My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, January 26, 2010

Sengsara Bulan Pertama di United Kingdom

Kali pertama aku naik flight adalah ketika travel dari Kuala Lumpur ke London yakni ketika tahun pertama aku di London. Sesampainya aku di sana, terdapat pelbagai jenis culture shock yang aku alami. Memang satu kebiasaan sebab ini adalah satu pengalaman baru yang belum pernah aku hadapi sebelum nie. Lagipun setakat nie aku hanya dengar pasal London menerusi blog entries kengkawan dan tengok dalam TV sahaja. Maka kali nie aku nak share dengan rakan pembaca lima masalah utama yang aku hadapi ketika awal-awal sampai di London dahulu. Biasalah : nak biasakan diri kan? 

susah hidup luar negara
>Ketika di KLIA sebelum fly ke Kota London<



susah hidup luar negara
>Dengan sekelip mata sahaja : dah sampai London<


Masalah Pertama : Duit atau Wang Ringgit
Penerangan : Semasa aku memula sampai dahulu, aku bawa 650 pound cash dan juga 1125 pound berbentuk bank draft. Kalau convert RM, confirm beribu-ribu lemon la jawabnya. Namun, nilai 2 pound di sini adalah sama dengan RM 2 kat Malaysia. Nilai wangnya adalah lebih kurang sama. Di sini, duit kertas terkecil adalah 5 pound dan terbesar ialah 50 pound. So, semasa dapat baki 2 pound dalam bentuk syiling, macam terkial-kial jugalah sebab tak biasa kan. Cam terkedu untuk seketika.. Lagi satu, di sini jarang orang gunakan wang kertas 50 pound. Pekerja tukang jaga kaunter tu panggil bos dia untuk minta check duit untuk tahu duit sebenar or palsu. 


susah hidup luar negara
>Koleksi syiling yang digunakan di UK<


Masalah Kedua : Makanan
Penerangan : Semasa mula-mula sampai, memang tak tahu nak dapatkan bahan-bahan masakan di mana. So,  dengan hati yang paksa rela, terpaksalah makan di luar sahaja. Semasa memula makan kebab or burger (sebiji sahaja; bukan kedua-dua yerk), harga dalam 3 pound. Kalau convert RM, dalam RM18. Dah lepas dua kali round KFC dah tu. Kalau convert, confirm akan terasa mahal dan juga rasa tak berbaloi. Sebenarnya itu sudah dikira harga standard di sini. Kalau convert, sampai bebila tak makan sebab nak jimat. Kalau nak tahu, aku makan sekali sehari sahaja yakni di waktu petang sudah cukup. Pagi-pagi minum air kosong saja. Dan disebabkan suka mencovert mata wang ini, aku dan member aku end up membeli air yang termurah pernah kami jumpa di pasaran UK yakni Air Bikarbonat Cola Sainsbury Basic yang berharga 18 pence (RM 1.08). Namun, menyesal tak sudah sebab rasa air tu lagi teruk dari air longkang.
Masalah Ketiga : Persekitaran
Penerangan : Aku jejak kaki di London ketika musim luruh dan suhu takdalah sejuk sangat. So, tak kisah la pasal suhu ini. Namun, nak dijadikan cerita, hari ketiga aku di UK, aku ditegur oleh seorang makcik bertanyakan jalan (cam takde kaitan dengan mukadimah suhu aku tadi jer o.O" abaikan!!). Macamlah aku tahu jalan kat UK nie. Muka aku muka Londoners ke? Sorryla makcik, tak dapat nak tolong. Tambah lagi pasal persekiratan ini ialah bagaimana orang-orang UK approach orang lain. Aku pernah disumpah dengan perkataan F*CK oleh orang kulit hitam sebab tersentuh kaki dia menggunakan kaki aku(korang paham tak aku explain nie? o.O) "I'm sorry, mate" <--Tu sahajalah yang mampu aku ungkapkan pada masa dan ketika itu. Orang baru sampai, manalah nak tahu kan.


susah hidup luar negara
>Basic Cola berada di sebelah kiri anda<



susah hidup luar negara
>Antara kedai-kedai kebab dam burger selalu aku lepak<


susah hidup luar negara
>Dalam kereta on the way ke MSD pada hari pertama<


Masalah Keempat : Jiran Bilik Yang Terlampau Friendly
Penerangan : Nama budak yang menetap di bilik sebelah aku ialah Ollie; seorang British yang sejati. Nampak macam budak baik sahaja masa aku memula bertegur sampai di hari pertama. Seminggu selepas itu, semasa aku baru balik dari bacaan Yassin di Malaysian Student Department(MSD), aku nampak dia dan member-member dia lepak di depan bilik dia dan bilik aku secara tak langsung. Aku pun buat-buat tak tahu dan terus masuk bilik aku. TOK!! TOK!! Pintu bilik aku diketuk. Buka sahaja,nampak Ollie. Ini perbualan seterusnya dibawah:
Ollie : You wanna join us mate? We have Clasberg and Beers.
Aku : It's okay. I'm quite tired and really busy today.
Ollie : Are you sure?
Aku : Yeah. Plus, I have early lecture tomorrow.
Ollie : Aaahh. Too bad. We have many drinks inside and hot chicks.
See~!!(sambil tunjuk ke arah awek-awek dalam bilik dia)
Aku : Owh.. Never mind. Maybe next time. Cheers mate!

Kalau ikutkan, aku tak sepatutnya jawab next time tau. Sepatutnya aku jawab, "Sorry. I'm muslim and I don't drink" tapi sebab aku agak blur, jawab sahaja apa yang terfikir. Then, malam-malam selepas itu, Ollie terus ajak aku dan last-last tak ajak dah. Bosan kut ajak orang nerd cam aku. Ollie terus-menerus pasang muzik kuat dan berparty di bilik dia sebelum bergerak ke Night Club setiap malam. Aku ni, sabar sahajalah kat bilik sebelah menahan bunyi yang teramat bising itu.


Masalah Kelima : Pelbagai Yang Lain
Penerangan : Terdapat banyak lagi masalah-masalah dan situasi-situasi lain semasa aku memula sampai. Antaranya ialah semasa nak buka akaun bank. Kalau di Malaysia, cam senang sahaja kan. Tapi di sini, nak kena dapatkan bil utilities (yang confirm aku takde lagi masa itu) dan pengesahan universiti juga. Then, masalah cara terbaik untuk contact Malaysia dan ada senior yang baik yang tolong bagi tunjuk ajar. Masalah memilih link telefon yang paling jimat dan at last, aku buat contract phone Blackberry sebiji. Kemudian, ada isu tuition fees lambat masuk dan pelbagai lagilah. Tersesat di dalam tube stations pun selalu sahaja semasa awal-awal dahulu. Nak pergi tempat lain tapi end up di tempat lain. Sesat2!!


susah hidup luar negara
>Tube map London yang akan confirm menyesatkan<



Jadi, korang semua, itulah sebahagian kisah dan asam garam kehidupan aku semasa mula-mula sampai di London dahulu. Sesiapa yang teringin untuk tahu dengan lebih lanjut, bolehlah rujuk aku secara direct yerk. Aku tolong bagi cerita dan kisah sekadar yang termampu la. Aku nie, kongsi semua benda. Takder nak cover-cover pun. Barulah korang semua tahu kisah yang sebenarkan? Teruskan mengikuti la wei~!! *wink2!!*



*Aku rasa taraf kehidupan aku sekarang dah up sikit*
[Aku ingat nak tulis pasal universiti aku. Siapa mahu baca???]

Saturday, January 23, 2010

Kerja Part Time Tanpa Gaji di United Kingdom (UK)

Para pelajar di UK biasanya akan meluangkan masa lapang mereka ataupun memaksa diri melapangkan masa untuk melakukan beberapa kerja part time. Namun untuk pengetahuan korang pekerjaan-pekerjaan ini tidak mendatangkan sebarang habuan dalam bentuk wang ringgit ataupun senang cerita, tiada gaji langung. Hanya titik peluh dan keringat yang ditagih seharian. Apakah kerjaya part time yang dimaksudkan ini? Inilah 4 kerjaya yang dapat dijadikan pegangan!


cari kerja di london
>Antara perkejaan utama adalah guru kaunseling<


Jawatan Kosong : Pemandu Pelancong
Tanggungjawab : Duduk di bandar tumpuan pelancong seperti London, Bath, Edinburgh dan beberapa lagi boleh menjadikan pelajar sebagai pemandu pelancong yang popular a.k.a. Tourist Guide. Sebagai pemandu pelancong yang berjaya, anda dipinta or diharapkan oleh para pelancong untuk membawa mereka berjalan-jalan, menyediakan tempat penginapan dan lain-lain. Biasanya, pelancong yang dimaksudkan adalah para pelajar dari tempat lain. Sebagai Londoners, aku menerima tetamu hampir setiap hujung minggu dan kesibukan ini amat memenatkan dan boleh menggangu pelajaran tahap ekstrem. Namun, kepuasan itu dapat dirasai sebab dapat tolong orang kan?


cari kerja di london
>Semasa aku menjadi seorang pemandu pelancong<



cari kerja di london
>Ini pulak ketika aku dibawa sebagai pelancong<


Jawatan Kosong : Tukang Masak
Tanggungjawab : Kepayahan mencari kedai-kedai makanan halal terutamanya di luar London mencipta satu karier baru bagi para pelajar. Ketua chef or tukang masak. Semasa mula-mula datang ke UK, hampir semua para pelajar tak pandai nak masak. Namun kenalah makan kalau nak teruskan hidup? Kalau makan luar setiap hari, habislah duit jawabnya. Jadi, skill-skill memasak seperti menghancurkan bawang, menumis bahan hangus, memasak air teh yang terlampau manis dan pelbagai lagi akan diasah di sini. Seiring dengan itu, turut wujud perasa-perasa makanan yang akan mengatakan SEDAP untuk makanan-makanan yang TAK SEDAP semata-mata untuk makan free. Tapi, semua yang aku masak dan try setakat ini; keputusannya ialah A.W.E.S.O.M.E.


cari kerja di london
>Chef bertamadun yang masak nasi goreng tanpa hancurkan nasi<


cari kerja di london
>Doctor selalu cakap : kurangkan minyak dalam masakan<



Jawatan Kosong : Pengendali Usrah (Naqib)
Tanggungjawab : Tinggal jauh dari Malaysia boleh menggoncang keimanan dan akidah seorang pelajar di luar negara. Namun, kehadiran naqib-naqib yang berada di sekeliling memastikan bahawa aqidah masih lagi berada di dalam jalan yang betul. Mereka ini adalah tidak dibayar dan terdiri daripada para pelajar senior. Program-program yang dianjurkan bukan sahaja menguatkan iman tetapi turut membentuk satu ikatan ukhwah yang terjalin sesama muslim. Ayat aku pun dah macam nak bagi tazkirah masa usrah. Agak-agak ada peluang ke masa aku naik jadi senior nanti? InsyAllah.

Jawatan Kosong : Pakar Kaunseling
Tanggungjawab : Memandangkan keluarga jauh, rakan-rakan rapat pun ada berapa orang la sangat di sini; maka semua pelajar layak digelar sebagai pakar kaunseling. Masalah confirm akan timbul di mana-mana sahaja. Maka dengan bilangan Malaysian yang sedikit di UK, menjadi peranan untuk saling support-menyupport. Aku share prob dengan ko, ko share prob dengan aku : ini adalah kebiasaan di sini. Sebarang masalah yang boleh diselesaikan ataupun dinasihati, maka kaunseling akan diberi. Walaupun semua macam amatur dan biasa-biasa sahaja, namun kehadiran di sekeliling sudah lebih dari sekadar mencukupi. Ayat agak skema di hujung-hujung sebab pakar kaunseling kenalah professional kan?!


cari kerja di london
>Di belakang pentas ketika aktiviti usrah<



cari kerja di london
>Muka para pengikut yang semangat dan kiasu<



Jadi, itulah sebahagian kerja part time pelajar-pelajar di UK yang tidak dibayar oleh wang ringgit tapi dibayar dengan pahala dan dasar kemanusiaan. Lain kali, aku share pekerjaan-pekerjaan lain la pulak. Tapi empat pekerjaan di atas adalah yang paling popular di sini. Kalau terasa nak apply, bolehlah isi borang yerk.


*Hujung minggu depan, ada orang nak datang lagi*
[Bila la pulak aku nak start study dengan serius nie? Asyik keje jer!!]
    Related Posts with Thumbnails