Biskut Almond London!! Kalau ada yang tak tahu pasal biskut Almond London memang aku tak tahu nak cakap apalah. Biskut Almond London memang antara biskut raya yang paling aku suka sepanjang zaman selain daripada biskut Cornflakes Madu. Oh ya, aku bukannya suka biskut Almond London sebab aku belajar di London tetapi sebab rasanya yang rangup, kacang badam yang mampat dan coklat yang lazat. Pergh!! Dah nak meleleh air liur aku duk bayangkan nie. *muehehehe*
Memandangkan kita berada di bulan Ramadhan dan tak lama lagi (sebenarnya berzaman lagi kut) kita akan sambut Hari Raya Aidilfitri, mesti pelbagai persediaan perlu dibuat kan?! Antaranya ialah membuat biskut raya dan salah satu biskut raya yang utama ialah biskut Almond London. Memandangkan aku amat excited dengan biskut nie, maka aku nak share dengan korang semua resepi biskut Almond London. Mana tahu ada yang nak buatkan biskut Almond London untuk aku kan?! *kuikuikui* Sila rujuk resepi biskut Almond London di bawah yerk :
Bahan & Ramuan Biskut Almond London
250 gram mentega/butter
125 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
50 gram serbuk badam (sediakan kalau nak rasa lagi best)
200 gram tepung jagung
300 gram tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 sudu teh baking powder
200 gram kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gram badam cincang (untuk hiasan)
+/- 700 gram coklat masakan (budget sendiri yerk)
Resepi Membuat Biskut Almond London
Langkah 1 : Pukul mentega bersama-sama dengan gula sehingga kembang
Langkah 2 : Selepas itu, masukkan telur dan esen vanilla ke dalam adunan tersebut. Adunan itu dipukul lagi. Kemudian, masukkan serbuk badam.
Langkah 3 : Dengan menggunakan bekas lain : ayak tepung jagung, tepung beras, baking powder dan tepung jagung. Selepas itu, masukkan adunan di langkah dua (telur+esen vanilla+serbuk badam) ke dalam adunan tepung nie sedikit demi sedikit sambil gaul.
Langkah 4 : Teruskan gaul sehingga menjadi doh. Bentukkan doh tersebut dalam bentuk bulat-bulat kecil ataupun lonjong. Masukkan kacang di dalamnya ataupun di tengah-tengahnya.
Langkah 5 : Letakkan doh-doh kecil itu diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan dengan sedikit mentega. Ini bagi memastikan doh Almond London tu tak melekat di atas dulang pembakar nanti.
Langkah 6 : Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit.
Langkah 7 : Cairkan coklat masakan dengan kaedah "double-boil" . Masukkan biskut Almond London yang telah dibakar tadi ke dalam mangkuk kertas. Tuangkan ataupun celupkan dengan coklat masakan. Taburkan sedikit badam cincang sebagai hiasan ataupun penyeri.
Langkah 8 : Biarkan ia kering seketika. Sekarang biskut Almond London dan siap untuk dimakan ataupun disimpan.
Jadi, itulah resepi biskut Almond London. Tapi entah bila nak buat sendiri, aku pun tak tahulah. Maybe aku akan minta tolong Cik Asliza Ahmad untuk buatkan biskut Almond London sempena raya tahun nie tapi aku lebih suka kalau dia buatkan biskut Cornflakes Madu. Oh ya, kepada rakan pembaca : anyone yang tahu resepi ataupun biskut raya lain (yang mungkin lagi best daripada biskut Almond London), bolehlah untuk share resepi ataupun nama biskut yerk. *wink2!!*
*Tahun lepas aku bawak bekal biskut Almond London ke UK : tahun nie?!!*
[Semalam aku keluar Harian Metro lagi tapi gambar yang sama macam di Berita Harian tu]






