My Followers Who Follow My Blog

Friday, June 08, 2012

Get Ready For EURO 2012 : Apa Perlu Diketahui Semua?

Kurang daripada 24 jam lagi, Kejohanan Euro 2012 yang bertempat di Ukraine dan Poland akan bermula. Memandangkan sekarang aku tinggal dan belajar di salah sebuah negara yang amat fanatik dengan bola sepak yakni England, maka aku pun dapat merasa sedikit sebanyak kehangatan Euro 2012. Sejujur-jujurnya aku tak rasa England berpeluang tinggi untuk menang Euro 2012 tapi aku harapkan diorang dapat tunjukkan performance yang terbaik demi peminat-peminat fanatik diorang. Bersempena Euro 2012 nie jugak, aku ada sediakan sedikit sebanyak summary dan pasukan pilihan aku untuk setiap group. Aku harapkan korang pun ada pendapat dan pasukan pilihan korang sendiri yerk. Yeehaaaa!!


>Mascot untuk Euro 2012 : Cute dan Comel<
  
  
>Full guide untuk Euro 2012 : aku dah tampal satu dalam bilik<


Group A : Czech Republic, Greece, Poland dan Russia
Pemain Terkenal : Tomas Rosicky, Petr Cech, Wojciech Szczesny, Andrey Arshavin
Komen : Dalam Group A, dua pasukan yang paling aku minat adalah Poland dan juga Czech Republik memandangkan kedua-dua pasukan nie ada tonggak Arsenal yakni Tomas Rosicky dan Wojciech Szczesny. Bagi aku, keempat-empat pasukan nie berpeluang merebut dua tempat teratas untuk layak ke pusingan seterusnya. Walaupun Czech Republic dan Russia mungkin pasukan yang lebih kuat berbanding yang lain tetapi Greece merupakan juara Euro 2004 dan Poland pulak bermain di tempat sendiri. So, touch choices!

Group B : Denmark, Germany, Holland dan Portugal
Pemain Terkenal : Phillip Lahm, Bastian Schweinsteiger, Miroslav Klose, Thomas Muller, Mesut Ozil, Lukas Podolski, Robin van Persie, Dirk Kuyt, Arjen Robben, Wesley Sneidjer, Robin van der Vaart, Nani, Cristiano Ronaldo
Komen : Seriously ini adalah kumpulan maut memandangkan tiga pasukan Eropah yang amat kuat berada dalam satu kumpulan. Germany, Holland dan Portugal perlu berjuang habis-habisan daripada awal untuk merebut dua tempat teratas dalam Group B. Sebenarnya aku minat tiga pasukan dalam Group B yakni Denmark, Germany dan Holland tetapi untuk ke peringkat seterusnya, Germany dan Holland adalah pilihan aku. Nampak gaya macam payah Cristiano Ronaldo nak tunjuk skill camnie gak. Ahakz!!


>Group A : Czech Republic, Poland, Greece dan Russia<


>Group B : Germany, Holland, Portugal dan Denmark<


Group C : Croatia, Italy, Rep of Ireland dan Spain
Pemain Terkenal : Luka Modrid, Gianluigi Buffon, Mario Balotelli, Robbie Keane, Shay Given, Shane Long, Iker Cassilas, Pedro, Xavi, Cesc Fabregas, Andres Iniesta, Sergio Ramos, Fernando Torres, Juan Mata, David Silva, Xabi Alonso, Sergio Busquets
Komen : Kalau tengok atas kertas, dua pasukan pilihan daripada Group C adalah Spain dan juga Italy. Kedua-dua pasukan nie mempunyai ranking FIFA yang jauh lebih baik berbanding Ireland dan Croatia. Selain itu, pemain daripada kedua-dua pasukan ini amat terkenal walaupun korang tak layan bola sepak sangat. Tetapi aku harapkan agar Croatia dapat cipta kejutan dan kalahkan salah satu daripada dua pasukan pilihan nie. Kalau nie happen : memang awesome giloss!!

Group D : England, France, Sweden dan Ukraine
Pemain Terkenal : Wayne Rooney, Theo Walcott, Joe Hart, Ashley Cole, Steven Gerrard, John Terry, Samir Nasri, Karim Benzema, Patrice Evra, Frank Ribery, Zlatan Ibrahimovic, Andrey Shevchanko
Komen : Memandangkan aku berada di England sekarang, aku harapkan agar England sekurang-kurangnya dapat layak ke pusingan seterusnya. Tetapi England memang banyak problem kebelakangan nie, so mungkin payah sikitlah kut. Pastu France dah makin kuat sekarang dan ternyata diorang adalah pasukan pilihan. Pasukan yang aku minat pula adalah Sweden dan aku harap diorang dapat kejutkan England ataupun France nanti. Kita tunggu dan lihatlah camna nanti. (^_^)/


>Group C : Spain, Italy, Rep of Ireland dan Croatia<


>Group D : Sweden, England, France dan Ukraine<


Itulah sedikit sebanyak komen aku pasal pasukan-pasukan yang akan join Euro 2012 dan seriously nasib aku amat baik memandangkan perlawanan akhir Euro 2012 adalah pada 1 July 2012 : malam sebelum aku bertolak ke Copenhagen, Denmark untuk bercuti. Aku harapkan agar Euro 2012 kali nie akan penuh dengan pelbagai aksi yang awesome dan juga kejutan untuk pasukan-pasukan pilihan: seperti mana semasa Euro 2004. Tetapi sekiranya tiada sebarang kejutan, empat pasukan pilihan aku untuk separuh akhir Euro 2012 adalah Spain, Holland, Germany dan France. Itu adalah pilihan aku : korang pulak bagaimana?! Yeehaaaa!!


*Selalunya lelaki yang layan bola sepak : peminat perempuan ada ke di sini?*
[Patutnya musim summer sekarang tapi hujan tiap-tiap hari cam musim winter : sedih!!]

Thursday, May 31, 2012

4 Fantasi dan Realiti Shopping di London United Kingdom

Alhamdulillah memandangkan aku sudah pun langsai dengan exam terakhir aku di London School of Economics (LSE) pada hari Khamis yang lepas. So seminggu selepas aku habis exam nie, aku hanya duduk bermalas-malasan di rumah, main computer game seharian, jejalan ambil angin di kawasan-kawasan ceruk London, shopping di charity shops dan macam-macam lagi. Memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir aku di London, aku sudahpun settlekan proses shipping bebarang aku ke Malaysia. Untuk shipping, aku ambil tempahan dua kotak besar dan insyAllah dijangka sampai ke Malaysia dalam awal Ogos. Termasuk dalam bebarang yang aku shipping adalah segala macam bebarang tempahan dari London. Oh ya, aku teringin untuk share dengan korang semua tentang empat fantasi yang selalu disalah anggap kalau nak shopping bebarang di London. So harap dapatlah dijadikan iktibar yerk. Yeehaaaa!! (^_^)/


>Inilah suasana Boxing Day : Hari Untuk Shopping di London<


>Shopping pun shopping jugak : duit Pound jangan lupa<


Fantasi No. 01 : Bebarang Gadget (e.g. Komputer, iPad, Blackberry) Murah
Realiti : Aku selalu dapat e-mail daripada kengkawan or rakan pembaca di Malaysia yang bertanyakan harga gadget seperti iPad ataupun Blackberry di London. Untuk pengetahuian korang semua, harga gadget di London selalunya lagi mahal berbanding di Malaysia. Kekadang beza harga boleh jadi lebih daripada RM 1000. Sebagai contoh, aku pernah jual external hard disk 500 GB aku yang dah berusia dalam 2 tahun dengan harga RM 250 walaupun kat Malaysia, RM 200 dah leh dapat yang baru kan? Oh ya, lagi satu selalunya handphone ataupun Blackberry yang dibeli di UK akan di-locked dengan servis provider yang berkenaan seperti o2 dan Vodafone. So kalau nak unlock tu, lagi RM 50 nak kena spend. Mahal kan?! T__T

Fantasi No. 02 : Pakaian or Jersey Bola Yang Original "Made in UK"
Realiti : Kekadang aku ada dapat e-mail daripada member-member untuk belikan diorang jersey bola seperti jersey Arsenal, Liverpool, Manchester United, Chelsea dan sebagainya. Respons aku mudah sahaja : aku boleh belikan jersey-jersey tu tapi perlu ingat yang kat label akan tulis "Made in Vietnam" ataupun sewaktu dengannya. Untuk pengetahuan korang, jersey-jersey bola; samada dibeli di stadium mahupun di Adidas or Nike Store, memang akan dilabel dengan "Made in Asian". Bukannya nak cakap jersey tu tak original tapi memang kilang Nike ataupun Adidas tu terletak di Indonesia, Thailand ataupun Vietnam : sebab itulah dilabel pun tulis camtu jugak. Sama juga dengan brand-brand lain seperti Abercombie, Calvin Klein, Clarks, Burberry dan banyak lagi. Kualiti brand nie semua memang high class dan diorang dilabel dengan "Made in Asian" sebab kilang-kilang diorang memang terletak di sana. Itu saja!! (^_^)/


>Harga gadget di Malaysia kekadang lagi murah berbanding di London<


>Walaupun beli di Nike Store : kekadang Made in Asia jugak<


Fantasi No. 03 : Branding; Beli Dari Store UK Based Mesti Gempak
Realiti : Sejujur-jujurnya tak semua brand yang berasal daripada UK adalah gempak or mempunyai kualiti yang hebat seperti yang disangkakan. Brand seperti Fila, Karrimor, Lonsdale, Umbro dan Reebok memang boleh diconsider sebagai berkualiti tinggi. Tapi pada masa yang sama ada juga brand or store seperti Primark dan Peacock yang kualiti agak rendah berbanding yang lain. Namun pelancong dari Malaysia suka shopping di Primark dan Peacock sebab bebarang diorang amat murah dan kat label pun ada tulis "Made in UK". Oh ya, kalau korang nak tahu, Peacock nie ada cawangan store di Bangsar, Kuala Lumpur. Walaupun Peacock seolah-olah seperti salah satu high street brand sebab terletak di Bangsar tapi sebenarnya Peacock nie dah nak bangkrup dah tau. Opsss : nak tahu lagi sila google sendiri yerk. Ahakz!!

Fantasi No. 04 : Shopping di Oxford Street atau Bicester Village
Realiti : Pelancong-pelancong daripada Malaysia suka berjalan-jalan or shopping di Oxford Street dan kalau diberi pilihan untuk kawasan shopping di luar London, mereka selalunya akan target Bicester Village Factory Outlet. Memang tempat-tempat nie mempunyai banyak pilihan pada harga yang berpatutan tapi ada banyak lagi area lain untuk shopping yang perlu dijejaki. Aku pernah kempilkan dalam entri "4 Tempat Shopping Best di London United Kingdom" sebagai rujukan untuk pelancong yang ingin datang ke London untuk shopping. Bagi penggemar bebarang bundle, korang bolehlah serbu pelbagai carboot sales dan charity shops di serata London. Kekadang leh dapat bargain yang memang takkan dapat di Oxford Street ataupun Bicester Village. So, jangan biarkan fantasi shopping hanya sekadar di dua area tu sahaja tau. Silalah untuk discover area lain jugak.


>Design lawa, harga murah : memang kegemaran pelancong Malaysia<


>Besok aku plan nak pergi tengok theatre nie lah<


Itulah empat pekara fantasi yang selalu berleluasa bila nak shopping bebarang daripada London ataupun United Kingdom. Selalunya dua fantasi pertama yakni "Bebarang Gadget Murah" dan "Jersey Perlu Made in UK Untuk Ori" yang menjadi isu untuk kengkawan yang nak tempah barang daripada UK. Kekadang bila aku explain kat diorang pasal benda nie, terus terpadam niat diorang nak order jersey ataupun gadget daripada UK. Kesian jugak aku rasa tapi itulah; aku pun bukannya taukey store nak buat sebarang perubahan. Ahakz!! Sementara menunggu result exam dan graduation day pada bulan Julai nanti, aku ada plan untuk travel Europe sikit nanti : insyAllah akan aku sharekan dengan korang semua. Doakan selalu yerk!! (^_^)/


*Buat kali pertama di London : besok aku nak pergi tengok theatre Wicked!!*
[Walaupun aku dah hantar dua kotak barang balik Malaysia : ada barang banyak lagi]
    Related Posts with Thumbnails