Sekiranya korang semua ada menonton ruangan dunia Buletin Utama di TV3 hari Khamis lepas dan juga berita-berita utama yang lain, korang mesti tahu pasal demonstrasi pelajar yang berlaku di London pada tengahhari Rabu lepas (waktu tempatan). Demostrasi tersebut bertujuan memprotes keputusan kerajaan untuk menaikkan yuran tahunan pelajar sebanyak tiga kali ganda sehingga mencecah GBP 9 000. Namun, yuran student international yang kini mencecah GBP 15 000 masih dikekalkan. Demonstrasi tersebut mendapat kempen meluas dan disertai oleh 52 000 pelajar daripada seluruh UK : termasuklah aku jugak!! *mueheheehe*












Kalau korang semua tengok dalam berita dan akhbar, korang akan perasan yang ada pelajar yang merusuh, membakar dan merosakkan bangunan Millband Tower. Millband Tower ini adalah pusat utama gerakan parti yang memerintah UK sekarang. Namun, tindakan ini hanya terdiri daripada golongan minority dan dilakukan selepas demonstrasi utama langsai. 52 000 pelajar dari seluruh UK telah mula berarak di sekitar Kota London pada jam 11.00 pagi dan menuju ke arah Parlimen. Asalnya aku berada di barisan paling belakang tapi sebab nak ambil gambar dan tangkap video, aku dan member aku berlari jauh menuju ke barisan paling hadapan. Klimaks kepada demonstrasi ini adalah ucapan daripada wakil pelajar yang mendesak kerajaan menarik balik keputusan menaikkan yuran. Itu kemuncaknya tau : bukannya merusuh rosakkan bangunan!! Dalam pukul 4.00 petang, pelajar mula bersurai!!















Namun, dalam pukul 5.00 petang terdapart sesetengah pelajar yang bertindak luar batasan dan menyerang bangunan Millband Tower. Ketika aku lalu di tepi bangunan tersebut ketika berarak, memang ada orang yang dah mula menceroboh (dan aku hampir-hampir termasuk dalam bangunan tu sebab tak tahu) tapi masih belum ada apa-apa kerosakan. So, aku teruskanlah berarak bersama yang lain. Papepon, yang penting aku nak berkongsi gambar-gambar yang aku sempat tangkap sepanjang demostrasi itu. Memang panjang, memang ramai dan merupakan demostrasi pelajar paling besar di UK sepanjang sejarah. Siap panjat tembok untuk ambil gambar untuk korang semua. So, nie aku sharekan dengan semua!! Oh ya, sorry sebab no caption dan tiada yang ada gambar aku. Bahaya!! Ngeh3!! Oh ya satu lagi : ingin ditegaskan bahawa aku tidak menyokong sebarang tindakan mereka dan juga tidak menyokong apa yang diperjuangkan mereka. Aku bersifat neutral. Tujuan "mengambil angin" di demonstrasi ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan rakan pembaca semua!! So, enjoy!! (^_^)/
*Dua gambar terakhir di atas merupakan gambar di Millband Tower masa aku sampai*
[Demonstrasi diadakan secara aman dan tanpa kekacauan kecuali di atas : Malaysia?!]
*Dua gambar terakhir di atas merupakan gambar di Millband Tower masa aku sampai*
[Demonstrasi diadakan secara aman dan tanpa kekacauan kecuali di atas : Malaysia?!]
35 comments:
tak pernah lagi join demo.takut kena tangkap je
ak xtau tp ak sokong yuran naek..hahaha..a bunch of british friends pn agreed..our point is that too many graduates with degree..the increment in fees will help to safe guard degree holders sedia ada..and student local akan lebih appreciate bile dpt msk uni and akan belaja dgn tekun..CZ MAHAL...and most of all parent will be more concern and start saving for their child..uk citizen has become to dependent to their govt..yes education is important, bukan govt abaikan trus dorg tp just kurgkan subsidi..tobe honest uk is a very kind country towards its ppl..
look at US for example, they dont subsidy the student and their fees is way expensive compared uk (talking abt the good school) yet they managed...just sharing a thought..hahaha
perghh....kalau dak2 universiti malaysia wat mcm nie..mmg memalukan
betul notes paling bawah sekali 2..
tapi kenapa perlu comparekan malaysia dengan benda negatif saja?pelik betul rakyat malaysia ni..
wow its good to know the truth. ni la bagus bila ada wartawan telus turun padang yek?
rasanya pandangan saudara Imzainieyzulkipli tu merujuk kpd perbuatan merusuh bangunan tu.
tapi demonstrasi secara aman ok ja. it is one way to express our thought towards something that we agree or cud be not.
sakayama..betul awk ckp..local student akn more appreciate bile dorg dpt masuk u yg kasi yuran mahal..hoho..
tp kalau fees naek melampau can't go jgk..student akn hangin..
kt mesia..student ramai je nk wat demo ble yuran naek..tp demo sendiri2 je..
t'fikir jgk klu ade demo "fight the cuts" kt sini...konpem ramai yg sgkut..adhoiii
@ sdra iqbal ;
sy rasa penulis cuma ingin menyatakan pandangan tentang kebebasan antara malaysia dan sana. memang nmpk berbeza. klu d malaysia, penyuaraan perasaan & bantahan seumpama ini lgsung x dibenrkn, pdhal ini asas rukun demokrasi. dan pd yg menyokong yuran pelajaran yg tinggi, i got news for u. education is fundamental of human being. everybody need education. and when it goes to unreasonable bill & price, it's not education anymore. it's a business!
tumpang sekaki ye long..hahaha..xpe, cuma kene hati2...kang ditangkap skli ngan dorang lak..huhu~
nasib baik xada yang tukang menyembur gas pemedih mata
nak join gak demonstrasi uh... cam best jep... huk3
pendidikan bukan untuk diniagakan,point untuk cari degree holder yang lebih berkualiti adalah satu hujah yang dangkal dan tidak relevan,kualiti terletak pada sistem pendidikan dan bukan pada harga yurannya..walaupun ko neutral short,(aku faham kekangan ko sebagai penerima biasiswa) tetapi partisipasi kau dalam perjuangan mahasiswa ini melambangkan sekurang-kurangnya kau sedar bahawa tujuan belajar bukan hanya untuk mencari kerja,dan paling penting kau tahu, apa itu maksud asal mahasiswa dan bukan maksud mahasiswa dan maksud belajar yang dimomokkan oleh kebanyakan orang sekarang.Jika nak tahu makna 'belajar' dan makna 'menuntut imu' yang sebenara, bacalah dan temuilah scholar2 Islam.Cari balik,gali balik, dan renung kembali sedalam-dalamnya, APA ITU MAKNA AKU SEBAGAI MAHASISWA dan APA ITU MAKNA BELAJAR!sokong kau short,teruskan perjuangan..
pergh~!!
dasyat tol...
bestnye klu dpt tgk live cam ko long...
take care LH,i like kebebasan bersuara disana
to sakayama..
bayangkan situasi ni..
anda merupakan salah seorang daripada pelajar yang cemerlang..SPM straight A..masa A-level you lah juara college..anyway bila dapat peluang masuk universiti,parents you kata tak mampu nak bayar..yela,kerajaan dah potong subsidi..biasiswa tak ada..alasannya INGIN MENGURANGKAN BILANGAN DEGREE HOLDER...
jiran sebelah rumah you yg tak berapa nak pandai tu dapat lanjutkan pelajaran sebab family dia mampu..
i nak tanya you lah kan,adil tak macam tu? =)
berani jugak lah awak turut serta.
agaknya lps demo ni, kjn britain akan turunkan yuran?
JOM KITA HIDUPKAN BUDAYA DEMOKRASI JALANAN!!!
KERANA HANYA DENGAN CARA ITU MEREKA YANG BODOH DI ATAS ITU CELIK MATA...
Aku join rally last time kt Sydney, Rally Palestin hahaha
teruskan apa yang benar.....
huuuu~ demonstrasi elok2 takpe..kalau wat kecoh2 bahaya gak laaa..tapi, ciannye nak naikkan yuran..tak patut tak patutt~ hmmm
Aku menyokong kebebasan bersuara..cuma kawal boleh biarlah terkawal.. mahasiswa yg berani adalah mahasiswa yg berkualiti.. jangan hanya tunduk dan akur pada kepincangan.. malanglah jika mahasiswa dilayan spt anak-anak kecil yg serba gentar dan mengikut telunjuk..teruskan perjuangan.. apabila kembali ke tanah air, jadilah pemimpin yang berani menegakkan kebenaran.. Syabas..entri yg bagus
fiza setuju dgn a.samad jaafar..kebebasan bersuara boleh menentukan hala tuju kepimpinan kelak..lets say, kte mahasiswa juz trima n menurut ap yg administration kasi n suruh,,can go ke? dorg ni kdg2 x fikir pasal kte pon..asal dorg senang..cukup! so, mahasiswa yg byk fikiran n pelbagai pendapat mmg patut bersuara.. aishh..dah penat jd pak turut..yuran naik senyap..duit kne cut tnpa reason pon senyap..nk demo sorg2 kang org ckp x betul..huhu.. bagus long entri kamu..
:) :) :thumbsup:
memang hebat.. tahniah kerana berani bersuara
menjawab pertanyaan norhidayu
firstly i do agree with that and that has always be the issue when it comes to situation like this. however i didn't say the British govt should completely abandon their student after the increment of uni fees are implemented. based on my observation fellow local friends take it for granted the opportunity given to study at uni as the govt subsidized more than 70%. ok this might be wrong, maybe it is just their culture to have fun at uni..and i'd like to say i am pro education and FYI, the unis here give out scholarship to student who excel in the alevel exams, might not be full scholarship but i think they managed.. to me as they claimed to be a developed nation, the ppl should be less dependent to their govt compared to developing nation like us. well we too have to slowly move towards that, and the govt still subsidized abit, cz international student are paying 15000 while they are paying 9000, i think its fair enough. ok i might be wrong cz me myself is still young and naive abt this issue..im just sharing wht my brits and me have say on this. i know my use of word in my previous post sounded selfish..but the reality is selfish.. another last point.. for my course every yr best studnet dtg dari international students, based on my experience sekaya mana pn student tu xkira international or local, sape bayar lg mahal akan work harder..its just how we work, money motivates us..when u pay more u will not take it for granted..lastly i believe if u are good enough there will always be a way for u too succeed..
whoaaaaa...
semangat!
ade terdengar sipi2 cte ni..tp tak amik port sgt..baru ni ler baca betul2.. hehe
-exam mode. tak blogwalking sgt-
kalo kt sini sure pembangkang pon terselit huhuhuhu
ish tak takut ke diorang ni.. haha kang kena serbu kang..
diaorg ni harapan negara masa depan...jadi dia nk takot apenye..tkde pape pon
tak dpat bayangkan kalau demo kat malaysia ni dari pagi sampai ke petang ataupun sampai ke malam.. Pasti ada umah yg solat, tetapi SEMUA kah yang beragama Islam mcm tu.? Sebab sepanjang demo kat Malaysia ni, xpernah aku tengok semua org yang beragama Islam pergi solat ramai-ramai macam dorang Ber Demonstrasi kumpul ramai-ramai..
Sedih kalau kat Malaysia macam tu.. bangsa sendiri yang beragama Islam pulak tu...
uishhhhhh
negara kita masih blom 'demokrasi' walaupun gegar2 ckp psl 'demokrasi' :p 'demokrasi' lah sgt :p
dunia penuh dengan materialistik,duit oh duit dimana kau duit,inilah dikatakan komersialisasi pendidikan.Imam Al-Ghazali,Ibnu Sina,Al-Razi, Ibnu Rusyd dan ramai lagi scholar Islam yang hebat2 malah lebih hebat daripd mana2 cendekiawan zaman kini belajar bersungguh-sungguh dan hebat tanpa dorongan duit,tapi atas kesedaran.To kamaruddin,thats not money motivate us,especially in learning process and education system.Nampaknya tuan betul2 telah terpengaruh dan telah tenggelam dengan pengaruh wang.Jika ini mahasiswa kita,percaya pada realiti yang menipu,bersekongkol dengan duit dan pangkat, menghilangkan kemanusiaan, maka percayalah, kita tidak akan terus maju,dan kehancuran terus melanda kita.Rasuah akan berlaku dimana2, institusi keluaraga runtuh, masyarakat hilang rasa tanggungjawab, last sekali semua orang pentingkan diri sendiri...Saya cadangkan,kaji balik jenis ekonomi yang dipacu dalam 'industri pendidikan' yang diguna mereka,sejarah emperialisme dan bagaiman tamadun yang berkuasa mengekalkan pengaruh mereka secara kreatif pada masa sekrang.Bukak buku2 falsafah pendidikan, pemacuan ekonomi, dan pembinaan tamadun.rujuk buku2 yang berautoriti,rujuk sumber semua pihak,boleh kaji intelektual Islam punya pendapat dan juga non Muslim punya pendapat,maka saya rasa hujah tuan itu sebenarnya merupakan fenomena generasi pelajar tertawan yang begitu jelas digariskan oleh ramai cendekiawan yang tercerah pada masa kini tentang fenomena graduan dan generasi remaja hasil pendidikan materialistik ini..;-)
to pemikirzaman.
thanks for the sharing, yes i agree, after reading my own post, i might sounded (materialistic)..i just want to say i realized it now and i totally agree with u on the money motivation bit, i hope i can clarify few things
1. i believe education should be provided to all without discrimination.
2. money is not everything.
tujuan asal ialah just utk share, ramai international stdnt di uni ak work harder tp bkn bermaksud tiada langsung student local yg rajin, ttp every year pelajar terbaik bagi fakulti sy terdiri drpd international stdnt..and my own friends who are international stdnt work harder..pokoknye yuran yg dibayar lebih mahal menyebabkan mereka lebih rasa tanggungjawab utk belajar kerana mereka tahu betapa susahnye parents mereka mahu mendapatkan duit itu.. tetapi sebenarnye bukan duit semata memotivasikan mereka tetapi sebenarnya meraka rase tanggungjawab/sayang terhadap pgorbanan parents..
jadi kenapa sy setuju akan kenaikan yuran adalah supaya:
lebih ramai local yg sedar mereka xboleh trus dependent to govt solely. and supaya ibubapa di uk atau dimana shj sentiasa bringat yg saving utk masa depan ank itu penting. (hal ini sgt normal di USA dimana parents akan menyimpan utk education anak, ttp tidak lg popular di UK, hal ini kerana US govt doesnt subsidized education for uni)dan dalam konteks UK, poverty rate mereka rendah, jd sy rasa mereka bole menyimpan.
what im and some of my brits friend implying are:
more saving for future use mcm
education by parents and hoping that more ppl become aware and doesn't spend on wants tetapi needs
and
more local student become much aware how valuable it is to get into uni hence will not take in for granted
lastly before anybody else counter this or support this..my arguments are merely based on my own observation within my faculty and close friends..
nevertheless i like the ideas/comments coming in as long as its a positive constructive ideas and i hope i gain something out of this 'mini debate'
p/s not to offend or be offended
peace out
aku baru tau psl isu ni... memg betul2 pending.. lame nooo x tgok brite..
Post a Comment