My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, December 01, 2010

Dulu & Sekarang : Yang Dikira Best dan Yang Sumpah Best!

Ini merupakan sambungan kepada Entri Dulu & Sekarang : Yang Kurang Best dan Yang Lagi Tak Best. Sekiranya korang belum menjenguk entri tersebut, bolehlah luangkan seketika untuknya.

03. Yang Dikira Best

Dahulu
Perempuan yang memakai tudung tu adalah daripada kategori spesies yang hampir nak pupus (zaman-zaman P.Ramlee dulu)
Sekarang
Ramai dah mula memakai tudung tanpa mengira design macam mana pun. Jumlah yang pakai tudung labuh sampai ke kaki pon not bad! Dah jadi trend la pulak sekarang nie. Kan Yuna, kan Wardina?!


perbezaan dulu dan sekarang>Menarik gamnbar nie : so, aku sharing dengan korang semua<


Dahulu
Proton menjalankan kerjasama dengan Mitsubishi. Maka keluarlah Wira, Perdana dan Satria.
Sekarang
Proton menjalankan kerjasama dengan Mitsubishi. Maka keluarlah Inspira! Cantik design this time. *muehehehe*
p/s : Aku pernah terjumpa beberapa biji kereta sepanjang berada di Proton. Ada seorang Brother dari Turkey yang memiliki Proton Gen-2 di kampungnya. ^_^

Dahulu
Sesiapa yang ada handphone memang boleh diconsider sebagai “high class” la walaupun hanya sekadar Nokia 3310. Setiap malam tunggu pukul 12.00 malam sebab mesej antara Celcom jadi amat murah berbanding rate harian biasa. Kan Cik Asliza Ahmad?! ^_^
Sekarang
Kalau boleh nak kena ada dalam 2 hingga 3 bijik handphone setiap sorang. Satu nombor Celcom, satu nombor UK dan bla..bla..bla. Kalau Celcom, dah ada UniPax dan kalau Maxis dah ada Youth Club : so murahlah untuk mesej anytime dan anywhere. Bukan setakat mesej tapi untuk calling-calling sekali. Ahakz!!


perbezaan dulu dan sekarang>Dengan adanya Air Asia, bolehlah korang semua buat holiday trip dengan murah<


perbezaan dulu dan sekarang>Macho tul design kereta Inspira nie : nama boleh jadi lagi macho kut<


Dahulu
Susah betul nak pergi ke sana dan ke sini. Nak harapkan public transport, memang hampagas sekian mekasih. Nak perg study di luar negara? Jangan haraplah melainkan mak bapak anda tanam pokok berbuahkan duit.
Sekarang
Boleh tahanlah. Mudahlah sedikit nak ke sana dan ke mari. Dah ada Putra LRT, Monorel dan Komuter, senang la kalau planning nak lepak kat Kuala Lumpur: walaupun Komuter masih lagi hampagas. Pastu, semenjak ada AirAsia nih, merasa la nak pergi membeli-belah kat Bandung tu.

Dahulu
Mak Cik, Pak Cik, Mak Aji, Tok Aji dan semuanya buta IT. Kalau rumah ada komputer tu kira selebiriti la dalam kampung. Tapi selalunya komputer letak dalam almari kaca buat perhiasan sahaja. Internet? Siput babi laju lagi kut.
Sekarang
Sekali-kala buka Facebook, stalk orang ni, stalk orang tu. Dah la best sebab klik je, terus keluar gambar, klik je kuar gambar. Adik-adik aku yang “berdarjah” pun semuanya ada Facebook. Silap-silap kalau tekan-tekan nantikan, “Eh, macam nenek aku jer nie”


perbezaan dulu dan sekarang>Cepat ngaku!! Gambar primary Facebook nenek siapa nie?!<


perbezaan dulu dan sekarang>Budak-budak tadika semuanya dah pakat khatam Quran<


04. Yang Sumpah Best!

Dahulu
Kalau dapat khatam Quran sebelum bersunat (untuk lelaki) ataupun sebelum masuk darjah tiga memang dikira hebatlah. Dapat baca Quran dengan betul tajwidnya pun dah dikira macho.
Sekarang
Budak-budak tadika pun dah khatam Quran. Kalau di Terengganu tu, siap boleh buat statatistics untuk kanak-kanak yang khatam Quran. Kira baguslah macam tu kan?! Barulah menuju ke arah negara Islam!! *kuikuikui*

Dahulu
Kalau nak pergi haji ataupun umrah kena naik kapal laut dan ambil masa yang lama. Selalunya yang tua-tua sahaja pergi.
Sekarang
Kalau nak pergi haji ataupun umrah kena naik kapal terbang dan ambil masa yang sekejap sahaja. Selalunya yang tua-tua sahaja pergi tapi yang muda-muda pun dah ramai sekarang.

Dahulu
Kesedaran tentang Islam tu kurang. Kalau sesiapa join pergerakan berbentuk Islamik ni, orang tak pandang. Tak glamour gitu. Selalunya yang memenuhi masjid adalah pak cik dan mak cik yang “rumah kata pergi, kubur kata mai mai chiang mai!”
Sekarang
Kesedaran tentang Islam tu dah mula mencanak membuak di kalangan anak muda. Kalau sesiapa join pergerakan berbentuk Islamik ni, kira normal ah (walaupun silap haribulan orang boleh panggil teroris!). Masjid-masjid pun alhamdulillah, sejuk mata memandang. Bilangan anak muda tak kurang ramainya! Hiduplah masjid tu kan?!


perbezaan dulu dan sekarang>Kalau Ustaz Azhar Idrus punya kuliah : confirm penuh masjid pelbagai umur<


perbezaan dulu dan sekarang>Sampingan untuk semua : gambar salji pagi semalam dari tingkap rumah<


Dahulu
Mak bapak nak hantar anak-anak ke sekolah private. Ada jugak mak bapak yang hantar anak diorang ke sekolah antarabangsa. Hantar ke sekolah agama? Apa kau ingat anak-anak aku nak jadi ustaz ke?!
Sekarang
Masih ramai mak bapak yang teringin nak hantar anak-anak ke sekolah private dan antarabangsa. Tetapi semakin ramai mak bapak yang hantar anak-anak diorang ke Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama. Tidak kurang juga yang menghantar anak-anak mereka ke luar negara bagi menuntut ilmu agama. Tahniah anda memang cool!!


p/s : Tribute dan Jazakallah Khairan Kathira kepada Naqib aku : Adam Effendy kerana membenarkan peng"copy"an entri nie. Segala hak cipta asal adalah daripada beliau dan aku hanya mengedit serba sedikit apa-apa yang patut! ^_^


*Semalam aku tengok match Arsenal vs Wigan di Emirates Stadium : Beku dalam snowy*
[Lusa akan menghadirkan diri untuk pergi ke Brussels, Belgium tapi assignment bertimbun]

28 comments:

Faizal Sulaiman said...

sekarang semua dah advance..atas nama teknologi..

fathiah said...

betol3... zaman skrg sumenye senang.. nak beli on9 boleh.. x yah ssh2 keluar nak cari barang...

faRiha said...

setuju..!!!

klANA said...

byk beza dulu n skrg.. v nice review.. thx.. :)

Khairunnisa said...

kalau dulu: 10sen bole beli banyak barang. Bestnya jadi budak-budak dulu!

sekarang: nilai RM1 pun, tak banyak boleh beli.. sob sob.. Tapi, budak-budak sekarang kaya.. kaya dari aku pulak tuh.. pergh! ha ha

FA.SA'A said...

dulu2 anak2 mntak basikal nk g skola. krg ank2 dah pndai mnx motor. HAHAHA


p/s : long, ade g atp tour x ari tuh? kasi entri skit..

Aida Azryn said...

whoa.. nenek tu pegang m16.. 0_o

Anonymous said...

memang byk perubahan dan peningkatan
tp masih ade juga yg xreti nk bersyukur...

best review ni...i like :)

Asliza said...

hahahahaha! dushhhhh!

sape yang suka sms lepas pukul 12 dulu? konon konon pas kelas la kan, padahal tu taktik nak jimat.

kan kan?

lalala~

z said...

Tapi yang sedih dalam masa yang sama makin banyak isu sosialllll....=|

Rina Rossoneri said...

isk ni yg jeles ni ko tgk bola kat stadium emirates tuh..

mira_nas said...

well.. zaman dah berubah .dunia dah maju.. perkembanagan inndividu pon kena tgk kronosistemnye..huhu

whiteCempaka said...

whiteCempaka likes this..

tapi perubahan pun ade pros n conts nye kann..

ape pun, harus bersyukur ^^

aida said...

salam. akak ada hanta email kat awak tanya pasal AP. Ada dapat tak?

Aliesha Kirana said...

best2..ehehehehe~

Unknown said...

sekarang semua facebook.:) dulu? dapat beli majalah mangga pon da hepi semacam

Anonymous said...

sekarang dunia makin maju (:

The Author said...

"(walaupun silap haribulan orang boleh panggil teroris!)"

kisah benar.huhu

noorafzan said...

Alhamdulillah, perubahan yang sihat!

Clarky Afif said...

heleew lama aku tak jenguk blog budak ni hehe.

uh tang pakai tudung tu ade gak yg ikut trend. bertudung tapi pakaian ketat, singkat...ehem. lalala~

syafeika edora said...

btl2...sapot..

dayah said...

gambar nenek aku dlm mimpi tu. hepp sok pegi ke http://joegrimjow.blogspot.com/2010/12/komik-firework-by-blogger.html tak :D

miss fiza said...

hehehe.. best je bace comparison dolu2 n skrg.. concidence la hafiz.. smlm entri sy pasal dolu2 vs skrg.. :)

qasehraihan said...

qaseh dtg nk bkwn dn follow, follower ke2410..follow me back ye..keep in touch..xdpt nk tulis kt shout box..mksih

ASSOYFINGER67 said...

Syok juga layan gambar kao...aku tak mungkin dapat wujud dalam keadaan itu....apapun harap jaga diri dan maruah agama yea...

mamawana said...

Sekarang zaman dah berubah... abah citer zaman Jepun dulu bawak 10 sen gi sekulah leh makan nasik lemak, mi goreng, cendoi dll semua kos 1 sen ajer. Then zaman mama gi sekulah bawak singgit leh beli nasik lemak 20 sen,kopok lekor 10 sen, air sirap 10 dll....konyang pewot. Now bawak 10 innggit cam singgit ajer....kos idup yg melantun lantun....

tulip jingga said...

byk betul beza dulu dan skrg...rasa rindulah pula kenangan2 yg lepas

FAIS RAZAK said...

mtak share jgak neh..eheh..

    Related Posts with Thumbnails