My Followers Who Follow My Blog

Saturday, January 23, 2010

Kerja Part Time Tanpa Gaji di United Kingdom (UK)

Para pelajar di UK biasanya akan meluangkan masa lapang mereka ataupun memaksa diri melapangkan masa untuk melakukan beberapa kerja part time. Namun untuk pengetahuan korang pekerjaan-pekerjaan ini tidak mendatangkan sebarang habuan dalam bentuk wang ringgit ataupun senang cerita, tiada gaji langung. Hanya titik peluh dan keringat yang ditagih seharian. Apakah kerjaya part time yang dimaksudkan ini? Inilah 4 kerjaya yang dapat dijadikan pegangan!


cari kerja di london
>Antara perkejaan utama adalah guru kaunseling<


Jawatan Kosong : Pemandu Pelancong
Tanggungjawab : Duduk di bandar tumpuan pelancong seperti London, Bath, Edinburgh dan beberapa lagi boleh menjadikan pelajar sebagai pemandu pelancong yang popular a.k.a. Tourist Guide. Sebagai pemandu pelancong yang berjaya, anda dipinta or diharapkan oleh para pelancong untuk membawa mereka berjalan-jalan, menyediakan tempat penginapan dan lain-lain. Biasanya, pelancong yang dimaksudkan adalah para pelajar dari tempat lain. Sebagai Londoners, aku menerima tetamu hampir setiap hujung minggu dan kesibukan ini amat memenatkan dan boleh menggangu pelajaran tahap ekstrem. Namun, kepuasan itu dapat dirasai sebab dapat tolong orang kan?


cari kerja di london
>Semasa aku menjadi seorang pemandu pelancong<



cari kerja di london
>Ini pulak ketika aku dibawa sebagai pelancong<


Jawatan Kosong : Tukang Masak
Tanggungjawab : Kepayahan mencari kedai-kedai makanan halal terutamanya di luar London mencipta satu karier baru bagi para pelajar. Ketua chef or tukang masak. Semasa mula-mula datang ke UK, hampir semua para pelajar tak pandai nak masak. Namun kenalah makan kalau nak teruskan hidup? Kalau makan luar setiap hari, habislah duit jawabnya. Jadi, skill-skill memasak seperti menghancurkan bawang, menumis bahan hangus, memasak air teh yang terlampau manis dan pelbagai lagi akan diasah di sini. Seiring dengan itu, turut wujud perasa-perasa makanan yang akan mengatakan SEDAP untuk makanan-makanan yang TAK SEDAP semata-mata untuk makan free. Tapi, semua yang aku masak dan try setakat ini; keputusannya ialah A.W.E.S.O.M.E.


cari kerja di london
>Chef bertamadun yang masak nasi goreng tanpa hancurkan nasi<


cari kerja di london
>Doctor selalu cakap : kurangkan minyak dalam masakan<



Jawatan Kosong : Pengendali Usrah (Naqib)
Tanggungjawab : Tinggal jauh dari Malaysia boleh menggoncang keimanan dan akidah seorang pelajar di luar negara. Namun, kehadiran naqib-naqib yang berada di sekeliling memastikan bahawa aqidah masih lagi berada di dalam jalan yang betul. Mereka ini adalah tidak dibayar dan terdiri daripada para pelajar senior. Program-program yang dianjurkan bukan sahaja menguatkan iman tetapi turut membentuk satu ikatan ukhwah yang terjalin sesama muslim. Ayat aku pun dah macam nak bagi tazkirah masa usrah. Agak-agak ada peluang ke masa aku naik jadi senior nanti? InsyAllah.

Jawatan Kosong : Pakar Kaunseling
Tanggungjawab : Memandangkan keluarga jauh, rakan-rakan rapat pun ada berapa orang la sangat di sini; maka semua pelajar layak digelar sebagai pakar kaunseling. Masalah confirm akan timbul di mana-mana sahaja. Maka dengan bilangan Malaysian yang sedikit di UK, menjadi peranan untuk saling support-menyupport. Aku share prob dengan ko, ko share prob dengan aku : ini adalah kebiasaan di sini. Sebarang masalah yang boleh diselesaikan ataupun dinasihati, maka kaunseling akan diberi. Walaupun semua macam amatur dan biasa-biasa sahaja, namun kehadiran di sekeliling sudah lebih dari sekadar mencukupi. Ayat agak skema di hujung-hujung sebab pakar kaunseling kenalah professional kan?!


cari kerja di london
>Di belakang pentas ketika aktiviti usrah<



cari kerja di london
>Muka para pengikut yang semangat dan kiasu<



Jadi, itulah sebahagian kerja part time pelajar-pelajar di UK yang tidak dibayar oleh wang ringgit tapi dibayar dengan pahala dan dasar kemanusiaan. Lain kali, aku share pekerjaan-pekerjaan lain la pulak. Tapi empat pekerjaan di atas adalah yang paling popular di sini. Kalau terasa nak apply, bolehlah isi borang yerk.


*Hujung minggu depan, ada orang nak datang lagi*
[Bila la pulak aku nak start study dengan serius nie? Asyik keje jer!!]

Monday, January 18, 2010

5 Expecation vs Realiti Mengenai London

Setiap tahun memang ramai Malaysian yang akan membawa diri ke London – samada untuk berjalan-jalan, shopping, bekerja dan pelbagai lagi tujuan lain. Namun setiap kali sebelum korang travel, korang mesti akan ada pelbagai expectations mengenai London kan? Ada kisah yang best dan ada jugak yang kurang menarik untuk didengari. Jadi kali ini aku mengambil keputusan untuk berkongsi dengan rakan pembaca beberapa “expectation vs reality” mengenai London. Harap dapat membuka mata sedikit yerk. 



london bosan tak best
>Adakah London itu indah?<


london bosan tak best
>Ataupun mungkin gloomy seperti ini?<


Point Nombor Satu : "Kebersihan" di Tahap Terbaik.
Korang fikir : Sebagai sebuah negara maju, surely London pun bersih yang amat.
Sebenarnya : Kawan-kawan aku yang dating dari luar London selalu akan komen bahawa London ini kotor, udara tercemar, tube busuk dan pelbagai lagi kritikan lain. Memandangkan aku memang sudah membiasakan diri dengan London, mungkin aku tak perasan situasi ini. Namun sekitanya dibandingkan dengan Malaysia – still London lagi bersih berbanding Kuala Lumpur.


Point Nombor Dua : Pencarian Public Toilet di Bandar London
Korang fikir : Tak perlu dirisaukan kerana public toilet ada di mana-mana sahaja
Sebenarnya : Mencari public toilet di Kota Metropolitan London umpama join aktiviti treasure hunt di tengah hutan belantara. Realitinya mungkin lagi mudah untuk mencari harta karun berbanding mencari public toilet di London. Selalunya aku akan ambil peluang untuk membuang air kecil di Starbucks dan sewaktu dengannya memandangkan public toilet memang payah dicari. Better sekiranya buang air kecil awal-awal sebelum keluar rumah untuk jejalan.



london bosan tak best
>Misi mencari public toilet di London<


Point Nombor Tiga : Jalan Laju Mahu Menuju ke Mana?
Korang fikir :
 Relaks la bro. Laju-laju ni, nak kejar per? Tak lari punya tube tu nanti. Confirm mesti ada bas jugak nanti. Boleh saja jalan kaki kan?
Sebenarnya : Londoners betul-betul mengamalkan konsep "masa itu emas". Berjalan dengan path biasa adalah satu kesilapan di London sebab korang mungkin akan tertinggal tube ataupun bas yang memang confirm on time. Berbeza dengan Malaysia, public transport di London adalah amat efisien. Londoners pun berjalan laju dan mencelah-celah di antara ruang yang ada. Semua benda hendak dilajukan.

Point Nombor Empat : London sepatutnya penuh dengan mat dan minah saleh.
Korang fikir :
 Aku datang London nie sebab nak tengok mat-mat dan minah-minah saleh nie. Cun tul kalau tengok dalam tv. Inilah peluang terbaik untuk tengok depan-depan.
Sebenarnya : Memang agak payah nak mencari mat-mat dan minah-minah saleh di Kota London. Jarang nak nampak diorang nie. London ini dipenuhi dengan foreigners yang datang dari seluruh dunia. Ada Pak Arab, Ratu Cantik Romania, Gergasi Russia dan banyak lagi. Pelbagai jenis bahasa turut dapat dijumpai di sini. Tapi kalau nak cari pure British people, lebih baik pergi area di luar London.



london bosan tak best
>Mencari British Pure di Oxford Street<


london bosan tak best
>Sedikit sebanyak suasana di Euston Road<


Point Nombor Lima : Londoners Berfikiran Matang dan Bijak
Korang fikir :
 Londoners berfikiran matang dan mengamalkan dasar keterbukaan asasi manusia. Tak kisah apa korang nak buat, asalkan tak ganggu hidup kitorang.
Sebenarnya : Dasar keterbukaan yang diamalkan adalah amat terbuka sehinggakan bercumbuan di tempat public dan berjemur topless di tengah park merupakan perkara biasa. Bagi kita yang berasal daripada belah Timur, ini merupakan sedikit sebanyak culture shock. Namun asalkan kita tak ganggu hidup dorang dan sebaliknya – semuanya pun okay kan? Namun pepandai korang survive sendiri.

Maka itulah serba sedikit letar belakang London yang mungkin korang tak tahu sangat. Ini merupakan  side kekurangan London. Namun takdalah semua benda mengenai London merupakan buruk ataupun kurang baik. London sendiri pun ada kelebihannya yang tersendiri yang akan aku cover dan sharekan pada waktu dan ketika yang lain.


*Nak belajar jimat duit, duduklah London*
[Duit dah kurang..Macam mana nak balik Malaysia nie?]
    Related Posts with Thumbnails