Asalnya memang aku taknak tulis entri baru memandangkan aku tengah buat set soalan past year dan memang aku dah shut down terus blog. Tetapi memandangkan hari ini Hari Guru dan aku rasa macam tak best la pulak kalau tidak menulis entri baru, maka terhasillah entri ini. Daripada aku duduk fikir dan tak buat apa-apa, better aku habiskan dalam setengah jam sehigga sejam untuk entri baru ini. Tetapi maybe entri nie akan menjadi amat pendek dan mungkin tidak seperti kebiasaannya. Aku harap korang tak kisah yerk. Biasa-biasa sahaja!! ^_^
>Blog "Long Haffiz" Coretan Perantau mengucapkan Selamat Hari Guru<
Aku yakin yang di Malaysia mesti akan diadakan sambutan Hari Guru secara besar-besaran kan?! Selain itu, mesti ada juga sambutan Hari Guru peringkat nasional. Aku dengan ini ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru di luar sana : samada korang mengajar aku ataupun tidak, samada korang dah pencen ataupun belum, samada korang selalu ponteng kerja ataupun berdedikasi. Yang penting, tanpa jasa seorang guru, siapalah kita sekarang nie. Jadi, ribuan terima kasih kepada semua guru yang berdedikasi dalam mendidik anak bangsa. Gracias dan jasa anda amat dihargai!! Ada guru yang aku suka dan ada yang hampeh. Tetapi walau macam mana pun sikap dia, aku berada di sini sekarang dan diorang yang pump aku dengan pelbagai ilmu.Aku akan berusaha untuk membalas jasa mereka dengan terus study dan berusaha! Chayok!!
Sebut tentang guru ini, aku nak share serba sedikit mengenai pengalaman aku. Masa kecil-kecil dahulu, cita-cita aku mesti nak jadi seorang cikgu. Korang pun macam tu jugak kan?! Oh ya, selepas zaman SPM dulu, aku mendapat beberapa tawaran scholarship lain : selain daripada Petronas yang aku pegang sekarang. Antaranya ialah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam course Mathematics overseas di bawah Skim Pelajar Cemerlang. Semua family members aku mendesak aku untuk ambil tawaran biasiswa perguruan nie tetapi seriously, aku memang tak berapa suka untuk menjadi guru sekarang. Jadi, aku pun membuat keputusan untuk mengambil scholarship Petronas dan I'm in London now. Alhamdulillahla *_*
Sebelum aku berundur diri untuk sambung study, aku karangkan satu sajak yang bertajuk "Guru Tuaku" untuk semua pembaca kali nie. Terus terang aku cakap yang aku dah berzaman tak tulis sajak or cerpen. Jadi, agak berkarat sekarang. Aku pernah menang pertandingan mencipta sajak dan cerpen semasa zaman sekolah dahulu. Tapi tu zaman dahululah. Sebarang komen, korang boleh kemukakan di bawah yerk. Sila nikmati seadanya yerk:
Dahulu,
Aku melihat guru tuaku,
Tetap ampuh mengayuh perlahan basikal tuanya,
Tetap lagi segak berkemeja lusuh birunya itu,
Tetap kental menggendong seribu antara naskah pengetahuan,
Tetap ingin menyebarkan ilmu seantero anak bangsaku,
Tiada jalan perhentian dalam perjuanganmu.
Aku melihat guru tuaku,
Tidak sedikitpun luntur senyuman dari bibirnya,
Tidak tertimbul kerut-kerut keletihan di mukanya,
Tidak langsung riak bangga atau berpuas sahaja,
Tiada bingkas sebarang keluhan rasa dari badannya.
Aku melihat guru tuaku ,
Tidakkah dia kenal apakah itu perit lelah?!
Tidakkah dia kenal apakah itu untuk berhelah?!
Tidakkah jua dia kenal tanda cercian daripada yang enggan mengerti?!!
Tidak!!
Tidak akan dia kenal itu semua!
Selagi tidak terbela jati ilmu anak bangsa.
Tapi kini,
Aku melihat guru tuaku kembali,
Kenapa sungguh berbeda dirimu itu?!
Kenapa berbeda prinsip dan pegangan kamu?!
Adakah kerna perubahan zaman atau perbendaharaan?!
Jangan! Jangan biarkan itu semua menyimpangkan dirimu!!
Teruskan berdiri gah!
Gah dengan dirimu yang dahulu,
Biarkan aku kembali!
Kembali melihat guru tuaku yang dulu!!
>Jom Nyanyi : Kami Guru Malaysia<
Sempatlah pulak aku letakkan video lagu "Kami Guru Malaysia" di atas yerk. Itu merupakan antara lagu yang paling aku suka. Aku harap semua cikgu dan guru dapat berpegang janji mereka seperti mana di dalam lirik lagu itu. Kalau dulu-dulu, cikgu-cikgu semua menyanyi di hadapan, aku dan member-member pakat nyanyi bersama-sama dengan diorang di belakang. Bila menyanyi balik lagu nie, teringat zaman aku nakal-nakal dahulu. Eh kejap, aku budak baik. Tak pernah nakal. Ngeh3!! Yang penting, korang layanlah yerk video lagu itu dan sajak yang aku karangkan itu. Sajak itu confirm lingkup. Macam tak best jer. Anyway, sebarang komen, sila buzz di part komen!! Aku cuba untuk berblogwalking seketika selepas ini~!!
*Warga London mengucapkan : Selamat Hari Guru 2010 kepada semua*
[Guru umpama lilin?! Or korang rasa guru itu umpama apa?! Idea please!!]







