My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, April 27, 2010

London Laundry London Laundry

Aku sedang menaip entri baru nie dalam keadaan mata separuh tertutup sebab mengantuk yang teramat. Pagi tadi lecture aku start pukul 9.00 pagi. Nie first time lecture start seawal tu. Jadi, kena biasakan diri untuk bangun awal dan tidur awal jugalah kalau camnie gak. Sekarang baru pukul 6.00 petang dan selepas entri nie, aku nak tidur lah sekejap. Bangun-bangun nanti boleh terus study dalam keadaan segar sedikit. Kalau study dalam keadaan mengantuk dan tak bermaya, memang langsung tak masuk apa-apa lah. Target study : statisctics!!


 London Laundry>Bahan wajib ada untuk membasuh baju : Sabun cucian<


 London Laundry>Sediakan GBP 3.20 mengcukupi untuk laundry service<


cara basuh baju dobi>Dalam lift otw ke laundry room : Selipar jepun oren<


Untuk pengetahuan semua juga, aku sudahpun mendapat surat offer internship daripada Ernst and Young. So, kalau tiada last minute perubahan ataupun pencancelan, maka aku akan buat internship dengan mereka di Kuala Lumpur nanti dalam awal bulan Julai sehingga akhir Ogos. Jadi, sesiapa yang terasa nak jumpa dan belanja aku, sila buzz yerk. Pastu, tadi aku tandatangani surat perjanjian offer tu dan perlu hantar balik ke Malaysia. Punyalah payah nak cari agent DHL dan FedEx di London nie. Dua jam aku cari. Dah jumpa, mahal cam ntah hapa-hapa. Kena caj dalam GBP 50.00 tadi. Terbang duitku terbang~!!

Sebelum nie korang semua dah tengok dapur hall aku dan macam mana aku masak nasi goreng di dalam dapur yang sekecil tu kan?! Sekarang tiba masanya untuk aku cerita kat korang semua pasal laundry room dan cara-cara serta tips-tips untuk laundry di London. Ada tips jugak ker?! Mestilah ada untuk memastikan kemudahan laundry yang disediakan hall digunakan semaksimun mungkin. Untuk pengetahuan semua, hall aku sediakan bilik laundry untuk digunakan. Di bilik laundry nie ada mesin basuh dan juga drier. Drier tu memang penting. Takkan nak pergi jemur baju di ampaian kan?! Confirm tak kering-kering!! -_-"


cara basuh baju dobi>Papan tanda yang menunjukkan dah sampai laundry room<


cara basuh baju dobi>Ada empat biji drier yang boleh digunakan<


cara basuh baju dobi>Selain itu ada empat biji mesin basuh juga<


cara basuh baju dobi>Sila pilih circle yang paling ngam dengan pakaian korang<


Kemudahahan laundry di hall aku nie bukan disediakan dengan kadar percuma tetapi dengan berbayar. Kosnya ialah GBP 2.00 untuk sekali cucian biasa ataupun GBP 2.20 untuk cucian luar biasa (kira bersih dan up sikitlah). Pastu, untuk drier pulak kosnya dalam GBP 1.00. Jadi, biasanya aku akan habiskan dalam GBP 3.20 untuk satu kali cucian. Eh, korang pernah guna laundry tak? Or mengharapkan mak saja yang basuh semua benda?! Jom aku terangkan langkah-langkah untuk laundry. Ini kes aku di sini yerk. Sila rujuk bawah~!!

Langkah Satu : Kumpul semua pakaian kotor untuk di basuh. Sekiranya korang rasa mesin basuh korang tu masih ada ruang kosong, sila manfaatkan dengan membasuh juga pakaian-pakaian yang baru dipakai sekali sahaja.

Langkah Dua : Sediakan bahan-bahan secukupnya. Antara bahan-bahan yang perlu ialah pakaian yang kotor, duit syiling GBP 3.20, pencuci or sabun basuh, mesin basuh dan juga drier sekali yerk.

Langkah Tiga : Masukkan pakaian-pakaian kotor ke dalam mesin basuh dan pilih circle yang paling sesuai dengan pakaian korang. Mungkin ada pilihan colour, soft dan macam-macam lagi. Masukkan sabun pencuci sekali. Tunggu sehingga siap : dalam 40 minit mengambil masa. (Lambatnya!!)

Langkah Empat : Selepas pakaian siap dicuci, ambil pakaian-pakaian yang dalam keadaan basah itu dan masukkan ke dalam drier. Masukkan syiling secukupnya dan tunggu dalam sejam untuk drier siap berfungsi. Selepas sejam, ambil pakaian dan bawak balik bilik.

Langkah Lima : Pakaian yang sudah kering perlulah dilipat. Lipat pakaian dengan kemas dan teratur. Selepas itu, simpan dengan susun dan teratur di dalam almari yerk. Baru nampak comel. Ngeh3!! ^_^


cara basuh baju dobi>Untuk memastikan mesin basuh berfungsi : masukkan syiling<


cara basuh baju dobi>Langkah yang pertama : Masukkan bahan pencuci<


cara basuh baju dobi>Langkah yang kedua : Masukkan benda yang nak dicuci<


cara basuh baju dobi>Eh, gambar nie nampak perut la pulak?!<


Jadi, itulah langkah-langkah untuk laundry baju di sini. Sama sahaja dengan Malaysia : yang lainnya ialah kadar bayaran yang memang mahal dan saiz mesin basuh tu. Ada kawan-kawan aku yang berada di luar London dapat laundry baju dengan harga yang jauh-jauh lagi murah. Jeles pun ada. So, untuk memastikan kita betul-betul efisien dalam laundry baju, ada beberapa tips yang aku wajar kongsi di sini :-

1. Kalau boleh, simpan pakaian-pakaian yang belum dibasuh banyak-banyak supaya boleh sumbat sekaligus sahaja dalam mesin basuh dan tak perlu basuh berulang kali.
2. Elakkan menggunakan bahan cucian serbuk sebab mesin basuh di London tak berkualiti dan ini mengakibatkan pakaian korang jadi putih nanti. Errkk, aku pernah kena masa first time dulu!!
3. Kalau korang rasa pakaian yang korang nak basuh tu terlalu sedikit, cuba untuk ajak kawan join untuk kongsi satu cucian. Boleh jimat duit dan boleh jimat masa juga. Cintailah bumi kita~~
4. Beli bahan cucian yang memang betul-betul wangi. Ini bertujuan mengelakkan korang daripada membeli detergen ataupun pewangi untuk membuatkan pakaian korang berbau wangi.
5. Laundry apabila betul-betul rasa perlu sahaja dan pastikan korang berfikir sebelum guna. Jadilah pengguna yang bijak.


cara basuh baju dobi>Segala pakaian yang siap dicuci dimasukkan ke dalam drier<


cara basuh baju dobi>Kena masukkan duit untuk pastikan drier pulak berfungsi<


cara basuh baju dobi
>Selepas dah basuh dan kering : Lipat baju dengan kemas<


Sebenarnya aku sedang tunggu baju aku dalam drier. Jadi, tergerak hati untuk buat satu entri pasal laundry di London. Dua kali lima sahaja dengan Malaysia pun. Oh ya, kalau aku ada masa dan kelapangan, aku akan cuba untuk luangkan masa bagi mengambil gambar-gambar bunga yang terdapat di taman : sebab ramai yang mintak. Sekarang belum lagi, tunggu betul-betul bunga lebat nanti lagi lawa. Tapi, tak janji tau? tau? tau?


*Mengantuk dan rasa kenyang : Buncitlah perutku nanti*
[Lagi tiga minggu menuju Final exam. Siapa nak tolong countdown for me?!]

34 comments:

Bb Hussain said...

wahh..sungguh complete cara2nya.siapa yg tak tahu nak buat laundry lg ..tak tahu la nak kata apa..heheh

Ayako A. said...

haha..
entry paling seronok nk baca.
towel biru tu yang tak tahan.
sama kaler.
sama pattern.

kalau tak pernah basuh baju mesti pening kepala kan tengok mesin tu.
hoho.

gud luck exam, incik long haffiz !
countdown..

Cik Alin said...

alin xpenah anto laundry pn..
huk2..
so, terima kasih la krn mengajar yek..
haha..

bgs gunekan mase dgn sebaiknye..!

Mysara Newrie said...

haha. best baca! sebab suke basuh baju! haha. gosok baju ada tak? haha ;DDD

Ann said...

ni mesti bangga dpt cuci sbb slalunyer mak yg cucikan..yer tak?

tehr said...

pandai kamu cuci kain baju...
hehehe

abangfaizul said...

terima kasih untuk tips. esok nak wat laundry gak, tapi part nak keringkan tu nak jemur bawah matahari je. KL panas kot dua tiga ari ni. rm2.50 untuk basuh... rm2.00 untuk kering... tapi x kering pown

baik panjat naik 5th floor blok hostel, jemur baju kat ampaian...

nice enty, anyway

HaNi said...

dekat serdang ade satu self-service laundry shop.
mesin sebijik mesin kat atas ni, harga?
RM3.50 je..

patutlah budak oversea ramai part time keje. life cost tinggi

Idda Hashim said...

haha lengkap smue cara2..kat msia ada ke laundry yg self servis..akak pernah jumpa kat melbourne..hahah, bila ingat blk, teringat cite mr bean masa kat laundry.. take care n smoga berjaya dalam apa jua urusan.

Nasir said...

salam..tahniah saudara menang contest di blog "Selamat Tinggal Dunia"...
Contact .
Nasir....
email:hakaluka@gmail.com
yahoo messenger : hakaluka@yahoo.com
facebook :hakaluka@gmail.com

Unknown said...

begini lah yer anak perantau...kene b'dikari....senang klu kawin esok..:)

KERAK NASI said...

untuk bakal isteri anda nanti..

hehe..

tapi kalau dah kahwin nnt still buat la..

kalu xbuat..xdapek nak nolong..hehe..

zai said...

dkt hostel pon ade laundry.
charge rm2.50, tapi hampeh nak isi duit tu lenguh2 tangan mcm men tikam2 brg kat kedai runcit zaman sekolah rendah.ahha

@taufiqhelios said...

hoho...agak komplikated disitu...tgk mesin sudah la..byk kot butang nk kena tekan..tekan semua skali bole?haha^^

haa~

F. A said...

wow...
blh thn gak mhl an....

blh la tlg isteri bila dah kahwin ye...hehehe....

zana x pernah anta g laundry...trimas sbb mengajar yek..

mizkadiah said...

Kat London tapi guna Selipar Jepun.. hahaha.. Takde selipar London Ka?

D'lla said...

er tringat hostel kt usm dlu..gn mesin tu la..mmg sabun serbuk bikin bj putih..huhu..selalu gn cecair campurkan air dlu..settle..tringat lak..selalu rosak sbb 24jam berfungsi..haha

Qaira Haffieze said...

Pandai mesin tu cuci baju kamu kan... hahahaha... tp tak de org plak mencuci skali masa tu? ke dema2 sume cuci kat sungai? wakakakaka....

|| NaFiRaa || said...

rajin nyer... anak sapa lah nih~:P

Stargone said...

Haha! aku pakai mesin ni tak berapa gheti ah.. aku biasa pakai tangan jer, oldskol.. tu yang lengan ketul-ketul tu.. tak caya cuba la. :P

Mindbreaking said...

boleh tlg laundry x??hahah...

Anonymous said...

errr encik long hafizz

bukan ke boleh guna royal mail express delivery or recorded mail yang cheaper than dhl or tnt....ada banyak pilihan kat uk tu......

windi said...

nasib baiklah long pandai urus diri sendiri. klu tak, camnalah agaknya yea?

nina suhaina said...

ko memang da bleh jadi duta laundry kat london dah..giler complete explaination ko tu..hebat :)

Aida Effarina said...

tak biasa laa kumpul baju kotor banyak2 then baru basuh. tak ber'fungi' ke? huhuu

-li.zue- said...

haaaa,
nanti nak balik malaysia kan?

bawaklah ole2!!
aku nak drier tu satu!
ahahahaa

IceCreamLover2009 said...

Never went to laundry b4 coz still hav time to washed it myself. But I guess all the steps tat u gave definitely could be used someday...So tat i'm not JAKUN to others....Hahaha.

noorafzan.blogspot.com said...

bro, kalau laundry kat mesia ni.
tak tunggu pun sampai habis cuci.
bila teringat baru pegi amik.
tgk2 dah ada orang tolong keluarkan dari machine.
baikkan orang mesia?
kuikui~

Haffiz Al-Banna said...

@bb hussain:tu belum kasi huraian bab nak pilih circle ataupun jenis air panas or sejuk lgi..haha
@kasih:ahakz..bnyk2 benda,tuala biru tu gak yang dia persan eh..
@alin:dh tu alin wt cmner?basuh sndri guna tngn?hebat2!!
@mysara:ada..bru jer dua or tiga hari lepas jumpa bilik untuk gosok baju..baru tahu sebenarnya..kui3
@ann:bukan2..selalunya ayah yg cucikan..bukan mak..ahakz
@tehr:isyh..cnfirmlah..sy mg terror dlm semua segi..chewah!
@faizul:haha..pstu hujan kan?semua pakaian basah sekaligus..kesian tul..
@hani:tu la pasal..nk kejar ngn study lgi, nk kejar mmcm benda lagilah.busy tul
@idda hashim:haha..mmgla..mr bean pnya backgoround tu typical british la..

Haffiz Al-Banna said...

@nasir:bek2..insyAllah akan aku bagi maklumtnya nnti yerk..hehe
@ismaliana:eh..kalo dh khwin,nnti isteri buatkn la..sy nk kena keje nnti..ahakz
@kerak nasi:eh..cnfirmlah sy akn buat lgi..akn tlg dia selalu.insyAllah..
@zaizax:pergh..kecik2 pun men tikam eh..judi2..per nk jdi nier?haha
@taufiq:haha..pilih jer memaner butg ko suka..xkn bgi kesan pape pon
@zana:haha..mmgla..biasa kt malaysia kt basuh sndri guna tngn kn..kt sni kena guna self service laundry
@mizkadiah:haha..jepun di mana-mana..selipar jepun bwk dri malasyai tu tau
@d'lla:pergh..tinggi demandnya tu kak..baju sy rosak sbb guna sebuk.adoi2
@qaira:haha..masa sy pergi tu tnghari..kebanyakan org di univ masertu
@nafira:anak mertua awek sy..hehe
@stagone:aku dlu zaman2 mrsm dlu pun sental guna tngn gk tp masa berlalu, dah xleh dh kt sini

Haffiz Al-Banna said...

@mindbreaking:leh jer tp kena kasi tinggl GBP3.20 sekali yerk..hehe
@tanpa nama:sy nk yg smpai within 2 days..kl royal mail, yg pling laju cajnya dalam GBP 55.00..yakni lgi mhl GBP 10.00 berbanding Fedex..
@windi:pergh..dahh berxaman duk asrama..memacam pengalaman dah ada kan..hehe
@nina:pergh..semua benda kut aku kasi terang ngan details kan?
@aida:xder eh..mner ader..semua okay jer sbb sini cuaca len ngn malaysia kan..
@lizue:ko ingt drier tu harga cm keychain ker?
@icecream:sure..you should try mate..aha
@noor afzan:haha..org kt sini pun cmtu gk..tngk2 baju dh ada kt dlm beg laundry..siap tu..

D'lla said...

hehe...serbuk..hmm campur skit dgn air..so xrosak sgt..dlu pn wat mcmtu gak..

Rina Rossoneri said...

aku basuh guna tangan je tau kat hostel...rajin kan aku hakhakhak..

Haffiz Al-Banna said...

@d'lla:yerker?bek2..kena take note nie..hehe..pnting tu..ahakz
@rossoneri:usyh..ko mmg rjin selalu..aku percaya tu..

    Related Posts with Thumbnails