Alhamdulillah : aku telah pun berjaya mendaftarkan domain longHaffiz.com semalam dan berhijrah daripada coretanperantau.blogspot.com yakni url aku sebelum nie. Selain itu aku melakukan sedikit rombakan di blog nie untuk memastikan blog dah nampak lebih matured. Hari Khamis lepas aku jugak dah langsaikan exam aku yang mungkin aku rasa dapat buat better kut. Ahakz! Papepon kita tawakal sahajalah sebab usaha telah dilakukan. Oh ya, hari Sabtu lepas ada match Champions League Final antara Barcelona dan Manchester United kan? Best tul match tu kan?! *kihkihkih*
UEFA Champions League Final tahun nie diadakan di Wembley yakni terletak hanya 30 minit daripada rumah aku kalau naik tube. Hari Sabtu lepas memang penuh dengan peminat bola yang pakai jersey Manchester United dengan Barcelona. Tapi aku relax jer pakai jersey Arsenal. Nak dijadikan ceritanya, memandangkan Champions League Final tahun nie diadakan di London, maka UEFA Champions League Football Festival telah diadakan di Hyde Park selama seminggu. Kalau kiranya Hyde Park nie tepi rumah aku jer tetapi sebab aku sibuk nak exam, aku langsung terlupa pasal festival tu. Namun petang Jumaat selepas sembahyang Jumaat, aku dengan member aku sempat ke sana.
Sesampainya di sana, memang agak terkejut jugaklah kitorang memandangkan penuh dengan orang ramai dan semua orang sibuk nak bergambar dengan Trophy Champions League. Dahla barisan untuk ambil gambar tu panjang gila. Isyhh! Papepon kitorang pergi ke booth-booth lain yang telah dibuka seperti booth MasterCard, Sony, UEFA dan banyak lagi booth-booth penaja lain. Sambil pergi ke booth tu, kitorang kumpul cop stamp untuk diredeem dengan goodies bag Barcelona ataupun Manchester. Selain itu, di festival tu jugak aku dengan member aku sempat tengok tayangan movie pasal Champions League dan masuk ke Muzeum UEFA dan pelbagai lagi. Sempatlah jugak kumpul free goodies yang available. Ahakz!!
By petang, kitorang berdua dah berjaya kumpul dalm 15 stamp dan perlukan satu lagi stamp untuk dapatkan goodies bag Barcelona ataupun Manchester United. Memandangkan barisan untuk ambil gambar dengan trophy Champions League panjang gila dan menyukarkan kitorang untuk ambil stamp terakhir, maka aku dan member aku planning untuk datang kebesokan paginya. So, pagi sabtu pukul 8.30 pagi, kitorang sudahpun berada di Hyde Park walaupun trophy just dibuka jam 9.00 pagi. Waktu kitorang sampai, diorang tengah buat tayangan live untuk opening penayangan trophy tu. So, sempatlah aku untuk masuk tv live. Just in case kalau korang ada tengok SkySport live, confirm nampak aku punya.
Selepas langsai ambil gambar bersama trophy Champions League dan dapatkan stamp yang terakhir, kitorang berdua terus pergi redeem hadiah kitorang. Aku dapatkan goodies bag Manchester United yang di dalam tu ada pelbagai bebarang official Manchester United. Memandangkan masih awal pagi waktu tu, maka aku ambil peluang untuk pergi try bebarapa game yang ada di festival. Sempat jugaklah tunjuk skill free kick aku dalam beberapa game walaupun dah berzaman tak main bola sepak. Bila orang dah makin ramai, aku dengan member aku meneruskan misi untuk mengambil gambar dan mengumpul beberang free goodies sekadar yang termampu. Banyak jugaklah yang kitorang dapat : siap dapat back pack sebiji lagi tau. By afternoon, aku jumpa member aku yang lain dan lepak sampai petang. Malam tu lak semua pakat lepak rumah aku tengok match Manchester United lawan Barcelona. Selamatlah Barcelona tak main kotor this time. Yeszaa!!
*Sekarang exam dah habis : banyak duk shopping bebarang di ebay jer tau*
[Dalam beberapa hari lagi ada contest : cermin mata hitam Guess untuk dimenangi]








