My Followers Who Follow My Blog

Thursday, February 25, 2010

Kepelikan Muslim di Malaysia

Korang semua mesti perasan kan yang entri aku kali ini adalah sehari awal daripada kebiasaannya kan?? Biasanya aku akan post entri baru pada hari Jumaat malam Sabtu tapi kali ini aku post pada hari Khamis malam Jumaat. Sebabnya, hujung minggu nie aku akan bertolak ke Manchester dalam pukul 3.00 pagi besok menaiki kereta. Aku akan berada di sana sampai petang Ahad. Jadi, aku postlah entri aku awal-awal sikit. Korang tak kisah kan?! kan?! kan?!!


isu muslim di malaysia
>Antara masyarakat muslim di Malaysia<


Aku rasa kali ini aku nak post entri pasal kehidupan dan susur galur orang-orang di Malaysia. Bukannya nak mengkaji sejarah kehidupan kita tapi...tapi...entahlah nak cakap macam mana. [-_-"] Apabila aku berada di London ini, aku melihat Malaysia dari luar tau. So, ada benda yang aku rasa yang orang Malaysia buat ini agak pelik. Contoh macam benda yang tak sepatutnya pelik, tapi dipelikkan. Bahkan benda yang tidak sepatutnya pelik, dipelikkan pula. Eh, korang paham tak nie?! Aku pun dah rasa pelik nie~!! @.@

Orang pelik kalau : Anak-anak mereka join usrah or tarbiyah.
Tapi tak pelik bila : Anak-anak mereka join konsert or match bola.
Penerangan?! : Korang pun tahu kan yang program-program keagamaan macam usrah, tarbiyah dan lain-lain bagus untuk kerohaniaan. Tapi, yang hairannya, ada ibu bapa yang tak bagi anak-anak mereka join aktiviti-aktiviti itu. Bahkan, mereka menggalakkan anak-anak mereka untuk pergi keluar malam-malam, lepak mamak dan macam-macam lagilah. Ada yang siap bagi duit untuk beli ticket bola or konsert. Ada lagi yang cakap macam, "Jangan join usrah! Ekstrem!!" Diorang nie tak fikir yang terbaik untuk anak-anak ker?! Pelik kan?! Or biasa saja bagi korang?!!


isu muslim di malaysia>Ramai orang pergi sini<


isu muslim di malaysia
>Tapi tak ramai yang datang untuk ini<


Orang pelik kalau : Jumpa perempuan pakai tudung labuh.
Tapi tak pelik bila : Jumpa perempuan free hair.
Penerangan?! : Owh!! Nie lagi satu. Kalau kita jalan-jalan dan terserempak dengan perempaun pakai tudung labuh, benda first masuk fikiran ialah: "Eh..ekstremnya..Mesti alim nie..Takut..takut" Takut pula yerk bila terjumpa perempuan pakai tudung labuh ataupun yang bertudung tapi apabila tengok perempuan free hair , tiada pula perasaan takut tu kan?! (seronok tu lagilah~!!) Padahal, kalau tengok aurat perempuan, boleh tambah dosa diri sendiri. Kita sendiri kena pandai bezakan mana satu yang wajar digeruni dan mana satu wajar diteladani. So, fikir-fikirkanlah di mana keadaan kita dan di mana kita berada. :)


Orang pelik kalau : Pahlawan or Tokoh Islam dijadikan idola.
Tapi tak pelik bila : Artis dijadikan idola dan dipuja-puja.
Penerangan?! : Okayla. Aku akui yang aku sendiri pun ada lah juga minat artis-artis macam Korea dan Jepun dan English dan banyak lagilah. Semua aku layan TETAPI janganlah layan sampai gila-gila. Aku rasa mesti korang pernah dengar Wardina Shaffiyah cakap apa kepada peminatnya : “Nak ambil yang ciri-ciri positif sahaja boleh, tapi tak perlulah nak dijadikan(artis) idola" Kalau boleh, jadikanlah tokoh-tokoh Islam macam Nabi Muhammad SAW, Umar al-Khattab, Hassan al-Banna dan ramai lagilah sebagai contoh dan role model. Nie tak, nak juga Justin Timberlake eh?! (Mungkin ini aku di zaman dahulu o.O)


isu muslim di malaysia
>Tak rasa comel jer awek nie bertudung?!<


Orang pelik kalau : Duduk baca Quran or buku agama di dalam LRT or Tren or Bas.
Tapi tak pelik bila : Duduk mengumpat orang berjamaah di dalam LRT or Tren or Bas.
Penerangan?! : Sebenarnya, aku sendiri pun tak pernah nak baca Quran atau buku agama di dalam LRT dulu. Tapi aku pernah tengok orang baca dan ada yang macam tengok errrkk~~ Tapi kalau diwujudkan majlis MeNGUMpul maklumAT (Mengumpat!!), confirm ramai saja yang join. Yang tak kenal pun boleh nak join sekali. Aku hairan betullah. Kalau bab-bab kumpul pahala, memang slow jer. Tapi kalau bab kumpul dosa, laju tul~~ (ngeh3!!)


Orang pelik kalau : Tak pernah khatam or baca Quran.
Tapi tak pelik bila : Tak praktiskan apa yang Quran cakap.
Penerangan?! : Aku yakin sangat yang korang semua mesti dah pernah khatam Quran kan walaupun sekali?! Bagus dan itu memang yang terbaik-sampaikan sesiapa yang tak pernah khatam or baca Quran itu dianggap pelik. Namun, aku rasa lagi pelik sekiranya bahan yang di dalam Quran itu tidak diamalkan. Di dalam Quran ada banyak larangan dan arahan Allah SWT. Tetapi, masih ada yang tidak mempraktiskan dalam kehidupan. Wajarkah aku hairan?!


isu muslim di malaysia>Quran : Dibaca saja or diamalkan sekali?!<


Orang pelik kalau : Tiada action diambil terhadap penghina Rasulullah SAW.
Tapi tak pelik bila : Kita sendiri tidak mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
Penerangan?! : Sesiapa yang pernah baca entri pasal "Hadapi Serangan Terhadap Islam" mesti akan paham kan?! Ramai betul yang naik angin bila Rasulullah SAW dicerca or dicaci. Aku akuilah yang confirm aku pun marah juga. Namun, korang rasa, adilkah sekiranya aku kata : "Korang perlu marah diri korang dulu sebab ada sunnah Rasulullah SAW yang kita tidak amalkan." Orang-orang bukan Islam melihat tutur cara kita dan sekiranya kita mengikut sunnah Rasulullah SAW, mesti isu-isu agama takkan wujud. Pelik betul aku-cara terbaik untuk bela Rasulullah SAW adalah dengan mengikut sunnahnya!!

Eh..panjanglah pulak aku membebal bab agama malam ini. Aku hanya insan biasa yang hanya mampu menyuarakan pendapat aku di sesetengah bahagian saja. Kalau ada sesiapa yang terasa, aku minta maaf dan aku juga bangga sebab dapat buat anda sedar peranan anda as a muslim. Post kali ini memang Zass!! dan pedas jugalah bila aku baca balik. Tapi, aku sendiri mahu mengingati diri aku yang sebenar.

34 comments:

~ نورحياتي ~ said...

nice entry!!
memang org kita zaman skg ni..huhuh

acap2405(1169) said...

ahak ahak..
setuju giler..
err..

penulis blog perantau tuh bro ker..??

touyakaruma said...

yang terakhir dan kedua terakhir tu memang aku sokong sangat , walaupun ada laaa terasa sikit bisa dier.

Long Haffiz Long Hassan said...

@nur hayati:moga dpt amik iktibar la kan?huk3..sesamer kita..
@acap:ahakz..betul3..tepat sekali..aku org yg mengcntrol kedua2 blog..hehe..
@touyakaruma:haha..xper..aku pun dpt raser pedasnya jugk..

Fyzal said...

yerp.. agree.. things that suppose to be the "norms" now seem to become the strange things in the eyes of our society.

ZihNuN FaTiN said...

emm best2...entri yg bagus..=)

Sharinginfoz said...

apa-apa pun try our best to become the best.. if not the best then better than semalam


RM952 sekarang or RM1,000 tahun depan????

Apasal suka marah??

zhul said...

memang, banyak fenomena yang harus dibenahi....

Long Haffiz Long Hassan said...

@zinhun fatin:ehehe..trimas2..brckp ngn dri sndri gk sbnrnya..spaya sdr skit..
@fyzal:ada yg adab dijadikn lg pnting brbnding ibdt..isyh2!!
@sharinginfoz:yerp..tepat seklai..mmg aku satju bbtul la tu..
@zhul:jngn smpai jadi drh daging bru nk bndungkn?

[cactusmelon] said...

mmg realitinye mmg macam ni masyarakat kite,xpecially malay..hmm...pepun bagus entri ni..muhasabah & menginsafi diri kite..peAce

Idalara said...

Manusia mng pelik..apa yg dikata mng betul..
lagi pelik..bila akak susah sbb akak singlemom org tk mau tolong..tapi bila akak nak senang sikit org tak suka...tk ke pelik bunyinya..

nabila saat said...

dunia da makin pelik

miera said...

betul tu..

starsyeea said...

salam...
woh..perantau ngn other side ni org same gak ek?

btw...nice n3 (^^,) mmg pon kita kt mesia ni yg kdg2 buat bnd x pndg kiri kanan...x rujuk betul salah...kurg penerapan agama kut...erm, same2 kita evaluate diri...especialy org yg tgah mngomen ni..hukhuk

anatayuni said...

dunia akhir zaman.....but nice entri..;)

Huda said...

mungkin sebab adat dan ibadat dah takde perbezaan
cth;mengaji sebab hari ni khamis malam jumaat
bukan sebab ikut sunnah Nabi SAW :D

fiezaradzi said...

mmg pelik kdg2 tu org kite nih.. tahla..
sepatutnya yg baik itu kita lebih hormati & ikuti..

Anonymous said...

Rasulullah SAW Nabi junjungan kita telah memberitahu akan hal keadaan kita pada masa ini dengan sejelasnya.. antara hadis2 yang bermaksud :

“Islam itu bermula asing dan akan kembali menjadi asing “
( hadis rasulullah riwayat Ahmad )

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ahmad, rasulullah saw bersabda :“ Islam itu bermula dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya,maka berbahagialah orang yang asing “. Sahabat bertanya : ya rasulullah : Siapakah orang asing itu ? Rasulullah menjawab : Itulah orang yang berbuat baik di waktu manuisa berbuat kerusakan “.

Jadi korang jangan peliklah sbb akhir zaman ini Islam pun akan jadi pelik, siapa yang amalkan islam akan jadi aneh,pelik,asing di mata2 manusia seperti hadis yang disebutkan di atas.. kalau nak berbahagia?? berbuat baiklaa di waktu manusia buat kerosakan seperti janji Rasulullah SAW.. InsyaAllah..

hihihi jadi ustadz plak kejap..
semoga menjadi peringatan tuk diri aku dan kawan2 smua..

Long Haffiz Long Hassan said...

@idalara:tu mmg plik gk tu..huk2..mmg brt tnggngjwb ntuk pikul tugs single mom kan?
@nabila saatLmmg mkin plkik to btul gk per abg anonymous tu ckp..hehe..
@miera:hehe..ad zass kt aner2 ker?ahakz..mmg btul n tpt skali..
@starysee:org yg tulis entri nie pu samer gk..ahakz..btul2..aku lah yg cntrol kedua2 blog..
@anatayuni:ahakz..entri smbiul duk mnum milo..ahakz
@huda:yezzzup..tepat sekali per anda kata tu..huk3..mmg stju habis-habisan lah..
@fiezaradzi:manusia mmg plik..sbb xnk kpd kebaikan..
@anonymous:adkh kt kenal?hehe..sb gaya penulisn cm biasa tngk jer..ahakz..papepon, stuju2//

aimee said...

ini juga salah satu agenda org2 yahudi. dorang nak rosakkan akhlak org2 islam. lalaikan kita dgn perkara-perkara tak elok ni.jauhkan anak2 muda dari agama. dan nampaknya diorang semakin berjaya.

e k i n . said...

Eh, best la entri. Bile pkir2 kan betol jugak. Tak dpt dinafikan...Hehe. Tapi sy bukan kaki gosip. ;p

BEN ASHAARI said...

tepat sekali

Afiq Deen said...

Generalise much?

Tapi ini bukan benda baru. Kalau diikutkan sejarah masyarakat kita mempunyai kesedaran Islam paling tinggi sekarang daripada tahun atau dekad atau abad lepas.

Cumanya meng'oxymoronic'kan keadaan dengan membuat perbandingan yang berasaskan pendapat peribadi tidak akan mengubah apa-apa, cuma mendalamkan lagi jurang diantara yang betul dan salah. Yang salah akan berkata 'mereka ingat mereka bagus sangat' dan yang betul 'ya, kenapalah mereka begini, dunia mahu kiamat'

Long Haffiz Long Hassan said...

@aimee:yerp..betul2..tpt skali per kamo ckp tu.,mmg skrg org dh mkin asyik sngt smpai mkin jauh sst..
@ekin:ahakz..sy juga..sy juz dngr gosip..ehehe..xnk ngaku gk kn..
@ben ashaari:mmg tepat setepatnya..
@afiq deen:betul sekali kata saudara..sy stju sepenuhnya..

q-nizam said...

bro..nice entry lar..
hakiktnya ini lar yg belaku kat negara kita...mindset orang kita mmg susah nak diubah..

zures said...

Entri yang teramat bagus. Memang itulah yang berlaku di negara kita sekarang. Hiburan ditonjolkan lebih daripada ceramah agama. Mcm2 lagilah kalau nak cerita..

Lova.Lova.Lova said...

me like!!!!!

╚► capital S hana ◄╗ said...

akhr zama .
yg ingat tu ,
ingat la .

Long Haffiz Long Hassan said...

@q-nizam:sbb tu kna kena terus berusha ntuk ubh org2 itu..bg mereka sedar..
@zures:bnyk kut kalo nk dsnraikn..arp kn ad usha ntuk sdrkn diorg n diorg trima..
@lova3x:like too~~
@syiera:huk3..g xingt knalah diingtkn..btul x?

Enchaoz said...

susah nak differentiate.. bila yang pelik jadi tak pelik dan yang tak pelik jadi pelik.. sebab yang tak pelik jadi pelik sebab benda tu tak pernah dibuat orang..

nuriz said...

ya setuju idola tu setakat ambik contoh +ve dah le, tak perlu memuja dan terlalu fanatik

Long Haffiz Long Hassan said...

@ci ecah:bak kata hadis Rasulullah:islam dlm dtg keadan dagang dan kembali dlm keadaan dagang.berntunglah sesiapa yan termasuk di dlmnya.
@nuriz:hehe.tepat sekali..can';t agree more..

AtieAbid said...

insaf aku...insaf..huhu..

ehmmm...mmg nampak, terang dan nyata budaya di malaysia zaman skng nie...
banyak benarnya entry kali nie..
camana nak carik jalan penyelesaian kalo dari akar umbi lagi mmg dah mcm tu..??

Long Haffiz Long Hassan said...

@atieabid:sbb tu kena solve dari akar umbi.ahakz..cmer caranya agk2 yerk?pd pndpt anda?

    Related Posts with Thumbnails