Kebelakangan ini aku amat busy sekali dengan usaha yang berterusan dalam mencari rumah sewa untuk term depan. Namun, masih belum lagi aku temui dan kalau dah jumpa pun, samada rate amat mahal ataupun amat jauh daripada LSE. Memang tak puas hati betul dan memang membazirkan masa aku sahaja. Tapi tak mengapa, aku akan berterusan mencari rumah yang terbaik. Kalau terdesak juga, terpaksalah aku tumpang rumah member dulu sementara mencari rumah sewa lain di masa akan datang. Busy3!!
>Menunggu untuk Thames Clippers bergerak<
Disebabkan busy yang melampau, aku mengambil keputusan untuk menggabungkan blog aku yang lama dengan blog aku yang ini. Blog yang lama akan ditutup dalam masa terdekat dan semua entri blog lama aku sudahpun diimport ke sini. Kalau korang perasan, tiba-tiba jumlah entri aku menjadi lebih daripada yang sepatutnya. Kalau korang ada free time, bolehlah ambil masa untuk layan cerita-cerita aku di zaman dahulu. Ada yang menarik dan ada yang mengarut tanpa arah tujuan. Biasalah : masa tu remaja lagi kan. (So, sekarang dah tua?! Errkk!!)
Selain itu, aku juga mewujudkan dua segmen baru di blog aku ini. Segmen tersebut diberi nama sebagaimana di atas. Kedua-dua button untuk kedua-dua segmen itu terdapat di bahagian penjuru kanan atas blog ini. Segmen exchange link diwujudkan untuk memberi peluang kepada sesiapa untuk exchange link dengan aku dan segmen iklan itu ialah promosi-promosi dan program-program yang aku join dan aku rasa berguna untuk disebarkan dengan tujuan menambah pendapatan korang semua. Untung tau!! Confirm!! ^_^
Alright! Nampaknya dah tiga perenggan di atas tu langsung tiada kaitan dengan tajuk entri aku agaknya. Jom kita masuk tajuk utama. Dah ready and well-prepared lum? Kalau belum, sediakan diri korang sekarang juga. Cepat tarik nafas dan hembus!! Korang pernah dengan Thames River tak? Kalau tak pernah dengar, aku sendiri pun tak terkejut memandangkan aku hanya dengar dan tahu pasal Thames River bila aku dah sampai ke bumi UK ini. Thames River ialah sungai yang kedua terpanjang di UK. Kalau tak silap aku, sungai itu merangkumi London, Cambridge, Oxford dan banyak lagilah. Apa kaitan dengan entri aku?!! Haa!! Jom scroll down~!!
Di London, Thames River merupakan antara sungai yang paling hot dan paling fames di sini. Ini kerana kebanyakan attraction utama London seperti House of Parliament, Big Bang, Eye of London dan pelbagai lagi adalah terletak di sebelah sungai ini. Sungai apa?! Sungai Thames!! Selain itu, Tower Bridge dan London Bridge juga merupakan jambatan yang menyeberangi Thames River ini. Jadi, kalau korang rajin dan larat, sebenarnya berjalan di sebelah Thames River dari satu tempat pelancongan ke tempat lain sudah cukup bagus untuk mengelakkan sesat. Just larat or tak?!! Boasanya pelancong yang datang ke London tidak aka ketinggalan untuk menaiki boat untuk merentasi Thames River ini. Jom kita kaji soal sedikit mengenai perkhidamtan-perkhidamatan ini~!!
Cara Menyusuri Thames River
1. Thames Clippers : Ini adalah perkhidmatan boat yang paling murah tapi tak diconsider paling best. Untuk satu kali menyusuri Thames River dari satu tempat ke satu tempat dalam GBP 7.00 sehingga GBP 25.00 : bergantung kepada jarak perjalanan dan distinasi korang. Kalau korang guna Oyster Card dan Travel Pass, harga itu akan berkurang menjadi lagi murah. Boleh diconsider laju tapi tiada tempat duduk di atas. Tu yang tak best tu!! -_-"
2. Thames Cruises : Berbeza dengan Thames Clippers, yang ini pula ada tempat duduk di atas. Kalau hari tak hujan, memang bestlah kalau duk layan di atas tu. Yang ini pun harga lebih kuran Thames Clippers yakni dalam GBO 5.00 sehingga GBP 25.00 : bergantung kepada jarak dan kategori umur. Namun, jarak yang dicover boat ini adalah lagi pendek dan pada masa yang sama, kalau tak silap aku, tak boleh nak guna Oyster Card!!
3. Lain-lain : Selain daripada dua cara yang paling popular di atas, cara lain untuk menyusuri Thames River adalah dengan menggunakan speedboat, voyages dan bermacam-macam lagi. Sorry to say, bot penambang tak disediakan di sini yerk. Ngeh3!!
>Ini adalah rakaman Tower Bridge yang dirakam dari boat : Spesel Edition<
Naik Boat Nak Pergi Mana?!
1. Greenwich : Di sini terletaknya garisan longitud 0 degree yakni pada garisan ini, korang berada di berlainan hari pada berlainan side. Selain itu, terletaknya juga Pasar Greenwich dan University of Greenwich.
2. London Eye : Korang ingat tak yang aku cakap awal-awal tu?! London Eye memang terletak betul-betul sebelah Thames River dan ada boat yang sediakan perkhidmatan yang berhenti betul-betul di sebelah London Eye ini.
3. House of Parliament : London Eye dengan House of Parliament dan juga Big Bang terletak amat dekat dan umpama sebelah menyebelah antara satu sama lain. Jadi, di sini juga ada stesen untuk boat ini berhenti.
4. Tower Bridge : Korang ingat tak jambatan yang boleh buka kat tengah-tengah tu? Itu ialah Tower Bridge dan bukannya London Bridge. Aku pernah cerita di sini kan?! Jadi, boat ini juga akan menyusuri di bawah Tower Bridge ini.
>Itu adalah Thames Cruises : Boleh duduk tingkat atas<
>Lagi satu video spesel : Rakaman sebahagian masa di atas boat<
Pengalaman First Time Aku
Asalnya aku memang dah lama plan nak pergi naik boat nie dan menyusuri Thames River dan pergi memana sahaja yang patut. Tapi tiap kali nak pergi, mesti ada benda yang ganggu. Akhirnya last week, aku dan Zaki buat last minute punya plan. Pada jam 4 petang, kitorang naik Thames Clippers dari Tower Bridge Station menuju ke Greenwich. Lepak kat sana dalam 2 jam dan balik naik boat semula. Memang macam orang gila juga lah masa itu memandangkan orang kampung nak naik boat kan. Penat duduk tangkap gambar dan merakam video. Selamatlah ticketnya takdalah mahal sangat. Dalam GBP 7.00 untuk perjalanan pergi dan balik. Cuak tu memang takda. Aku siap boleh hulur tangan menjamah air Thames River itu~!!
Jadi, itulah serba sedikit kisah mengenai Thames River dan pengalaman aku menaiki boat menyusuri Thames River. Sekali sekala naik boat nak pergi jalan-jalan tak mengapalah tapi kalau kerap sangat, aku juga yang pokai nantikan. Biasalah tu, pengalaman sekali sekala dalam hidup di tempat orang. Korang mesti jealous kan?! Jangan risau, akan aku upload gambar dan juga video untuk tatapan korang. Layanlah berapa kali pun korang nak layan. Asalkan happy sehingga akhirnya~!!
*Entri selepas ini akan mengisahkan pasal Greenwich : Get Ready!!*
[Besok nak kal orang di Malaysia. Dah lama tak kal family T__T ]


29 comments:
salam...wooh...adekah ak org pertame komen?...sg thames..x penah dgr oh..hehe,nt ak g uk,,ak naek gak clippers tu..
kalu ckp name bro, long hafiz kat penjual tiket,,dpt diskaun x?..
p/s:menunggu post psl greenwich..wondering about what's so special about greenwich..hehe
Ermm.. minat2.. minat tang nie..
>Pamplet promosi Thames Clippers : Anyone berminat?!<
hehe
Fuhh beshnye dapat jenjalan naek bot. duk negara sndri pun lom tentu g jenjalan naek bot..hehe
pernah jln2 disini..jln kaki..penat tuh..
wah!...naik bot...seronok²....^_^
bot yg ade nmber 2 mcm train je...hehe
grr..jelesnyer dapat gi London dahhh..
Terry kena habiskan Diploma di Malaysia dulu.. huaaa..
semakin membuak2 perasaan chik utk ke sana..msh lagi mencari masa yg sesuai...=)
huhuh...maw pergi sane juge...nk3...chantek pemandangan, chantek bot...sme2la chantek...
seronok betul tengok perantau nie berjalan-jalan... :)
seronok betul tengok perantau nie berjalan-jalan... :)
wah wahh. cantik bangat. bawak sy terbang kes sna ! ahak. hee
@sahel:haha..ko sbut nama aku, trus mkin nek hrga tcket tu..kui2..btw,greenwich xder pape yg best pun..just ad longitud 0 degree..hehe
@minemixs:haha..aku plan nnti nk blik malaysia, aku nk nek bot penambang kt ganu..tu pun xprnh nek lgi..
@bb hussain:tau xper..mmg pnt gile rkn?ahakz..tp best gk kl cuaca xpnas..
@aainaa:ahakz..tau xper..mmg srnok pun..slmt cuaca xpnas mner ari tu..
@uncle limau:tu la pasal..dri jaug nmpk cm tren jer kn..tp xderla pnjg sngt sbnrnaya..
@shafie:hehe..tnggu2..jng xtnggu..ahakz..sabar mnunggu yerk..kui3
@terry:xpoer bro..jngn risau..sudy kuat2.insyAllah mampu berjaya..ahakz
@chik:jngn lupa dtg time sy ada around..hehe..ner tau leh jumper n bwk jjln nnti kn..ahakz
@shee:sy pun cntik kan?ahakz..kui4..
@shiela:tu la pasal..exam pun xtau ke mana kan?ahakz..
@yon:kl leh bwk trbg, satu malaysia sy brk trbg skaligus tau..
salam singgah,
lawatan jauh dari Indonesia, tengok perantau berjalan2.
pemandangan indah...
nice..
bestnya..rsnya from riyadh ke sana dh dkt kan...hurm..mcm menarik je ne....
en zaki tuh hensem..kimsalam lah..hahaha
bestnya....
rs mcm dekat bebenar je...kalaulah dapat...
btw....x sbr nk bc en3 seterusnya....
Hmm...kenape nampak makin berisi??? (Ops!)
Ke ilusi photo je?? kekeke. jgn marah ye...
salam.. syukurlah.. bukan sume insan bertuah cam kamu.. dpt merasa angin luar.. :) tahniah.. n nice pic.
best nye bace coretan orang dirantauan ni. nak pegy sendiri tak dpt, tgk org lain je la :|
best nye bace coretan orang dirantauan ni. nak pegy sendiri tak dpt, tgk org lain je la :|
@penghuni60:nnti kl sy dtg indon,leh anda bwk jjln kn?tul x?hehe
@wahidah:yerp2..mmg dkt pun..dlm 3-4 jam flight jer kl xsilp sy..huk3
@husnazainal:dia dh ad awek la.xbleh2..dh la awek dia tu mmber sy gk..ahakz
@farzana:uisyh..truskn bersbr..hehe..sbr tu spruh dri iman..ad ms n klpngn, bru lah ada entri tu..
@marieela:itu trnyata ilusi photo tu..biasalah..kamera murh..hehe
@wany:alhamdulillh.trimas2..sy hrgai..huhu
@cik qemm:sbb tu blog nie ada ntuk sharing kish ngn smua org..huk3
kalo xada tempat duduk dalam boat, duduk bersila ke??
kim salam dgn london yerk fiz..
@rossoneri:rasa2 xsmpt nk duduk pun sbb smngt sngt nk amik gmbr kn..huk2..
@wanes:dia kim slm balik..wakakak
cantik pmandangan disana....luas bumi tuhan nie.....allah huakbar
@mimi:tu la pasal kak..subhanAllah.
luas pemandangan,besar pengalaman hidup diperolehi..saudara bertuah dipilih Allah melalui pengalaman hidup yang bukan semua orang mampu miliki..
nice blog...
memang lengkap tentang sungai Thames ini..memang senang kalau lain kali aku nak ke sana nanti...ehheheheh.
Bila yekk!!
Jom exchange bloglist....
youin my bloglist check it out
Post a Comment