Semalam aku sibuk dengan usaha untuk upgrade blog aku dan hasilnya wujudlah page baru : Page Formspring & Exchange Banner FoC. Jadi, sesiapa yang mahu exchange banner Free of Charge, korang bolehlah untuk rujuk page tersebut. Selain daripada itu, aku turut menghabiskan dalam RM50 untuk usaha pengiklanan jangka panjang di blog-blog lain. Sekiranya korang ada pakej iklan jangka panjang yang menarik : sila mail aku di llonghaffiz@gmail.com yerk. *muehehehe*
Sedar tak sedar cuti empat bulan aku di Malaysia hampir sampai ke penghujungnya. Hari Ahad nie bersamaan 26 September, aku akan menaiki flight pulang ke London, United Kingdom pada sebelah malam. Jadi, kurang daripada seminggu untuk pulang, aku nak share beberapa statement di sini. Antaranya ialah :
01. Yang Ingin Dibuat : Aku ingin iklankan blog aku di mana-mana blog yang sudi memandangkan aku nak settlekan payment sebelum aku kembali ke UK. Selain itu, aku jugak nak makan any jenis makanan yang masih belum aku cuba sepanjang di Malaysia : korang ada cadangan apa-apa tak?! Ahakz!! Bebarang yang perlu dibawa balik ke London turut perlu disettlekan kesemuanya supaya tiada yang tertinggal. Segala dokumen pun mesti dipastikan terurus. *kuikuikui*
02. Yang Dirindui : Aku akui memanglah London best tapi tetap jauh bezanya dengan Malaysia. Kalau di sana, mesti aku akan rasa lonely sebab ramai member kamcing ada di sini. Selamatlah wujudnya blog nie dan internet sebagai peneman dengan korang semua. Selain itu, aku mesti akan rindukan family : tiada lagi peluang untuk lepak bersama sampai tahun depan. Sobs2!! TT__TT
03. Yang Diharapkan : Aku harapkan agak my second year akan jadi better berbanding tahun pertama. Aku ingin luangkan lebih banyak masa untuk focus study dan pada masa yang sama nak cari part time di sana. Jadi, aku kena kurangkan join aktiviti yang kurang berfaedah. Selain itu, aku nak improve skill memasak dan terus memajukan blog aku nie. Harap korang semua dapat beri sokongan yerk!!
04. Ucapan penutup : Doakan agar aku selamat sampai di London pada pagi Isnin, 27 September tu dan segala urusan sepanjang aku berada di UK dipermudahkan. Harapnya semua berjalan lancar sepanjang aku di sana sebelum aku balik ke Malaysia semasa cuti summer tahun depan. Amin~!!
Aku akui yang memang cepat tul masa berlalu dan aku dah nak ready untuk balik ke UK dah. Sepanjang aku berada di Malaysia, macam-macam benda berlaku dan yang paling latest adalah pasal tiga watak utama yang sudah meninggalkan kita semua. Takziah kepada keluarga Sosilawati, M.Rajoli dan blogger TTT atas kehilangan mereka bertiga. Sesungguhnya mereka adalah permata dalam hidup kita semua dan moga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah!! InsyAllah : sama-sama kita semua doakan kesejahteraan mereka dan kita semua yerk!! ^_^
*Sesiapa yang exchange banner tu : aku selalu buat spot check tau*
[Mari membeli kelengkapan yang belum cukup : Mari mencari di merata tempat]
[Mari membeli kelengkapan yang belum cukup : Mari mencari di merata tempat]







