My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah Buat Sekolah Terbaik SPM 2010

Pagi tadi aku bangun tidur seperti hari-hari biasa dan terus ON Facebook (pun macam biasa) dengan mata yang mamai. Terus tengok-tengok notifications yang bertimbun-timbun dan balas anything yang perlu. Selepas itu, aku terbaca mesej yang ditinggalkan oleh junior aku yang berbunyi : “Senior, MRSM kita (yakni) MRSM Pengkalan Chepa (adalah) sekolah terbaik SPM 2010 dengan GPS 0.8291! Wuhuu!! Hebat jugak diorang yerk?!” Aku yang mamai tadi terus tersentap tidak percaya dan terus mencari maklumat tambahan. Macam susah nak percaya jer MRSM Pengkalan Chepa dapat jadi sekolah terbaik SPM 2010. Ahakz!!


Sekolah Terbaik SPM 2010>Orang cakap SPM penentu masa depan : Aku fikir TIDAK<


Sekolah Terbaik SPM 2010>Tahniah! Congrats! Mabruk! : Kepada semua!<


Aku terus pergi serbu profile Facebook cikgu aku yang paling aktif dalam soal berfacebook nie dan memang terbukti benar kisah tersebut. MRSM Pengkalan Chepa mendapat GPS 0.8291 untuk SPM 2010. Selain daripada itu, terdapat tujuh subjek yang 100% A bermaksud setiap pelajar MRSM Pengkalan Chepa mendapat sekurang-kurangnya 6A dan ke atas. Tujuh subjek tersebut adalah Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam, English for Science and Technology, Rekacipta, Perakaunan dan juga Pendidikan Seni Visual. MRSM Tengku Ghafar Baba berada di kedudukan kedua dalam kategori MRSM dan MRSM Taiping ketiga. Oh ya, pelajar terbaik kebangsaan juga datang daripada MRSM Pengkalan Chepa yakni Munirah Izzah. So, benarkah MRSM Pengkalan Chepa adalah sekolah terbaik SPM 2010?!


Sekolah Terbaik SPM 2010>Nie dia status cikgu aku : Terkesima buat seketika<


Sekolah Terbaik SPM 2010

Menurut info cikgu aku lagi, pencabar terdekat untuk status sekolah terbaik SPM 2010 adalah Sekolah Menengah Sains Tunku Munawir. Menurut sumber, SM Sains Tunku Munawir telah terpilih sebagai sekolah terbaik SPM 2010 dengan GPS 0.89. Memandangkan MRSM Pengkalan Chepa mendapat GPS 0.8291, maka secara tidak langsungnya MRSM Pengkalan Chepa merupakan sekolah terbaik SPM 2010. Namun, timbul persoalan kenapa MRSM Pengkalan Chepa tidak didahulukan berbanding SM Sains Tunku Munawir? Ini kerana MRSM adalah sekolah bertaraf half-kerajaan dan bukannya sepenuh kerajaan seperti SM Sains Tunku Munawir. Maka, konklusinya MRSM Pengkalan Chepa adalah MRSM terbaik SPM 2010 dan SM Sains Tunku Munawir pula adalah sekolah terbaik SPM 2010. Selain daripada itu, terdapat sebuah kolej swasta yang mendapat GPS 0.66 dengan calon hanya seramai 50+. Aku percaya ini adalah Kolej Yayasan Saad di Melaka. Papepon yang penting diorang semua perform! (^_^)/


Sekolah Terbaik SPM 2010>Ini pulak adalah status aku : banyak jugak respons yerk<


Sekolah Terbaik SPM 2010>Isyhh! Dah lama aku tinggalkan MRSM Pengkalan Chepa<


Dalam sidang pengumuman analisa keputusan SPM 2010 oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata keputusan tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun yakni masa aku SPM dulu : SPM 2006. Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon. Selain daripada itu, terdapat banyak lagi improvement dalam aspek lain seperti keputusan pelajar luar bandar, keputusan pelajar lulus dan lain-lain aspek. Aku harap tahun depan yakni semasa zaman adik aku SPM, keputusan akan makin meningkat. Oh ya, petikan nie diolah daripada website Bernama. Sila rujuk sana untuk lebih info yerk.


Sekolah Terbaik SPM 2010>Cuak kut masa nak ambil result SPM : Ingat zaman lampau!<


Sekolah Terbaik SPM 2010>Bagus tul budak nie : Study sampai tertidur tu!<


So, result SPM 2010 dah pun keluar dan aku secara tidak langsung turut bangga dengan kemampuan MRSM Pengkalan Chepa dalam menjadi MRSM terbaik SPM 2010 dan merupakan sekolah terbaik SPM 2010 walaupun secara tidak rasminya. Bagi sesiapa yang cemerlang, ucapan tahniah aku ucapkan dan kepada yang kurang bernasib baik, ini bukan pengakhiran. Ada beberapa pembaca yang buzz aku untuk tanya pendapat pasal pilihan terbaik untuk diambil selepas SPM, tips-tips interview dan so on. Buat masa sekarang aku tak dapat nak rangkumkan isu-isu tersebut. Jadi sekiranya sesiapa yang ada soalan ataupun pertanyaan mengenai aspek-aspek tersebut boleh contact aku menerusi Facebook, Twitter ataupun terus menerusi mail. Tahniah kepada semua yang terlibat!! Oh ya, sesiapa yang berminat nak jadi junior aku yakni di bawah tajaan Petronas, boleh apply scholarship Petronas di http://spmonline.petronas.com.my/


*Berbeza zaman aku di MRSM PC dengan sekarang : Dulu kitorang tak se"baik" sekarang*
[Tahniah diucapakan kepada warga MRSM Pengkalan Chepa walau di mana anda berada]

12 comments:

Mama Zharfan said...

tahniah :)

me spm thn 1994 :p

sazali yusof said...

tahniah untuk warga MRSM pengkalan Chepa.. dan tahniah untu semua Adik2 yang cemerlang dlam SPM ^_^ semoga success di menara gadik pula

HaiDa HiDa said...

tahniah2.. terkesan gak la sbb saya org pengkalan chepa.. xper la walaupun x pernah belaajr kt situ.. hhee

shamyheart said...

'DNA aku tertinggal'? ayat dlm FB.. wah, hebatnya..

bz the witch said...

tahniah untuk semua yang berjaya...

Dari Kelate Ke Copenhagen said...

warga mrsm lain pun tumpang gembira. Tahniah MRSM PC
100% bagi 7 subjek? wow..hebat betul student dan juga cikgu2!

Pendekar melayu said...

ingatkan sekolah aape SM Sains Tuanku Munawir cuz xpenah dengar.. by right name lamer SASER sains seremban hehe ok2.. nak bangger gak SMSS Boleh!! SMSS = Sek Men Sains Selangor haha

Sharinginfoz said...

mrsm memang bagus

Eliss said...

cikgu aidi ko tu, putih2 tinggi2 ker? cikgu aidi aku dulu ntah mana pegi.lost contact,ngajar mrsm mana ntah.
goodluck pd yang berjaya,bagi yang tak berjaya, spm bukan kayu ukuran..boleh terus cuba dan cuba lagi !

Yati Ali said...

tahniah pada pelajar yg berjaya. cikgu cikgi sekali...

: husna : said...

setuju kalo ckp spm bukan penentu segalanya ...

Husna Lana said...

tahniah :)

    Related Posts with Thumbnails