My Followers Who Follow My Blog

Saturday, January 30, 2010

6 Kelebihan London Yang Mengagumkan

Malaysian memang suka untuk comparekan antara London (UK) dan Malaysia – bagi aku kedua-duanya ada kebaikan dan kekurangan yang tersendiri. Sekiranya sebelum nie aku ada sharekan dengan rakan pembaca kekurangan-kekurangan London, kali nie aku nak sharekan dengan semua beberapa kelebihan London yang mungkin korang tak ketahui selama ini. Selain daripada apa yang korang dah sedia maklum menerusi rancangan tv dan sewaktu dengannya, kelebihan-kelebihan yang aku sharekan ini adalah yang hanya dapat diketahui berdasarkan pengalaman stay di London.  


London yang best
>Pilihan yang murah<


London yang best
>Pilihan yang ternyata mahal<



Kaguman Satu : Pengangkutan
Kaguman Kenapa? : Yang pastinya, pengangkutan di London adalah jauh lebih baik berbanding di Malaysia. Tube, bas or semua jenis pengangkutan awam memang menepati waktu dan bertimbun-timbun di London. Aku tunggu bas pun paling lama dalam 3-5 minit sahaja. Kalau kat Malaysia, siap beruban janggut aku. Lambat sangat!! Huh!! Frust~!! Sekiranya di Malaysia ada Touch N Go, London turut menggunakan konsep yang sama tetapi lagi efisien yakni Oyster Card. Dengan penggunaan Oyster Card, korang akan dicaj dengan kadar yang lagi murah. Oleh sebab itu, sekiranya korang ada plan untuk datang London (walaupun sekejap), pastikan dapatkan Oyster Card ini. Tube station pun ada banyak. Jadi, kalau sesat masa jejalan tu, masuk sahaja mana-mana tube station dan confirm korang akan berjaya mencari jalan pulang kembali. Namun, jangan sesekali gunakan taxi ketika di London. Itu mencekik darah sebab mahal sampai leh mampus!! J.A.N.G.A.N!!

Kaguman Dua : Skill Memandu Tahap Gila!
Kaguman Kenapa? : Kalau korang semua nak tahu, jalan-jalan di London ini kebanyakan banyak simpang, satu hala dan sempit yang amat. So, boleh tak korang membayangkan Ferrari, Porsche, Mercedes, Proton dan pelbagai lagi di jalan raya? Boleh tak? Kalau tak boleh,nanti aku rakam video untuk korang. Itu kira okay lagi. Macam mana lak dengan bas-bas yang besar dan panjang itu? Cuba korang bayang skil pemanduan diorang untuk melalui jalan-jalan itu. Memang hebatlah. Kekadang sipi sahaja nak langgar tiang lampu kat tengah jalan. Kalau aku duk kat tingkat atas bas, memang berhenti jantung jap. DUP!!DAP!!DUP!!DAP!! Berdebar-debar. Takut juga kalau accident kan? Tapi tiada lagi la setakat ini. Semua pemandu-pemandu bas di London ini skill memandu pelumba-pelumba F1. Aku rasa diorang semua ini pemandu-pemandu racing dan F1 yang dah bersara kot.


London yang best
>Touch Oyster Card di Bas&lt;


London yang best
>Touch Oyster Card di Tube<



>Rakaman Video Trip Oxford St Guna Bas<


Kaguman Tiga : Jogging Setiap Masa
Kaguman Kenapa? : Kalau di Malaysia, mana ada makhluk yang waras yang nak jogging di tengah hari kan? Cuaca maha panas kut. Mahunya dapat kumpul sebaldi peluh. Kalau jogging pun, pasti ada yang pandang errk!! Namun, di sini, korang leh jogging anytime, anywhere tanpa memkirkan orang lain. Ramai orang-orang di London ini berjogging pada anytime sahaja termasuklah pada waktu tengah hari jam tepat pukul 12.00. Contoh situasi sebenar : ketika di tengah jalan-jalan di tengah bandar tu, tetiba ada yang memintas dengan laju. Rupa-rupanya tengah berlari-lari. Dah la diorang pakai seluar pendek dan baju trainer tu. Tak sejuk ke time winter-winter ini?? Suhu negative kot!

Kaguman Empat : Surat Khabar Free
Kaguman Kenapa? : Semasa aku mula-mula sampai London, ada orang bagi surat khabar. Aku ingat kena bayar tapi dia cakap, "Free Evening Standard!! Free!!" Aku pun ambil teruslah surat khabar tu. Baca-baca, layan jugalah. Itu yang bestnya London, dapat surat khabar free. Semasa aku sampai memula, ada 3 yang free iaitu Evening Standard, Metro n Lite. Tapi yg Lite itu dah bankrupt. Kuat sangat bagi free kut. Memang tiap-tiap hari aku akan dapatkan surat khabar ini. Cakap free kan. Boleh aku buat baca masa dalam tube. Kalau tak free, confirm aku tak belilah. Nak jimat kut~!! (o.O)


London yang best
>Jogging di tengah panas yang gila!!<



London yang best
>Free newspaper!! Free!!<



Kaguman Lima : MP(Member of Parliament) yang Baik
Kaguman Kenapa? : Aku tak tahu samada ini betul or tak tapi ini aku dengar daripada senior-senior aku. Korang tahu MP kan? Ahli Parlimen or ADUN la kalau di Malaysia tu. Kalau korang nak tahu, katakan kalau korang baru sampai dan nak minta ADUN korang bawa korang jejalan, korang boleh terus mail diorang. DAN diorang W.A.J.I.B untuk bawa korang jejalan around kawasan korang itu. Sebab memang itu peraturannya. Kalau ada apa-apa tak puas hati, terus sahaja mail dan diorang akan terus bagi servis itu. Adakah Malaysia begitu jua? Korang jawab sendiri -_-"

Kaguman Enam : Emergency Bebetul Emergency
Kaguman Kenapa? : Kalau di Malaysia, bila korang kal 999 untuk kes emergency, confirm akan sampai within sejam kan? Atas alasan traffic jam selalunya. Tapi kalau di London, confirm akan sampai within 15 minit. Sebab transport di sini bebetul efisien dan ambulance, kereta bomba, kereta polis dan sewaktu dengannya dapat bertindak dengan cepat. Dah la diorang punya siren itu bingit bangat!! Aku rasa boleh dengar dalam radius 2 km kot. Memang kuat. Seriously~!! Tiap-tiap hari aku leh dengar siren tu. Rasa macam tak lengkap hidup di London tanpa siren emergency yang boleh buat orang menyumpah seranah. Aku confirm taklah. Cakap baik~!!


London yang best
>Bomba mengejar api<

London yang best
>Ambulans mengejar orang mati<

So, itulah sebahagian kelebihan London compare to Kuala Lumpur. Tapi macam biasalah, ada kelebihan dan kekurangan di mana-mana kan? Jadi, redha sahajalah. Namun pada masa yang sama perlulah kita terus-menerus meng-upgrade diri sendiri dan persekitaran kita nie. Harap dapat jadikan sebagai pedoman untuk terus memajukan negara kita. Yeehaaa!!

*London, tolong jangan turun salji pelis~!!*
[Lagi sekali aku tanya..Siapa nak baca tentang univ aku??]

38 comments:

dfsdf said...

np xbg turun slji???best kang tiap2 hari dapat paper free..hiihih

Haffiz Al-Banna said...

@roslina:trun salji amat la annoying..huk3..cm tulisn blog sy Fantasi & Realti Pelajar Luar Negara kat bawah tu..huk3..sure xbez la..tau xper..kt blik,penuh paper free nie..

luvly mya said...

cerita je sal uni..sti ramai nak bace tue..hehe

meera^da cute..*_* said...

wah...mesti besh...dlu ingt nak sambung kt uk ke....tp xdpt lak..huhu

Haffiz Al-Banna said...

@luvly mya:cm cnfirm jer dia yerk..huk3..kn univ nie cm boring..ahakz..

Haffiz Al-Banna said...

@meera:xperla..rezekit kt mmner kn..sbar yerk..myb rezeki lg murh kt malaysia kn..

daezz said...

kata busy tp smpt post lg..bgos btol la..org yg tetba muncul last vdeo 2 comel la..ha3 papepon..basya!!majulah maju!!

daezz said...

lg 1..drebar bus 2 parking bapak dekat ngan bas kt dpn 2..klu test JPJ M'sia knpm fail!!ha3

Haffiz Al-Banna said...

@greenrose:haha..cmtula nk ckp terror or x..hbt giler skill driving..ahakz..mmg busy pon tp sbb demand pemint,so aku taip la blog post bru ntuk korg semua..huk3

wawa syaida said...

salam kenal...best..tak sabar nak tunggu next entry =)

saya ! said...

erm..tube tu mcm mne ek?
lgi satu,sy nk tau psl u awk..saje2 je nk tau.cite la ye :)

Menderas said...

Walaupun katenyer seperti indah khabar dari rupa. Aku selalu imagine yang student oversee pandai tahap dewa. Ntahla.

Amanda Eltiqaz said...

Sy suka la, awk tulis dlm BM, slalu org duduk luar negara ni suka tulis dalam english. Suka info ni :D

Jard The Great said...

hehehe.. menarik lak blog neh... sy tak pernah smpi london.. it's nice to read bits of it here.. ngeee..

etomyam said...

bagus sangat ni, beza dengan site2 anak m'sia di perantauan yang lain...ko punya very visitor oriented....hehehe, nanti tulis banyak2 lagi.....dan aku masih x puas hati ngan design bus stop di residential area aku, kononny tiru design obersea..tak der bumbung...terlupa kot M'sia ni negara panas dan hujan sepanjang tahun hahaha

kuyam said...

nak2!nk baca sal uni u~
hehe,sori terexcited lebey :D

AcanCapik said...

bestnyer... melopong je la tgk org kat oversea...

FaTiN said...

bestnyer boleh g oberC..tsk tsk. tak leh fly kita baca crita kamu aje lah ea?

pak long said...

salam...
best jer baca ent3 ni...rasa cam dok london jah.....

Anonymous said...

@kautsar:hehe..tube nie cm ktm la tp underground..tp tube lg laju,efisien,lg pnjg..nama len tube ialh underground..huk3
@wawa:trimas2..huk3..biaser2 jer duk london..ad bez ad x..ahakz
@amirul faiz:aku xpndai thp dewa pon..tahap cucu dewa pun lum smpai lg..huk3
@amanda:haha..nak tulis english nnti kn,bukn korg jer xpjhmaku pun xphm apa aku tilis nnti kan..ahakz
@jard:jngnla read abit jer..rad la bnyk skit..hehe
@ALL:thank untuk support brtrusn.huk3

Haffiz Al-Banna said...

@etomyam:aku rasa bus stop kat cni smua ad bmbung kot..kalau xder,cnfirm bsah n penuh salji la time winter..thanks ntuk pujian tu..segan lak i..haha
@kuyam:haha..nanti aku wat entri khas psl univ aku..tp xm poyo lak nnti.adoi2
@acanCapik:haha..ad video aku nek bas kut..try la tngk..ahakz
@fatin:ehhe..no prob..kalo leh fly,bgus la..alhamdulilla..huk3
@pak long:hehe..rjin2 dtg la bro..sy bwk jjln kat cnie..free jer..ahakz..
@All:trimas2..aku cm nk nagis n trhru jer..huk3

ISZA said...

sronok dapat berada kat negara orang ye.. akak tunggu anak g kot bru nak merasa..

Haffiz Al-Banna said...

@cikgu isza:akak gie antr anak smpai ke overc ker?pegh2..kaya..huk3

hisham said...

salam ziarah...bestkn london...nk sgt p sane...huhu

~kalo ko rajin ko off knlah word verification ni...tq

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

salji turun ar best..tringin nak main salji..hehe..walaupun sejuk tahap cipan tpi tringin nk rasa..

neway salam kenal salam folo..salam ziarah..cheers too..

aNIe said...

Akak yang baca ni pun rasa kagumlah...belum betul2 lagi merasainya...

Haffiz Al-Banna said...

@thanks kepada bro hisham..aku xtau lak leh disable benda tu..hehe
@akumilikmu??:hehe..trimas sudi fllow..ahakz..mmg sjuk woo salji..cm penuh muka ngn salji..mak ai..xleh2..haha..skali..skala xperla..
@anie:trimas akak..sy hrgai bbtul..huk3..xper..nnti ad rezeki kt rasa yerk..

dfsdf said...

xde cite baru lg kew???XSabar nak baca cbaran kat london...ihihihih

..nOj.. said...

beb gua dh follow yu. best baca cite2 sang perantau. more update more update tuk ktorg yg x penah jejak negara org ni. huhuh

daela said...

bestnya...salam ziarah dik hafiz...

Haffiz Al-Banna said...

@roslina:tu ader cter psl univ sy kt ats tu..huk3..tp cm xmnrik sngtla..cm nk promote univ pun ader..huk3
@noj:insyAllah..sy cuba update skdr trmmpu n seusha paya sy..hehe..tp kl tiap2 ari cnfirm xdptla..aha
@daela:huhu..trimas2..nnti sy ziarh blog akak lak..arigato gozaimas...

aku Zaty said...

huhu..
best nye dpt study kat sana..

p/s : sana ada pets x utk diselamatkan? hee~

Haffiz Al-Banna said...

@aku zaty:haha..byk gkla pets berjaya dislmtkn.tp kl cari spider,lalat or serngga2,mmg xder la..huk3

gurly lyla said...

salam..mm bestnyer die..dr kecik tingin nk stdy london...hu2

Haffiz Al-Banna said...

@gurly lyla:skrg nie umo braper?mner tau ad ksmptn lg nk study sni..insyAllah ad peluang kn..

Anonymous said...

saya salah sorang calon spm 2010.. terima kasih byk2 kerana blog post mengenai LSE ni membuatkn sy lebih bersemangat utk berjaya dlm spm..

Haffiz Al-Banna said...

@tanpa nama:goodluck bro..moga berjaya//

miza lafvalisz said...

hebat btol...kalo diorg drive kt jln m'sia nie ala-ala f1 gitu...apa la akan trjdi eak..haha

    Related Posts with Thumbnails