My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Friday, December 02, 2011

Muncul Masakan Daging Goreng, Dokbokki dan Puding Roti

Dah hampir dua minggu aku tak update blog sebab amat sibuk dengan urusan di LSE. Lagipun next week adalah minggu terakhir untuk term nie sebelum winter break. Jadi memang banyak jugaklah assignment yang nak kena siapkan dan nak kena submit. Lagipun aku pun dalam proses untuk apply kerja di London selepas graduate tahun depan. Jadi agak busy dengan urusan application yang ada pelbagai stage. Kalau korang nak tahu, aku baru sahaja pergi interview stage pertama semalam di pejabat PwC London. Alhamdulillah lepas dan kalau dimurahkan rezeki : harap stage-stage yang akan datang akan turut lepas dengan cemerlangnya. Amin!!


resepi daging goreng
>Inilah first time aku masak daging goreng : menjadi jugaklah<


Sepanjang dua minggu aku tak update blog nie, aku sempatlah jugak untuk mencuba pelbagai jenis masakan. Antaranya adalah daging goreng special yang dimasak dengan menggunakan daging korban yang kitorang dapat semasa Hari Raya Aidiladha yang lepas. Resepi daging korban nie adalah datangnya daripada Cik Asliza Ahmad. Alhamdulillah menjadi dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Ahakz!! Pape kes pon, next time kalau aku ada masa lagi banyak, insyAllah aku akan share dengan korang semua step-step untuk masak daging goreng tu yerk. Kena mintak izin tukang empunya resepi dulu kan?! *hik3!!*


resepi daging goreng
>Dapat sambutan menggalakkan : so masak lagi sekali pastu<


resepi daging goreng
>Inilah puding roti first time aku masak : atas tu crunchy tau<


Selain daripada masak daging koreng, sempatlah jugak aku dan housemate masak dokbokki yakni sejenis makanan Korean. Namanya dalam bahasa Inggeris adalah Spicy Rice Cake. Memandangkan bakat memasak aku nie bolehlah diconsider awesome jugak, Alhamdulillah menjadi dengan cemerlangnya dokbokki tu. Kalau ada antara korang semua yang terasa nak masak dokbokki jugak, bolehlah korang semua untuk rujuk resepi dokbokki tu kat sini. Tapi aku tak surelah pulak samada bebahan untuk digunakkan bagi memasak dokbokki nie mudah didapati di Malaysia ataupun tidak. Kalau di London nie, just pergi Korean Shop dan angkut semuanya. Yeehaaaa!!


resepi daging goreng
>Perkenalkan kepada semua : inilah dia dokbokki untuk semua!!<


resepi daging goreng
>Istanbul : Here I Come!! Wait For Me There!!<


And then, last sekali makanan yang aku try masak adalah puding roti. Sebenarnya aku memang ngidam betul nak makan pudding roti : cuma takda keizinan dan takda siapa yang nak masakkan untuk aku. Sedih la pulak rasanya kan?! So, aku pun checkla resepi masak pudding roti kat sini dan selepas siap beli bebahan semua, makan menjadilah jugak pudding roti aku tu. First time buat agak kurang manis tapi second time buat : memang awesome jugaklah kiranya. Ahakz!! Itulah dia tiga jenis masakan yang aku selalu buat dalam dua minggu sunyi di blog nie. InsyAllah next week start winter holiday dan aku akan mengembara ke Istanbul, Turkey nanti dan mungkin aku akan update blog once balik daripada sana. Yeszaaaa!!


*Baru jer usha undian Euro 2012 dan nampaknya undian Group B memang menarik!!*
[Weekend adalah masa untuk aku rehat sebaik-baiknya dan tidur secukupnya jugak]

36 comments:

ecadwinkyasha said...

buat org terliur je subuh2 neyh!.grrrrr

naiemah_ramli said...

waaa...terliur sdah..hihi.. :P.. nmpk mcm sdap jaaa...

blog-tips-kurus said...

nak ikut kamu ke Istanbul itu!!
belikan jajan yek.. :-)

Imran@Copenhagen said...

dokbokki? Hmm nama macam tak sedap, tapi nampak macam sedap..

Syafiq Ahadin said...

Cube post kat sini Malaysia. Hehe! nanti balek m'sia boleh lah join masterchef. :)
Istanbul! Saya pun menunggu! :)

Mknace said...

:) :) :)
i'm back
terbaeekkk!!!!
jengjalan dari mknace unlimited

wani brahim said...

wahhh hebat3..puding roti menarik perhatian hehhe...dokbokki tu memang sedap sekali huhu

niezam said...

akhirnya update jugak blog ni. lama dh tunggu. sekali update makanan. sedapnye :))

gudluck 4 ur interview. (^__^)

mayasufi said...

dokbokki 2 nmpak sedap jer...

✿ Myra ✿ said...

ada resepi dokbokki tak? :D

CekbOlat-bOlat said...

byk nye bwang abg bubuh.. >_<"
sdap x? nnty blik m'sia bli kat adk bolat coki2 taw ^^ *ekk ade jual ekk?

Ain Hatikristal said...

resepi dubbokki please..huhu..

munirah said...

dokbokki ! nak try buat lah :) thankssss :)

MULAN said...

yumm yumm toppokki.. kat area ampang banyak korean grocery shop.. kami shopping kat situ je.. from gochujang, rice cakes, seaweed dan semuanya lah.. macam2 ada..

dayah said...

pandai masak..bagusla.
tp apobondo dobboki..fish kek sgala..xreti sy mkn pelik2..nice puding roti..nk skit je rasanya :P

ashrafi said...

Assalamualaikum.

Lamanya tidak bertegur sapa.

Peri PiA said...

Amin2,caya la korang ni masterchef! ;D

lina said...

salam - Alhamdulilah walau jauh di perantau ttp dpt menikmati nikmat ALLAH iaitu makanan...syabas semoga terus berjaya...

Suriayati Datu Mudin said...

wah best bnyk duit semua boleh pegi

Liena Mahmod said...

dokbokki??nmpak mcam sdap....nk kna cuba jgak nie...

NUR AYNIE said...

lapar...nk mkn dokbokki hihih...

Kamsiah said...

layak masuk masterchef la..:)

fazzlim said...

nk jgk dokbokki tu...slalu tgk kt tv je..

Nadhirah-chan said...

kalau dekat malaysia, diorang panggil ape yang hot pepper paste tu?

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

wahhhh nice.. pandainya masak...
btw husband akak baru je balik dr london 2 hari lepas.. kalau tau boleh jumpa2 di Malaysian Hall tu kan hehe

lee-za said...

pandainya dia masak

Bitt (double IS) said...

boleh la godek2 resepi saya nanti :)

nina suhaina said...

perghhh..istanbul tu. bestnyaaaaaaaaaaa.....

AYuNG said...

daging goreng?
perghhh, nih yg balik kang tetiba nak masak daging pulak nih..hehe

bahan mentah senang ker dapat kat sana?

MenazChentaManez said...

tolong pos sikit ke m'sia...

UmmyFQ said...

Salam kunjungan balas,daging nampak sedap dan menyelerakan..:)

misz_eyza said...

perghh sedapnya semua makanan tue...wpun baru pas makan tp tgk benda sedap tue tros rasa lapar...=)

Cheqna said...

Pandai masak, bagus bagus untuk survival..hehe..

Have fun in Istanbul!

:-)

azu said...

oh..memang awesome!!suke kt roti crunch tu..suka mkn tp kureng bab masak2..heee.tq sudi singgah2 blog azu!

Syukri Mohtar said...

dubokki tu pun senang jugak nak dapat kat malaysia..kat jusco ade jual yg instant punye. ;)

shera haifa said...

manrik2nye makanan yg dimasak..hehe..
lapor laa plak tngok makanan tu..
:)

    Related Posts with Thumbnails