My Followers Who Follow My Blog

Monday, February 22, 2010

Pengalaman Beraya di London

Sekarang ini jam menunjukkan pukul 4.20 petang waktu London dan aku sedang menunggu pukul 4.30 petang untuk pergi jumpa student tutor aku yakni Ms Silvia Jordan. Ada benda penting nak kena bincang sedikit. Perut aku pun tengah lapar nie tapi kena tahanlah sikit sebab aku sedang berkira-kira untuk jimat duit sekarang ini. Alah!! Cakap macho kan?! Tahan lapar sikit jer pun (krrrr~!! : perut berbunyi)


beraya di luar negara>Berhari Raya Aidiladha di London : Salam Perantauan<


Tadi masa aku jalan-jalan di LSE, ada sambutan dan pelancaran China Week 2010. Ada tarian naga dan macam-macam lagilah. Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang minggu. Kiranya samalah dengan DIW yang pernah aku cerita kat korang semua. Apabila aku tengok tarian naga, baru aku sedar yang Chinese New Year dah lepas yakni last week. Untuk pengetahuan semua di London or UK, tiada cuti-cuti perayaan macam di Malaysia. Hanya krismas saja yang ada cuti. Kalau study, direct jer!! Jadi, sebut tentang perayaan ini, aku hendak berkongsi dengan korang semua cara aku dan member-member aku celebrate perayaan-perayaan utama di sini. (Boom! Boom! Pow!!: Bunyi mercun!!)

Perayaan Satu : Hari Raya Aidiladha 2009
Tarikh Raya?! : Jumaat, 27 November 2009
Pasang Mercun?! : Confirm la tak pasang. Nak kena kejar dengan polis London ker?! Nak dijadikan cerita, Hari Raya Aidiladha tahun lepas jatuh pada hari Jumaat yakni hari tak cuti. Kalau di Malaysia, memang dah cuti awal-awal kan?! Siap boleh sambung sampai Isnin lagi. Tapi berbeza di sini. Aku bangun seawal jam 7.00 pagi (Subuh habis dalam pukul 8.00 pagi masa winter) untuk bersiap-siap. Aku pakai baju melayu, kasut hitam dan slack hitam dan juga jacket pergi LSE hari itu. Tapi sebelum itu, aku dan member aku pergi sembahyang raya di Regent Mosque, London-antara masjid utama di London. Pas sembahyang raya yang habis dalam pukul 9.30 pagi, aku berkejar ke LSE sebab ada kelas pukul 10.00 pagi. Dari pagi sampai ke petang, aku dan member-member aku pakai baju melayu dan kurung. Pergi lecture, pergi kelas : pakai camtu saja. Semua orang tengok dan kami ceritalah yang hari ini Hari Raya. Tapi kalau nak sembelih lembu di sini, tak dapat kut. Aku taknak masuk jail!!


beraya di luar negara>Sebelum pergi sembahyang raya : Ambil gambar dulu<


beraya di luar negara>Berbaju Melayu dan kurung di Oxford Street<


beraya di luar negara
>Shopping di Zara pakai macam ini?!<


Perayaan Dua : Hari Raya Aidilfitri 2009
Tarikh Raya?! : Ahad, 20 September 2009
Pasang Mercun?! : Memandangkan semasa raya ini disambut, aku still ada di Malaysia, confirmlah aku pasang mercun kan?? Tetapi, aku fly ke UK pada hari raya yang kelima yakni 25 Sept 2009. Jadi, masa dua minggu pertama di UK, memang banyaklah invitation rumah terbuka. Di MSD, di Kedutaan Malaysia dan banyak lagi. Sebab makan free, aku pun join sekalilah. Rumah senior aku pun buat rumah terbuka juga dan aku salah seorang yang menjadi tukang masak. Semasa member-member aku yang luar London datang untuk rumah terbuka, kami berjalan-jalan di Oxford Street pakai baju melayu lengkap. Errrkk..dengan sampin sekali tau!! Boleh korang bayang pakai pakaian senipis itu di waktu winter?! Ensem sungguh~!! *wink2!!*

Perayaan Tiga : Hari Krismas 2009
Tarikh Raya?! : Jumaat, 25 December 2009
Pasang Mercun?! : Sedangkan mat-mat dan minah-minah salleh pun tak main mercun, takkanlah aku gatal-gatal nak main juga kan?! Krismas memang best sebab semua cuti tapi yang tak bestnya, public transpot pun nak cuti juga. Dahla jatuh hari Jumaat, nak kena sembahyang Jumaat lagi kan?! Pada Hari Krismas, semua jenis pengangkutan awam: tube, bas, train, basikal dan bla..bla..bla tidak beroperasi. Memang payah tul hidup. (-_-") Selamat jua hari itu aku lepak rumah member aku yang dekat dengan MSD. So, aku bermalam di situ dan pada masa yang sama, sembahyang Jumaat di MSD. Yang tak bestnya, masa nak makan di MSD, MSD charge 1 pound lagi mahal. Mentang-mentang kitorang tak boleh gerak mana-mana sebab takda transport. Huh!! Frust aku!! Then,kebesokan harinya (26 Dec 2009), awal-awal pagi aku dah bangun sebab nak pergi shopping. Hari Bershopping Sedunia : Boxing Day!!


beraya di luar negara>Antara suasana Open House di UK<


beraya di luar negara>Obvious berbaju melayu di tengah winter<


beraya di luar negara
>Sebelum bertolak for Boxing Day : Christmas Tree<


Perayaan Empat : Tahun Baru 2010
Tarikh Raya?! : Jumaat, 1 Januari 2010
Pasang Mercun?! : Tahun baru kira boleh diconsider as perayaan la yerk. Aku sambut tahun baru dengan cara yang langsung aku tak jangka-bermain monopoly di perkampungan di utara UK. Masa itu tengah cuti. So, aku dan member aku pergi melawat member kami di Durham yang terletak di utara UK. Durham boleh diconsider as kampung di utara UK lah. Jadi, di sini tiada sambutan mercun, bunga api or countdown macam di London. Kami hanya menyambut detik 12 malam dengan minum cherry coke dan bermain Monopoly. Aku menang nombor dua. Kira hebatlah tu kan? Tuan rumah (Brother Qama) menang nombor satu. Menyesal pun ada tapi pengalaman sambut tahun baru pertama di perantauan memang peliklah kisahnya~!!

Perayaan Lima : Chinese New Year 2010
Tarikh Raya?! : Sabtu, 14 Februari 2010
Pasang Mercun?! : Ini adalah perayaan yang baru sahaja lepas. Sebenarnya, aku langsung tak perasan yang Hari Raya Cina adalah last week. Busy sangat dengan assignments semua!! Macam biasa, tiada sambutan sangat. Tetapi di LSE ada China Week sekarang. Jadi, dapatlah merasa bahang sambutan Hari Raya Cina itu. Sebenarnya, ada member aku dari China minta temankan dia untuk hadiri satu majlis makan-makan yang dianjurkan kedutaan China. Tapi aku tak join sebab: 1. Takut makanan tak halal. 2. Kalau diorang cakap mandarin, tak ke mampus aku?! Mana tahu duk puji aku ker~!! 3. Aku malas sebenarnya nak keluar bilik waktu weekend (ngeh3~!!)


beraya di luar negara>Bro Zaki dan Bro Qama saat tewas di tahun baru<


beraya di luar negara>Eh!! Makhluk nie. Pergi main jauh-jauh<


beraya di luar negara
>Bahang Chinese New Year di LSE<


Okaylah!! Aku rasa itu sahaja lima perayaan utama yang pernah aku alami dan celebrate di UK ini. Deepavali tak terasa mana sangat juga sebab masa itu di tengah-tengah study week. Apa-apa pun, yang paling aku suka pasal perayaan-perayaan ini adalah akan dapat banyak jemputan-jemputan rumah terbuka. Dahlah aku nie selalu pokai kan?! Tapi duit raya, takda siapa pula yang nak bagi. Koranglah bagi kat aku boleh?! (o.O)


*Tahun nie sambut raya di Malaysia..yeay2!!*
[Aku dah cipta Facebook Page: Siapa yang baik, jadilah fan k!~ ^o^]

Friday, February 19, 2010

Stadium Bola Utama di England

English Premier League (EPL)! Di London, ada berpuluh-puluh kelab bola sepak dari yang popular gila sehinggalah tiada yang korang kenal langsung. Antara kelab yang terkenal ialah Arsenal, Tottenham, West Ham, Chelsea, Fulham, QPR dan banyak lagilah untuk disenaraikan di sini. Untuk entri kali ini, aku akan berkongsi pengalaman aku ke beberapa stadium yang terdapat di London ini. Tetapi, aku tak pernah tengok any match lagi setakat ini sebab ticket yang mahal sangat. Dalam GBP30 sehingga GBP45 untuk seat biasa. Tu dah dikira 15% aku punya elaun bulanan. Tapi, memang aku akan tengok juga suatu hari nanti!! Hah!! [Semangat2!!]



stadium bola utama di england
>Hari Kedua di UK : Terus ke Emirates<




Setakat ini, semasa lawatan aku ke stadium-stadium, hanya dua kali sahaja yang aku pergi adalah sewaktu hari match. Ia adalah semasa Arsenal lawan Aston Villa yang Arsenal menang 3-0 dan semasa Fulham lawan Liverpool yang mana Fulham menang 3-1. Memang ramai betul orang di stadium; cecah puluhan ribu. Sewaktu itu juga ramai orang akan buka kedai kecil dan jual cenderahati-cenderahati macam scarf, jersey, key chain dan banyak lagi. Selain itu, "match book" yang bagitahu pasal profail pemain dan match turut dijual dengan harga serendah GBP3.




stadium bola utama di england
>Match day Arsenal vs Aston Villa< 



stadium bola utama di england
>Pemandangan di Emirates Stadium< 



Kalau nak beli ticket, memang mahal tulla. Tapi yang specialnya, memang ada ticket di jual di pasaran gelap dan aku dah banyak kali ditawarkan ticket tu. Tapi harga akan jadi sekali ganda daripada harga asal dan memang boleh cecah sampai GBP100 untuk satu match. Memang tidak berbaloi kalau mahal sangat kan? Nak tengok match pun dah lupus semangat. Apa-apa pun, di bawah ini adalah senarai stadium yang aku dah pergi. Silala layan~!! o.O

Kelab apakah?! : Arsenal FC
Stadium nama?! : Emirates Stadium
Range harga ticket!! : GBP33-GBP94 (Bergantung pada seat)
Penerangan?! : Ini adalah stadium pertama yang aku sampai di London. Hari kedua aku berada di London, aku dah dibawa oleh senior aku ke sana. Memang terharu dan teruja sangat-sangat sebab aku adalah big fan Arsenal. Aku selalu lepak di stadium ini dan selalu bawa orang jalan-jalan ke stadium ini. Lagipun, rumah senior aku adalah dekat dengan stadium ini dan boleh jalan kaki nak ke sini. Stadium ini terletak sebelah tapak stadium Highbury yang lama. Stadium ini memang besar dan setiap masa, mesti ada orang yang datang melawat. Kedai cenderahati pun ada dan aku dah beli satu snow cap dan jersey Arsenal ori di sini. Aku dah ke sini lebih daripada sepuluh kali dan boleh dikatakan naik bosan dah! Tapi, aku tak pernah lagi jumpa pemain-pemain Arsenal nie [T.T]




stadium bola utama di england
>Bersama supporters Arsenal dari Korea< 



stadium bola utama di england
>Di depan kaunter jual ticket< 



stadium bola utama di england
>A.R.S.E.N.A.L< 


Kelab apakah?! : Chelsea FC
Stadium nama?! : Stamford Bridge
Range harga ticket!! : GBP25-GBP 60 (Bergantung pada seat)
Penerangan?! :  Kalau tak silap aku, first time aku ke sini adalah pada 31hb Okt yakni sehari sebelum birthday aku. Member-member aku semua gerak ke Oxford waktu itu sebab nak pergi shopping tapi sebab aku malas nak join, aku pun jalan-jalan di London. Masa aku mula-mula sampai, aku sesat nak ke stadium sebab aku mana nak tahu jalan masa itu. Tanya-tanya orang, last-last sampai juga. Disebabkan aku datang sorang-sorang, aku dengan tidak malunya pergi minta tolong sesapa sahaja untuk tangkapkan gambar aku. Takpe, yang penting aku dah sampai kan?! Aku tak sempat nak beli cencerahati sebab aku takda duit, aku malas dan senang cerita, aku tak minat Chelsea!!




stadium bola utama di england
>Cucuk mulut Carlo Ancelotti< 



stadium bola utama di england
>Chelsea No. 01 Fan?! : No way!!< 




stadium bola utama di england
>Gambar kabur sebab hujan< 




Kelab apakah?! Fulham FC
Stadium nama?! : Craven Cottage
Range harga ticket!! : GBP25 dan ke atas (Bergantung pada seat)
Penerangan?! : Aku sampai di Craven Cottage pada hari yang sama aku sampai di Stamford Bridge yakni pada 31hb Okt, sehari sebelum birthday aku. Pada hari itu ada match antara Fulham dan Liverpool. So, aku bernasib baik sampai pada waktu yang tepat. Aku berkesempatan berjumpa dan mengambil gambar pemain-pemain Fulham yang baru sampai dan nak masuk stadium masa itu. Selain itu, ramai jugalah supporter Fulham di tempat kejadian. Siap ada polis nak kontrol. Pemain semua baik-baik dan diorang sudi sign autograph untuk peminat-peminat. Aku rasa berkat aku datang, Fulham menang 3-1 lawan Liverpool. Yang payahnya pasal Fulham ialah kedudukan stadium yang jauh dari Tube Station. Dalam setengah jam jugalah nak sampai stadium tu. Letih aku..Huuuu~



stadium bola utama di england
>Match Day: Liverpool vs Fulham< 




stadium bola utama di england
>Chris Baird : First team player Fulham< 


stadium bola utama di england
>Clint Dempsey : Tukang sumbat goal lawan Liverpool< 



stadium bola utama di england
>Darian Smalling : Bakal pemain Man U next season< 



Kelab apakah?! : Newcastle FC
Stadium nama?! : St James Park
Range harga ticket!! : GBP25 dan keatas (Berdasarkan tempat duduk)
Penerangan?! : Newcastle adalah sebuah stadium yang terletak di utara UK. Ketika travel di area Newcastle pada waktu winter 2010, aku sempat untuk singgah sebentar di stadium nie. Newcastle memang popular dengan Alan Shearer dan Michael Owen pada ketika dahulu tapi sekarang dah jatuh ke liga bawahan. Tapi, next season maybe akan masuk liga utama semula. Stadium ini memang payah tul nak cari entrance sehinggakan aku kena pusing stadium itu sebab nak cari tempat paling sesuai untuk ambil gambar. Selamatlah aku jumpa juga tempat paling sesuai untuk ambil gambar. Kalau tak, memang tak berbaloi aku datang di tengah-tengah winter kan?!




stadium bola utama di england
>Di Metro yang membawa ke Newcastle FC< 



stadium bola utama di england
>Pintu Depan St. James Park : Penat cari< 


Jadi, itulah sebahagian daripada stadium yang aku dah pernah pergi. Stadium-stadium lain aku masih belum ada kesempatan untuk pergi lagi tapi jangan risau, aku akan pergi juga suatu hari nanti dan aku akan update korang selepas itu. Tapi kalau stadium Man U, payah sikit kot sebab aku alergic dengan Man U. (Haicuumm!! Dah bersin!!) Tapi jangan risau. Aku tahu ramai peminat Man U di Malaysia. Jadi, demi korang, insyAllah aku akan sampai juga di Old Trafford tu. Tapi lambatlah sikit sebab jauh dari London dan aku tiada member di sana untuk bawa jalan-jalan. So, korang bolehlah tengok-tengok gambar yang aku upload di sini dahulu dan imagine korang berada di posisi aku yerk!! 





*Aku rasa, banyak gak gambar aku upload kali ini*
[Aku di sini sentiasa menanti-nantikan kemenangan Arsenal FC]
    Related Posts with Thumbnails