Kali
pertama aku naik flight adalah ketika travel dari Kuala Lumpur ke London yakni
ketika tahun pertama aku di London. Sesampainya aku di sana, terdapat pelbagai
jenis culture shock yang aku alami. Memang satu kebiasaan sebab ini adalah satu
pengalaman baru yang belum pernah aku hadapi sebelum nie. Lagipun setakat nie
aku hanya dengar pasal London menerusi blog entries kengkawan dan tengok dalam
TV sahaja. Maka kali nie aku nak share dengan rakan pembaca lima masalah utama
yang aku hadapi ketika awal-awal sampai di London dahulu. Biasalah : nak
biasakan diri kan?
Masalah Pertama :
Duit atau Wang Ringgit
Penerangan : Semasa aku memula
sampai dahulu, aku bawa 650 pound cash dan juga 1125 pound berbentuk bank
draft. Kalau convert RM, confirm beribu-ribu lemon la jawabnya. Namun, nilai 2
pound di sini adalah sama dengan RM 2 kat Malaysia. Nilai wangnya adalah lebih
kurang sama. Di sini, duit kertas terkecil adalah 5 pound dan terbesar ialah 50
pound. So, semasa dapat baki 2 pound dalam bentuk syiling, macam terkial-kial
jugalah sebab tak biasa kan. Cam terkedu untuk seketika.. Lagi satu, di sini
jarang orang gunakan wang kertas 50 pound. Pekerja tukang jaga kaunter tu
panggil bos dia untuk minta check duit untuk tahu duit sebenar or palsu.
Masalah Kedua :
Makanan
Penerangan
: Semasa mula-mula
sampai, memang tak tahu nak dapatkan bahan-bahan masakan di mana. So, dengan hati yang paksa rela, terpaksalah makan
di luar sahaja. Semasa memula makan kebab or burger (sebiji sahaja; bukan
kedua-dua yerk), harga dalam 3 pound. Kalau convert RM, dalam RM18. Dah lepas
dua kali round KFC dah tu. Kalau convert, confirm akan terasa mahal dan juga
rasa tak berbaloi. Sebenarnya itu sudah dikira harga standard di sini. Kalau
convert, sampai bebila tak makan sebab nak jimat. Kalau nak tahu, aku makan
sekali sehari sahaja yakni di waktu petang sudah cukup. Pagi-pagi minum air
kosong saja. Dan disebabkan suka mencovert mata wang ini, aku dan member aku
end up membeli air yang termurah pernah kami jumpa di pasaran UK yakni Air
Bikarbonat Cola Sainsbury Basic yang berharga 18 pence (RM 1.08). Namun,
menyesal tak sudah sebab rasa air tu lagi teruk dari air longkang.
Masalah Ketiga :
Persekitaran
Penerangan : Aku jejak kaki di
London ketika musim luruh dan suhu takdalah sejuk sangat. So, tak kisah la
pasal suhu ini. Namun, nak dijadikan cerita, hari ketiga aku di UK, aku ditegur
oleh seorang makcik bertanyakan jalan (cam takde kaitan dengan mukadimah suhu
aku tadi jer o.O" abaikan!!). Macamlah aku tahu jalan kat UK nie. Muka aku
muka Londoners ke? Sorryla makcik, tak dapat nak tolong. Tambah lagi pasal
persekiratan ini ialah bagaimana orang-orang UK approach orang lain. Aku pernah
disumpah dengan perkataan F*CK oleh orang kulit hitam sebab tersentuh kaki dia
menggunakan kaki aku(korang paham tak aku explain nie? o.O) "I'm sorry,
mate" <--Tu sahajalah yang mampu aku ungkapkan pada masa dan ketika
itu. Orang baru sampai, manalah nak tahu kan.
Masalah Keempat :
Jiran Bilik Yang Terlampau Friendly
Penerangan : Nama budak yang
menetap di bilik sebelah aku ialah Ollie; seorang British yang sejati. Nampak
macam budak baik sahaja masa aku memula bertegur sampai di hari pertama.
Seminggu selepas itu, semasa aku baru balik dari bacaan Yassin di Malaysian
Student Department(MSD), aku nampak dia dan member-member dia lepak di depan
bilik dia dan bilik aku secara tak langsung. Aku pun buat-buat tak tahu dan
terus masuk bilik aku. TOK!! TOK!! Pintu bilik aku diketuk. Buka sahaja,nampak
Ollie. Ini perbualan seterusnya dibawah:
Ollie : You wanna
join us mate? We have Clasberg and Beers.
Aku : It's okay. I'm quite tired and
really busy today.
Ollie : Are you sure?
Aku : Yeah. Plus, I have early lecture
tomorrow.
Ollie : Aaahh. Too
bad. We have many drinks inside and hot chicks.
See~!!(sambil tunjuk
ke arah awek-awek dalam bilik dia)
Aku : Owh.. Never mind. Maybe next time.
Cheers mate!
Kalau ikutkan, aku
tak sepatutnya jawab next time tau. Sepatutnya aku jawab, "Sorry. I'm
muslim and I don't drink" tapi sebab aku agak blur, jawab sahaja apa yang
terfikir. Then, malam-malam selepas itu, Ollie terus ajak aku dan last-last tak
ajak dah. Bosan kut ajak orang nerd cam aku. Ollie terus-menerus pasang muzik
kuat dan berparty di bilik dia sebelum bergerak ke Night Club setiap malam. Aku
ni, sabar sahajalah kat bilik sebelah menahan bunyi yang teramat bising itu.
Masalah Kelima :
Pelbagai Yang Lain
Penerangan : Terdapat banyak lagi
masalah-masalah dan situasi-situasi lain semasa aku memula sampai. Antaranya
ialah semasa nak buka akaun bank. Kalau di Malaysia, cam senang sahaja kan.
Tapi di sini, nak kena dapatkan bil utilities (yang confirm aku takde lagi masa
itu) dan pengesahan universiti juga. Then, masalah cara terbaik untuk contact
Malaysia dan ada senior yang baik yang tolong bagi tunjuk ajar. Masalah memilih
link telefon yang paling jimat dan at last, aku buat contract phone Blackberry
sebiji. Kemudian, ada isu tuition fees lambat masuk dan pelbagai lagilah.
Tersesat di dalam tube stations pun selalu sahaja semasa awal-awal dahulu. Nak
pergi tempat lain tapi end up di tempat lain. Sesat2!!
Jadi, korang semua, itulah sebahagian kisah dan asam garam kehidupan aku semasa mula-mula sampai di London dahulu. Sesiapa yang teringin untuk tahu dengan lebih lanjut, bolehlah rujuk aku secara direct yerk. Aku tolong bagi cerita dan kisah sekadar yang termampu la. Aku nie, kongsi semua benda. Takder nak cover-cover pun. Barulah korang semua tahu kisah yang sebenarkan? Teruskan mengikuti la wei~!! *wink2!!*
*Aku rasa taraf kehidupan aku sekarang dah up sikit*
[Aku ingat nak tulis pasal universiti aku. Siapa mahu baca???]
[Aku ingat nak tulis pasal universiti aku. Siapa mahu baca???]





