My Followers Who Follow My Blog

Thursday, February 25, 2010

18SX : London Yang Lucah

Kalau korang baca tajuk tu, mesti korang fikir macam-macam kan? Dan juga mesti fikir bukan-bukan kan?! Agak-agak, apa korang fikir yerk?! Ntahla. Manalah aku nak tahu. Apa-apa pon, entri kali ini tiada pun unsur-unsur 18sx. Cuma ada gambar-gambar yang dikongsikan itu mungkin hanya untuk tatapan 18 tahun ke atas sahaja. Jadi, kepada sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah atau tidak selesa untuk melihat gambar-gambar itu-saya tidak menghalang untuk baca entri tetapi bila dah sampai part gambar tu, pastikan korang tutup mata k?! Boleh?? Janji??! Ngeh3!!


london yang lucah>Iklaneka utama di dalam surat khabar<


london yang lucah>Iklan Pelacur di Pondok Telefon<


Okay!! Sebelum masuk ke part utama entri, mesti korang perasan kan yang aku post entri ini sehari awal daripaa kebiasaanya kan?! Sebabnya, malam besok aku akan bertolak ke Manchester dengan menaiki kereta dan dijangka bertolak pukul 1 or 2 pagi dari London. Oh ya, entri kali ini adalah berkisar mengenai London. Di London, korang boleh jumpa bahan-bahan 18sx di mana-mana sahaja tanpa sensor. Kalau tak kuat ketekalan dan keimanan dalam hati, memang boleh terpesonglah akidah nie. Jadi, meh aku cerita kepada semua pasal isu bahan lucah di London ini~!!

Isu Satu : Iklan Pelacur di Pondok Telefon.
Iyer?! : Di London ini memang bebetul maju dan semua benda nak digunakan sehingga ke peringkat termaksimun. Sehinggakan pondok telefon pun digunakan untuk iklan para pelacur. Masa aku mula-mula sampai dulu, memang terkejut jugalah tapi lama-lama macam dah jadi tak heran dah. Kalau di Malaysia, pondok telefon penuh dengan iklan-iklan Along tapi di sini, lain pula jadinya. Kalau tak silap aku, nombor-nombor yang dipaparkan di iklan itu ialah nombor-nombor telefon bimbit sebab semuanya bermula dengan nombor 07. Kalau nombor rumah or nombor pejabat, ia akan bermula dengan nombor 020. Namun, setakat ini, langsung tidak terdetik di hati aku untuk try call nombor-nombor itu. Membazirkan duit aku jer kan?! [-_-"]


london yang lucah>Korang jangan pergi ambil no fon tu pula<


london yang lucah>Antara majalah-majalah yang dijual secara berleluasa<


london yang lucah>Cakap saja nak apa : semua ada<


Isu Dua : Majalah Lucah di Semua Tempat.
Iyer?! : Kalau di Malaysia, kita boleh jumpa komik-komik dan pelbagai lagi bahan bacaan di kedai-kedai kan? Namun, di sini adalah situasi yang berbeza. Nak cari komik tu memang payah tetapi kalau majalah-majalah lucah memang ada dijual secara berleluasa. Harga tu dalam GBP3 dan ke atas (kalau tak silap akulah--manalah aku nak tahu!!). Selain daripada di dalam majalah, gambar-gambar yang seksi juga ada di dalam akhbar-akhbar utama diorang. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian dan increase the sales. Oh yer, nak kasi cerita--hari itu aku terjumpa seorang tukang jual magazine yang beragama Islam. Kalau tak silap aku, daripada Pakistan. Ingatkan takde lah majala-majalah lucah nie tapi makin banyak dari tempat lain adalah. Adoi2!!

Isu Tiga : Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT)
Iyer?! : Aku tahu yang di Malaysia pun wujud benda-benda macam ini tetapi di London, isu ini lagi berleluasa. Kalau di LSE tu, siap ada student society untuk golongan LGBT ini. Kalau korang nak tahu, orang-orang London jijik dengan LGBT semasa zaman 60-an dulu. Tapi bila makin maju pembangunan, otak diorang pun makin mundur dan mula menerima golongan LGBT ini. Kalau korang nak tahu, di dalam akhbar-akhbar pon ada ruangan untuk promosi Gay or Lesbian Chat. Aku macam "eeeee..geli I tau". Ruangan untuk promosi ini adalah di bahagian iklaneka. Selain itu, buku-buku or barangan-barangan LGBT juga dijual tanpa segan silu. Dekat hall aku nie pon, ada sebuah kedai bernama Gay's The World tetapi aku tak pernah masuk lagilah. Teringin gak nak masuk: nak tengok ada apa. Tetapi entah bila pun tak tahu~!!


london yang lucah>Lambang LGBT yang simple habis<


london yang lucah>Kedai buku gay yang dekat dengan hall aku<


london yang lucah>Iklan 18sx di mana-mana sahaja<


Isu Empat : Iklan yang Seksi.
Iyer?! : Aku rasa baru sahaja pagi tadi semasa aku nak pergi LSE, aku ternampak iklan yang seksi di dalam bas. Contoh iklannya adalah menampilkan perempuan yang hanya berpakaian dalam. Itu aku boleh terima lagi sebab nak promosi iklan pakaian dalam kan? Tapi ada yang nak promosi insurans tapi nak juga letak gambar seksi. Apa cer?!! Aku pun hairan jugalah mereka ini. Mungkin dah biasa kut dengan budaya macam itu. Tapi selamat belum ada iklan yang terus berbogel. Kalau ada, mahunya aku pengsan terus. Sesiapa yang tak tahan iman, kalau tengok mesti boleh cerah terus mata. o.O

Isu Lima : Orang London itu Sendiri.
Iyer?! : Aku datang ke London pada bulan September tahun lepas yakni semasa hujung-hujung musim luruh. Sekarang ini, aku dah alami musim luruh, sejuk dan on the way nak masuk musim bunga. Dan suhu di London bolehlah dikira sejuk dan berangin dan mencecah negatif. Tetapi, diorang pakai pakaian umpama sekarang ini adalah tengah musim panas. Memang macam tak cukup kain. Kekadang aku terfikir : "Diorang nie gila apa?! Tak sejuk ker?!! Aku pun dah menggigil nie." Tu belum lagi masuk musim panas. Kalau musim panas nanti, aku tak boleh bayang macam mana diorang ini. Kawan aku ada cerita yang masa musim panas nanti, ada lelaki yang tak pakai baju pergi lecture. Mak ai~!! Geli-geliman jap aku!! Selain itu, orang London ini memang suka mencarut benda-benda lucah, Kejap-kejap, "Fu*k!!" Kejap-kejap, "Bit*h!!" Hari itu (aku tak ingat hari apa~), aku pernah dengar budak umur darjah satu mencarut benda-benda itu. Diorang ini memang lucah betullah.


london yang lucah>Iklan yang seksi di tepi-tepi bas<


london yang lucah
>Orang London masa waktu autumn<

Aku rasa itu sahaja kut untuk setakat ini. Sesiapa yang baca entri ini daripada awal sampai habis mesti sedar yang tiada unsur-unsur 18sx pun. Just gambar sahaja yang lebih-lebih. Apa-apa pon, aku minta korang doakan aku akan selamat pergi dan selamat pulang kembali daripada Manchester nanti. Oh yer, untuk peminat Manchester United, aku belum tahu lagi samada aku akan singgah Old Trafford or tak. So, jangan berharap sangat yerk!!.


*Aku akan terus menjaga tatasusila as a muslim*
[Bestlah korang dapat cuti Maulidul Rasul. Aku takda pon!! T.T]

63 comments:

joegrimjow said...

tunggu la waktu summer nanti
semua ada didepan mata je
hehe

acap2405 said...

hehe..
tak lepak pantai ker bro..??
syurga dunia tuu..
hehehe

Yus said...

Memang dasyat kehidupan di luar negara ye, teringin nak pergi nih, nak tengok dengan mata kepala sendiri..

Haffiz Al-Banna said...

@joegrimjow:haha..summer tu aku xtau la cmner..selamat aku dh plan awl2 nk balik mlysia nnti..
@acap:ewah2..pantai?kt london mner ader pntai,.jauhla pntai..lgpun skrg sjuk..saper nk gie lepak saner..
@yus:hehe..mcm len mcm jer bnyi ko nie..ahakz..tngk sni sudh..hehe

Unknown said...

haha..aku pun penah pergi london 2007 aritu..memang ada di mana2 iklan lucah nie..kalau tv memang takde..tapi kat swiss, diorang siap buat iklan seks kat tv tu..sape2 leh contact and so on..memang kehidupan barat amat mencabar bagi kita..yg penting iman mau jaga..kalau tak,confirm hanyut..

Atiqah said...

moga Allah lindungi saudara di sana..kuatkan Iman dgn solat dan Al-Quran

MR.Z said...

fuh, dugaan semua tu, minta dijauhi..insyaallah :)

RoSe_violeTe said...

nasib baikla ak blajo kat mesia aje
adehhh...
menakutkan!

TeRRoRRiZZ said...

wah...........
nanti nak g saner la...
tgk sendiri.......

smoga anda terpelihara dari terjebak bende2 cam tuh...

Syima Syaz said...

kuatkan iman anda....!!
alamak teringin la nak pegi

AcanCapik said...

makin maju makin mundur lak pemikiran dan sosio budaya... adeh, akhir zaman...

Anonymous said...

ya Allah..
semoga umat islam di sana dipelihara oleh Allah dr perkara perkara camtu..

Reen said...

rase rase nye benda neh benda biase kan kat sane?

harap harap kat malaysia tak jadik cam tuh.

walaupon ade potensi nak jadik cam tuh

Azrul Hisham said...

fuh...dasyat habis....

nabila saat said...

uisshhh..dahsyat habis
alaaa..no fon lelaki2 macho n seksi xd eh??

AtieAbid said...

sekali pandang rezeki...2 kali pandang dosa...hahaha..so, mata tu x yah bekelip ek..

zai said...

no wonder people senang terinfluence ke arah bende2 gitu,iklan nya dimana2 je if compare kat malaysia,awal2 lagi dah kena banned ahhaa..heh iman kene kuat tu, lama2 tgk either boleh lali or terpesong iman tu..ahha ok , perdalamkan ilmu agama kamo !!

shandye. said...

itulah budaya liberisasi mereka. aku bersyukur mnjadi rakyat malaysia...

anatayuni said...

killer abis....serabut sih...selekeh pun ada...hahahah...budaya mereka..scary..

nurulazham said...

maakkk aiiiihhh...
dasyatabesss!!!!

* kuatkan iman ya Bro... ;)

Mysarah Rahman said...

wahh 'hebat' yer kat sana ;p

lifestyle dorg memang berasaskan benda 'tu'. so no wonder lah kan

hudamcgyver said...

syukur alhamdulillah aku kat Malaysia
selamat mata + hati aku
hehhehe

Anonymous said...

wah pendedahan yg ekslusif..nie yang membuatkan aku rasa blog hang len dari yg lain...ngeh ngeh...

fyi, kat Malaysia..dah banyak kali cuti umum jatuh hari jumaat..so tahun nie, kami [aku jer kot] kurang produktif..hehehe

♥S@R@♥ said...

mak aii...dasyat betul..

dosa mata je la hari2..

nsb baik malaysia masih selmt..

dugaan tol kat org2 yg study kt sana..

pe2 pun semoga selmt dtempt org..

fiezaradzi said...

mmg penuh cabaran.. harap2 mampu ditahan rasa hati...

Haffiz Al-Banna said...

@wan fahmi:yerker?tu bru swiss..blum smpai amsterdam lagi..tu lagilah teruk..
@atiqah:jazakallah khair..terima kasih..huk3..
@mr Z:yerp2..arap2 djauh2knlah..ahakz..bahaya tul duk cnie..hehe
@rose_violette:tu la..dh ckp awl2 yg london nie buknnya best sngt pon..biasa2 ajer..
@terrorizz:dtg tngk xper..jngn dtg pergi cari girl tu pulk..hehe

Haffiz Al-Banna said...

@syima boyd:eh.tringin nk pergi sbb per?nk gie tngk iklan tu ker?huk3..
@acancapik:tu la pasal diorg nie.ala..lgpun benda2 cmnie umpama komik kartun ujang bgi kita..
@sakinah:bukn hanya di sni tp di sluruh dunia..amin..
@reen_sofee:tau xper..ptensi tu mmg ad kt malaysia..huk2..mmg bnda nie dh jdi stu kbiasaan di sni wlpun dlu diorg prnh mnntg..
@azrul:fuuh..aku tiap2 ari tngk lg dsyat kut..hehe

Haffiz Al-Banna said...

@zaizax:bek!!ahakz..mmg tiap2 ari tngk..cm dh nek bosn pun ader..ahakz..
@shandye:tp malaysia pun ad chance gk nk jdi cmnie..so peliharakn iman semuanya..
@anatayuni:selekh?haha..leh lak cmtu eh..diorg maximise sumber ke thp maksimun tu..
@nurul:bereh sis..insyAllah..huk2..mmg dsyat habis la kt cnie..huk2..
@mysarah:haha..tu la psl..diorg idup brpndukn bnda2 cmnie.huk3..no wonder la kan?ehehe..
@huda:hehe..bak kata ayat Quranm, "Takkan beriman seseorang selagi mana dia tidak diuji"
@marcello:tu la pasal..dah la cuti trus smbung isnin..blh blik kmpung lg kut..huk3..trimas2..blog aku biasa2 ajer..

Haffiz Al-Banna said...

@sara:tu la pasal..tiap2 ari duk kmpul dosa jer..nk kna tmbh ibadat nk bg imbg smula..
@fiezaradzi:sy pun sllu hrp cmtu gk..arap2 well prepared la stiap masa kan..
@nabila:eh..sy kn dikira macho jugak..ahakz..adoi2..xleh blah tul ayat..
@atieabid:hehe..3 kali tngk terus KO..

aimee said...

24 hours fikir benda bukan2 je la dorang tuh kan? Dah terpampang semua tempat. Budak2 lg.. isyy..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

syok gila ahh!
hahaha~

jangan ko terpengaruh Long~
aku zass otak kamu nanti~

eh, nak pi Manchester?
sila ke OLD TRAFFORD!!

Unknown said...

Maksiat berleluasa...hahahahaha

Anonymous said...

giler ah...
merosakkan akhlak jer..

acap rahman said...

bes nya london.
wahahaha

Noorliyana Rashid said...

semoga penglihatan kamu masih terpelihara. huhu. terpanggil untuk baca sbnrnya adalah utk mengetahui apa yg cuba kamu smpikan. utk mengetahui bagaimanalah budaya org luar di sana. jadi, kesimpulannya. teramatlah bersyukur dilahirkan di Malaysia. w/pun ada je kat m/sia ni tp xde lah ditnjk terang-terangan. dpt lah jgk menjaga pndgn tak sengaja drpd maksiat.

Adila Ady said...

uihhh


geli geleman aiii...

jaga diri kat sana k..haha.

Ren said...

Bila dah ada kat tmpat orang, macam2 benda kita akan jumpa..

Khairunnisa Ithnain said...

fuhh~
dasat2...
smoga kuat!

Anonymous said...

@imee:tu la pasal..diorg mkin besar,makin open lak tu..isyh2..teruk2..
@zara:aku pergi manchester sbb ad prgram usrah n tarbiyah skit..huk2..kl smpt,bru singgh old trafford..
@apiih:di mana-mana sahaja..ahakz//
@miloicekaw:memang rosak pun org2 kt cnie,.mmg xleh blah tul diorg nie..huk2
@acap:per yg besz bro??huk3

Anonymous said...

@yanalilala:huk2..betul2..tp xkn beriman seorang itu slgi mana dia tidk diuji..huk3..
@adila ady:mmg sy jaga dri bbtul la nie..kalo tak,mmg xtau la per jadinya..
@janggel:sbb tu aku kngsi ngn korg semuaa hasil prjumpaan aku nie..
@khairunisa;Mmmg ngh kuat la nie..ngh brthn lg nie..huk3

Fathi Adha said...

weeiii...
mau luruh imam kalau tak kuat...
inilah masalah bile terlebih maju, minda plak yg mundur..

acap rahman said...

ada byk public porn.
haha

Anonymous said...

smoge tabah iman ye :)

scya lollita said...

wah .
mudah ajeee .
jgn laa lme2 t msia pown camtu .

daezz said...

ha3..london da jd x bes sjk long cte suma ni..x bes..

pape pon..iman mesti kuat ma..kasi tutup itu mata bia x nmpk xpe sakit kna lggr pon..sakit kt akhirt sok x tau..

yg penting gak..study bg gmpk!!

Haffiz Al-Banna said...

@fathi adha:tu la pasal..mmg pyh idup kt cnie..ad bnyk cbrn..
@acap:kt mmner sajer ader bro..anywhere..
@macy:insyAllah.arap2 rakan di Malaysia pun cmtu jua..
@syiera:hehe..arp2 malaysia xknla jdi cmnie erk..mudh2an..amin..
@greenrose:vek2..akn sy ingt pssnn tu..btw,besok sy akn post entri baru..kalau larat la..letih lg noie..

Merah Baldu said...

tiade unsur2 18sx..hehe...smga dikuatkan iman untuk menghadapi dugaan dalam menuntut ilmu

hatta said...

tabah kan hati, iman mesti kena kuat...

paper tu pernah tengok.. my friends bawa balik.. dia kata mmg senang nak dapat bahan2 cam tu...

mula2 tgk terkejut gak.. iklan pasal benda tu bukan 1-2 muka.. tapi rasa lebih dari separuh paper tu.. cerita pasal berita sket gile..

so kalau dah kat sana.. kena kuatkan iman tu..

SyuQ said...

kirim hustler satu
he he he

IntanBerlian said...

wah.hoho..kene tuto mata jalan2..ada ke long tutup mata? ke buka luas2? lol

IntanBerlian said...

wah.hoho..kene tuto mata jalan2..ada ke long tutup mata? ke buka luas2? lol

IntanBerlian said...

wah.hoho..kene tuto mata jalan2..ada ke long tutup mata? ke buka luas2? lol

IntanBerlian said...

wah.hoho..kene tuto mata jalan2..ada ke long tutup mata? ke buka luas2? lol

Anonymous said...

@mreah baldu:insyAllah..harap2 cmtulah kisahnya..arap iman akn terus tegar..
@syuq:apakah itu?hehe..
@bellarosa:perlu ker anda mnghntr bbnyk kali?ehehe..oit..cnfirm la ttup mata..anda kut yg bukak luas2 noe..

rumzan said...

hmmm kalau dalam negara sendiri pun dah agak parah, luar negara MasyaAllah!!!

Moga semua umat Islam diberi kekuatan iman, akidah

shameel Iskandar said...

Dugaan kata arwah P. Ramlee

Anonymous said...

@rumzan:insyAllah..doaknlah ssllu..akn sy usha kklkn keimanan di ati tu..
@shameel:nie bukn dugaan..,ini betul2..hehe

yalp said...

jgn awk terpengaruh sudah..mintak di elak kn la..kuat kn iman..=)

Unknown said...

hype!

best3..

tp 18Sx la pulak...ngeh3..

Haffiz Al-Banna said...

@yalp:insyAlah..nak terusberthn la nie..cpt bg skongn..eheheh..
@hanimhusin:ahakz..tu ke yg dimasukkan best tu?eheehe

Sha-na.Szied said...

masha Allah,
byk sgt.. aku x sgka ahh london mcm nih.. siyes..!

moge2 kamu sentiasa dalam pelindungan dan hidayah Allah.

alhmdulillah kt tempat sy, sumernye bi'ah islamiyahh.. tiap hari tengok syeikh..muslimah..solat dimana2..

kuatkan hati..doakan sy juga disini :)

Haffiz Al-Banna said...

@naiela:bek2..insyAllah..trimas yer..hehe..anda jua..ancaman di mana2 saja kan..

faINa989 said...

member yg study kat UK dulu pun pnah citer...dia cakap mmg kat sana sangat senang nak tgk benda2ni...kalau kat msia jd laguni..rosak2...

    Related Posts with Thumbnails