My Followers Who Follow My Blog

Friday, March 19, 2010

Poskad, Anuar Ibrahim dan Study di London

Waaa!! Panasnya London sekarang nie. Sebenarnya suhu di London dah naik menjadi 13 darjah celcius yakni lagi rendah dari suhu biasa aircond di Malaysia. Tapi aku still rasa panas memandangkan sekarang dah masuk musim spring dan dah nampak matahari juga. Sebelum nie mana ada nak nampak matahari kan?! Matahari dah muncul : dapat juga rasa kesegaran dan keterikan sinar matahari. Tapi, aku tak tahulah macam mana or apa jadi bila aku balik Malaysia nanti. Setiap hari berpeluh kut. Eeee..tak sukanya berpeluh~!! -_-"


anuar ibrahim di london>Anwar Ibrahim di LSE Memberi Talk<


anuar ibrahim di london>Spring sudah bermula : No more kesejukan melampau<


anuar ibrahim di london
>Dah nampak matahari : Aku merinduimu<


Kalau korang perasan, aku dalam beberapa hari lepas yakni dalam tiga or empat hari lepas, aku tak update apa-apa pon pasal blog kan?! Tiada blogwalking yang aku biasa buat tiap-tiap hari dan tiada entri baru juga. Ini disebabkan aku amat busy minggu nie. Minggu nie adalah minggu terakhir dalam term nie. Jadi, ada banyak assignments dan juga course work nak kena hantar. Aku completely tolak internet ke tepi. Aku online FB dan check mail pun guna blackberry aku saja. Memang busy yang melampau-lampau!! Tu la pasal, aku suruh korang tolong aku buat assignments, takde sorang pun nak tolong. T___T

Oh ya, kepada semua yang join kontest poskad London aku sebelum nie, aku hanya nak bagitahu yang aku dah post semua poskad korang itu semalam dan hari ini. Tapi ada beberapa orang lagi yang masih belum berikan address. Jadi yang itu lambat sedikitlah. Penat aku mengarang dalam poskad korang tu memandangkan setiap poskad, aku tulis benda yang lain-lain. Kan kalau tulis benda yang sama semua kan, takda lah nak rasa spesel pulak kan?! Aku tanya mamat Bangla yang kerja di Post Office tu, dia cakap yang poskad akan sampai dalam lima sehingga tujuh working days. Tapi, once sampai di Malaysia nanti, aku tak tahu lah macam mana jadinya. Korang pun tahu kan servis di Malaysia tu macam mana. Adoi2!!


anuar ibrahim di london>Postcard London yang menunggu untuk dihantar<


anuar ibrahim di london>Cuba anda baca per aku tulis : Tu pun kalau nampak<


anuar ibrahim di london>Postcard campur dengan stamp London<


Oh ya!! Mahu kasi cerita sama semua. Hari itu, Anuar Ibrahim datang ke universiti aku yakni LSE. Eh, bukan hari itu tapi semalam lah. Dia dijemput oleh LSE untuk memberi talk yang bertajuk "Religion and Pluarism in a Divided World". Untuk pengetahuan semua, this talk diadakan di Sheikh Zayed Theatre yang boleh memuatkan dalam 300 sehingga 400 orang dalam satu masa. Memang ramai orang yang datang dan lecture hall tu penuh dengan orang ramai. Selain Anuar Ibrahim, Azman Ali datang juga. Talk tu start pukul lima petang sampai pukul enam tapi aku dah beratur start pukul 4.00 petang semata-mata untuk dapatkan seat paling depan. Memang panjang tul barisan semata-mata untuk talk Anwar Ibrahim nie. Selamat aku dapat seat barisan kedua~!!

Memang ramai betul yang datang. Bukan sahaja orang-orang Malaysia, tapi ramai juga orang-orang asing dan juga wartawan-wartawan yang buat liputan. Memandangkan aku duduk di barisan depan, so, aku rasa ada gambar yang diambil tu ada gambar aku (Ngeh2!!). Selama sejam sepanjang talk tu, Anwar Ibrahim hanya memberi talk selama 15 minit dan remaining 45 minit tu, dia buka kepada sesi soal jawab. Sebenarnya yang talk tu, takdalah menarik sangat. Tapi yang menariknya adalah bila sesi soal jawab dan semua soalan adalan berasaskan politik Malaysia. Apa isi kandungan soal jawab : tu korang tanya aku sendiri!! Tapi, aku memang respek cara dia jawab sebab memang meyakinkan walaupun soalan-soalan semua bercirikan untuk "memangkah". Bangga jap as Malaysian~!! ^_^


anuar ibrahim di london>Anuar Ibrahim menunggu untuk memberi talk<


anuar ibrahim di london>Gambar diambil dari barisan kedua lecture hall<


anuar ibrahim di london>Nampak tak tajuk talk dan siapa penyampainya?!<


Sebenarnya hari ini aku nak tulis entri pasal apa yang aku belajar di LSE. Ini adalah disebabkan ada yang request dan bertanya pasal apa yang aku study di London. Asyik-asyik cerita aku jalan-jalan. Asyik-asyik cerita aku shopping. So, sekarang nie nak minta aku cerita pasal study pula. Untuk pengetahuan setiap orang, aku ambil degree in Bsc Accounting and Finance in LSE. Pasal universiti aku, ada diceritakan di entri yang ini. Aku masih di tahun pertama dan selepas buka universiti selepas break nie, akan terus ada exam. Jadi, aku nak share dengan semua tarikh exam aku dan juga pandangan aku pasal modules di dalam course aku nie. Sila ambil perhatian!!

Module Pertama : AC100 Accounting
Tarikh Exam : 17 May 2010
Penguasaan Subjek Sekarang : Alhamdulillah
Penerangan : AC100 Accounting adalah modul wajib ambil untuk course yang aku buat ini. Module ini bolehlah dibahagikan kepada tiga bahagian utama-financial, finance dan managerial. Memandangkan hampir 75% daripada modul nie aku dah belajar semasa aku buat persediaan di Malaysia dulu, jadi aku dapat menguasai modul ini dengan baik setakat ini. Mungkin ada beberapa part yang a bit theory tapi kalau aku fokus sepenuhnya dan revise balik nanti, aku rasa tiada masalah nanti. Kebanyakan soalan yang disediakan adalah theory dan bukannya pengiraan seperti di universiti lain. Jadi, pemahaman tahap mendalam memang bebetul perlu untuk modul nie. Bunyi macam payah jer kan?!


anuar ibrahim di london>Alwyn Young Mengajar Best tapi Soalan Exam tak Best!!<


anuar ibrahim di london
>Lecture Pack for Economics aku punya<


Module Kedua : EC102 Economics B
Tarikh Exam : 19 May 2010
Penguasaan Subjek Sekarang : Stabil
Penerangan : Seperti AC100, E102 juga adalah modul wajib untuk course aku nie. EC102 boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama yakni Macroeconomics dan juga microeconomics. Kebanyakan yang dipelajari di dalam EC102 adalah berlainan yang pernah aku belajar di kolej persediaan dahulu. Lecturer EC102, Alwyn Young adalah antara lecturer terbaik di LSE. Lecture dia memang best dan energetic. Tapi yang tak bestnya ialah soalan-soalan exam dia memang tahap dewa punya payah. Soalan-soalannya amat susah dan memang sukar untuk score. Kebanyakan orang give up saja : termasuk ada kes yang masuk exam hall, belek-belek kertas soalan dan terus keluar direct. Harap-harap aku tak camtulah~!! o.O

Module Ketiga : MA100 Mathematics
Tarikh Exam : 21 May 2010
Penguasaan Subjek Sekarang : Stabil
Penerangan : MA100 juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian yakni Calculus dan Algebra. Sebut dua part nie, mesti korang boleh bayang betapa susahnya modul nie kan. Bukan intergation biasa-biasa, tapi lagi ekstrem. Semasa mula-mula, aku memang payah nak kuasai modul nie memandangkan aku tak dapat fokus dalam lecture hall. Jadi, aku buat keputusan untuk tidak lagi pergi ke lecture Maths dan aku hanya menonton rakaman lecture di website LSE. Best tengok rakaman sebab korang boleh pause dulu untuk lepak-lepak dan boleh restart kalau tak paham. Setakat nie, semua berjalan lancar. Cuma aku perlu banyakkan latihan sebab dah paham konsep, latihan la pulak!!


anuar ibrahim di london>Nie pulak lecture pack untuk stats : Tak paham apa-apa<


anuar ibrahim di london
>Study dengan kusyuk : Yakah?!<


Module Empat : ST102 Statistics
Tarikh Exam : 25 May 2010
Penguasaan Subjek Sekarang : Cedera Parah
Penerangan : Semasa lecture stats tahun lepas, aku dapat paham dan menguasai stats dengan baik. Tapi bila masuk tahun nie, kitorang tukar lecturer lain. Lecturer baru nie macam hampeh tul. Dia terang kat depan macam terang sorang-sorang. Last-last, aku buat keputusan untuk ponteng segala lecture dia dan buat revision sendiri. Ini adalah module yang aku paling hadapi masalah sebab aku langsung tak paham apa-apa untuk tahun nie. Tapi aku masih lagi berusaha sebelum exam yang sebenar tiba. Lagipun, aku ada ramai member-member yang terror. Jadi, bolehlah aku minta diorang ajar aku nanti. Kalau diorang tak nak ajar, aku paksa lah diorang. Wakaka~!!

Jadi, itulah empat modules dalam aku punya course. Bunyi macam sedikit dan simple kan tapi sebenarnya amat payah dan mengcabar. Lagipun, kitorang banyak belajar sendiri dan bergantung kepada usaha sendiri memandangkan lecture hanya 2 jam seminggu dan tutorial pula sejam seminggu untuk setiap modul. Aku harap korang semua boleh mendoakan untuk aku berjaya score dengan cemerlang nanti. Kalau semua pakat doa dan tambah dengan usaha aku, insyAllah benda itu takkan mustahil untuk berlaku kan?! kan?! kan?!


*Ada satu lagi minggu yang sibuk : Pastu study sungguh-sungguh*
[Payah?! Memanglah semua benda payah. Sebab tu lah kena study]

Sunday, March 14, 2010

Penghargaan Aku Kepada Para Pembaca

Aku completely penat yang teramat sangat!! Itu sahaja ayat yang paling sesuai untuk aku mulakan bicara entri aku kali nie. Sebab apa aku penat, aku cerita next time yerk. Mesti masih segar lagi kan kisah Dato’ Chong Wei menang?! Competition tu dibuat di Birmingham yang lebih kurang dalam 3 jam dari London. Tapi still aku tak dapat pergi. Sebabnya?? Itu pun akan aku bagitahu kemudian. Eh, kesian korang tertunggu-tunggu. Okaylah, sebabnya ialah member-member aku semua pakat malas nak pergi sebab sekarang tengah last week term dan ada banyak assignments kena hantar T___T

Entri kali ini akan menjadi spesel sedikit sebab aku akan ambil sedikit perubahan. Biasanya aku akan membicarakan pasal satu topic setiap entri kan?! Kali ini aku akan raise up kan beberapa topik dan isu pasal London nie. Sebab apa aku rangkumkan semua?? Sebab isu-isu nie pendek dan tak berbaloi kalau nak dibuat satu topik untuk setiap satu. Nanti kesian korang sebab kena baca entri aku yang bertimbun. Or tak kisah?! Ngeh3!! Apapon, aku just nak update semua yang aku memang amat-amat busy sekarang dan minta maaf sekiranya kalau terlambat dalam apa-apa hal. So, sekarang jom kita terjah satu demi satu topik!!


poskad london percuma>Aktiviti yang sedang dirangka sekarang<


poskad london percuma
>PwC : Antara Audit Firm Terbesar Dunia<


Problem Aku as A Londoner Hadapi Sekarang :
1. Minggu ini adalah minggu terakhir term dan aku ada banyak sangat assignments yang kena hantar by hujung minggu. Jadi, sebarang kelambatan dalam entri harap difahami.
2. Dua minggu lagi, aku as Secretary of Malaysia Accounting and Finance Society (MACFIS) ada program dan event yang kena urus. Maka, sekarang amat busy dengan segala setup yang berterusan.
3. Dua minggu lagi juga aku ada Dinner dengan wakil company Pricewaterhouse Cooper (PwC) yang merupakan salah sebuah antara empat audit firm terbesar dan terkaya di dunia.
4. Aku hanya ada lima minggu cuti dan dua minggu term depan untuk mengcover apa yang aku belajar selama setahun di LSE -_-“
5. Ticket Flight balik Malaysia masih belum beli dan aku belum cari rumah sewa untuk term depan yakni second year. Argh!!

Soalan Korang dan Jawapan Aku :
1. Tourist Guide : Kalau korang mahu aku menjadi tourist guide, aku tiada problem langsung tetapi sila bagitahu bila mahu datang. Kalau sampai bulan enam nie, tak boleh lah kut. Kalau masa winter nanti, bolehlah aku tolong sekadar termampu. ^_^
2. Tempah Barang Dari UK : Sekarang ini aku tidak tahu lagi bila aku akan balik dan aku memang akan busy sangat semasa bulan June nanti sebab nak kemas barang dan pindah rumah dan sebagainya. Kalau ada free time, baru aku keluarkan statement. Harap paham~~
3. Nasihat dan Bantuan : Macam biasa, nak senang cerita bolehlah hubungi aku dengan mendial ke mail aku. Senang untuk aku reply terus dengan gunakan Blackberry aku berbanding kalau soalan ditanya di Shoutbox or Comments.


poskad london percuma>Posing sebelum nak sewa kereta<



poskad london percuma
>Bergambar dengan Dato' Shahidam Kassim<


Kontest Poskad dari London
Masuk topik lain pula!! Sebenarnya, tujuan asal aku membuat contest ini adalah untuk menghargai peminat aku terutama yang tag aku. Aku malas betullah main tag-tag nie sebab aku memang kurang masa untuk membuat entri itu. So, sorry sangat-sangat!! Asalnya aku dah sediakan 22 keping poskad untuk 21 orang yang bertuah dan satu untuk awek aku tetapi………eh jap, tarikh tutup dah lepas yerk!! So, tiada peluang untuk turning back now. Hehe~!! Okay. Sebenarnya planning asal ialah tiada pertandingan dan aku akan bagi semua yang join contest tu dengan poskad. So, ada 23 orang yang join contest ini dan semua akan dapat poskad. Don’t worry walau selawak mana pun slogan anda dan korang semua memang pemenang bagi aku. Ini adalah senarai peserta dan semua akan dapat poskad!! Dun wori semua!!

Inche Long Kena Hantar Poskad London Kepada Saya Sebab…

1. Meera : Saya nak sangat poskad tuh..nanti saya boleh tunjuk kat anak cucu cicit saya yang saya pernah dapat poskad dari kamu sbb saya tak mampu belajar kat oversea..saya suka London..

2. Haida Hida : Saya nak tambah koleksi poskad dari luar negara. 1st dari jepun dan 2nd, saya pasti dari London.. hehehe.. seterusnya saya tak mungkin dapat ke London, dengan dapat poskad pun dah kira sampai la sana... satu lagi sebab saya sentiasa mengikuti perkembagan Inche Long Haffiz..


3. Jannah J : Saya tahu tak dapat saya jejak kaki ke LONDON tu lagipun bulan MAC nie birthday saya jadi alangkah terharu kalau dapat sebuah poskad eksklusif dari LONDON tu.

4. Iyda7 : Saye tak boleh pergi London.. dapat poskad dari London pun jadi lerrrr.." hehe..yaa... tu slogan dari saye eh inche Long Haffiz.. layak tak dapat? kekeke..Saja gatal2 join.. Kontest paling senang..(kontese ke nih??hmmm) and tetiba terajin lak aku join..

6. Syima Boyd : Sebab entry awal Hafiz ada bagitau London ni susah nak jumpa public toilet, oleh kerana saya manusia yang kuat kencing (bukan kuat tipu, kuat buang air kucil) so destinasi ke London sudah saya reject dari list honeymoon saya. Takut saya terpaksa wee-wee di kaki lima atau dalam seluar, jadi saya decide, kalau dapat poskad pun jadilah. Ada jugak khazanah dari London walaupun tak dapat pergi...

7. Kasih : Bukan senang nak dapat tu. Lagipon saya rasa blog Inche sangat comel. haha. saya nak berebut jugak dapatkan poskad ni. Erkk, mcm ni boleh? bolehlah tu. (ayat nak sedapkan ati sendiri) takpelah. At least aku dah cuba. Even kakak aku yang kat Jordan tu pon belum pernah hantar poskad bercop setem Jordan. *sob sob*.

8. Greenrose : Saya nak kepastian betul ke poskad itu semahal yang inche uar-uarkan..jgn smpai saya mengigaukan poskad tu smpai saya di cop kurang betul oleh family saya sudah la..dan tengok la..poskad tu dah jerit-jerit nama saya!! Takkan tak degar kot..pergi korek telinga sana..

10. Janggel : Saya tak pernah dapat poskad dari LONDON. Agaknya best ke tak yer bile dapat poskad dari LONDON ni? Mesti rasa dia macam dapat kek coklat strawberry berkrim mustard!!! Please, please, please dah 2 hari saya tak makan benda tuh...."


poskad london percuma>Aku, Zaki and Qama di London's Eye<


poskad london percuma>Semasa Musim Luruh tahun lepas<


13. Eryati : Saya memang naaaaaak sangat poskad brand luar negara...Jika sudi Inche Long Hafiz bolehlah listkan saya sebagai antara blogger bertuah itu. Nak tunggu saya belajar luar negara mungkin tidak...jadi disebabkan ILH berada di sana, sila la kesiankan saya.Ngeheheh..minta kesian...tak ada la Inche Long Hafiz. Kalau pun saya tidak layak untuk diberi poskad tu, apa leh buat...Tapi saya naaaak juga ya...Erm..apalagi ya...ok la itu saja la...Dari saya yang benar-benar ingin poskad dari London

14. Elissmie : Akak ni dah laa tak pernah pergi London,kalo dapat poskad tu, at least merasa la jugak hidu bau london, tak gitu? Jangan ko letak bau ko lak kat poskad tu dik.

15. Mish Lollipop : Kalau ko tak bagi kad aku ak bakar umah ko..hahahahaha

17. Fyra Ruslan : Aku duduk satu negeri dgn dia. Wajib bagi!~ hehe..Aku takkan sampai London. Walaupun poskad,mampu hilang kempunan..Aku nak tngok handwriting dia dgn signature dia sekali. Aik? Dah macam artis lak!~.Aku nak heboh satu kampung aku dpt poskad dari London. heh,klu dpt lar!~ hehe.

18. Anatayuni : Poskad cantik,dari London dan berharga..Sebab daripada Inche Long Haffiz...-Saya selalu menunggu entri terbaru dari Inche Long Haffiz..Saya nak buat entri khas untuk Inche Long Haffiz dan tentang poskad ini..sekiranya poskad ini ditangan saya...

19. Yus : saya nak poskad tuh! Ko tidak saya sekeh pale inche tau! Ada bran???errkk??!! Adakah saya telah menyertai kontes ini? kontes kah ini? wuaa.. tak kira tak kira.. nak gak poskad tuh! :P

20. Jajarina : JAJA NI HOT.. BLOG DIE PUN HOT OKAY..KALO LONG TAK BAGI POSKAD TU, JAJA NK MRAJUK 7 HARI 7 MLM 77 SAAT.."ekekeke.. ayat, tak bole bla.. hahahaha.. ko kne bg aku perantau.. aku pengikut setiamu ni.. hhehehe :P

21. Aida Effarina : Saya dah ada lesen, so boleh bawak awak jumpa gf. hehee Joking!...Poskad tu akan buat saya lebih bersemangat untuk further study and fulfill my dreams. Since form 1 memang dah berangan nak study kat UK. In case kalau tak dapat, takde laa kempunan sangat.

22. Cikgadis : Saya nak jadi salah seorang daripada 21 org tu yg buat Inche Long jatuh pokai. Hehehehhehehe

23. Farzana : Saya dah beli frame untuk framekan poskad tu dan saya akan simpan dan jaga poskad tu sampai bila-bila. Sebab utama saya akan jadikan poskad bertandatangan Inche Long Haffiz tu sebagai pembakar semangat untuk saya terus berusaha dan berjaya dalam SPM 2010 yang hanya tinggal 6 bulan sahaja lagi ini dan sebagai pencetus inspirasi untuk saya berjaya mendapat 10A+ serta berjaya belajar di London suatu hari nanti.


poskad london percuma>Semasa di tempat Bro Qama<


poskad london percuma>Semasa di Middlesbrough : Bercuti Tahun Lepas<


poskad london percuma
>Ready for Snowball Fight<


Jadi, itulah sebahagian daripada peserta contest ini. Sebagaimana yang aku janjikan, aku akan bagi poskad kepada SEMUA yang join contest ini. Jangan risau, besok aku akan pergi beli 2 lagi keping poskad baru untuk dua orang lagi itu. Dan sekiranya aku boleh pilih slogan yang paling best, aku akan pilih yang Farzana yang paling last sebab paling jujur jer bunyinya. Ngeh3!! Apa-apapun, sila hantarkan alamat anda semua kepada llonghaffiz@gmail.com Alamat penuh beserta nama penuh juga. Tolong secepat mungkin jika mampu!! Aku akan post secepat mungkin dan harap-harap tiada halangan la~!!

Sebelum aku tutup cerita pasal entri kali ini yang memang agak panjang, aku nak share petikan salah seorang peminat yang dihantar kepada aku. Aku harap dia tak marah kalau aku paparkan di sini. Petikannya adalah seperti di bawah :-

"Tumbuh daun tumbuh melata,
Tampak menawan berseri-seri,
Banyak blog merata-rata,
Coretan Perantau dicari-cari.'
Sebelum saya terus kepada slogan pertandingan, izinkan saya untuk membuat satu analogi berkaitan dengan blog Coretan Perantau dengan kehidupan saya.
Saya bagi satu analogi yang cukup mudah iaitu antara baja dan pokok.
Saya anggap baja sebagai blog Coretan Perantau dan Pokok sebagai diri saya.
Pokok tidak memerlukan baja untuk hidup, tapi jika kita lihat adakah pokok itu akan tumbuh subuh dan membesar dengan baik jika pokok itu tiada baja? Saya anggap pokok itu seperti diri saya, tanpa baja iaitu BLOG CORETAN PERANTAU saya tetap hidup seperti manusia dan sebagai seorang pelajar yang biasa tetapi adakah saya akan berjaya dan cemerlang dalam hidup? Baja iaitu Blog Coretan Perantau telah memberi saya motivasi dan suntikan baru untuk saya berjaya dalam hidup.
Dengan sentiasa membaca Blog Coretan Perantau, hidup saya akan sentiasa bermotivasi dan cemerlang seperti Pokok yang tumbuh subur dengan adanya baja.
Selesai analogi saya. Terima kasih.


poskad london percuma>Macho tak aku? Hijau woo<


poskad london percuma>Melawan angin yang kuat di London jam 2.30 pagi<


Aku menghargai sokongan semua peminat aku dan aku target untuk mendapatkan 1000 followers sebelum aku pulang ke Malaysia bulan enam nanti. Jadi, korang tolonglah promotekan blog aku kepada sesiapa yang berminat ataupun sesiapa yang korang rasa perlu tahu. Selain itu, join juga aku di Facebook dan invite orang lain untuk join juga (kalau sudi lah~!!). Seriously, aku tujukan entri kali ini kepada semua peminat aku dan pembaca blog ini. Segala sokongan semua orang amat saya hargai dan saya berterima kasih kepada semua. *sob2!!*


*Trimas kepada semua yang menyokong aku. Aku akan terus menaip!!*
[Doakanlah aku dalam study aku dan moga urusan dipermudahkan di sini]
    Related Posts with Thumbnails