit nk follow. huhuhu

Anonymous said...

follow sbb info,.. x semua blog aku lawati aku follow, blog yg berfaedah saje yg aku follow :)

Farah Shamsudin said...

saya pula, memang tidak kedekut untuk menekan butang follow.. penat orang lain datang ke belog kita, siap follow lagi, tapi kita tak follow balik.. what u give u get back.. lain orang lain gayanya kan.. tp sy lebih kpd cara penulisan & blog yg comel..
:)

N'Craft said...

saya follow based on gaya penulisan orang. dulu..xdala dulu mana sbb sy pun xsampai sebulan berblogging, mmg pernah ikut i follow u tu tapi lepas tu tak dah. sbb entry sy bukan dorg baca pun.agak sedih disitu. so skrg tgh berusaha nak buat entry yang best dgn harapan org follow sbb entry tu..aminn~ ehe

    Related Posts with Thumbnails