My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, November 23, 2010

Dulu & Sekarang : Yang Kurang Best dan Yang Lagi Tak Best

01. Yang Kurang Best

Dahulu
Budak-budak kecil sibuk bermain teng-teng, konda-kondi, Zero Point dan lempar guli.
Sekarang
Bila ditanya pernah main teng-teng tak?! Jawapannya, "Huh..?"

Dahulu
Nasi lemak sebungkus RM1, roti canai 50 sen. Pastu nasi kandar ayam goreng rangup campur teh ais bawah lima ringgit pun dah boleh dapat.
Sekarang
Ada RM2 je dalam poket? Kalau anda di Kuala Lumpur, makan hangin je la...

Dahulu
Budak-budak muda balik lewat malam confirm mampus kena hambat dengan mak bapak.
Sekarang
Budak-budak muda balik sebelum pukul 11 malam, mak bapak tanya, "Eh awal balik..?"


perbezaan antara generasi>Pernah main guli tak?! Ke tak tahu cara nak main guli tu?!<


perbezaan antara generasi>Sekitar malam merdeka di rumpun kita<


Dahulu
Lelaki perempuan belum kahwin pegang tangan tu tabu. Kalau nak kena kerat tangan dengan Pak Cik bakal mertua silakan. Kalau pergi berdating pun, mahunya jarak dalam 2 hingga 3 kaki.
Sekarang
Eh dating dan kapel tak berpegangan tangan? Apa kes ni?! Tak macho lah kalau camnie gak. Jalan kena rapat, lagi rapat barulah terbukti I Lap U, U Lap Me.

Dahulu
Selalunya sambutan Tahun Baru dan Hari Kemerdekaan buat di Masjid Negara. Pakat ramai-ramai duduk solat hajat dan tahlil.
Sekarang
Tahlil time New Year? Ko buang tebiat ke apa?! New Year kena sambut kat Dataran Merdeka! Mabuk-mabuk, zina-zina baru best! Lepaklah bro, malam masih muda!

Dahulu
Setiap kali buka TV, program paling utama ialah Drama Minggu Ini. Kalau petang-petang melangut la tengok TV Pendidikan tu. Ternanti-nanti nak tengok Cybercops, Power Rangers atau Tomato Man!
Sekarang
Macam-macam ada! Budak-budak zaman moden ini dah tak tengok kartun sangat dah! Diorang semua pakat tengok Akademi Fantasia, My Sweet 17, Punk'd dan yang sewaktu dengannya. Nama artis lagi dihafal berbanding surah al-Quran.


perbezaan antara generasi>Sekarang kalau nak kira kes buang bayi kena pakai kalkulator<


perbezaan antara generasi>Ada masyarakat kita bangga kalau mabuk : heran bebenar aku<


02. Yang Lagi Tak Best

Dahulu
Kes buang anak boleh kira pakai jari.
Sekarang
Kes buang anak nak kira kena pakai kalkulator.

Dahulu
Ada sekolah berasrama penuh, MRSM, asrama separa penuh, sekolah teknik dan sekolah agama.
Sekarang
Ada sekolah berasrama penuh, MRSM, asrama separa penuh, sekolah teknik dan sekolah agama. Dan Sekolah 1Hamil.

Dahulu
Kelab-kelab malam hanya di tempat-tempat tertentu je. Anak-anak Melayu yang nak pergi, kena tutup muka pakai surat khabar sebab takut kantoi.
Sekarang
Kelab-kelab malam bersepah-sepah. Cendawan tumbuh selepas hujan pon tak banyak camni. Anak-anak Melayu yang pernah pergi sangat berbangga sampai letak gambar teguk air kencing syaitonirojim sebagai gambar profail Inche Mukabuku hey!


perbezaan antara generasi>Ancaman kes keselamatan berada di mana-mana sahaja<


perbezaan antara generasi>Kalau keluar dating dan tak pegang tangan : memang tak sah!!<


Dahulu
Nak balik pukul 2-3 pagi pon rasa selamat, I'm ok fine thank you. Nak berjalan-jalan di kompleks membeli-belah tak perlu risau. Boleh jalan dengan penuh ceria dan bergaya.
Sekarang
Kalau nak balik 2-3 pagi kena pakai kereta kebal. Atau pon bawak shot-gun dalam kereta. Nak jalan-jalan kena pegang beg kuat-kuat. Wallet kena ikat dengan rantai besi. Jalan kena pandang kiri kanan depan belakang atas bawah, sambil buat muka cuak.

Dahulu
Kalau yang buat maksiat nih seperti cumbu-cumbu, pegang-pegang dan sewaktu dengannya adalah minah-minah yang pakai seksi tak ingat. Jantan dia pulak memang gangster habislah. Itu pon buat maksiat sorok-sorok.
Sekarang
Kalau yang buat maksiat nih, selalunya minah-minah yang pakai seksi tak ingat dan jantan-jantan mereka yang gangster habislah. Tapi minah-minah yang pakai tudung sopan santun pon ada, juga dengan jantan-jantan mereka yang barua abes. Yang pakai tudung labuh pon ada. Syabas! Tak main ah buat sorok-sorok. Tak daring! Tengah hari buta buat depan rumah pon ada! Siap rakam masuk Facebook pun boleh kan?! “U pilih KLCC ke I?!”

p/s : Tribute dan Jazakallah Khairan Kathira kepada Naqib aku : Adam Effendy kerana membenarkan peng"copy"an entri nie. Segala hak cipta asal adalah daripada beliau dan aku hanya mengedit serba sedikit apa-apa yang patut! ^_^


*Kalau tiada aral melintang, hari Khamis nie aku pergi tengok ATP World Tour Finals *
[Part kedua akan datang tak lama lagi : Entri sudah diedit daripada yang diperolehi asal]

37 comments:

Aishot said...

semua betul..1o markah untuk anda ;D

blog-tips-kurus said...

rindunye nak main konda kondi..:)

Budak kampung said...

haha..lumrah zaman sekarang. rindu zaman main zero point..mmng main xingat dunia..ngehehe :)

Sidratul Muntaha said...

Sekarang
Kalau nak balik 2-3 pagi kena pakai kereta kebal. Atau pon bawak shot-gun dalam kereta. Nak jalan-jalan kena pegang beg kuat-kuat. Wallet kena ikat dengan rantai besi. Jalan kena pandang kiri kanan depan belakang atas bawah, sambil buat muka cuak.

#ni aku tambah yer..
kena bawak Barrita,pastu baju peluru,headgear sekali..
baju kebal n baju besi..

memang bahaya nak kuar.
dlm keta depan rumah pun boleh kena ragut..
aih..
malaysia..oh tanah airku.
pikirlah sendirik!

Faarihin said...

dulu lain..
sekarang lain..

sume dah berubah..
dan dunia pun smakin tiba ke penghujungnya..

cOnfuSeME said...

haishh...mmg best zaman dulu2...huhu..

skung semua owang nak maju kononnya..tapi xsedar yang maju kebelakang...

nurul rasya said...

so true!

fathiah said...

best nye lau ingat zaman muda2 dulu.. ops zaman kanak2 dulu... erm

MsErma said...

yeahhh. tula dunia zaman sekarang.

Anonymous said...

nauzubillah... bdk2 zman skrg... ikt sngt ngan bdaya kuning uh.. skrg nie, diorang relaks je kalu wat perkara2 y x snonoh.. lagi bangge ad ar... mmg x mcm orn islam. lagu bkn maen igt, alquran nk bace tergagap-gagap... dunia ni sementara je.. akhirat kekal abadi... sama2 lah kite meminta hidayah dari-Nya. amin.

Aida Azryn said...

haaaaaaaa~ suka entry ni~

Anonymous said...

btul la, dulu lain skrng dah lain bebenor..!bercumbu x ingt akhirat.
slumber jer diaorng buat d khalayak ramai !

Misshy Innz said...

banyak beza nya ;D

FA.SA'A said...

haha. kalau aku pn pilih klcc :)
alahaiiii :)

faRiha said...

setuju...!!! suka tomato man ^^..

Anonymous said...

tersangat stuju. good entry! :)

Sire Johhny Deep said...

bernas......
gemor teman membaca entri nie!!

fasham said...

betul x serupa dulu berbezo beno ...

CouLeur de Chiqu3 said...

ayooo..teringat tomato man ! masa dlu siap nk beli baju cop tomato man..bru bangga..haishhh...

masyallah..ni zman depan mata kita..zamn anak2 kita nnti mcam manalah rupanya..

♥ nana i am ♥ said...
This comment has been removed by the author.
♥ nana i am ♥ said...

ingat long, ingat london.hye orang london~ =) masih ada zaman sekarang couple tapi still tak pegang pegang even tangan sekali pun ^_^ sekian, terima kasih.

Labuan Perception said...

sokong sgt2.... best & tak best....

nadazmi said...

SAYA SUKA BLOG AWAK LA

http://smileandsmilealwayz.blogspot.com/2010/11/segemen-saya-suka-blog-awak-la.html

husnaradzi said...

seratos pratos sokong .
ntah x tao nak jadi apa kan zaman skunx .
mcm2 ada .
seram seram .
mcm mna lah zaman akn dtang lg yek .

mrs jamal said...

dulu saya anak dara...sekang dah jadi mak dara..dah ada anak 2 pown...he..he...

###makanan dolu2, mainan dolu2 sume best...sume tangkap syahdu kalu di kenang, tp mainan dan makanan skang...hmmm...

Lyaa Suriany said...

hye

first time singgah

neway
mmg byk sgt beza dulu n sekarang..
in future kita tak tau la pe lagi nak jd


Pssstttt
i plh klcc la dr u..
hehe

misSbLurRy said...

rindu zaman dulu

Nur said...

biasala..zaman dah berubah..konon ikut peredaran zaman la..

cik maira said...

saya pandai main guli.hikhikhikhik :D

faaizz d. zul said...

dulu keluar rumah, bawak 2 biji guli sj. bila habis main, oh, kena cari plastik sbb poket tak muat. lol.

dulu main gasing, xlama keluar pula Beyblade.

dulu rajin pergi blog ni. now, baru nak rajin2kan. hihi.

Din said...

dulu lain skarang pun lain..aku tetap aku jugak..cewah..

Unknown said...

rindu nak main teng..teng
nak main ngan adik yg kecik 6thn..rase dia pun xtau benda ape tue..tin..tin (main tin kot..hehe)

D'lla said...

hi there..longhafiz..lama xkomen..tgk ja post..hik3..already in treforest..30min from cardiff..aritu main ice skating dlm snow..beshh not sure cui ni p london or x..

eiela said...

setuju dengan yang nih.. banyak bezanya dulu dengan sekarang kan.

Latest Entri :
Tragedi Disember : Biar Lambat Asal Selamat

Rina Rossoneri said...

huhuhuuhu semakin lama semakin rendah moral..

Aliesha Kirana said...

itulah dunia kita sekarang... terima hakikat dan berubah ke arah kebaikan..

tulip jingga said...

semakin lama makin moden...

    Related Posts with Thumbnails