Sebelum nie aku sudah pun bercerita mengenai dua hari pertama perjalanan Europe Trip 2010 aku : Hari Pertama di Paris, France dan Hari Kedua di Berlin, Germany. So, sekarang aku nak membebel pasal hari ketiga perjalanan aku pulak. Bangun sahaja daripada port tempat tidur kitorang di Berlin Airport, kitorang terus berkemas dan get ready untuk check in. Lebih kurang selepas Subuh, aku dan dua orang member aku yakni Zaki dan Nabilah sudah pun bersiap sedia untuk flight kitorang yang akan depart jam 6.15 pagi. Oh ya, next stop selepas Paris dan Berlin adalah : Basel, Switzerland!! Yeehaaa!!
>Di dalam tram sedang menuju ke Basel Train Station<
Untuk hari ketiga Europe Trip 2010, kitorang plan untuk gerak ke Basel, Switzerland dan selepas itu ambil train ke Konstanz, Germany yang mana member kitorang ada study di sana. Kitorang tiba di Basel Mullhouse Freiburg Euro Airport pada jam 8.15 pagi selepas langsai dengan imgiresen. Oh ya, airport nie ada tiga gateway tau : satu keluar ke France, satu keluar ke Germany dan satu lagi keluar ke Switzerland. Memang airport nie terletak betul-betul ditengah sempadan : hebat gila!! Kitorang keluar ikut pintu Basel, Switzerland dan terus ambil bas di luar airport untuk pusing-pusing Basel jap. *muehehehe*
Basel nie kecil jer kawasannya dan takda apa sangat. Selepas travel naik bas, kitorang travel naik tram pulak pusing Basel. Pas dah langsai ambil gambar sekadar cukup syarat, kitorang terus ambil train daripada Basel, Switzerland ke Konstanz, Germany. Mahal jugaklah ticketnya : yakni region group ticket bernilai 29 Euro untuk kami bertiga. Sesampainya di Konstanz selepas tiga jam train travel, kitorang disambut oleh Idayu : member kitorang yang study di sana. Oh ya, Idayu nie juga merupakan sepupu kepada Zaki. Begitulah connectionnya tau!! Faham semua?!
>Di dalam shopping complex Lago di Konstanz bersama tourist guide<
Selepas letak bebarang kitorang di bilik Idayu, kitorang pun rehat dan lunch sekejap. Sempat jugaklah jumpa dengan member Idayu bernama Shahafizi yang aku dan Zaki akan tumpang menginap di sebelah malam nanti. Pas dah siap mandi, rehat, sembahyang dan lunch, Idayu terus ajak kitorang keluar tour bandar Konstanz. Kitorang yang masih agak kepenatan terus follow jer. Seharian suntuk sampai ke malam kitorang di bawa berjalan-jalan pusing Konstanz : daripada tasik di tepi bandar Konstanz kepada attraction dan bangunan bersejarah sehinggalah Christmas Market di sebelah malamnya. Enjoy betullah!!
Pas dah penat pusing Konstanz, kitorang dinner di tempat Idayu. Selepas itu, aku dan Zaki terus gerak ke bilik Shahafizi yang takdalah jauh sangat daripada situ. Memang bilik Bro Shahafizi nie gempak gila : penuh dengan hasil gambar-gambar DSLR beliau. Memang expert betullah dia pasal teknik ambil gambar nie. Bilik dia siap ada desktop besar yang memang menjadi idaman semua gamers dengan sound system yang pergh!! Selepas settle down semua hal, aku dan Zaki terus terlelap kepenatan sambil Shahafizi lak terus lepak game dia. Seriously aku dan Zaki memang K.O. dah masa itu. First time dalam Europe Trip kitorang : kitorang dapat tidur dalam keadaan selesa. Ahakz!! Sebab sebelum nie semuanya tidur airport!! (^_^)/
*Sesiapa cam pening dengan map bolehlah try Google tengok position Basel & Konstanz*
[Banyaklah pulak gambar aku share this time : tak nampak kepenatan langsung kan?!]
33 comments:
Korang same Uni ke? Kau and Zaki.
wowww.. best giler roadtrip ni..
lebih jimat kalu ada member2 yg berada di setiap pelusuk negara.. blh tumpang tggal dgn foc..hihih
seronok btoi la duduk belah UK sana.banyak tempat best boleh pi.jeles jeles.
Saya pun tumpang jelez. Memang best dapat melihat tempat orang & menambah pengetahuan,meluaskan pandangan.
salam.if berkelapangan, jom join contest di blog sy... tq!
kesian cawan tu tertinggal..
alaaa kenapa bleh stop kt patung cekci tuh. ahaha nak buat camno, nampak patong seksi tuh dulu sebelom korang ;)
bestnyer berjalan-jalan....nak ikut jugak....seronok ngok
beshnyer ~~ keep updating! i love travelling too..
bestnye .... bila la boleh samapai sana gak
fuyoo~
best nya merantau kat negara orang..
huaaa~
bestnyeee jejalan =)
bangunan lama Konstanz mcm kt dlm game devil may cry, hukk..
p/s: lawa ar semua pic ^^
latest en3: ~ hujan & mesir ~
jeleznya..
nak g jugak..
cantiknya pic2 tu....seronok ya menjelajah ke negara org...
seronoknya.. bilalah sy pula berkesempatan nak pi merantau tempat org pula.. >.<
best gilaaaa urgh :D
nakpi europe gak...wuaaa wuaaa...
aduhh~ cam best jer...... xnh g jejak kaki luar dari Malaysia... =..="
london marii mehh. haha tenkiu for visit. singgah-singgah la selalu..
best nyer.. bila boleh gi melancong sana nih... :)
nice trip.. http://ridoma.blogspot.com/2011/01/terima-kasih-blogger-skype-crews.html
Bestnya...
*Patung seksi tu susah nak elak akhirnya ternampak juga hehehe...
bila laa nak jejak sana .
huh , jeles2
Isk... apsal buruk2 je gamba2 aku disitu =p
best giler tgk gambar...lg best kalo dh sampai sana kan...
kite kan tak yah dah nak buka majalah 3 he3..sini semua ada,best!
hurm wahh best nyer jalan2 jauh dapat pengalaman yang berbeza :)
bila la nak merasa road trip macam ni
Latest Entry: Jom Download Album Linkin Park Yang Terbaru !
bestnyer....
wah mmg best sungguh berjalan2 eekkk...
mmg syok la kalau bleh gi trip mcm ni...budget beb....hihihi...
kalau ada trip baru jgn lupa inform ekkk....tak dpt gi dpt tgk dan baca pun jadilah :)
Perempuan pkai spec ngn zaki tu dh kahwin ker?
salam..seronoknye tgk ur post..pegi sne under scholar ape ehh..
Post a Comment