Sebelum start apa-apa, mahu buat satu pengumuman. Sesiapa yang membuat tag ataupun meng"tag" ataupun memberi aku award, sila tinggalkan komen di post ini. Memandangkan makin ramai yang tag aku, aku rasa bersalah sekiranya tidak membalas. Jadi, akan aku balas untuk kali ini. Pastikan komen tag itu ditanggalkan. Pastikan!!
Kalau korang semua perasan, aku dah ubah template baru kan? Kalau dulu template yang agak kebudakan-budakan dan ada gambar robot lagi kan?! (Ngeh3!!) Yang template lama tu aku ambil kat google. Kadang-kadang sampai lama gak aku duk google untuk cari template baru. Nak buat macam mana, nak buat sendiri tak tahu dan tak pandai. Sekarang nie aku dah ubah template baru dan aku design sendiri guna blogger. Okayla sebab ringkas dan melengkapi apa yang aku nak. Puas hati dah~!! ^_^
Sebelum nie aku ada share dengan korang semua pasal movie-movie yang aku layan kan? Takdalah banyak sangat sebab aku memang tak suka sangat tengok movie nie. Layan pun setakat separuh jalan dan memang selalu tak sempat nak habis. Kalau pergi panggung wayang pun, boleh dikira berapa kali saja aku ke sana. Memang kurang daripada 5 kali kut. Bagi aku, tengok wayang memang membazirkan duit. Lebih baik aku tunggu CD cetak rompak keluar. Orang memang marah kat lanun cetak rompak tapi kalau kualiti filem pun tak seberapa, memang wajar dicetak rompak pun. Kui3!!
Untuk entri kali nie pula, aku nak share dengan semua drama-drama yang aku suka ataupun ejoy untuk tengok. Terus-terang aku cakap yang aku memang tak suka langsung drama-drama yang jiwang ataupun yang sewaktu dengannya. Kalau layan pun, just layan episod pertama dan episod terakhir. Kira ambil untuk cukup syarat sahaja. Kebanyakan drama yang aku layan adalah hasil karya luar negara. Tak tahu mengapa tapi memang kurang suka drama Malaysia. Apa-apapun, ini sebahagian drama aku suka. Layan~!!
Sebelum nie aku ada share dengan korang semua pasal movie-movie yang aku layan kan? Takdalah banyak sangat sebab aku memang tak suka sangat tengok movie nie. Layan pun setakat separuh jalan dan memang selalu tak sempat nak habis. Kalau pergi panggung wayang pun, boleh dikira berapa kali saja aku ke sana. Memang kurang daripada 5 kali kut. Bagi aku, tengok wayang memang membazirkan duit. Lebih baik aku tunggu CD cetak rompak keluar. Orang memang marah kat lanun cetak rompak tapi kalau kualiti filem pun tak seberapa, memang wajar dicetak rompak pun. Kui3!!
Untuk entri kali nie pula, aku nak share dengan semua drama-drama yang aku suka ataupun ejoy untuk tengok. Terus-terang aku cakap yang aku memang tak suka langsung drama-drama yang jiwang ataupun yang sewaktu dengannya. Kalau layan pun, just layan episod pertama dan episod terakhir. Kira ambil untuk cukup syarat sahaja. Kebanyakan drama yang aku layan adalah hasil karya luar negara. Tak tahu mengapa tapi memang kurang suka drama Malaysia. Apa-apapun, ini sebahagian drama aku suka. Layan~!!
Drama Minat Satu : Great Teacher Onizuka
Pelakon Utama : Sorimachi Takashi dan Matshushima Nanako
Sinopsis : Drama ini mengisahkan pasal seorang cikgu yang bernama Onizuka yang cuba untuk get along dengan anak-anak muridnya. Dia nie bukan seorang yang berpelajaran tinggi dan merupakan daripada kalangan geng-geng rempit. Tapi, dia berjaya untuk menjadi cikgu di sebuah sekolah swasta dan merubah para pelajar sekolah itu, guru-guru sekolah itu dan juga sekolah itu pada keseluruhannya. Orang pandang dia hina tapi last-last, dia yang direspek olleh semua orang. Drama ini ada dalam 12 episodes dan diterbitkan pada tahun 2000. Antara drama terbaik yang pernah aku tengok sepanjang hayat aku. Thumbs Up!!
Kenapa Aku Suka?! : Aku suka drama ini sebab cara cikgu nie memujuk pelajar-pelajarnya adalah dengan hanya menjadi diri sendirinya yang sebenar dan tidak hipokrit. Dia berjaya mengubah semuanya dengan usaha dia sendiri dan dia tidak pernah lari daripada prinsip dirinya. Sesungguhnya, kebaikan adalah lebih penting daripada kepandaian. Drama ini memang menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan aku. Kadang-kadang aku selalu fikir yang memang tak logik tapi yang penting, apa yang aku dapat dari drama nie memenag berguna. Lagi sekali, THUMBS UP!!
>Poster Liar Game Season One<
Drama Minat Dua : Liar Game Season 1 and Season 2
Pelakon Utama : Toda Erika, Matsuda Shota dan Suzuki Kosuke
Sinopsis : Drama ini mengisahkan pasal seorang girl yang memang jujur tahap gila-gila (sampaikan jumpa RM1 pun nak pergi bagi kat polis) yang termasuk competition Liar Game. Competition Liar Game nie, para peserta kena saling menggunakan tipu helah untuk menipu para peserta lain. So, korang boleh bayang macam mana seorang peserta yang memang jujur masuk contest nie. Jadi, dia pun minta tolong daripada seorang hero yang memang expert pasal tipu helah dan diorang berjaya menang sampai akhirnya. Season 3 will coming soon~!!
Kenapa Aku Suka?! : Aku suka drama ini memandangkan genre cerita yang pasal suspens dan bermain dengan intelektual. Memang antara drama terbaik yang pernah aku tengok dan setting serta jalan cerita drama pun menarik sepanjang kisah itu. Selain itu, pelbagai jenis tipu helah yang mungkin tidak akan terfikir oleh korang semua turut dikongsi di dalam cerita ini. Amat dramatik dan sesuai dengan jiwa aku yang minat drama or cerita yang suspens ataupun intelektual. Tak sabarnya season 3 lak~!!
Drama Minat Tiga : One Litre of Tears
Pelakon Utama : Erika Sawajiri, Hiroko Yakushimaru dan Ryo Nishikido
Sinopsis : Drama ini adalah mengisahkan pasal kisah benar seorang gadis Jepun. Dia nie boleh diconsider cantik, bijak dan aktif sukan. Tetapi semasa dia masuk sekolah menengah, dia mendapati dia menghidap penyakit Spinocerebellar Degenaration (terbelik-belik lidah aku nak sebut). Penyakit nie memang tiada penyembuhnya dan dia terpaksa bertahan dengan penyakit ini selama lebih kurang sepuluh tahun sebelum dia mati pada umur 25 tahun. Sepanjang dia dirawat, dia menulis diari kehidupan dia dan antara petikan dalam diari dia adalah "I write because writing is evidence that I am still alive."
Kenapa Aku Suka?! : Ini merupakan satu-satunya drama yang berjaya membuat aku mengalirkan air mata. Kalau tak silap aku, semasa episod 4 or 5, aku terpaksa pause dan stop untuk nangis. Pastu sepanjang cerita asyik stop untuk nangis sahaja. Malu la pulak kasi cerita kat sini tapi tak mengapa, tak heran pun. Drama ini menjadi inspirasi aku untuk terus teguh dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Tiap kali aku rasa down ataupun nak nangis, aku akan terus pasang drama nie. Lagipun, lagu theme untuk drama nie : "Only Human" daripada K adalah antara lagu terbaik yang pernah aku dengar sepanjang hidup aku. Memang bravo tul cerita nie~!! Nangis lagi T___T
Selain daripada tiga drama terbaik di atas, ada beberapa biji drama lain yang turut aku layan. Tapi dalam semua drama-drama nie, aku memang paling suka tiga drama di atas sahaja lah. Aku pun tak tahu kenapa ketiga-tiga drama nie adalah drama Jepun tapi mungkin sebab drama Jepun memang berkualiti. Di bawah nie aku senaraikan drama-drama lain yang aku minat (dan yang aku ingat) dan juga beberapa drama yang aku kurang gemar ataupun tak suka!!
Drama Minat : Nur Kasih, Burning Flame, Supernatural, Iris, Hanakimi, Heroes, Glee, Numbers, CSI dan Winter Sonata.
Drama Kurang Minat : Sembilu Kasih, Gerak Khas, Drama yang jiwang-jiwang dan telenovela siries.
Aku rasa itu sahaja yang aku nak share dengan korang semua buat masa ini. Kalau ada antara korang yang tahu any dramas yang bergenrekan intelektual dan suspens, bolehlah untuk suggest kepada aku. Jangan korang suggest kat aku drama jiwang lak; terutamanya yang macam Sembilu Kasih tu, memang siang-siang takkan aku layan. Kalau boleh, drama yang ada benda baik untuk diambil daripadanya. Kasi ubah diri sendiri ke arah lebih baik~!! -__-"







27 comments:
salam... kak e tak tengok drama di tv kita... tak taulah kenapa (Nur kasih tu pun tak tengok apa lagi citer lain!)
* Tak layan cerita Korea ke? cerita Korea pun best gak ;)
ak suka gk hanakimi ngn liar gme..korea pon best gk..law sad sonata la dr 1st epsod smpai abs la ak nanges..hahahah
peh.. sy pun minat citer GTO. Punye la tergila-gila kat takashi sorimachi tu masa sekolah dulu2..huhu =)
waaawee..hehehe....
citer rosalinda tu layan la jugak..tapi dulu222 la..itupun missed gak..
GTO pun layan gak..best...slumber badak punya cekgu..hehe..n enjoy
yg 1 litre of tearstu mmg tak bleh blah...spnjg jln crita sek mata berair je...bkn seliter kot..blter22..hahahah...
citer melayu nur kasih tu hujung5 episod bru la iye nengok..tp tgk cenggitu jek la..hehe..sbb tak brapa nk minta cite mlayu nih..hohohoh
byk gak ek citer yg long layan.. hehehee.. GTO tu mmg best, citer time sekolah tu.. i liter of tears tu x yah cakap la mmg the best drama.. nur kasih awal2 jer layan pastu cbuk.. supernatural pn layan gak.. drama series dari korea la byk sye layan.. yg mencetuskan minat pada citer2 korea ni adlah "all about eve".. =)
@umi_e:cerita kprea terlalu jiwg lah dan xsuit my cara hidup..skali sekala tu lyn ;la jugk..hehe
@mish lolipop:msti ko nangis pasal citer jiwg kn?aku mmg xlyn sngt citer jiwg nie..not my taste..ahakz
@aini:skrg nie hmpir tiap2 ari kut lyn gto..kasi inspirasi kepada dri sndri..hehe
@rama2ungu:ahakz..cer melayu just satu jer yg mont ykni nur kasih..tu pun xder la nk lyn giler2..biaser2 ajer..huk3
@haida hida:tu cerita serius or memen tu?huk3
waaaaaa.great teacher onizuka!!my fav!!!suke sgt.eh eh,ada tak jual dvd dia?hee~
serius la.. cerita cintan2.. =)
hoho..inche long m'update blog????aku tabik dan terkejut!!! kata busy uruskn hidup..hahha kalah aku yg free ni..
GTO!!! bapak bes cte tu..seyes x tipu..
nur kasih bes sbnrnya tp lps tau heroin dia cenggitu rpenya..cm kurg bermint utk troskn..kesal2..
GTO the best.teringa memori dolu2
saya pun minat rosalinda juga...suka sgt..!! hahah
@niniz:xtau la ada jual or tak..lgipun sy ln kt internet jer..sng n mudh..huk3
@haida hida:xnk cerita cinta cintun..tlk tepi awl2..huk3
@i am me:sy still lg lyn gto skrg nie tau,,huk3..best sngt2
@grenrose:sy dpt phm per mksud anda ngn heroin dia cenggitu..huk3
@anatyuni:sy xmint..huk2
tak minat heroes ker?? anime? hehehe.. *dah pegang title mak org msh gak nak layan kartun.. uhuk... uhuk
liar game mmg best...
psycho habis..
GTO,Liar game ngan 1 litre of tears tuh mmg aku layan.
Kira normal la kau nangis tgk citer 1LOT tuh.
kalau xnangis,tuh yang tak normal.
haha. ^.^
inche long..ko memg bgos la..amat memahami..hahaha cam pe je pelakonnya..huh
inche long..andai kata aku ign tag ko pd dua2 blog blh ke??haha
bz2 pon..on9 jgk..ceh!!
@laydee N:hehe..msti lh lyn gk kartun n anime semua..wjib lyn tu..ahakz
@kerak nasi:mmg best kn..cter dia pun suspens gk..huk2
@fyra:tu la paal..mmber aku yg leh dkira macho tu pun ad gk yg nk nangis..ak bkn alone la..haha
@grernrose:hehe..leh jer..sila tag2..sila2..ahakz
nah amek award nie.. Tengok sini http://nyokmanis.blogspot.com/
nanti aku donlod citer2 kat atas tu..mcm best jek..hehehe...
selera manusia memang berbeda-beda ya. kalau saya sukanya film kartun.:D
ok2..aku nk bg award kt blog ni jgk..so kiranya blog ni ngan blog coretan perantau tu dpt award yg sme..klu x wat kt salah satu ni..aku x tau la!!
blk m;sia nnt aku cri ko!!
@mish lilipop:bek2..sy sudh rekodkn..nnti sy bertrimas kt kamo yerk..hehe
@atieabid:hehe..mstilh..dcdgkn oleh seorg ygmmg kurg tngk movie..ahakz
@gambutku:hehe..sy pun lyn kartun gk..tp skali skala,lyn drama pula..
@greenrose:ko cri ak nk blnjer aku ke??
wahhhhh....taste kita samala...
supernaturaltu wajib tengok..=D
and citer 1 litre of tearstu kalau sape x nangistu mksudnya hati dia keringla....hehehe...
p/s: secara overall...taste citer kamu bagus..ahaha...
@fara aina:eh..lek lak dia komen taste citer sy yerk..hehe..xper2..
komenla...dah dia kata post a komen...
inipun dikira okla ckp taste bagus..
kalau ckp taste cam mak cik camne??
ahaha...hehehe
inche long..aku mencari ko nk blnja mkn la ( mkn je..)..tp lps aku saman ko..hahaha jgn lpe aku bakal lawyer..huhu berangan je lbh~~~
@fara:eh..xkish pun wlpun taste mcm makcik..still okay per..hehe
@greenrose:bereh2..ak blnjer, ko byr yerk..hehe
Post a Comment