Hari nie merupakan antara hari yang paling relax memandangkan aku tak perlu lagi pergi kerja di Damansara : sebabnya dah habis Jumaat lepas. Selain itu, aku turut akan balik ke kampung di Terengganu malam besok. Pergh!! Bestlah aku duk layan Bazaar Ramadhan di sana nanti. Papepon, aku plan nak pergi shopping di Masjid India jap selepas solat Zuhur nanti kut. Ada sesiapa yang nak ikut tak?! Mana tahu ada yang mahu join aku dan nak aku belanja ker. *muehehehe*
Bercakap pasal isu semasa, nampaknya memang hangat benar sekarang nie dengan isu hokum orang bukan Islam untuk masuk ke dalam masjid kan?! Aku sendiri sebenarnya memang kurang pasif bab-bab hukum nie. So, aku pun buatlah sedikit rujukan di Google. Pastu aku terjumpa sesuatu yang meyakinkan. Apa yang aku jumpa adalah statement khas yang diperolehi daripada buku himpunan fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Tak kisahlah ambil daripada negara Brunei pun kan sebab diorang pun negara Islam jugak kan?! So, jom baca ini :
Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah swt di dalam surah at-Taubah : 28
Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub. Ini berdasarkan hadith Baginda saw yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda saw orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318 )
Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.
Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ( yang bermaksud ) : “Rasulullah saw telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang ( tawanan ) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. ( HR al-Bukhari )
Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.
Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan. Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.
So, itulah antara statement ataupun penerangan yang memang lagi terang dan bersuluh mengenai hukum membawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid. Kalau nak debate dengan aku pasal hukum-hakam nie, memang aku out sedikit ah. Papepon, aku nak share sikit satu benda dengan korang semua.
Semasa aku berada di UK, Islamic Society university aku (yang dianggotai oleh pelbagai muslim students dari SELURUH DUNIA) menganjurkan aktiviti Mosque Trip yang membolehkan non-muslim melawat masjid dan belajar lebih banyak mengenainya. Pada masa yang sama, mereka akan diperkenalkan dengan Islam. Kami sendiri (muslim dan bukan Islam) dilayan dengan amat baik oleh Imam Besar Masjid Covent Gardens (antara masjid terbesar di London). Tapi tak tahulah pulak, once balik ke Malaysia : hukum untuk orang bukan Islam masuk masjid terus jadi lain. *isyh2!!* -_-"
*Pendapat umum korang pulak camner mengenai isu nie?! Wajar atau tidak?!*
[Adoi..diorang tak habis lagi baiki rumah ker?! Aku nak pergi mandi pulak nie]

35 comments:
nice entry bro.suka tgk cara muslim ajar pakai tudung tu.they are really helping!
Orang Malaysia ni saje je menggembar gemburkan isu remeh macam ni..biasa la politik.
Lagi satu, diorang salah paham antara Islam dan Melayu. Diorang ingat Melayu tu agama gamaknya..HAHAHA
aku rasa kalau setakat melawat masuk tgok senibina tak apa kot..tapi kalau smpi non muslim bt ceramah kat situ..kureng enak sikit.
terpulang pada niat,niat mereka nak memahami serba sedikit tentang islam.lihat seni bina
kalau tujuan xelok jgn lah
seeloknye wanita bukan muslim tutup kepala jika keinginan masuk ke masjid seperti di masjid putrajaya,pakaian yg mendedahkan perlu pakai jubah n menutup kepala yg disediakan pihak masjid.
memang lah tak salah org bkn Islam masuk masjid tapi mesti lah tutup aurat sebagai menghurmati Agama Islam.Bab bg ceramah politik mmg tak patut lbh2 kalau di ruangan solat.pndpat sy7 laa.. .
isu ni la yang tgh kecoh tu kan. bagus2, dapat info yang berguna rini..
salam...
semoga dengan apa yang tuan blog kongsikan ini dapat memberi sedikit pengetahuan kita dalam hal tersebut.
terima kasih dan selamat menyambut bulan ramadhan.
minda n permikiran kita ditutup oleh pemimpin-pemimpin UMNo,,jgan mara yer,,,bukan nk berpolitik tpi hakikat skrg nie,,terpksa la kan,,,
Isu org bukan islam masuk masjid boleh diterima je sbnrnye...
cume yg kurang best tu sbb bg ceramah politik.. kalau masuk tu tgk senibina or nk mendalami cmne agama islam tu okey gak.. I mean there are other places for politics besides the mosque.
tp nk ckp byk sgt pn xleh gak sbb byk je khutbah jumaat yg selit2 isu politik dlm tu.. xde sape nk kecoh lak pasal tu kn...
pasal tutup aurat lak... org bkn islam mmg kne hormat la jgk dari segi pemakaian bile masuk masjid. tp ader jgk org islam yg solat kdg2 kt surau or masjid tp diorang sbnrnye free hair / x tutup aurat. tutup aurat bile pkai telekung je. yg pakai skirt masuk surau pn ader. tp yela.. surau mungkin boleh diterima lg kot. masjid... mmg x sopan la mcm tu.
mcm2 sbnrnye.. tp biasela. bnde sekeliling yg tiap2 hari jd org x perhati pn. bile isu melibatkn politik mcm ni semua orang nk kecohkn.. padahal view dy same je.. :D
setiap tempat lain2 pembelajaran, lain2 pendapat, lain2 sumber, lain2 pandangan. Jangan lari dari landasan sudah la. Yang penting, sumber tu kene betul dengan kesahihannya.
moga pintu hati mereka terbuka pada islam...amin
salam..
Bergantung atas tujuan apa..kita semua tahu masjid tpt yg suci utk umat islam.Kalu tujuan utk menerangkan Atau mengenali islam mmg baik tapi kalau atas tujuan lain termasuk pakaian yg kurang sopan elok dielakkan...kalau atas tujuan lain kenapa nak buat dlm masjid pulak?? ..dah x de tpt lain lagi dah ke?
bg Dc kan..x der masalah non muslim masuk masjid..asalkan ssorg itu berpakaian sopan n tidak membiat sebarang kekacauan d dalam masjid..Dc pon duk oversea..Dc tgok x der masalah pon org yg non muslim msk dlm masjid padahal..mereka dilayan dgn baik sekali ketika mereka tanya kan itu dan ini..Dc pon x tau lah kat malaysia..ape nak jadi lah..klu Dc tersilap..tegur2 lah yer..wallah hu a`lam..
aku x paham ar kenapa isu ni perlu dibangkitkan oleh sesetenagh pihak..hoho
entry yang mantap bro...
nice entri.. semoga kita semua lebih BUKA MATA, BUKA HATI.. bg anna tak salah non-muslim masuk masjid atau surau. Isu dia tidak memakai tutup kepala dbangkitkan, padahal yg beragama ISLAM tidak memakai tutup kepala (tudung) tidak pula nak kecoh2.. Hukum manusia atau hukum Allah yg lebih penting? tepuk dada tanyalah Iman. Nak cakap banyak pun, ilmu masih kurang di dada.. juz pendapat la kan..
wallahu'alam~
thanx sebab bg info ni..sebab sebelum ni selalunya hanya terdiam mendengar dan melihat orang bertelagah pasal ni.
akak di USA skrg...mmg ada dianjurkan satu hari dimana non-muslim dijemput dtg ke islamic center kami...ada mukadimah ceramah/sesi soal jawab dan juga sedikit jamuan...no harm...
huhu..... bro.. boleh sy pinjam entry ni untuk dibuat iisi untuk entry saya?
saya follow kamu yer...
nice info....masjid cordova pn prnah jd pusat pndidikan utama di eropah
love it! siap ada penerangan n picture, credit to you bro, share leh tak?
bagus la mcm ni.non muslim akan hormat dgn islam, takde la selalu asyik dicop terrorist.
bila agama dah berjaya dipisahkan dari kehidupan maka perkara macam ni mmg selalu terjadi. belajar agama tak mau tapi kritik je lebih. zaman Nabi SAW dulu masjid tu jadi lebih dari sekadar masjid. bahkan tempat berpolitik! kita jgn cepat melatah, kalau silap melatah maka orang akan tau yang kita ni cetek ilmu pengetahuan tentang perkara tu. oleh itu, selidik dulu sebelum percaya ckp-ckp terutama orang yg memang islamnya itu hanyalah sekadar ibadat dan bukannya cara hidup sebenar. sesungguhnya islam bukanlah seperti agama lain, tapi adalah pegangan hidup manusia. :)
ini bukannye orang kafir masuk saje-saje.. ni orang melayu yang jemput ni..
jom ushar yang ni pulak
Lepas digoda, dia kene petir.. Muahaha
betul tu,..mmg x salah non muslim,masuk masjid, bleh mendekatkan mereka dgn keindahan Islam,...and bergantung pada niat masing2,..tp bila berkaitan politik susah nak kata,tu masing2 secret agenda,..apepun moga terbuka hati mereka.ISLAM ITU SYUMUL.
yee,btul tk salah org kafir nk mask masjid..
mne thu kot2 dieorg terbukak ati nk mask islam...
non muslim masuk masjid tuk mempelajari tentang Islam adalah bagus..tapi kalo untuk berpolitik adalah kurang manis....sewajar nk bercakap sal politik luar masjid...
x ksh la parti mane skali pun...kalo hal politik jgn la smpai msuk ke dlm masjid kot...
Salam Long,
Inilah bahana politik... Malu akak dengar, terbukti yang 'mengata' dan 'mempertahankannya' belum khatam pengertiannya terhadap agama sendiri.
Kalau 'tersesat' kita kena bertanya... tapi kalau kita tidak bertanya... maka terpesonglah kita.
good info..
thanks ye..
selama ni aku pon confius
entry yg sgt bagus :) kita sbg muslim jgn terlalu paranoid & jumud
and ramai tak tau, sebenarnya politik adalah part of life..islam is way of life, islam bukan sembahyang puasa zakat ajer...politik tu penting dan sgt relevant dlm hidup asalkan tak melampaui batas like berbaur fitnah etc
salam...
angah suka n3 nie nice & sweet hehehe
kalau masuk masjid tu nak kasi ceramah politik, tu dah kira lain bro...gambar yg ko tunjuk tu diorang diterangkan mengenai islam dan sebelum masuk masjid, dipakaikan dulu pakaian yang menutup aurat....jgn matlamat menghalalkan cara bro!!! hati2 bila menulis bab2 agama. Takut2 ada orang yang terpengaruh dgn ko, ko jugak yang dapat saham akhirat...allahualam...
Post a Comment