Tahun nie memang aku kuat travel berbanding tahun lepas dan 20-28 Dec hari tu aku sempat ke Paris, Germany dan juga Switzerland. Dua minggu sebelum tu aku ada jugak buat lawatan ke Brussels, Belgium yang diceritakan di entri nie dan entri nie. Memandangkan ada antara kita semua yang mungkin tak berkesempatan untuk ke Eropah maka aku akan bercerita dengan lebih lanjut mengenai pengalaman aku sepanjang seminggu lebih di Paris, Germany dan Switzerland. Harap korang semua layan yerk!! (^_^)/
Memandangkan flight aku ke Paris adalah pagi 20 Dec yakni jam 7.30 pagi, jadi aku dan dua orang member aku : Zaki dan Nabilah terpaksa tidur di atas lantai Luton Airport pada malam sebelumnya. Kitorang tiba di Luton Airport dalam jam 2.00 pagi : itupun selepas bas rosak di tengah jalan dan terpaksa tukar bas lain. Selamatlah Luton Airport tak sejuk sangat memandangkan heater ada dipasang walapun kurang kuat. Pada waktu itu memang banyak flight yang delay dan stranded disebabkan cuaca yang amat teruk : korang di Malaysia pun ada dengar kisah ribut salji yang lebat di seluruh Eropah kan?! -_-"
Selepas kami bertiga check-in di Luton Airport untuk ambil flight ke Paris pada jam 5.30 pagi, kami segera ke Departure Hall. Memang banyak flight yang dah cancel masa itu dan seriously risau kalau flight kami turut akan cancel. Dahla kalau flight Paris nie cancel, maka flight-flight kami yang lain mungkin akan burn sebab kami akan fly dari satu tempat ke satu tempat (Paris->Berlin->Basel->Munich->London). Once sampai di departure hall, kami mendapati flight kami delay daripada jam 7.30 pagi kepada 3.00 petang. Seterusnya flight tu delay ke jam 5.00 petang dan seterusnya 6.45 petang. Boleh diconsider sebagai plan kami untuk spend sehari di Paris memang dikira hancus!!
Memandangkan flight EasyJet itu delay, maka EasyJet menyediakan kupon-kupon untuk kitorang belanjakan di Departure Hall. Setiap seorang dapat dalam GBP 13.00. So, kami bertiga kongsi kupon tersebut dan berbelanja untuk lunch dan dinner. Memang masa itu amat stress dan amat marah sekali sebab risau kalau trip kami ke tempat-tempat lain terpaksa dicancel jugak. Dahlah hampir GBP 165.00 untuk ticket flight ke semua tempat lain itu!! Rugilah kalau habis semua. TT__TT Jam 5.00 petang, kami diberitahu bahawa semua flight ke Paris cancel yakni tiada flight langsung yang dibenarkan untuk masuk ke Paris pada hari itu. Kecewa yang amat : terus kami keluar daripada Departure Hall ke main entrance. *sobsob*
Memandangkan dah redha dengan flight Paris yang cancel dan mengakibatkan flight-flight kami ke tempat lain turut burn, kami pergi beratur di kaunter EasyJet untuk me-refund ticket flight London ke Paris. Namun betapa terkejutnya kami apabila diberitahu bahawa flight tu masih ON dan belum cancel. Kami terus berlari ke kaunter sekuriti untuk masuk kembali ke departure hall. Malangnya boarding pass or ticket kami tak lepas scanner sebab sudah discan di sebelah paginya. Kami diarahkan untuk issue boarding pass yang baru. Terus kami berlari ke kaunter check-in dan potong queue orang lain!! *wakakakakaa*
Pakcik di kaunter check-in inform kami bahawa flight ke Paris itu sudah cancel tapi kami lawan dia : cakap yang itu masih belum cancel. Selepas penat explain kat pakcik tu, dia terus telefon kaunter sekuriti untuk bagi kami lepas terus di sekuriti. Dengan pantasnya, kami terus berlari ke kaunter sekuriti untuk masuk ke Departure Hall. Seriously memang kami jadi tumpuan utama di Luton Airport ketika itu : berlari ke sana sini. Semua orang duk pakat tengok saja. Ahakz!! Lantaklah dan kami berjaya untuk masuk ke Departure Hall on time dan terus beratur untuk naik flight ke Paris. Ngam-ngam jer timing. Walapun memang agak teruk info dan layanan staff EasyJet, namun Alhamdulillah kami sempat untuk naik flight ke Paris. Once sampai di Airport CdG Paris, kami terus ambil train untuk ke Airport Orly Paris pada jam 11.00 malam memandangkan flight kami ke Berlin pada kebesokan paginya adalah daripada sana!!
Walaupun kami tak sempat untuk menjajah Paris dan hanya sempat untuk menjajah dua airport utama Paris yakni CdG Airport dan Orly Airport tapi kami bersyukur yang amat kerana dengan cuaca yang amat teruk, kami masih mampu untuk meneruskan perjalanan dan Europe Trip kami. Pada malam 20 Dec, kitorang tidur di Airport Orly untuk ambil flight awal pagi 21 Dec ke Berlin. Namun aku memang tak lelap sangat tidur pada waktu itu : maka aku berjalan-jalan di sekitar Orly Airport dan tengok manusia-manusia lain yang tidur di sana. Itulah sahaja kenangan di Paris mungkin?! Ahakz!! Papepon, nantikan kemunculan entri sambungan selepas nie yerk!
*Entri berikutnya adalah mengenai Europe Trip Hari Kedua kitorang di Berlin, Germany*
[Aku berjaya install Football Manager 2011 tanpa sebarang bayaran : terror jugak aku pirate]


29 comments:
haha. Kesian kau.
seronoknya. kan best kalau berpeluang pergi oversea jugak. :)
yup tak sabar nak baca ceriter seterusnya ..... suspend tapi mesti best kan dpt gi europe 4 holiday
salam,
seronoknya...kak angan2 jelah!
seronoknya travel!
best nya long , jalan sana sini -.-
jauhnya travel..hehheheheh
jom post entry baru korang kat sini http://www.facebook.com/home.php?sk=group_153924814660532¬if_t=group_activity ramai blogger beb!
Paris? pegi eiffel tak?
perghh !! sumpah jelous ! :((
wohoooo...syiok tu.. ! nak ikut~
wah experience tu memng best betol.
fuh..gua berangan gak nak pergi uero ni..
seronok nye Long dpt melancong walaupun penuh rintangan..btw header tu tersangat cantik..hehe
syok yea..baik2 jalan....tapi jgn lupa yea...pesanan orgtua dan suruhan Tuhan..huhu
seronoknyer.... kamu kerja ape er slalu g oversea?? best la jd cam kamoo ni :)
best ooo travel negara orang.
ok bro, tulis jangan tak tulis. nak baca nih. hehehhehe.
wahh best best...
baca pengalaman org kat luar negara.
update selalu k (^_^)
Amboi..bestnya pusing europe..
BIla nak singgah Copenhagen??/
tak dpt pergi..baca2 pun okey..
tengok gambar pun dah rasa sejuk sangat..
Wah..seronoknya dapat travel ke Europe... menarik..interesting..
bila la dpt g sna..
eja, wa pon nak ikut
waaa sonoknya..
wah..kadang2 itu lah lumrah bila melancong kan? kurang info, silap sikit..damn~..banyak masalah..ahaha..:p neway nice sory bro..
bestnya jln2..amik la pmndgn y lawa2 sket..hee~
hye bro br je on9 ni ngee...ok kite suka promote geng yg sempoi dan friendly.alah sian nyer tido atas lantai.masa kite keje klia dulu manjang foreign pax tido lantai.kesian gka.yelah dr leoak kat hotel kena byr,mhl gak.baik tido atas lantai he3..wah,rasa mcm kite lak join bro kat paris he3..nice info,puas tgk foto2.ada latest n3 bthu tau!
serius sgt best!!
pengalaman berharga nie..=)
seronok nya bila dapat melihat tempat org... selalu2 la update pic n info untuk mereka2 yg tak berpeluang untuk berjalan2 ke negara org..
Post a Comment