Sebelum aku memulakan entri ini, mesti korang perasan kan yang lagi sekali aku punya template or layout or langsir (or watever korang nak cakap) berubah kan?! Kalau beberapa hari lepas, temanya ialah warna pink tapi sekarang dah tukar jadi warna hijau. Aku tukar atas beberapa sebab yakni : 01. Dapat gelaran jambu walaupun aku nie manusia dan bukannya buah. 02. Ada lelaki ingat blog ini kepunyaan seorang girl yang comel. 03. Aku dah kena sound dengan awek aku [-_-"] So, aku ambil keputusan untuk tukar lagi sekali. Ngeh3~!!
Oh ya, aku dengar cerita yang Malaysia tengah kemarau sekarang nie yerk. Sampai jarang betul hujan turun kan?! Sedih betul aku dengar kisah korang. Cuaca di sini sekarang on the way menuju musim bunga. Matahari pun dah bersinar dengan riang. Just angin sahaja yang masih lagi kuat. Selepas itu, lagi dua minggu aku akan start cuti term. Masa inilah yang akan aku ambil untuk study macam nak gila sebab banyak aku ketinggalan sejak daripada last term lagi. Eh, nie macam dah lari tajuk nie. Tajuknya lain, mukadimahnya lak lain. Sorry2!! Jom scroll down untuk masuk ke tajuk utama.
Sebelum ini, aku ada post pasal Jepun kan? Pasal macam mana Jepun boleh menginfluence dalam kehidupan seharian. Daripada selipar Jepun sehinggalah handphone Jepun. Daripada anime Jepun kepada manga Jepun. Semua Jepun nak kebas. Jadi, untuk entri kali ini, aku hendak berkongsi pula peranan sebuah lagi negara yakni jiran Jepun, Korea dalam kehidupan kita. Oh ya, Korea yang aku maksudkan ialah Korea Selatan yerk. Bukan Korea Utara. Takut kena bom nuklear pulak blog aku nie nanti kan. Huuuu~~
Unsur Satu : Lagu dan Artis Korea
Bagaimana?! : Aku tahu dan amat yakin bahawa mesti ramai antara korang yang layan lagu dan muzik Korea kan?! Semasa aku berblogwalking pun, banyak blog yang berbackgroundkan lagu Korea. Memang aku tak nafikan yang orang Malaysia ini memang sukakan lagu Korea sangat-sangat. Antaranya ialah Girl's Generation, Big Bang, Wonder Girls (bukan Wonderpets yerk!!), DBSK, Super Junior dan bertimbun-timbun lagi untuk aku listkan di sini. Aku pun ada juga layan lagu Korea ini tetapi bukan selalu dan bukan sampai tahap gila. Sekali sekala sahaja. Lagu-lagu Korea seperti Nobody, Tell Me, Heaven, Lies, Last Farewell, Mirotic, Sorry Sorry dan banyak lagi : aku yakin mesti ada yang sampai hafal lirik dan tarian diorang nie kan?! Lagu diorang memang catchy dan rancak dan itu yang menarik minat orang untuk mendengar walaupun sebenarnya tak paham apa-apa pon. Aku yakin kalau diorang datang Malaysia, mesti penuh stadium tempat konsert diorang itu. Kalau artis Malaysia buat konsert??! Paham-paham sendirilah~!
>Girl's Generation yang baru keluarkan single baru<
Unsur Dua : Drama Jiwang Korea
Bagaimana?! : Kalau aku sebut cerita Winter Sonata, korang tahu tak? Ala, yang lagu tema drama ini ditranslate ke dalam BM dan dinyanyikan oleh Hazami dan menjadi Sonata Musim Salju. Memang drama ini menjadi satu kegilaan semasa aku kecil dulu. Tetapi aku rasa, aku tak ingat pun pasal cerita ini dan aku tak rasa yang aku sempat habiskan semua episode. Cerita A Succesful Story of A Bright Girl tu sahaja aku pernah tengok sampai habis masa kecil. Drama Korea memang selalu jiwang dan sebenarnya berada dalam kelasnya tersendiri sekiranya ingin dibandingkan dengan drama Jepun dan drama Malaysia. Drama-drama seperti Boys Over Flowers dan You're Beautiful memang tengah popular sekarang ini. Aku pun baru habiskan cerita IRIS akhir tahun lepas dan awal bulan ini dan memang best serta berbeza dengan cerita Korea jiwang yang lain. Pelakon seperti TOP, Lee Byung Hun, Kim Tae Hee, Jang Rina dan ramai lagi memang popular habislah. Bukan hanya di Korea tetapi di Jepun, Malaysia dan negara-negara Asia yang lain. Lagipun, penuh drama-drama Korea di channel TV di Malaysia.

>Ini petikan dari Winter Sonata<
Unsur Tiga : Bola Sepak Korea
Bagaimana?! : Dua unsur di atas besar kemungkinan hanya untuk perempuan, unsur ini pula mempengaruhi para lelaki. Aku yakin yang ramai antara kita yang mengikuti kisah bola sepak Korea. Untuk World Cup tahun ini, kedua-dua buah pasukan yakni South Korea dan North Korea akan bertanding di sana. Selain itu, South Korea juga pernah sampai ke peringkat separuh akhir semasa World Cup 2002. Itu memang pencapaian yang hebat sebab negara di Asia ini, semua pemain-pemain kecil-kecil sahaja badan. Dahla tewaskan Italy semasa quater final walaupun agak kontroversi punya match. Selain daripada itu, ada ramai pemain Korea yang berbased kan di Eropah. Antaranya ialah Lee Chung Yong di Bolton, Park Ju Young di Monaco, Ki Sung Yong di Celtic dan ramai lagi. Tetapi yang paling popular mestilah Park Ji Sung. Sebenarnya aku penyokong Arsenal tetapi aku still suka Park Ji Sung sebab dia mampu untuk jadi salah seorang first team player Manchester United. Memang bebetul hebat lah dia. Aku pun respek dan nak tabik spring kalau boleh. O> (ini image orang tabik yerk!!)
Unsur Empat : Lain-Lain Korea
Bagaimana?! : Aku yakin yang ada banyak lagi unsur lain tetapi tidak diketengahkan di sini ataupun hanya memainkan peranan kecil dalam kehidupan orang lain. Antaranya ada juga yang layan kartun Korea seperti Pucca dan Dooly. Selain itu, ada juga yang lain yang suka makan makanan Korea seperti mee segera buatan Korea yang entah hahal or tak dan juga kimchi. Korang pernah dengar tak kimchi? Senang cerita, kimchi ialah jeruk sayur-sayuran yang baunya memang "terbaiklah." Yang aku hairannya, orang Korea memang suka gila makan kimchi ini. Selain daripada itu, ada rakyat Malaysia yang selalu pasang impian nak pergi Korea. Tak teringin nak pergi London ker? Tempat aku sekarang ini. Tapi aku memang akui yang tempat-tempat percutian di Korea memang best pon dan aku pun kalau boleh nak juga pergi sana kan. [o.O]
Aku rasa itulah antara unsur-unsur Korea yang memang selalu bermain dan bersangkar di dalam kehidupan kita. Korang jangan cuba untuk nafikan sebab aku yakin yang mesti ada unsur itu walaupun sedikit kan? Kalau boleh, kurangkanlah dan jangan sampai gilakan sangat Korea itu. Better korang gilakan benda lain seperti unsur arab ker yang memang aku jarang nampak. Apa-apa pon, Korea memang best. Ada masa, cubalah untuk cari duit dan peluang untuk ke sana. Oh ya, South Korea yerk. Bukannya North Korea. Kan tak pasal-pasal kena tangkap lak kan. Aku tak tahu~~!!!









46 comments:
ouh study kt korea.. course ape ek?? kim chi?? tringin nk rse:D
ahaha..betul2.sekarang nie ramai betul minat korea..terpengaruh la sikit2..keh3..tapi takla minat sangat sampai hafal lagu and step tarian..=)
i lurve korean movie also..diorang stylo la..best2...huhuhu
salam ziarah
wa..sekelip mata da tuka layout..aku da agk mst kna sound ni..ha3
korea sememgnya bes!!! tp mostly minat drama n lagu korea je..psl artis2 dia x amek tau pon..ha3
kimchi x sdp..
salam...
a'aa btul, kt malaysia skank panas sgt.. sye kt tanjung malim ni panas yg amat.. malam pn sama.. kipas bke paling max.. kat sne on d way menuju musim bunga ye.. nnti jgn lpe post gmbar2 musim bunga k.. teringin sgt nk tgk musim bunga.. huhuhu..
kat atas tu intro psal musim.. hehehe.. skank nk citer pasal Korea plak.. sye mmg minat sgt2 la citer korea ni, tpi x pernah phm2 pun bahasa tu.. rugi kan.. pelakon2 dia pn bukannya sye knl sgt.. minat tgk jer.. skank tgh ikuti siri drama "East of Eden" kt TV2.. best sgt, sedih..
Mana Super juniOr???mereka lg hot!!hu3...
tgk citer you are Beautiful..sangt2 best!!hahaha
sy korean,japan addicted! klu la msia ni punyer drama leh adun cm dorg xde la malaysian pilih mnonton drama luar...
oh ye. skg mmg pns giler...ujan pon ujan asid...lari topik
beshnyerr kat korea nak musim bunga..
nak honeymoon kat korea!! :)
kimchi tu sedap tak?
kuarga kakak suka tul tgk cite korea nih, satu lemari simpan dvd
@wana_love:eh..mner ader study kt korea..silap info nie..ehehe..sy study kt london..
@luvly mia:eh..nie leh cyer ker..lgpun trian korea kn sng jer nk hfal..msti biasa nie kn..
@wahidah:bez kn muzik diorg..mcm catchy2 jer with the high bass..tp dngr slu,srbut pun ad..
@greenrose:prnh mkn kimchi ker?dngr cter mmg xsdp pon..huk3..tau xper..dh kena sound la..ahakz
@haida hida:insyAllahg.boleh saja..bisa diatur..gmbr2 musim bunga kt blog lg stu yerk..
@sweet.ans:yerker?smpai ujan asid yerk?bhayanya kt sana..jngn gie aner2..duk dlm rumh jer erk..eheh
@haida hida:eh..east of eden..rasa cm prnh dngr jer tjuk tu..popular jugk kn..huk3..
@cik iday:mngkin super junior juz popular ngn lagu sorry sorry jer..ahakz..
@nurhayati:waa..waa..sy ckp kt london yg nk msim bnga..
@iman:bak kata org kt ats..xsdp..ehehe
@maiyah:perghg..nie mmg thp gila habis2an nie.mnt tul ctr korea yerk..
femes la kot.. hehehee.. mgkin sbb hero dia tu kot.. hero "Autumn in my heart".. tpi penat la tgk kt tv, rase nk cepat2 jer habiskan.. dah x tahan nk tgk ending dia.. huhuhu
x dinafikan..skarang dh ramai suka korean..semua brkaitan dyorg sgt best..
sy pon korean's big fan gak..
SS501 super junior kara snsd dh ramai org kenal dh..
betul kata anda..kalo konsert msti ramai..and dlm bln ni ade konsert super junior kt KL..mmg ramai org berebut2 beli tiket walaupon mahal..
anyway..thanx 4 the great article..
sronok baca..
lalallalala
ke"korea'an..rasenye xde lam kamus kan..eheheh
setuju2.saaaangattttt korea.hoho.
@haida hida:mngkin sy xphm lgsung per wak ckp nie..sbb sy kurg skit kalo korean punya jiwg punya drama..
@nanasyaz89:huhu..braper tcket yerk?mahal eh?eh..nie mmg fnatik korea nie..beli tcket x?
@ellis:ehehe..bru jer reka td..jeles ker?ahakz..
@et:pergh..nie msi brckp brdsrkn pnglmn nie kn..ahakz
kimchi x prnh mkn..tp tgk gmbr cam kurg sdp je..
super junior dtg m'sia 20 mac ni..tiket plg murah rm200 rsnya..kah3 nk tggu kt airpot tkot kna pijak je nnt..
bese la kna sound..itu bermkna dia mngambil berat terhdp anda..kan bes tu??ha3
@greenrose:yerp2!!bez2..eheh..pergh..200 ringgit??mhlnya..dh leh wt mkn kfc sebuln tu..huk3..gie tngk ker nnti??
tetibe macam teringin nak tengok katon pucca lak..huhu
kore a mmg meng'addict'kn seseorg individu..
@cik aidacomei:hehe..bez kn pucca wlpun xbraper nk phm..ahakz..
@jaya jr:hehe..trmsuk kt brdua ker??
x..tp klu de org nk sponsor duit beli tiket tu..ha3 besar tpk tgn..stadium bola aku tadahkn!!
tau xpe..rm200..bole top up..mkn kfc..klu ko xyah sush2 posa lg da kt london tu..ha3
Lagi satu orang korea comey2!
sekian
awww big bang !
hahaa
minat ,
tp tade la fanatic kot .
bkn dowg kenal kite pom .
kan kan kan ?
@greenrose:perlu ker ko kaitkn ngn aku sekali?hehe..tp tul gk tu kn..ahakz
@finafento:org malaysia pun comel gk..cm sy..wahahha
@fathiahraihana:eh..diorg knal sy kut..hehe..memen jer..kui3
oh jgn men2 dengan kimchi.
haha.
ak yg duk cni br 2thn pun
asyik mengidam kimchi bila blk
cuti kat m'sia.haha=P
aku suke big bang!!!
@sunny,iso:yerker?bukn kimchi msm n xbez kut..huk3
@din:aku suka jua..wahhaha
hahaha..haru haru bes gile..wawawa..
@din:aku setju sepenuh hati..haru haru mmg bez..aku suka top..
ha3..perlu la jgk aku kaitkan ngan ko..kn ni blog ko..lgpon bnde btol kn..
tp..kan bgos b'posa??blk m'sia nnt mst da slim melim..ha3
@greenrose:hehe..well..biaserla..slimmelim tu mmg prktaan wjar ntuk aku..
owh.. jeles o..
ha3..jgn slim river sudaa...x knl buah hati nnt..ha3
smlm tgk iklan kt tv..tiket konsert super junior da sold out..tggl tiket rm400++ je..memg xde can la..
hoh....big bang tu kegemaran anak buah mokcik....
katun pucca tu tak sesuai tengok oleh bebudak......ciumm ciummm ciummm
@ann:aper yg djeleskn akak?huk3./ :)
@greenrose:haha..mmgla..org snggup abiskn duit for that..kl nk drma surau rm3 pun xlepas kn..
@dila:haha..yerker?anak buah saja ker?or ngan mak cik dia sekali??
btol la tu..jauhkn la kita2 ni drpd bnde cmtu..apatah lg ko yg kt oversea tu..he3
drpd terkinja kt sna dok umah on9 lg bes..lyn blog2 ko lg bes..bgga x aku puji ni..ha3
aku suka daesung sbb duk lyn family outing je..tgk r blog aku da review ckit sal bigbang ni..
@greenrose:bek ko ckp ko nk per sbnrnya nie?aiskrim?or coklat?
@adin:haha..daesung mmg suara dia bez kn..aku suka top
memg lyk btol inche long study kt oversea..dpt meneka agenda aku yg sbnr..ha3
klu blh nk dua2 tp inche seorg yg pntgkn bajet so coklat je la..coklat london tau!!ko blk aku claim..ha3
de cte korea bru..Master of study tjoknya..x tau la nape aku bgtau ko bkn blh tgk pon..huhu
@GREENROSE:haha..drpd ko kuat tngk cter korea,bek ko pegi study ker,bacer quran ker..dh insaf lum?hehe..
insaf tros..sob3...
@greenrose:tau xper..hehe..jngn insaf kjp jer yerk/./
Wow Best Tu..Memang Teringin nak Jejak Kaki Ke Seoul...Kalo Jumpa Shinee, Suju, KiBum Or Lee Seung Ki Lagi Best...
By The Way...Suju (Super Junior) Akan Buat Konsert Kat KL Pada 20 Mac 2011 Nie Kan..Rege Tiket..Pergh..Yang Tinggal Cuma RM468 Nyew Jer...HuHuHu
Post a Comment