My Followers Who Follow My Blog

Sunday, April 24, 2011

11 Sindrom Utama Pre-Exam

29 April : hari Jumaat nie ada majlis gilang-gemilang di London yakni perkahwinan Prince William dan Kate Middleton. Maka sebagai blogger berpangkalan di London, insyAllah aku akan mengorbankan study aku untuk pergi usha apa yang menarik. Ahakz! Padahal exam dah tak lama dan study pun tunggang-langgang semuanya. Tapi takpa memandangkan aku pun nak kena ambil cuti off-study kejap. Oh ya, kisah Spain kita tolak tepi dahulu memandangkan sekarang nie kita focus kepada benda lebih penting : musim exam! *grrrrr~~* Once musim exam dah nak masuk, confirm muncul pelbagai ragam pelik. Ada yang study cam orang gila, ada yang teguk kopi setiap malam dan pelbagai lagi.


sindrom gejala sebelum exam>Kalau exam sahaja : mesti pasal stress kan? Memang tak boleh lari<


sindrom gejala sebelum exam>Exam is short : Read faster than you do now!<


Maka aku ingin kongsikan beberapa sindrom pra-exam yang aku terjumpa di internet dan dari pemerhatian aku sendiri : kut-kut ada sindrom yang korang kena kan?! Antaranya ialah :

1. Membaca setiap masa tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kekadang orang tanya pun, jawab macam tak nak jawab jer. Pastu kalau terlanggar or terjatuh, lambat sedikit respons. Fokus punya pasal.

2. Membaca dengan kadar yang confirm amat pantas walaupun tak faham apa-apa. Saat nie kuantiti ditekankan berbanding kualiti. Nak cover semua benda walaupun dah tak ingat semua benda pastu.

3. Makin dekat dengan exam, makin full jadinya waktu sembahyang. Mungkin sebelum nie kekadang ada yang tertinggal tapi this time, full jer memanjang. Sembahyang sunat pun dah jadi makin rajin buat : solat hajat dan sewaktu dengannya.

4. Kekadang apa yang dibaca terbawa-bawa sampai ke tempat tidur. Letak nota tepi kepala sebelum tidur : once bangun nanti, boleh baca terus. Ada yang sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi dan mulalah meracau-racau masa tidur. Ahakz!!


sindrom gejala sebelum exam>Housemate aku hampir setiap malam mesti secawan kopi pekat<


sindrom gejala sebelum exam>Ciri pelajar cemerlang : preparation sebelum bertempur<


sindrom gejala sebelum exam>Masa mandi pun kalau boleh nak baca buku camnie jugak<


5. Kalau borak dengan member, confirm ada topic pasal pelajaran yang nak dibicarakan. Kekadang masa mandi ataupun masak pun bincang pasal topic study.

6. Masa jadi makin penting. Kalau main SMS, reply confirm jadi makin pendek terus. Makin dekat dengan exam, makin pendek jadinya SMS tu. Kekadang malas nak turun café untuk makan dan pakat minta member tapau jer. Rasa cam tak cukup masa nak study nih!

7. Stok makanan lengkap di bilik sebab kalau boleh tak nak keluar bilik langsung nak study. Biskut Hup Seng, meggi, roti dengan kaya dan pelbagai lagi memang prepare awal-awal.Bertapa terus dalam bilik dan tak keluar-keluar. Sekali keluar, dah tak nampak macam manusia normal dah; dengan janggut dan rambut yang serabai. *kreh3*

8. Masa nie la nak buka Facebook pun rasa tak tenang. Kekadang status di Twitter, Facebook ataupun Blog mesti berbunyi camnie: “Saya nak exam tak lama lagi. Doakan saya. Saya nak off9 sekarang nie” Pastu tak sampai dalam sejam, confirm mesej sama akan diulang lagi. Hajat hati taknak buka laptop tapi laptop dah depan mata, terpaksalah on9 kejap kan?! *wakakakaaa!*


sindrom gejala sebelum exam>Meja aku dulu pun camnie jugak : Sekarang ada laptop sebiji sahaja<


sindrom gejala sebelum exam>Sebelum, selepas dan semasa tidur : buku di mana-mana<


9. Stok-stok kopi, Nescafe, tongkat ali, kacip Fatimah, red bull dan semua yang sewaktu dengannya memang penuh satu locker. Preparation tenaga tambahan dan untuk jadi bahan untuk kekal stay up.

10. Meja penuh dengan bahan-bahan bacaan, highlighter, pen dan alat-alat tulis lain : memang confirm serabai. Kekadang ada buku yang tak pernah buka sebelum nie pun, semuanya buka. Sekurang-kurangnya nampak usaha nak study kan?!

11. Masa nie jugaklah terfikir “Kenapalah aku tak study awal-awal?! Kan senang sekarang. *sigh*” Pastu kalau boleh siap ada azam next year untuk study awal-awal dan study lagi kuat. Tapi aku rasa macam benda sama jugak yang jadi masa nak exam next year kan?! Duk ulang benda sama jah. (^_^)/


sindrom gejala sebelum exam>Inilah dia cermin mata hitam Guess untuk kontest tak lama lagi<


sindrom gejala sebelum exam>Untuk kita semua : moga cemerlang dalam exam yerk<


Itulah antara sindrom-sindrom utama bebudak yang nak ambil exam. Aku rasa aku tak sampai ke tahap camtu lagi buat masa sekarang tapi dulu memang banyaklah yang aku lalui camnie. Korang yang ada ternampak sindrom pre-exam lain, bolehlah untuk share dengan kitorang semua. Mana tahu ada sindrom pre-exam yang aku terlepas kan?! Oh ya, selepas aku habis exam nanti, insyAllah aku akan buat Blog Contest. Hadiah dah ada tapi belum ada idea untuk buat contest apa. Korang yang ada idea : bolehlah untuk disharekan bersama. Hadiahnya apa?! Hadiahnya adalah : Cermin Mata Hitam Genuine Jenama Guess, Tali Leher Hugo Boss dan juga tali leher Calvin Klein. Gempak hadiah dia kan?!(^_^)/


*Menarik hadiah untuk Blog Contest aku this time kan? Bolehlah korang sebarkan!*
[Makin panas cuaca di London nie : Rasa dah nak jadi macam cuaca di Malaysia]

32 comments:

jaya jr said...

huhu,exam memang boleh bagi phobia..kui3..penat skali-skale nak exam..adoooi

sarah said...

hahaha. bila musim exam dah tak kenal hari.weekend ke weekdays ke rasa sama je.ingat tarikh exam je. :D

Phantom said...

yeah,sindrom hampir sama

g.luckk

~achai wife here~ said...

asenye sindrom no 8, 10 n 11 tu r yg pling ketara setakat ni..nak2nye yg no 8 tu..konon nk on9 jap..tp smpai ke sudah..bce bku 1 jam..on9 3 jam..hihi

Najeera Yahya said...

Nom 1,3,4,6,7,8,10,11 ... sama lor!
huhuhu~~memang x dapt diubah ... sdh suratan takdir hihihihi~~

eheh , kalau kamu jumpa Kate and William send my regards ya ..gerenti diorng tak kenal ... ^_^ ...

abadi romeo said...

entry terbaik untuk student...tahniah..

Najmi Hayat said...

yang paling penting, stok red bull kena banyak!
kalau tak, jangan harap nak tido.

FA.SA'A said...

hahaa. aku tak rasa macm ni pun long. makna nay effort aku kurang lg nih. hahaha. tp membe aku dah ketagih nescafe. tiap hari mesti dua kali minum. :))

ALL THE BEST, exam aku lusa. takutnya YA ALLAH T_T

FA.SA'A said...
This comment has been removed by the author.
FA.SA'A said...
This comment has been removed by the author.
D'lla said...

sama la sindrom ngn hubby ni..tp jajan yg terpilih ja yg cek bagi..

jgn lupa ya..gambar2.kalo boleh zoom in..pinjm la sapa ada lense clear..haha..goodluck..

err mmg cuaca ni pelikkan..kata rumor..kalo wedding royal mesti cuaca sejuk mcm sekarang..tp ok la..dr winter haha..

adik long, summer ni balik malaya bulan brapa?sama dgn housemate ke?

goodluck exam

dira said...

saya da abis exam..haha...sume penyakit tu sye da laluinya dgn dahsyatnya.

Blog User said...

Nice post. Ade yang sebijik seketul atas kepala, ada yang kena tempias je. Anyway, selamat berjaya orang di perantauan :)

pemuzik jalanan said...

Okay sokong sepenuhnyaaa.
Samaaa laaa. Haha.
Sep sikit!

Miss Twinkletoes said...

tengah exam ke ni? hehe, good luck!!

Cik Nyna said...

no 11 tu betul sesangat la tuh :P

Nurul EL-Huda said...

tak0wt bet0l klaw sebut exam......
c(:
huhuhu.....

einz said...

gud luck2!
sama jep nan aku~hahaha...
neway tc juga...
jgn addict dgn kafein...
tak elok kot~
pe kata contest ko tu letak
Buku NOTA trChantek!!!
amcm???

Normah Mohd Saat said...

Dik, saya dah lalui semua tu, nescafe 2 sudu tanpa gula memang mujarab, tapi esoknya gi dewan exam dgn kepala yang bahang, mata celik tapi berat, jawab tetap jawab..cuma pada saya studi jangan last minute, tak bagus untuk kesihatan, kita jadi tertekan,stress punca penyakit. Gud luck untuk adik-adik semua yang sdg struggle ,masa studi bayangkan wajah mak n ayah, semangat pasti naik!

rafina mimi abdullah said...

gud luck utk exam ye.. :)

Miss Shikio said...

exam memang menakutkan

ngeee~

gud luck for ur exam...!

^_____^

Unknown said...

huhu..aku dulu b4 exam, mmg tgn pegang footnote jee..
sampai tdo pun dgn footnote gak..
ingat boleh serap ilmu tu..huhu

pastu mlm2 pegi minum air pearl kacip fatimah sbb terbukti boleh buatkan aku tk tdo smpi pg.

tapi studynya tak gak..tgk movie ngn member bilik sebelah..hahah

Itu Aku said...

gud luck 4 ur exm...
semua tu mungkin d alami oleh pelajar
best kn...
kt sibuk nk stdy..
fb ngn blogger sama naik...hehehe
smg berjaya buat semua kengkawan...

fairus said...

kirim salam kat kate middleton.. :)

G3-lina said...

argh! hate exam! tp pape pown.. gud luck ye!

soleha said...

exam oh exam.....mmg mnyesakkan kple..,p 2 kunci mse dpan.... biar sgale phit dn perit skrg asalkn akhirnya kmanisan dan ksenangan kemudian.. =)

SyaA_eEAa said...

wahaha..
exam..?
dasat r..na exam ad je azam..abes exam azam nta ke mne..
haha..klaka lah :D
nyway gdlck :)

Ina Hashim said...

gud luck ya

Pamie said...

kunjungan balas..hehe..and yah,hadiah gempak..

gud luck for your exam!

titiNYET said...

pehh betol gilaa ! hhe

Chekgu Azrine said...

teringat zaman akak dok U dulu.. haah... sebijik.. kalau boleh mmg tak mo kua bilik daa...

sjaa64 said...

perh!!!!simptom ni bnyak kat aku..nak exam nih..cuak!!!

    Related Posts with Thumbnails