My Followers Who Follow My Blog

Saturday, January 01, 2011

Trip to Brussels, Belgium Part Two

Sepanjang minggu nie banyak benda yang berlaku : tahun baru 2011 dan prestasi memberangsangkan pasukan bola sepak Malaysia. Sebelum pape kes, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan harapkan agak tahun nie better untuk kita semua. Oh ya, Rabu lepas aku berkesempatan menonton streaming bola sepak Malaysia lawan Indonesia yang dimenangi Malaysia secara agregat. Memandangkan dah ramai tulis entri mengenai Piala Suzuki AFF, maka tak perlulah aku membangkitkan benda yang sama yerk!! Tak dilupakan jugak, tahniah kepada korang semua sebab dapat cuti umum sehari. ^_^


planning trip to belgium>Dalam kedai coklat : dalam proses menapau coklat sebanyak mungkin<


planning trip to belgium>Tiga orang berkongsi satu kebab : sedih tul hidup ini<


planning trip to belgium>Menuju ke Ferris Wheel yang akan dinaiki seketika nanti<


planning trip to belgium>Gambar bersama ticket Ferris Wheel sebelum naik ke atas<


planning trip to belgium>Ketika berada di atas Ferris Wheel : sedang menahan sejuk<


Aku agak lama mendiamkan diri kerana aku seminggu lebih travel ke Germany dan Switzerland : tapi akan aku rangkumkan secara eksklusif buat korang nanti yerk. Buat masa sekarang, mari kita sambung story morry pasal Trip to Brussels aku. Kepada sesiapa yang masih belum jenguk-jenguk Trip to Brussels, Belgium Part One, silalah untuk ringankan diri mengklik yerk. Selepas kitorang berehat sepuas-puasnya di hostel petang itu, kitorang decide untuk sembahyang Maghrib serta Isyak dan keluar selepas itu. Plan untuk malam itu adalah beli souvenirs sekadar termampu dan kemudiannya cuba untuk takluk Brussels di sebelah malam pulak. *muehehehe*


planning trip to belgium>Di dalam metro station : sedang menunggu untuk menaiki metro<


planning trip to belgium>Sebagai journey master : aku menerangkan plan kepada Zaki<


planning trip to belgium>Yeay!! Metro dah pun tiba pada masanya<


planning trip to belgium>Aku dan Nab sedang berjalan ke arah Mini Europe<


planning trip to belgium>Inilah permandangan di dalam Mini Europe secara umumnya<


Kitorang berjalan-jalan di sekitar Grand Place dan Christmas Market di tengah Brussels sambil masuk any kedai souvenirs yang memang dah kitorang survey sejak pagi lagi. Kitorang terus beli anything yang kitorang rasa appropriate untuk dibawa balik ke London : coklat Belgium yang best, fridge magnet pelbagai design dan jugak key chain Brussels pelbagai jenis. Aku sendiri belanjakan dalam 20 hingga 30 euro untuk souvenirs. Pas dah settle dengan proses pembelian, kitorang menaiki Ferris Wheel Brussels dengan bayaran serendah 5 euro. Malangnya pintu Ferris Wheel itu tidak tertutup habis dan terpaksalah kitorang menahan kesejukan malam yang memang sejuk gila : terutama masa Ferris Wheel tu stop kat atas!! *brrrr~*


planning trip to belgium>Takyah sampai Paris tapi dah dapat bergambar dengan Eiffel Tower<


planning trip to belgium>Bergaya dengan kostum guard Buckingham Palace<


planning trip to belgium>Sesiapa yang pernah tengok Dragon Ball mesti tahu posing nie kan?<


planning trip to belgium>Rupa-rupanya di Europe nie ada nama kawasan sempena nama aku<


planning trip to belgium>Walaupun tak dibenarkan melepasi pagar, tapi kami serang jer<


planning trip to belgium>Di belakang kitorang adalah rangka House of Parliament<


Selepas dah penat enjoy area Grand Place dan tengah bandar Brussels serta tak ketinggalan bergambar pelbagai posing, kitorang pun kembali ke hostel dalam pukul 11.00 malam lebih. Nak tak nak : terus mata shut down semua. Kebesokannya selepas siap breakfast dan check out daripada hostel, kitorang terus ke stesen metro yang terdekat. Misi hari teakhir kami di Brussels bermula di sini!! Kitorang decide untuk ke Brupack yang terletak agak jauh daripada Brussels sebab ada beberapa attraction utama di sana. Memang payah betul nak beli ticket untuk menaiki metro tu sehinggakan kitorang terpaksa pergi tukar duit syiling euro dengan kedai di sekitar kawasan tersebut. Ahakz!! Luckily sebab kitorang berjaya akhirnya!! *wakakaka*


planning trip to belgium>Aku berkacamata : apakah pandangan korang?<


planning trip to belgium>Kami dalam proses merobohkan Menara Pisa<


planning trip to belgium>Adakah ini serpihan Berlin Wall yang sebenar?!<


planning trip to belgium>Sebagai lelaki, mestilah kena bergambar dengan attraction Amsterdam<


planning trip to belgium>YES!! Aku hensem : eh, terperasan untuk seketika<


planning trip to belgium>Akhirnya ada jugak gambar ketiga-tiga kami berlatarbelakang park<


Pabila dah sampai di Brupack, kitorang terus ke Mini Europe Park. Mini Europe Park adalah satu taman yang mana attraction-attraction utama di seluruh Eropah diminikan di sini : gaya-gaya Taman Tamadun Islam gitu. Ticket masuk asalnya dalam 15 euro tapi kami berjaya mendapat diskaun serendah 10 euro. Di dalam Mini Europe nie, ada model London House of Parliament, ada Eiffel Tower, ada Berlin Wall dan berpuluh-puluh lagi attraction lain. Walaupun cuaca agak tak mengizinkan yang mana hujan turun renyai-renyai tetapi gambar tetap perlu dijadikan tumpuan utama. Setiap attraction, kitorang akan bergambar sebanyak yang mungkin. Well!! Peluang keemasan kan?! *muehehehe*


planning trip to belgium>Nie gambar masa berjalan-jalan di EU Office Tower<


planning trip to belgium>Aku sedang sign guestbook sebelum meninggalkan Mini Europe<


planning trip to belgium>Gambar bersama kepala Robert Schumann : Entah siapa dia<


planning trip to belgium>Bacalah komen-komen kami : siap ada promosi blog agi tu<


planning trip to belgium>Serius lawa design bangunan arkitekture kat belakang tu<


planning trip to belgium>Last but not least : a final shot from Brussels, Belgium<


Habis sesi mengembara dan bergambar di Brupack, kitorang ambil metro untuk kembali ke Central Brussels dan pergi ke attraction lain yang masih belum dijejak. Antara target kitorang ialah EU Office Building, Brussels Park dan tarikan-tarikan berdekatan dengan area tu. Selepas dah penat berjalan-jalan dan rasa masa makin terhad, kitorang terus ambil bas untuk ke Midi Station untuk trip kembali ke London. Berdasarkan kepada tiket kitorang, kitorang dijangkakan untuk bertolak jam 5.30 petang. Tetapi entah macam mana, kitorang berjaya mendapatkan seat untuk train Eurostar yang lagi awal. Memandangkan masing-masing dah penat, kitorang rembat terus seat yang available tu. Sepanjang journey kembali ke London, kitorang tidur sepuas-puasnya. Silap-silap mungkin dah terdengkur. Papepon, Brussels memang the best!!


*Semalam pergi sambut New Year 2011 di London Eye : cantik bangat fireworks*
[Penat dengan travel dan berjalan-jalan : sekarang masa untuk fokus study la pulak]

Saturday, December 18, 2010

Trip to Brussels, Belgium Part One

Seperti mana yang aku janji dengan korang semua, aku akan kongsi pengalaman aku menjejakkan kaki ke luar United Kingdom buat kali pertama. Trip ke Brussels, Belgium pada 3 hingga 5 December lepas merupakan first time aku ke Europe bersama member aku : Nab dan Zaki. Kitorang bertiga menaiki train Eurostar daripada St Pancras, London pada petang 3 hb dan sampai di sana pada waktu malam (2 jam perjalanan) Selalunya trip Eurostar memang mahal yang teramat tapi disebabkan bantuan Nab, kitorang dapat ticket murah *muehehehe*


planning trip to belgium>Gambar terbaik sepanjang journey aku rasa<


planning trip to belgium>Gambar masa memula sampai di Brussels : di depan Grand 'Place<


planning trip to belgium>Nampak tak titisan salji dan air hujan yang dicapture??<


planning trip to belgium>Anggota rombongan : Zaki Adan, Long Haffiz dan Fatin Nabila<


planning trip to belgium>Sempat untuk berposing di tengah Brussels masa second day<


Sebelum bertolak ke Brussels, kitorang sudah pun book hostel untuk bermalam di sana. Kos train Eurostar dan juga penginapan di hostel selama 2 malam hanyalah serendah GBP 50.00 (RM250.00) Once kitorang dah sampai di Station Midi, Brussels: memang agak kampung jugaklah. Di mana-mana sahaja ada symbol Belgium, kitorang akan bergambar. Ahakz!! Selalunya bila dah sampai ke bumi asing, mestilah planning nak letak barang dulu dan rehat-rehat di hostel kan?! Tapi kitorang pulak terus menuju ke Grand’ Place yakni central attraction Brussels bersama bebarang kitorang semua. Memang hampir sesat tapi kepakaran aku membaca peta dan kepakaran Nab bercakap basic French meredakan suasana. Lagipun ada local yang tolong tunjukkan arah jugak. (^_^)/


planning trip to belgium>Ini masih lagi di malam pertama : di area Christmas Market<


planning trip to belgium>Jangan fikir lucah : ini adalah statue di depan Financial Tower<


planning trip to belgium>Kitorang sebenarnya berdiri di dalam kolam yang dah beku<


planning trip to belgium>Effect kamera agaknya yang menyebabkan gambar nie nampak old school<


planning trip to belgium>Di sini pulak adalah Botanical Garden : dah putih gebu penuh salji<


Kitorang duk pusing dan sesat di tengah Brussels malam tu tapi sempat jugaklah memahami jalan-jalan utama around Brussels. Selepas dah penat, kitorang plan untuk ke hostel dan check-in. Memang perjalanan ke hostel amat gelap dan menyeramkan. Ingatkan dah sesat : selamatlah ada yang sudi tunjukkan di mana hostel tu. Selepas dah check-in dan berehat, sempat jugaklah kitorang planning untuk hari Sabtu pulak. Kitorang decide untuk tour Brussels dan pergi ke mana-mana attraction yang sempat untuk dijajah!! Selain itu, kitorang plan untuk test semua jenis coklat di Brussels : kota coklat dunia kan?! *wakakaka*


planning trip to belgium>Di mana-mana sahaja penuh dengan salji yang memutih<


planning trip to belgium>Masih lagi berada di hadapan tugu pekebenda ntah<


planning trip to belgium>Antara gambar ketika berada di Botanical Garden<


planning trip to belgium>Rasa macam sedang berlakon drama Korea pun ada nie<


planning trip to belgium>Dah beku di luar : terus masuk Godiva dan nikmati hot choc terbaik!!<


So, hari Sabtu 4 Dec, kitorang memulakan plan untuk menjajah Brussels dengan lebih serius. Selepas breakfast sekenyang-kenyangnya, kitorang pun gerak. Walaupun snow turun dengan agak lebat sepanjang hari tu tapi kami tetap dengan plan kami. Kitorang pergi dari satu attraction ke attraction yang lain yang telah ditanda di dalam peta dengan berjalan kaki. Semua tempat yang sempat kitorang singgah, kitorang akan singgah untuk bergambar. Kalau tak dapat masuk sebab kena bayar, ambil gambar di luar pun dah mengcukupi. Daripada West Brussels, kitorang berjalan ke North Brussels dan terus ke East Brussels. Malangnya…something happened!!


planning trip to belgium>Di depan gereja : bergambar kenang-mengenang<


planning trip to belgium>Sempat singgah di park dan bermain seketika<


planning trip to belgium>Antara gambar terakhir sebelum kamera Nab padam<


planning trip to belgium>Jangan biarkan anjing-anjing anda berkeliaran<


planning trip to belgium>Gambar yang ditangkap menggunakan Blackberry aku<


Kamera Nab yang merupakan kamera utama kami dah habis bateri. Malangnya lagi adalah aku terlupa nak bawa kamera Olympus aku yang tertinggal di hostel. Nak tak nak, kitorang terpaksa menggunakan handphone Satio Zaki untuk terus menangkap gambar sepanjang perjalanan. Malangnya lagi adalah handphone Zaki pun habis bateri dan hanya bergantung kepada Blackberry aku sahaja untuk mengambil gambar. Memandangkan ribut salji makin kuat, kitorang sempat untuk minum hot choc di Godiva dan rehat-rehat daripada kebekuan kesejukan salji. Bincang punya bincang, kitorang plan untuk balik ke hostel dulu. *kuikuikui*


planning trip to belgium>Di depan istana kebangsaan Belgium : tak ingat namanya apakah<


planning trip to belgium>Tengok kelebatan salji tu : memang lebat yang amat<


planning trip to belgium>Kedua-duanya sedang cuba menahan kesejukan yang amat sangat<


planning trip to belgium>Dua lelaki macho sedang berjalan-jalan di taman salji<


planning trip to belgium>Last pic for now : primary photo Facebook aku buat masa sekarang<


Once sampai di hostel, kitorang sembahyang Zuhur dan Asar terus. Selepas itu kitorang sembahyang jamak Maghrib dan Isyak sambil tunggu bateri kamera Nab full. Sambil tunggu bateri kamera full jugak, sempatlah kitorang masak megi dan makan megi di hostel. Yang sedihnya kitorang berkongsi dua bungkus meggi bertiga. Sedih tul kehidupan masa tu. Bila dah balik ke hostel dan berasa amat selesa dengan ke-warm-an di hostel, rasa macam malas nak keluar sebab best lepak hostel. Dah la panas, takda ancaman ribut salji lagi. Agak-agak korang kan, adakah kitorang keluar dan meneruskan perjalanan?! Ataupun kitorang just lepak sampai malam dan baru keluar ataupun macam mana yerk?! Jawapannya adalah di part two nanti!! Tunggu yerk!!


*Ada dalam 200 lebih gambar untuk Part One nie tapi tak mampu nak share semua*
[Pagi Isnin di London aku akan ambil flight ke Paris : moga cuaca mengizinkan dan best!!]
    Related Posts with Thumbnails