My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, February 22, 2012

4 Tempat Shopping Best di London United Kingdom

Dah nak dekat dua bulan rasanya aku tak update blog langsung sebab terlampau busy dengan urusan interview kerja dan sewaktu dengannya. Untuk pengetahuan korang semua, aku baru sahaja langsai dengan PETRONAS Structured Interview untuk apply kerja di PETRONAS Malaysia dan juga Assessment Centre PwC London untuk apply kerja di London, UK minggu lepas. Sekarang nie aku still tengah apply beberapa position kerja lain; samada di London ataupun di Malaysia. Itu yang cam takda masa sangat nak update blog nie. Ahakz!! Papepon, ahad lepas aku terserempak dengan salah seorang pembaca blog aku dan terus terasa nak update blog nie. Oh ya, ramai jugaklah yang plan nak datang bercuti di London masa Spring nanti dan most of them tanya pasal kat mana nak shopping. Memang aku dah banyak tulis entri shopping sebelum nie; tapi this time aku nak rekemenkan beberapa tempat lain pulak. Yeeehaaa!!


shopping di london
>Camnielah rupa selepas balik daripada Portsmouth<


shopping di london
>Dalam bas menuju ke Portsmouth : yeehaa!!<


Recommendation One : Portsmouth Factory Outlet
Explanation : Kalau kengkawan yang datang London minta aku rekemenkan tempat shopping paling best, memang aku akan rekemenkan yang nie first dalam list. Kat sini ada dalam 85 designer outlets termasuklah Ted Baker, Timberland, Clarks, GAP dan bertimbun-timbun lagi brand lain. Cara paling senang nak ke sana adalah dengan ambil bas daripada London ke Portsmouth dan perjalanan hanya selama 2 jam. Aku selalu rekemen untuk pergi pagi dan balik lewat petang. 5 jam kat sana pun dah cukup untuk shopping sakan kan? In terms of deal, discounts, accessibilities dan sewaktu dengannya : memang aku highly recommend Portsmouth Factory Outlet.

Recommendation Two : Bicester Village Factory Outlet
Explanation : Kebanyakan pelancong di Malaysia mesti dah pernah dengar pasal Bicester Village nie kan? Yang bestnya pasal factory outlet nie adalah bebarang yang terlampau mahal leh jadi mahal; bukan murah tau!! Aku tak pernah pergi ke Bicester Village sebab aku rasa tak berapa nak worth it pergi sana memandangkan brand-brand di sana adalah hanya yang luxury punya. Aku dengar rumors yang pelancong-pelancong dari China dan Arab selalu datang lepak sana dan bawa beg kosong untuk shopping. Oh ya, nak pergi ke sana; korang boleh naik train daripada Marylebone Station di London ke Bicester Village dan naik bas selepas itu untuk ke factory outlet nie. Payah jugak kan?!


shopping di london
>Clarks Village : Agak payah kalau nak ambil public untuk ke sana<


shopping di london
>Burberry dan premium luxury brand lain boleh cari kat Bicester Village<


Recommendation Three : Clarks Village Factory Outlet
Explanation : Sejujurnya aku tak berapa tahu sangat pasal Clarks Village sebab aku tak pernah ke sana dan member-member pun tak pernah rasanya. Ada rakan pelancong yang cakap tempat nie best dan berdasarkan kepada research aku; takdalah syok sangat rupanya. Ahakz!! Ada dalam 90 outlet shops dengan pelbagai brand di sini dan memang best kalau nak shopping. Yang tak bestnya adalah nak ke sana dengan public transport memang payah. The best way untuk ke sana adalah dengan drive sendiri. Jadi bagi aku yang bergantung harap kepada public transport; nie tak best sangatlah kut *kih3!!*

Recommendation Four : Shopping di London Sahaja
Explanation : Kalau korang rasa korang takda kesempatan sangat nak pergi ke kawasan luar London untuk shopping ataupun payah nak rent kereta, aku strongly suggest untuk korang just shopping di dalam kawasan London. Selain daripada Oxford Street dan Primark (?!!), ada banyak lagi tempat shopping bebarang branded lain pada harga yang murah di London. Contohnya adalah TKMaxx, Madhouse, SportsDirect, Lilywhites dan bermacam-macam lagi. Clarks Factory Outlet pun ada kat Finsbury Park, London. Selain itu, carboot sales dan charity shops bertimbun-timbun di sekitar London untuk korang semua teroka! Marilah shopping!! (^_^)/


shopping di london
>Tak perlu pergi factory outlet pun takpa : shopping di London!!<


shopping di london
>Inilah tempat yang aku selalu lepak hari Sabtu pagi : car boot sales!!<


Itulah dia serba sedikit factory outlet yang aku selalu recommendkan untuk rakan pembaca yang datang bercuti di London. Selain daripada tiga factory outlet di atas, korang bolehlah rujuk outlet-outlet lain di sini : Factory Shop Guide. Memang ada banyak factory outlets di sekitar United Kingdom tapi korang kena fikir samada senang or tak nak pergi ke area sana tu. Papepon, aku memang strongly recommend Portsmouth Factory Outlet tu sebab dah banyak kali aku pergi tapi tiap kali pergi, mesti ada sales yang best. Wakakakaaa!! Aku nak sambung revision dan research aku pasal career nie; jadi korang doakanlah agar aku dapat peluang pekerjaan yang awesome dan pada masa yang sama, terbaik untuk aku. InsyAllah!!


*Shopping pun shopping jugak : jangan sampai overspent dahla kan?!*
[Minta maaf kepada semua rakan pembaca sebab jarang sangat update blog sekarang]

Thursday, January 05, 2012

Pemain Bola Sepak Beragama Islam Muslim Terbaik Popular



Aku mulakan entri aku hari ini dengan klip video di atas. Dengar tak apa diorang cakap? Diorang tengah nyanyi chant untuk Demba Ba yakni penyerang Newcastle United yang score salah satu goal semasa Newcastle United menewaskan Manchester United 3-0. Kalau korang semua nak tahu, Demba Ba yang berasal daripada Senegal nie merupakan penyerang berasal daripada Senegal dan beragama Islam. Hebat tak? Awesome tak?! Sebab tulah dia punya chant pun berbunyi : “Demba Score 15 Since Ramadhan” Rasa bangga kejap diorang nyanyi chant camtu; lagi-lagi sebab kawasan Newcastle tu memang kawasan hard core British gitu. Ahakz!!

Jadi bersempena dengan kekalahan Manchester United dan juga taksubnya aku dengan sambutan Demba Ba selepas dia score (dia sujud lepas score), maka aku nak listkan senarai pemain bola sepak terkemuka dunia yang beragama Islam. Mungkin korang sendiri terkejut kalau tengok list nie : tapi itulah aku nak share dengan semua berdasarkan research aku. Yeehaaaa!!


>Frank Ribery pergi haji di Mekkah : aku pun tak sampai lagi<


>Nasri dan Anelka tengah berdoa sebelum start match Perancis<


English Premier League : Memang ada ramai benar pemain beragama Islam kat EPL kalau korang semua nak tahu; terutamanya pasukan Arsenal. Antara yang korang mungkin kenal adalah Abou Diaby, Marouane Chamakh dan Bacary Sagna : semuanya pemain Arsenal. Selain itu bekas pemain Arsenal seperti Emmanuel Ebou, Samir Nasri dan Kolo Toure pun Islam jugak tau. Antara pemain top muslim lain yang masih dan pernah bermain di EPL adalah Edin Dzeko, Nicholas Anelka, Salomon Kalou, Yaya Toure, Armand Toure, Djibril Cisse, Khalid Boulahrouz, Hatem Ben Arfa, Demba Ba, Moussa Dembele, Sulley Muntari, Abel Xabier,Diomansy Kamara, El Hadji Diouf dan Fabio Aurelio.

Spanish La Liga : Selain daripada EPL, ramai jugaklah pemain Islam yang bermain untuk pasukan ternama di Sepanyol dan paling awesome : di dua kelab utama yakni Real Madrid dan Barcelona. Antara pemain Islam untuk Real Madrid adalah Karim Benzema, Mesut Ozil,Lassana Diarra, Mahmadou Diarra, Nuri Sahin dan tak ketinggalan : Zinedane Zidane. Barcelona pun ada pemain muslim jugak dan antaranya adalah Ibrahim Afellay, Erik Abidal dan juga ex-player : Lilian Thuram. Tapi antara ramai-ramai nie, bagi aku yang paling awesome adalah Frederik Kanoute. Dia pernah pakai baju Palestin masa score goal dan bina masjid guna duit sendiri tau. Awesome kan?! Oh ya, tak ketinggalan jugak pemain Sevilla : Arouna Kone.


>Frederik Kanoute : pemain Islam paling awesome aku rasa<


>Karim Benzema : Nama pun dah macam melayu kan?!<


>Hero terbaik mestilah Mesut Ozil : Yeehaa!!<


Sepanjang aku buat research untuk entri nie, ramai jugaklah pemain-pemain Islam lain yang aku baru tahu. Antara yang paling mengejutkan aku adalah bekas penyerang Brazil yang bermain untuk Manchester City yakni Fred. Selain itu goalkeeper utama Korea masa World Cup 2002 dengan World Cup 2006 yakni Lee Woon Jae pun Islam jugak. Selain daripada mereka, antara pemain Islam lain adalah Frank Ribery, Mamadou Sakho, Hakan Yakin, Murat Yakin dan Bruno Metsu. FYI, dalam menghasilkan list-list nie, aku tak masukkan pemain-pemain Turkey ataupun negara-negara Islam lain sebab memang confirm diorang Islam kan? Ahakz!! Oh ya, aku terjumpa artikel yang cakap Robin van PersieKaka, Zlatan Ibrahimovic dengan Thierry Henry pun Islam. Benarkah? Aku pun kurang pasti. Tapi sumber nie teramatlah diragui kebenarannya yerk!


*Itulah antara pemain muslim aku tahu : korang tahu kasi sharelah semua*
[Sedar tak sedar : kurang daripada 4 hari untuk cuti aku berakhir : malasnya wei!!]
    Related Posts with Thumbnails