Aku rasa time aku mula tulis entri nie, dah pun masuk hari Sabtu di Malaysia kan?! Bersamaan dengan 1 May yakni Hari Buruh dan juga cuti umum di Malaysia. Kalau di London ataupun United Kingdom, jam masih menunjukkan pukul 7.00 malam dan aku tengah tunggu masuk maghrib yakni dalam pukul 8.15 malam. Cuaca pun cerah lagi di luar : umpama pukul 5.00 petang di Malaysia. Dah masuk bulan May nie, maknanya ada dalam sebulan lebih (mencecah dua bulan gak kut) untuk aku balik ke Malaysia. Tak sabar rasanya~!!
Aku balik dari lecture tadi dalam pukul 5.30 petang dan aku plan nak pergi ke LSE semula nanti dalam pukul 8.30 malam. Ingat nak print dan juga lepak di library kut dalam sejam dua. Sempatlah untuk menelaah beberapa modul or topik sekadar termampu. Apa-apapun, besok weekend dan bermakna bolehlah aku rehat dan tidur lama sedikit. Rasa macam tak cukup tidur dan rasa amat pening kepala. Oh ya, ada dua benda aku nak bagitahu korang semua. Perkara pertama ialah aku mencipta satu fan page FB baru menggantikan yang lama. Harap korang boleh "like" kalau sudi. Perkara kedua, Anwar Ibrahim pun follow Twitter aku. Korang taknak follow sekali ker?! Dua-dua perkara ada di sidebar yerk. Sila rujuk korang k! Ngeh3!!
Memandangkan aku dah nak balik Malaysia tak lama lagi, sebenarnya aku ada banyak benda ataupun kerungsingan yang bermain di fikiran aku. Ada benda yang kena settlekan dan minta pendapat korang semua nanti. Contohnya ialah broadband, line telefon or internet, tempat nak unlock phone dan juga bilik sewa di Kuala Lumpur. Tapi tu akan ada entri khas supaya korang boleh bagi pendapat dan kongsi idea dengan aku. Untuk entri kali nie, aku ada risau beberapa isu sebab shift daripada kehidupan di London kepada kehidupan di Malaysia kan?! Dah terbiasa dengan kehidupan di sini dan bila balik Malaysia, benda-benda ini mungkin kena dibiasakan :-
1. Isu Cuaca : Aku rasa isu cuaca mungkin akan menjadi perkara utama jugak nanti bila balik ke Malaysia sebab cuaca di sini berbeza di Malaysia kan?! Tapi aku tak kisah sebab aku balik time London tengah cuaca summer. Maka suhu di London pun lebih kurang di Malaysia masa itu. Yang bezanya ialah hujan lagi lebat di Malaysia. So, bagus jugakla kalau camtu kan?! Lagipun, rumah aku di Terengganu selalu sahaja hujan. Boleh pergi mandi hujan nanti. Yahoo!!
2. Isu Pengangkutan Awam : Kalau di London, aku memang dah biasa bergerak ke mana-mana sahaja dengan berjalan kaki ataupun naik pengangkutan awam sebab memang efisien dan laju. Pastu, kalau sesat di mana-mana part di London, naik tube dah boleh balik rumah. Tapi kalau di Malaysia, kalau aku sesat, memang aku akan terus sesat kalau naik mana-mana pengangkutan awam. Lagipun KTM or Tren agak slow. Kena biasakan dirilah dan memang agak problem untuk adjust diri sendiri ketika awal-awal di Malaysia nanti yerk!!
3. Isu Driving : Nak dijadikan ceritanya, aku dapat lesen memandu dalam 3 or 4 minggu sebelum aku fly ke United Kingdom. Maknanya, sebelum nie aku drive secara non-halal lah. Memandangkan sudah setahun aku tak memandu kereta, maka kalau nak memandu nanti mesti akan jadi agak kekok dan tak biasa awal-awal. Kan ada yang nak masuk gear reverse tapi pergi tekan minyak. Lagipun, mak aku pula dah beli Proton Exora. Maknanya, Proton Wira yang lama tu aku lah yang akan bawak pergi ke mana-mana. Kena pergi try memandu di mana-mana tempat kosong dahulu sebelum naik atas jalan raya. Kan ada accident pulak kan~!!
4. Isu Duit Perbelanjaan : Kalau aku duduk di London, Petronas akan masukkan elaun bulanan kepada aku. Kalau di Malaysia, rasa macam seganlah pulak nak minta duit belanja dengan parents. Cakap anak sulung kan. Aku harap selepas bayar deposit rumah sewa dan juga perbelanjaan-perbelanjaan lain di sini, bolehlah aku bawak balik dalam GBP 200.00 untuk di belanjakan di Malaysia sepanjang aku cuti nanti. Itu pun kalau ada kesempatan dan kalau ada duit lebih selepas expenses semua benda di sini. Kalau tak ada, kena guna duit mana-mana dululah nanti. -_-"
5. Isu Makanan dan Minuman : Di London, makanan diorang memang langsung kurang rasa. Hampir tawar ataupun tiada rasa langsung. Diorang semua nie mamang mementingkan kesihatan mereka. Jadi, makanan yang berperisa lebih diorang tak suka. Berbeza di Malaysia, kalau di Kelantan tu memang confirm manis yang terlampau dan kalau di Negeri Sembilan, memang pedas (macam kebanyakan mulut orang-orang Negeri Sembilan gak kut.) Mula-mula aku mungkin tak dapat biasakan diri tetapi aku memang excited nak makan masakan orang-orang Malaysia nie!! Hidup Mamak!!
>Kalau awal-awal nanti, mesti kekok memandu nanti<
Banyak juga benda yang aku kena well-prepared sebelum aku balik Malaysia nanti. Besok untuk part kedua entri ini pula yerk. Ada lagi list sambungan nie. Tapi aku memang tak sabar-sabar nak balik ke negera sendiri walaupun sebenarnya lambat lagi. Ada member aku yang tak balik dan lain kali aku akan cerita apa tempuhan ataupun halangan yang akan mereka tempuhi kalau stay di London ketika cuti summer. Banyak benda yang aku plan nak buat di Malaysia nanti. Plan nak kerja, plan nak pergi jalan-jalan dan macam-macam lagilah. Harap semua berjalan dengan lancar. ^_^
*Pergi library LSE jap pasnie untuk print Stats Lecture Notes*
[Looking forward to go back to Malaysia : Someone's waiting for me there]




25 comments:
nnt dah balek msia join gath jom
ahahaa
xsabar mnuggu kamu balek
kekekeke;P
alah bisa tegal biasa. apa mksdnya? huhu.
Pandai je aku tulis tapi tak faham pun kan~
salam dari kulaijaya malaysia,
wow...bestnya dah nak balik malaysia
sis nak bagi pendapat sis tgh ada XPDC 4X4,selai-taman negara...
memang kat sini dah 1 mei 6.30 pagi..harap2...entry akan datang sis bagi buah fikiran yer
sekarang ni, doakan sis berjaya...pergi dan balik
wah..wah..nak balik malaysia pon ne pk n rancang aktiviti ek? takpe2,yang penting dapat BALIKKK.....welcome homee
wah2..slamat smpai Malaysia :D
:)
bangga jer mu sebut Marang,Terengganu..
bye2~
aku balik dulu .
hihi~
wlcome back 2 mlysia...hikhikhikk.....
eh 'manumpung' tu apa? bukan 'menampung' ke? spelling error tu.. ;p
pantai kat Marang tu pantai apa eh? batu buruk? cantik.. :D
selamat dtg m'sia. banyak org sdg menunggu kedatangan fiz..
welcome back ek Long! hehehee...
pasni leh r lepas gian di kampung halaman sendiri...
huhu
isu jet lag takde ke? biasa yg tu 1st sekali. haha.
haha. kau ni macam nak melancong je kat malaysia!! btw kat seremban tu lah tempat aku ulang alik g kl mase aku kat matrik kuala pilah! best ape, adventure malaysia! welcom backk!!
Nak blik Malysia? welcome home!
sesungguhnya sgt senang nk hidup kat m'sia.. Xperlu byk pk..hehehe
kawan sy yg duk london pun xreti nk naik pngangkutan awam kt cni..
mula2 balik die suh sy amek kt kl sentral sbb x reti nk g pudu..adehhh..
waaaaaaa..inche Long nak balik..*sbnrnya xde laa xcited sgt k..* hoho
pkir je laa exam dulu bru pkir bnde2 suma ni..dalam flight nnt pon smpat pkir lagi..heee~~
basya2 inche long !!
bukan kt london, dah de kfc halal kan?
aSS-SALAM
KENA INGAT DIK...
hUJAN EMAS DI NEGERI ORANG...HUJAN BATU DNEGERI SENDIRI...AGAK2 YANG MANA LEBIH BEST?
ADIOS.
@ery:ada gath ker?ktner?
@cik bunbun:naper?nk blnja sy mkn ker?ahakz
@kyyuubi:tu la pasal..aku pun xtau cmner nk kaitkn ngn ko pnya statement tu
@siti ruhayu:pergh..jaga dri bebek akak.kl jumpa tok batin, ckp sy kim slm yerk..hehe
@jari telunjuk:tu la paal..kena plan nk wtper..cuti tu pendek dan sngkat kn..kenala manfaat bebetl..
@ked:trimas2..haha..xnk peri jemput kt KLIA ker?
@liya laa:haha..gie la balik gok..balik dok ajok pun eh..ginie ah member
@love:malaysia!! I;m back..wakaka
@aida:eh..bukan pntai batu buruk..pntai batu buruk xsnctik tu..mmg xder nama..sllu lepak petang2 kt stu..
@wanes:yerker?saper lah sngt yg tunggu aku balik..haha
@ayue:pergh..cnfirm..ak sndri xtau nk trget per sbnrnya nnti..ahakz
@Q:haha..iostu tu xder mmndgkn aku mmg leh tido anytime aku nak
@laut:la?ko matrik kuala pilah ker?taun berapa?
@sophieL:yeay2!! balik kampung..ahakz
@sweetsour:eh..bnyk gkla..org malaysia bnyk abiskn masa di pnggnkutn awam
@fara:alamak..sy xderla smpai cmtu..pudu tu sy reti nk pergi kl cntral..bnyk cra ka
@greenrose:haha..dah sartu hari penuh aku tak study..rehat time weekend
@ann:ader tpi kemahalan tu mmbuat perut trus kenyang
@lady:erk..kl jwb negara orang aci x?
@kepala bergetah:biler nk gath tu?
hello encik hafiz..
sedap jek kate orang negeri sembilan bermulut pedas.. huhuh penah kene lah tuh??
x sangke upenya dulu awk blja kat KTJ serembn.. sllu ke turun terminal one?? kite pon sllu, tp x pnh jumpe pon hik23..
naik tube tu cmne ek?
naik tube tu cmne ek?
@naiela:eh..mmg la sllu trun terminal one..tp xknlah nk gie tegur kur..knal pun x..ahakz
@liayan:eh..cmner nek tube?cmner nk trg eh..hehe..dh ad entri psl tu..
Post a Comment