My Followers Who Follow My Blog

Monday, June 21, 2010

Cabaran Pelajar di London Tak Balik Cuti Summer

Semalam ada rakan pembaca yang bertanya macam mana aku buat application Facebook Like dan Facebook Share tu. Sebenarnya kedua-duanya aku hanya Google ataupun cari tutorial di blog penulis yang lain. Kepada sesiapa yang nak tahu, bolehlah rujuk Entri Facebook Share yang nie. Yang Facebook Like pulak, aku dah tak ingat kat mana aku rujuk. Sorry yerk. Harap ada rakan pembaca yang sudi share link di bahagian komen : boleh sharing ideas yang bergunakan?! Apa-apapun, any issues akan aku tolong sekadar termampu. ^_^


musim panas di london>Petikan karikatur LAT : Jom balik kampung!!<


Sedar tak sedar, agak lama jugaklah aku tak menulis mengenai London. Bukannya tiada bahan ataupun idea tetapi just sibuk tulis pasal benda lain jer. Jadi, jangan risau sebab kisah kehidupan di London tetap akan aku tampilkan. Oh ya, tak semua pelajar-pelajar di luar negara balik ke Malaysia tau. Ada jer member-member aku yang tak pulang. Diorang cakap nak enjoy summer holidays di sana dan nak travel sepuas-puasnya. Aku pulak lebih suka balik ke Malaysia dan menikmati Cuti-Cuti Malaysia. Jimat sikit duit aku!! *muehehehe*


musim panas di london>Suhu yang makin panas dan cuaca yang kering di London<


musim panas di london>Cabaran berpuasa di London memang penuh dugaan<


Kalau korang nak tahu, pelajar-pelajar di London yang tak balik ke Malaysia waktu summer nie akan menghadapi cabaran-cabaran di sana tau. Antara cabarannya ialah :

01. Suhu dan Cuaca : Ketika musim summer, suhu di London boleh mencecah 35 degree yakni hampir sama di Malaysia. Tapi bezanya ialah cuaca di London adalah kering dan cuaca di Malaysia pula adalah lembap. Jadi, keterikan matahari di London akan lebih dapat dirasai. Selain itu, hujan yang turun bagai "malu-malu kucing" juga boleh menyukarkan kehidupan seharian di sana. But still, suhu di Malaysia confirm lagi panaslah -_-"

02. Duit : Agak-agak korang berapakah sewa bulanan secara average untuk seorang di London?! Jawapannya ialah GBP 520.00 sebulan. Sekiranya korang plan untuk stay for the whole summer yakni lebih kurang empat bulan, jumlah sewa (per person) boleh mencecah GBP 2000.00. Ini jauh lagi mahal berbanding dengan harga ticket kapal terbang untuk balik ke Malaysia yakni GBP 500.00. Lagi menguntungkan kalau aku balik ke Malaysia kan?!


musim panas di london>Klik untuk pembesaran : Waktu sembahyang bulan June di London<


musim panas di london>Waktu Solat bulan Julai di London : Klik untuk pembesaran<


musim panas di london>Kos sara hidup yang tinggi tetap menjadi masalah<


03. Waktu Sembahyang : Waktu sembahyang di London memang agak fluctuate ketika musim summer sebab siang lagi panjang daripada malam. Sebelum aku balik ke Malaysia hari itu, Isyak masuk pukul 11.00 malam dan Subuh pulak masuk dalam pukul 3.00 pagi. Ketika musim summer, Isyak mungkin akan menjadi lagi lewat dan Subuh menjadi makin awal. Jadi, confirm kena tidur selepas Subuhlah. Kalau tak, terlepaslah Subuh tu. Taknak ketinggalan yang wajib kan?! -_-*

04. Puasa : Puasa Ramadhan dijangka bermula pertengahan Ogos yakni ketika musim summer. Waktu Subuh dalam bulan Ogos di London biasanya pukul 4.30 pagi dan Maghrib pula pada jam 8.30 malam. So, dijangka mereka akan berpuasa selama 16 jam. Kalau waktu klimaks summer, aku dengar-dengar yang tempoh berpuasa boleh meningkat kepada 20 jam. Jadi, memang agak mencabar untuk tahan selama tu : walaupun dengan keadaan cuaca di London. InsyAllah mereka semua mampu.

05. Sesak Dengan Orang Ramai : Waktu summer merupakan waktu kemuncak di London memandangkan ramai orang yang datang bercuti. So, London mungkin akan sesak dengan ramai pelancong. Nak pergi jalan-jalan pun mesti tak selesa. Selain itu, diorang juga akan pakai pakaian yang nipis dan pendek sebab panas kan. Aku pernah jumpa seorang laki yang berjalan-jalan di tengah Bandar London tanpa memakai baju. Agak-agakkan, kalau buat di Malaysia camtu, per jadi yerk?! Ahakz!!


musim panas di london>Yang nie pulak waktu sembahyang untuk bulan Ogos<


musim panas di london>Dan juga bulan September : Klik untuk besar yerk<


musim panas di london>Nanti ramai pelancong dan sesak : Tak best nak jalan-jalan<


Lima sebab di atas adalah antara sebab utama aku memilih untuk balik ke Malaysia dan tak stay di London. Papepon, Islam itu mudah untuk dipraktiskan walau di mana pun berada. Lagipun bukan senang nak cari rumah sewa for the short term di London : tiada landlord yang nak sewakan untuk tempoh sebulan dua. Kalau nak sewa, sekurang-kurangnya untuk temph 9 bulan. Yang nie akan aku cerita next time yerk. Selain itu, di Malaysia juga aku dapat makan pelbagai makanan-makanan yang best, jumpa keluarga dan rakan-rakan dan banyak lagi. Tapi ada gakla kelemahannya : internet dan public transport. TT__TT


*Wishing kengkawan yang tak balik ke Malaysia : Jimatlah duit tu wei*
[Entah macam mana aku boleh tertidur semasa match Brazil vs Ivory Coast semalam]

28 comments:

Anonymous said...

tak sempat lagi nak tengok match yg best2..sempat tengk ghana lawan australia jer..huhu!

Unknown said...

nak reply yg tang tak pakai baju...kalo kat mesi boleh laa berkwn2 ngan yg sentiasa berjalan2 di tepi jalan hahahha

qama said...

thanks long

Unknown said...

waaa..mmg mencabar....

weh,kat sana ade tak kejadian 'spike'...

Nadnod Azizan said...

selamat kembali ke Malaysia ;D

FA.SA'A said...

haha. kalau aku pun aku balek Malaysia! bkn sng nak cuti an! btw game brazil sngt lah mnrik! asl tido plak ni?? :)

NZ said...

hujan emas di bumi sendiri.
lagi best kan, Malaysia.
untungnya dapat pengalaman hidup di negara orang.

noorafzan.blogspot.com said...

x pe, janji brazil monang!

tehr said...

internet dan public transport malaysia memang sangat ketinggalan

kalau banding dengan ghana mungkin malaysia lebih baik

zai said...

16jam puasa, lama tu

En iLHAM said...

huhu
lamanya kalau nak kene puasa sampai 16 jam
tapi takpelah
banyak pahala tu
hehe
malaysia punye kelemahan memang yg 2 tu.
dah bape banyak kerajan kuarkan nak improve public transport.
tapi tetap macam tu gak
huhu

M a W a D D a H said...

jom cuti2 di malaysia...hehe

Shey Lokman™ said...

go london go london ! erk !


*tetibe (:

Dzasc Skachers said...

salam kenal.. :)
hehehe... leh kenalan ngan orang landon nieh :p
biasa la perantau..
macam wadud, dok Aceh pown penin gak..walaupon hampir sama je ngan malaysia... :p

komen wadud kat sini ekh :

http://slumberblogger-freedownload.blogspot.com/2010/06/adess-letih-betol-mengajar-orang-huhu.html

Lagenda said...

x dpt g london, dgr citer dr adik long ni pung jadik le...x pung, mkn almond london!!!

.aira. said...

mencabar gile lah kehidupan kat sane,

haha, sexy tu takkai baju, hilang phale pose nt, tapi macam seronok jee uh :)

jemput lihat blogg :D
aiz batu campur - tips mengelakkan perut buncit, haha

Unknown said...

owh..klo x blik..kena sewa umah plak ke>?

www.dunialandax.com said...

pergghh..gler pe sewa mcm 2??bole kene migrain otak berlobang ni~~huhu

Unknown said...

dimana bumi dipijak disitu lngit dijunjung..
apa2 pun msia adalah tempat yg terbaik yg pnh sy tngal..

Kaito said...

bagus la ko, sekurang2nya ko dah merasa. Aku pun nak merasa kesenangan and kepahitan kat sana....pengalaman kan..hope dapat gi sana insyaAllah

sweetsal said...

agak2 Long sempat tak berpuasa di sini? klu sempat boleh makan segala jenis lauk pauk masa buka puasa di sini kan...

Mr Apam said...

mmng mncbr seyh..

cermin said...

kui..kui..kui ... semangat gitu tapi tertidur jugak.

ezyanie said...

say hi to malaysia ! cuti sampai raya tak ?

saye kerink said...

wahhh.. well as for me, better balik mesia la kalau mcm tuh. balik mesia lagi berbaloi kot. dapat jumpa family yg quite lama tak jumpa. then makan makanan mesia. hahaha. mamak stall! balik la mesia, lebih berbaloi cutii summer anda. huhaha. ;]

rhapsody LiN said...

suka ganti puasa time winter.

ekekeke~
;p

Fakhruddin said...

coretan yang sungguh mnarik...!
LONDON ni sejuk terlalu sjuk..panas terlau panas kan...

Ultrabook Notebook Tipis Harga Murah Terbaik said...

wooo,,,,good share,,,

    Related Posts with Thumbnails