Berzaman jugaklah last time aku buat review pasal product di internet nie. Nak buat macam mana memandangkan masa agak suntuk untuk aku menulis entri ataupun review. Selain daripada sibuk study untuk exam hari Isnin nie, aku juga sibuk dengan Variety Show Running Man. Bagi yang layan Cerita Korea, confirm korang tahu pasal Running Man nie kan? *kih3!* Selain daripada itu, aku turut busy pergi Car Boot Sale sekali-sekala. Car Boot Sale nie bukannya jual boot kereta tetapi menjual bebarang dari dalam boot kereta. Kat UK memang banyak tapi di Malaysia pun ada jugak. Contohnya Car Boot Sale di Johor Sabtu lepas. Tahu tak korang?!
Kalau korang nak tahu, antara yang join Car Boot Sale di Johor sabtu lepas adalah pendatang baru dalam dunia fashion online nie yakni Voguelicious Boutique. Boutique nie baru sahaja mula beroperasi menerusi online bulan lepas : kira baru setahun jagung dalam dunia blog dan bisnes online nie. Tapi tak mengapa sebab sesiapa fresh nie kita akan tolong kan?! Voguelicious Boutique memang berbeza daripada penjual pakaian perempuan yang lain sebab apa yang aku perasan, pakaian yang diorang seolah-olah ingin mempamerkan imej ragged tapi pada masa yang sama still sopan. Bak kata diorang : We sell women clothing from raw fabrics to shawls.
Aku try usha blog diorang nie dan terjumpa pelbagai baju design menarik dengan harga yang berpatutan. Contohnya adalah Long Shirt Collection diorang yang harga hanya serendah RM40 dan saiz pun ada pelbagai. Mungkin korang rasa RM40 tu agak mencekik darah tetapi harganya dah termasuk dengan postage tau! Long shirt Voguelicious Boutique memang ternyata nampak vogue dan memang sesuai dengan korang yang rasa ingin nampak ragged dan sopan pada masa yang sama. Oh ya, nie baju untuk girl sahaja tau. Tapi kalau lelaki interested nak beli buat baju tidur ataupun untuk kasi hadiah pun nice jugak memandangkan memang up to date!
Apa aku perasan sekarang adalah girl-girl di Malaysia memang suka pakai blouse, t-shirt style kotak-kotak tu dan juga skirt pada masa yang sama. Aku tak kisah asalkan menutup aurat tapi kekadang aku perasan : ada yang pakai tak kena dengan imej. Tapi aku perjaya bahawa blouse, t-shirt dan juga skirt yang disediakan oleh Voguelicious Boutique nie memang sesuai untuk semua majlis, keluar dating atau apa sahaja tujuan pada bila-bila masa sahaja. Dengan harga serendah RM15, memang ini peluang korang untuk serkup pakaian design cantik dengan harga terbaik. Mana lagi nak dapat baju ragged serendah itu selain daripada di bundle? Tapi tu pun dah second hand kan?! Cuba korang check sini!!
Selain daripada pakaian top, diorang turut menyediakan ataupun menjual pelbagai lagi jenis pakaian lain. Contohnya adalah kain cotton just in case kalau korang dah ready-ready nak raya kan, selendang pelbagai design yang kain lembut punya dan juga cardigan serta shirt black and white. Memang bertimbun-timbun koleksi diorang nie : sampai tak termampu aku nak senaraikan semua. Design cantik, harga pulak murah : apa lagi yang korang mahukan. Betul tak?! Harapkan aku nie tak pakai pakaian perempuan jer, kalau tak memang aku dah kebas semua dekat online Voguelicious Boutique nie. Korang bolehlah try usha sendiri Voguelicious Boutique dan tengok-tengok mana-mana yang berkenan. Alang-alang ada free time : mana tahu ada yang terlintas. Untuk tempahan, korang boleh terus ke Voguelicious Boutique ataupun mail di vogue.licious@yahoo.com SERIOUSLY YOU GUYS NEED TO CHECK THIS OUT!!
*Lagi seminggu aku nak exam : rasa nak muntah pun ada nie sebab demam*
[Kenapa baju girl mesti banyak design tapi baju lelaki sama jer setiap masa kan?]






