Alhamdulillah. Menerusi respons entri semalam, nampaknya ramai yang amat concern mengenai keadaan kapal Freedom Flotilla yang dalam perjalanan membawa 10 ribu tan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ini merupakan satu situasi yang amat memberangsangkan kerana kita cuba untuk berjuang dengan apa saja cara yang kita mampu : walaupun dengan hanya doa dan ibadat. Teruskan mengikuti update Freedom Flotilla yang aku percaya ada banyak terdapat di internet : Facebook, Twitter, Google dan any sumber lain. Hanya terpulang kepada kita untuk mencari. Aku percaya kita semua mampu!! ^_^
>Coca-cola di mana-mana sahaja : Support bisnes tempatan<
Semalam suasana di demonstrasi memang amat tegang dan hari ini aku agak kepenatan. Selain itu, disebabkan hujan semalam, aku hari ini agak kepanasan badan (nak demam) dan juga suara pun dah hilang. Tapi tak mengapa, aku percaya yang aku mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT nanti. InsyAllah. Oh ya, hari ini aku cuba untuk beralih ke topic yang lain sebab semalam topic dah agak tegang dan stress. Hari ini kita berbicara pasal entri yang santai-santai sahaja. Okay?! Lain kali la pulak yerk aku tulis yang pasal tazkirah dan sharing lak. Ngeh3!!
>Piknik hari itu pun aku ada bawak Pepsi<
Siapa kat sini suka minum minuman berkarbonat? Alamak! Perkataan minuman berkarbonat panjang sangatlah. Aku nak tukar kepada panggilan air gas. Aci tak?! Sesiapa yang tak setuju, bagitahu aku yerk. Biasanya orang Terengganu panggil minuman berkarbonat sebagai air gas. Disebabkan aku dah terbiasa, maka aku assume korang fahamkan perkataan air gas. Aku memang seorang yang amat addict dengan air gas. Sebut sahaja air gas jenis apa : maybe hampir semua aku dah pernah test. Coke? Pepsi? F&N pelbagai perisa? Mirinda pelbagai perisa?! Semua aku dah test. Sehinggakan jenama-jenama Malaysia pun aku dah cuba : Madura, Maduria dan pelbagai lagi coke tiruan. Hebat tak aku?!
Kalau korang semua nak tahu, semasa aku di zaman Form Three, aku minum hampir setin Coke setiap hari. Minum-minum dan bila nak sedawa, tutup mulut. Biar kasi gas tu keluar ikut hidung. Pergh2!! Nikmat tul!! *Budak-budak dibawah 12 tahun dilarang mencuba* Kuat jugak aku minum Coke semasa tu sampaikan kena bebel dengan cikgu. Last-last aku pun kurangkan. Semasa aku di Form Five pulak, setiap minggu, sekurang-kurangnya aku akan minum 3 botol kecil 100 Plus Active (yang warna putih tu) sehinggakan satu bilik penuh dengan botol-botol yang aku kumpul. Gila betulkan?! Agak-agak ada lagi addict berbanding aku tak. Tapi, warning untuk semua : Please don’t try this at home, school or whatever sebab tak baik untuk kesihatan. Percaya tak?! Kalau tak percaya, kita sambung baca bawah!! (Nie baru mukadimah nie. Hahaha!!)
Memandangkan Coke merupakan air gas yang paling "keras" dan "urmph!!", maka aku sharing sedikit fact mengenai Coke. Sumber rujukan adalah internet, kengkawan dan lain-lain. Mungkin selepas korang baca nie, korang akan kurang berminat untuk minum coke dan mungkin berhenti terus. Aku belum berhenti lagi tapi on the way sekarang nie. Ahakz!! Inilah fakta mengenai (keburukan) coke :
1. Orang Yahudi tak minum Coke ataupun Pepsi sebab di dalamnya terdapat bahan kimia yang boleh mengakibatkan seseorang mandul. So, diorang produce tapi diorang bagi kaum-kaum lain minum supaya bangsa-bangsa lain tak boleh berkembang.
2. Dulu bising isu di Malaysia pasal seorang pekerja Bangla jatuh ke dalam tangki simpanan Coke. Samada Coke itu dikeluarkan, aku pun tak tahu. Yang penting, kita pun minum. Chup! Coca-Cola!! Pergh!! Perisa bangla siot!!
3. Sekiranya korang memasukkan tulang ke dalam satu cawan yang berisi coke, nescaya tulang tu akan hancur dalam masa dua hari. Kalau letak coke dalam perut?! Kesan hakisan dan karat juga dapat dihilangkan dengan hanya menyapu kesan-kesan itu menggunakan aluminium foil yang telah dicelup dengan coke. Dapat hilangkan pengaratan.

>Mirinda dulu amat famous di Malaysia<
4. Rasa-rasa korang pernah jumpa najis yang susah disental tak? Senang sahaja tekniknya. Ambil satu tin air coke dan jiruskan di atas najis tu. Tunggu sejam dan flush. Aku confirm dan cuci berseri : better than pencuci tandas yang lain.
5. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
6. Selain itu, coke juga digunakan dengan meluas sebagai racun serangga. Kandungan asid dan gula yang kuat juga boleh menghancurkan gigi yang direndam di dalamnya. Dipercayai juga bahawa coke mempunya 18 sudu teh gula. Standard kita minum kopi ataupun teh pun, doctor nasihatkan letak 3 sudu jer kan?!
7. Ini rumors yerk : Ada seorang pernah makan roti canai 10 bijik dan on the spot terus minum coke, kesannya perutnya pecah disebabkan tekanan gas yang terlampau tinggi. Selain itu, kesan bahan kimia yang amat berbahaya boleh member effect kepada organ dalaman sekiranya diminum terus-menerus. Take into consideration!!
Aku pun memang dalam usaha untuk stop minum air gas dan belanjakan lebih duit aku dalam membeli minuman seperti jus dan air mineral. Selain itu juga, Coke nie memang 100% kepunyaan pemilik-pemilik yahudi dan menyokong sebarang bentuk tindakan Israel. Aku harap entri kali nie, bolehlah membuka mata semua orang sedikit pasal Coke nie. Bukan untuk korang sahaja, tapi untuk aku jua. Harap semua terima dengan hati terbuka. Cakap tak suka Israel kan?! ^_^
*Dulu memang aku addict Coke : Sekarang tidak lagi : Yahudi Laknatullah!!*
[Saya rindu dengan orang-orang di Malaysia : Mahu bercuti post entri kejap kut]
[Saya rindu dengan orang-orang di Malaysia : Mahu bercuti post entri kejap kut]




73 comments:
dah lama tak minum coke....uhuhuhu...;p
huhu
coke juga boleh digunakan untuk mengilatkan piuter dan barang2 berkilau yang lain
hehe
dah lama juga x minum coke
tp time sendawa tu mmg best
Sangat setuju Long ...betul..betul..betulll
Syukur ...lah berhenti minum air gas ...karena dia mirip air aki...
sib sy xsuke minum air gas. sbb manis sgt. xtahan.
klo pegi mcd kene bgtau x nak coke..
klo lupe nk bagtau memang terpakse laa minum coke..
kaklong pernah tgk dlm youtube...
sbiji gula2 mentos dimasukan dlm sebotol air coke...meletup terus..!
sejak tu takut nk minum coke...
saya sangat jarang minum coke, pepsi dan minuman bergas yang lain.
taktahan sakit hidung. hehe.
tapi kerap minum 100+
okay ke minum 100+?
dah lama tak minum coke
sejak tahu bahaya
mmg patut di boikot...
betul tue jaya jr..lagipun rasa sebu bila minum coke..kalau coke tak ada ais lagi tahan manis dia pergghhhhh...huuhhuhuh skrg ni memang rajin minum mineral water :)
Gila engkau long minum ke pelahap air gas neh.
Tak baik wooo..kau pun tahu kan effect dia.
aku minum la juga, tapi takde extreme tahap kau. tu pun minum kalau makan kat fast food restaurant..kalau tak jangan harap aku nak beli air gas tu semua
uu..tq bro for sharing..
scary gak fact2. ni..
oohh..rindu pada orang Malaysia lagi2 pada dia tu kan..
ahaha~
bro.. sy mmg dh lama x minum coke.. sbb dlu penah kecoh air tuu ada diorg msuk sikit unsur alkohol..
lagi pun coke ni rsa lg keras compare dgn air gas lain...
air coke memang sangat bahaya...
tapi kenapa kan ia tidak dibendung, dan kalau boleh dihapuskan terus??
ermmm...
betol2. coke dan pepsi blh gantikan clorox utk cuci mangkuk jamban. hahahaa.
:)
saya gemar jus oren! yayyy~
Sama la dengan aku pun...duk rajin minum 100 plus. But actually 100 plus x sesuai minum pas sukan..hanya mempercepatkan proses pereputan tulang temulang~
bru semalam mnum coke kt mcd..hehe..tp jrg jgk mnum coke ni..perit2 je rse kn..time sejuk best r..
hentikan minum air gas nik dik long.... bahaya beb.. nanti kencing manis....
emmmm rindu org malaysia..? cuti post entry...? haaaaaa dah nak balik yeee...????
jom boikot beramai2!! tapi najib masih tak sedar. errrr, makin die tandatgn coke terbesar kt dunia ni. ishhhh!
coke mmg sedap.
lg2 coke mcd.
lg best!
tp byk keburukan lak.
kene jrg minum le. ;-)
claraemilycancer.blogspot.com
lynn dah lama tak minum coke...pjg sungguh entry nie...hehehe...
tu la,betapa bestnya gas nya yg tajam masuk tekak erk.. :|.memeang dah lame xminum
100 Plus bgs terutamanya kat M'si yg Panas dan hujan sepanjang tahun?hmmm
mmg x suka minum air gas
btw, thanks for the info ;)
wahhh..
minat btol ngan minuman bergas.. (^_-)
setuju sgt...dulu masa aku training, kalau minum air bergas atau coke ker kan dan senagkatan dgnnnya, bdn weak....klu joging biasa 10 raound, bleh jd dpt 5 round jer klu minum air gas...
kalau org kedah pggl ayaq gas..hehehhe..
mmg tak elok pun tuk bdn kita..tpi kita ni..yg tak elok tu la,lagi nak cari..bila dh sakit br la nak berpntang..;-)
kerana COKE yahudi punya,aku berhenti.
Aku pun jarang minum coke2 nie. Tapi kadang2 minum gak tapi letak ice cream dlm dia. Haha. Lagi tak sihat. Kalau kadang2 tak pe kut. Tapi yang penting air soya tetap dihatiku.. Hahahaha
teringat kwn akak usus hmpir putus sbb mnum coke hmpir tiap hari..
x minat sgt minum coke, mineral ngan air suam more better...hihihi
coke bergas sgt, sy akan cmpurkan dgn garam tok ilangkan ke-gas-an nye tuh...hehe
tapi smmgnye sy tak minum coke !
eff yahudi !! =P
fuuuu..
nasib baik sejak azali aku mmg tak suka minum air bergas :p
mari kita minum air mineral
nasib baik ler aku x suka air bergas!huhu..:)
aduh!masalah ni..saya ni hantu coke, mcam mana nk buangkan tabiat hantu coke nih??aish!
bagus la kalau dah sedar..berhenti terus lagi bagus tau!!! xbaik tuk kesihatan
semuanya best tapi aku tak minum..aku lg suka sirap.hahaha...lgpun air tin mahal!!!
x nk minum coke da..... tp skali skale bley x..hehhehhee
addicted coke..kalau duk rumah,almost everyday minum air gas.Coke la paling ketara.taktau nak kurangkan camane
kat youtube lagi lar..coke letak atas daging poke keluar segala jenis ulat dan virus kat dalamnyer..betapa dahsyat penangan coke.
sy pon ade wat entri psl coke dulu. ni link dia. :)
http://sigadiscomel.blogspot.com/2010/05/kebaikan-kebaikan-coke-must-read.html
Salam Long,
Alhamdulillah...dah ada keinginan untuk tinggalkan minuman yang tak bermanfaat ini. Now it's time to act and act fast!
Alhamdulillah juga akak dah 15 tahun (masuk tahun ni) tinggalkan minuman coke, pepsi termasuk minuman-minuman berkarbonat yang lain. Dari akak sekolah tingkatan 1 lagi. Long boleh kira berapa umur akak sekarang.
Akak mula boikot minuman2 ini masa tu sebab ustazah ada edarkan risalah ttg ejen Yahudi ni serta maklumatnya ttg kesihatan.
Sampai sekarang takde rasa teringin pun kecuali akak minum 100 plus atau Gatorade bilarasa badan nak demam. Itupun campur dng air masak baru minum. InsyaAllah dgn keizinan Allah lega demam. Tak payah makan panadol.
Prinsip akak senang...kalau kita tak minum air tak berfaedah ni, takkan mati kita. Jadi memang takde teringin pun sampai sekarang.
Mudah2an Long istikhamah hendaknya.
Salam Long,
Alhamdulillah...dah ada keinginan untuk tinggalkan minuman yang tak bermanfaat ini. Now it's time to act and act fast!
Alhamdulillah juga akak dah 15 tahun (masuk tahun ni) tinggalkan minuman coke, pepsi termasuk minuman-minuman berkarbonat yang lain. Dari akak sekolah tingkatan 1 lagi. Long boleh kira berapa umur akak sekarang.
Akak mula boikot minuman2 ini masa tu sebab ustazah ada edarkan risalah ttg ejen Yahudi ni serta maklumatnya ttg kesihatan.
Sampai sekarang takde rasa teringin pun kecuali akak minum 100 plus atau Gatorade bilarasa badan nak demam. Itupun campur dng air masak baru minum. InsyaAllah dgn keizinan Allah lega demam. Tak payah makan panadol.
Prinsip akak senang...kalau kita tak minum air tak berfaedah ni, takkan mati kita. Jadi memang takde teringin pun sampai sekarang.
Mudah2an Long istikhamah hendaknya.
sekarang mmg dah kurang minum air gas nih..kalau de beli pun cuma 100 plus dgn revive 7up.~
Salam alaik...thankz for this g0od info.Harap yg baca dpr sebarkan..cz mmg sekarang ni byk sgt makanan.minuman,even entertainment,.semuanya terkandung dakyah2 kafir..tujuannya tuk lemahkan org Islam..depa tahu sbnrnya org Islam ni kuat..Cuma kita sbg org Isam ni ja yg tak tau..:(
wow...ary pun addicted ngn vanilla coke.tp skrg kurang r skt..but klu nk stop ssh kot..i'll try..cewahhh..
huhu
x suka coke tapi suka 100+ huhu.. :P
tingat aku cite mythbuster.. hehe :)
Fuhh~ memang tak minum pn Coke tu. Bukan ye sedap sgt. =.= Plus, kawan ckp, certain coke tu, dorg campur arak. Grr. Bayangkan, orang tak bsalah, TER-minum sekali air najis tu. No wonder, sekarang ni macam-macam jadi. Coke + Arak. Yahudi Laknatullah!
info menarik...lama dah xminum coke...mmg sblm ni pernah dgr keburukan...masalah nya PM kita bagi org asing buat pelaburan utk coke d malaysia....itu lah dunia,..ssh nk d fahami..
wahh long! kaw mang hebat tang air gas ye! hahaha. aku mmg x mnum kot! :p
seb bek la sy xminat sgt air coke...hehe
salam sudikah terima award dari org kampung
vanila coke ade x kat citu long??
wua ! sy pun dah addict dgn coke. klu g kedai, msti nak beli satu botol. klu btol besar tu, mau than 2 hari jer. huhu
haha..memang gila 'kebaikan' coke ni..baik kurangkan minum coke sebab bila kau minum and kau nak jog/sport fitness kau sure down..try la!!hehe
"Coke membawa maksud dadah Cocaine"
waaaa long suka dadah cocaine!!!!! HAHAHAHA...
dah tau bahaye tapi nak minum jugak?!!
ps: dekat mesia takde pun jual mirinda lemon tuh. tsk. tsk.
wahaha. bagus la. tak perlu la minum air gas. sy pun dah lama tinggalkan air gas. kekadang tuh setahun sekali je minum air gas which is masa hari raya. waktu hari raya, Atoq selalu beli air loncan. Air gas yang tak berapa gas tuh. haha.
Jadi tunggu apa lagi? quit drinking COKE.. nanti mandul, macam mana nak dapat zuriat? eh eh and i heard, org cakap soya boleh kurang kan sperm.. is that true? kalau betul pon, tak kesah sangat. Sebab sy tak suka minom soya pun. hahaha. ;]
adik sy pernah gtau gak yg pasal letak tulang dlm air coke tu coz kwn dia penah wat research..
tapi still gak minum..
kalau tk dpt coke, ganti pepsi..
hasil=sama jer!!
thx utk entry nie..menarik!!
jom tengok2 entry baru nie
Cinta Sufi VS Komuter
rumusan sebenarnye air gas memang tak elok utk kesihatan...sbb manisnye yg melampau blh menyebabkan kencing manis..tak caya tanya doktor..huhu..
Coke adalah antara penyumbang besar kepada kezaliman Yahudi..
kasihanilah umat Islam di Palestin
Pepsi dan Coke adalah minuman berasid dan boleh memudaratkan kesihatan jangka masa pendek dan panjang
adehh..aku pon nak berhenti la minum coke dan pepsi bagaii semua pasni..aku memang addict ngan coke dan pepsi ni..jom apeez kita mula berhenti minum cola ni.
alamak...
mmg minat giler minum air coke or air gas yg lain2...
dlm proses nk kurangkn lah ni...huk2...
rndu org2 di Malaysia???
pasti lebih rindu org2 di kg Losong kn...?
:D
dah lama tak minum. Terutamanya coke. kebetulan customer aku semuanya penggemar coke. kira macam minuman 'ruji' diorang. makan nasi minum ngan ni juga. (customer aku pendatang@pelarian). tambah tambah pula, bila nampak sesiapa minum minuman ni, mesti nak disamakan dengan customer aku. bila jumpa info pasal coke ni.. lagilah....
hehe org kedah pun panggil ayaq ges (air gas)!
xminat sgt yg bergas sbb xthn time sendawa tu la. tp klu dapat vanilla coke... pergh! I like!
masa sekolah dulu cekgu ckp coke ada alkohol dlm 0.003% ke klu xsalah. camno?
ya, sama2lah kita banned coke!
kalau order makanan segera akan tukar minuman bergas kepada milo ais.dah lama tak minum coke..buat pengharaman minuman COKE di rumah untuk anak-anak. bahaya sangat. tapi sekarang ni budak2 lagi suka ibu bapa dah bg coke pd anak-anak. sebab itulah anak tu bila dh besar suka minum coke..
sy xsuka air gas..seboleh-boleh xmo minum..kalo g McD pn minum air milo..hehe.. actually coke mmg xbaek tuk kesihatan..byk sgt gula dlm 2..
Alhamdulillah..seumur hidup su xpernah minum air gas..coz bau dia pelik bg su..
~ LOGO ZIONIS!!!! Padam2!! DALAM PC anda..wehhh..pi blog sy untuk tahu..
jom amalkan gaya hidup sihat ! jauhi minuman berkarbonat ;)
oh yea. memang coke boleh digantikan utk jadi pencuci toilet :D sy sudah pernah cuba. mmg berseri.
nik pon dah jarang minum coke dan sebagainya...
lebih refer minum coke yg melayu 100% punya... haha...coke gak kan..
tapi nik jarang minum sebab kandungan gula yg teramat banyak... tak mau minum selalu... nanti kang kencing manis...
takut kena potong kaki...
panjangnya komen...haha
Lagi sekali..saya amat berterima kasih kepada komen korang semua dalam entri nie..sama2 kita sebarkan bahawa bahayanya coke nie dan sekiranya kornag memang yang addict coke, cuba untuk kuranhkan dari masa ke semasa..
jangan risau sebab aku dah baca semua komen korang dan memang terbukti bahawa coke nie memang membahayakan kesihatan..
Semua komen korang membuat aku lagi sedar betapa bahayanya coke nie dlama kehidupan kita..jangan terus dibuai dengan gas best coke tu tapi banhkitlah..
terima kasih kepada comment anda semua dan aku harap[kan agar korang menikmati blog ni sebagaimana aku sendiri,..
:D
kalu coke minum campur panadol selevur 2 biji and telan panadol lagi 2 biji apa akn jadi...
nice artikel bro....
aku pun dh lama tak minum coke
kat blog aku pun ada gak pasal kelebihan coke ni...jemput2 la singgah ye
Post a Comment