Dalam entri aku yang sebelum nie, aku sempat untuk cover 5 jenis kuih-muih utama yang boleh didapati di Bazaar Ramadhan. Kelima-lima kuih tersebut ialah roti jala, puteri mandi, seri muka, karipap dan juga sekaya. Segala penerangan dan gambar kelima-lima kuih-muih tersebut telah disertakan di dalam entri kuih-muih nie. Kepada sesiapa yang masih belum melihat entri tersebut, korang dialu-alukan untuk berbuat sedemikian. Oh ya, semalam aku berbuka di rumah atuk aku dan sempat untuk “berjumpa” dengan lima lagi jenis kuih-muih lain. Antaranya ialah :
Kuih-muih 01 (Ketayap) : Orang Terengganu selalunya memanggil kuih ketayap nie dengan gelaran kuih gulung. Dengan purata harga hanya 35 sen satu, memang kuih nie menjadi tumpuan utama sepanjang masa : samada di bulan Ramadhan ataupun tidak. Inti utamanya adalah nyiur kelapa manis. Memang sedap sangat!!
Kuih-muih 02 (Kuih awan) : Aku memang tak tahu nama sebenar kuih nie apa tapi memang sejak daripada kecil lagi, aku memanggil kuih nie sebagai kuih awan. Bentuk part atasnya yang seakan-seakan awan memang lembut berbanding layer bawah. Kadang-kadang aku makan part awan tu saja. *muehehehe*
Kuih-muih 03 (Kuih cara) : Yang nie pun aku tak tahu nama skemanya yang sebenar. Kami memanggil kuih nie di Terengganu dengan nama kuih cara. Inti di dalamnya ialah air manisan yang manis. Kuihnya yang lembut dan air manisan yang manis boleh membuat air liur ter-melelehla. Nyum3!! ^_^
>Nama kuih nie adalah kuih cara dan intinya air manisan yang sedap<
Kuih-muih 04 (Kuih Tokyo) : Kuih nie bernama kuih Tokyo kerana bentuknya yang seolah-olah kipas Jepun : bukannya kerana ia berasal daripada Jepun yerk. Inti di dalam kuih Tokyo ini ialah kaya ataupun inti nyiur kelapa. Selalunya aku lebih suka berintikan kaya sebab lagi manis. Memang antara kuih favret aku sepanjang zaman. Pergh2!! Sedapnya~~
Kuih-muih 05 (Nganang) : Memang namanya agak pelik dan aku tak rasa ramai orang tahu mengenainya. Seriously memang aku tak tahu nama kuih nie kalau di luar Terengganu. Yang penting, kuih nie adalah acuan yang sama seperti akok : cuma saiznya yang lebih besar. Memerlukan telur yang banyak untuk membuatnya : so, memang lemak berkrimlah jawabnya. Sedap2!!
Jadi, inilah lima lagi kuih-muih tambahan kepada lima kuih-muih yang telah aku ketengahkan dalam entri sebelum nie. Aku percaya yang kelima-lima kuih di atas masih dapat dijumpai dengan mudah walaupun bukan lagi di bulan Ramadhan. Bagi sesiapa yang belum pernah mencuba lima kuih-muih di atas, aku dengan sepenuh hatinya menggalakkan korang untuk mencubanya. Belanjakan satu ringgit di Bazaar untuk mendapatkannya. Aku jamin korang takkan menyesal dengan rekemen aku nie!! Koang taknak rekemen kuih apa-apa kat aku ker?! Ahakz!!
*Semata-mata untuk online : Aku membeli mouse RM15 yang tak best langsung*
[Mari memulakan ekspedisi meriahkan raya : tapi jangan lupakan Ramadhan!!]
33 comments:
peh.. kuih cara tu memang feveret aku.
aku nak kuih cara..all time fevret
hehehe.
kuih awan tu selalunya boleh jumpa kat gerai apam balik sebab bahannya sama cuma aku lupa nama dia.
Kuih cara tu betul la kuih cara takde nama lain dah. ada dua, cara gula dan cara berlauk.
Kuih tokyo: hahaha! okeh tak baik gelak. ada orang panggil apam perlis.
Nganag: Kuih bakar nama dia. Tapi org utara aku tak sure panggil apa sebab pd diorg kuih bakar tu coconut cookies.
selamat berpuasa dan selamat hari rayee
Long..kalo akak balik rumah belah hubby kat Ganu...suka makan kueh kayu keramat. Pernah dgr tak?
me suka kuih ketayap tu..me panggil kuih tu dgn nama lain --"langit gulung"--sbb gulung2 gitu kan..
sume kuih sdap la...aduss...dugaan2...
jom singgah baca entry baru.. a r u l
kuih cara berlauk pon sedap ;)
whoa. laparnye tgk gbr :D
kuin muih kegemaran ku...
lama tak makan akok!hehe
nk kuih ketayap 3 ingit, kuih cara 2 ingit... ! ;D
baru tahu nama kuih cara. hee feveret saya tuhh ! nyamnyam.
sukanya makan kuih2 traditional tu... :)
sedapnya tgk kuih2 ni.nyam3x
sedap sedap sedap :D hihi
hahahaha
semua aku makan
ekekekek
P/S : AKU MALUUU
sedap2 (^_~) plg suke kueh cara
nak kuihi cara
yg sellu nmpk stkt ini kuih cara!
salam perkenalan ....oh.. itu yang macam kuih bengkang kalo kami kat perak panggil kuih bahulu kemboja .
antara semua tu, rasanya kuih tokyo tu je aku tak dapat nak bayangkan rasanya.
kuih cara my feveret...
dah belajar buat..
senang je...
kompom meleleh air liur kalo makan kuih GKSB buat
buat org teringin je long ni:D
long, yg long panggil kuih nganang tu sgt susah disebut dan eja. kami kat kelantan panggil bengkang aje..rupa & rasa sama, nama jek lain...
my favorite kuih cara..klu nmpk mesti rasa nak..
Mana pergi CHATBOX & Siapa LUCKY FOLLOWER?
di kelantan, kueh ketayap tu dipanggil kueh batang buruk ~~ sedapnye.. tibe2 terasa nak mkn lak.. hehe
kuih nganang fmly aku pgl kuih bakar...
sedap 2... da lama x makan...
err..
kueh no3 atau kueh cara tu,ade tempat panggil kueh bakar..
tp macam azieda razak ckp,kueh nganang plak dipggl kueh bakar..
wateva...
apepun,aku suke kueh ketayap tu,yummy... :)
kalau tak silap kuih nganang tue kuih kemboja kalau kitaorang panggil.. pelik gak ye namanyer
ohohoho~~ rupanya kuih awan cam tue rupa die.. sbnrnya long, kuih tu sy slalu mkn, dan dia trgolong dr golongan kuih apam atau (apom loqat utara).. mng sedap kuih tu,..
kuih tokyo lak kat kedah pngl kuih kastart... sy pling suka mkn inti kaya :)
kuih cara tu pula long,.. inti dia gula, masa separuh masa kuih tu dlm acuan dia, letakkan la gula ..
sbb tu la inti dia jd air manis :D
oh silap besar ni...takde kuih AKOK. kuih legend tu..
oh! first time taw wujudnye kuih awan tu..hehehh~
Kuih awan tu berasal dari tanah jawa dan nama aslinya ialah KUIH PUKIS ada yg pggel POKIS mcm di kuantan ni :')
Post a Comment