My Followers Who Follow My Blog

Thursday, February 04, 2010

6 Gadget Penting Ketika Travel di London

Kali ini aku nak bercerita dengan rakan pembaca semua berkenaan barang-barang penting yang korang semua kena bawa sekiranya hendak keluar ke Kota London. Untuk memudahkan korang travel di London – aku senaraikan 6 gadget utama yang perlu dibawa bersama ketika round-round pusing London. Segala gadget yang disenaraikan adalah mengikut aturan kepentingan yang aku rasakan bersesuaian.  Jadi, make sure tak terlupa langsung untuk bawak yerk!!

gadget penting di london
>Aku gila: Main salji pakai begini sahaja<


Gadget Satu Penting : Oyster Card atau Photo Card
Pentingkah?! : Ini merupakan barang wajib bawa ke mana-mana sahaja. Oyster Card ataupun Photo Card wajar dibawa dan kepentingannya adalah lebih penting berbanding dompet or bank card. Dengan adanya card ini, anda dapat travel menggunakan pengangkutan awam di seluruh London. Kalau tiada kad ini, macam mana hendak bergerak pergi mana-mana kan?! Duduk di depan hall sahajalah jawabnya. Oyster Card sudah diceritakan dalam post lepas. Photo Card ini samalah macam Oyster Card tapi ia digunakan oleh para pelajar sahaja dan dapat 30% diskaun dari harga yang dicaj ke atas Oyster Card. Lagi murah lah jawabnya. Lagi jimat!! (YES!! Aku Suka!!)

Gadget Dua Penting : Beg Duit (Plus Bank Card)
Pentingkah?! : Ini merupakan barang kedua terpenting bagi aku selepas Oyster Card. Kalau dah ada Oyster Card tapi duit pula tiada, bagaimana nak berbelanja kan? Di London, aku (dan lain-lain juga) kurang menggunakan wang ringgit. Hampir semua urusan adalah menggunakan Debit Card. Aku gunakan Lloyds Tsb Bank sebab diorang sediakan kewangan Islam. Pastu, kalau nak bayar apa-apa sahaja walau serendah mana pon (termasuk pence-pence), terus sahaja slide card nie. Namun, kena bawa jugalah sekeping dua wang kertas dan beberapa syiling sebab ada kedai makanan yang tidak menyediakan perkhidmatan untuk aku slide Debit Card aku. So, taknaklah kalau nak bayar nanti kan, tapi tiada duit kecil pulak.


gadget penting di london
>Lambang bank yang aku guna<


Gadget Tiga Penting : Handphone : Blackberry Curve 8900
Pentingkah?? : Confirm P.E.N.T.I.N.G!! Aku di London menggunakan telefon Blackberry series ini. Bagi aku handdphone adalah amat penting kerana segala macam urusan aku dapat dicover oleh phone aku. Kalau korang jejalan di London tapi sesat, korang boleh gunakan Google Maps untuk cari jalan pulang. Ataupun boleh check cuaca sebelum nak travel lagi jauh. Kekadang korang jugak boleh gunakan apps bersesuaian untuk book taxi sekiranya perlu. Semua ini hanya mampu dibuat dengan bantuan smartphone. Sebab tu penting jua!

Gadget Empat Penting : Payung atau Hoodie or Baju Hujan
Pentingkah?! : Memandangkan cuaca di London yang umpama hendak bermain Cak!!Cak!! dengan aku, jadi aku akan pastikan aku membawa perlindungan daripada hujan setiap masa. Ramalan cuaca? Aku rasa tak pernah nak betul kut. Aku tak suka sangat bawa payung sebab memberatkan beg sahaja. So, aku selalu pakai Hoodie. Korang tahu tak apa benda ini sebab semasa aku mula-mula datang London dahulu, aku tidak tahu langsung apa itu Hoodie. Hoodie ialah sweater yang ada hook di belakang yang boleh tarik untuk tutup kepala. Confirm tahu kan?



gadget penting di london
>Hoodie kuning : Ala-ala iklan Digi Bersamamu~!!<


gadget penting di london
>Blackberry Bold kawan aku punya<



Gadget Lima Penting : Pakai Thermal Ware
Pentingkah?! : Memandangkan suhu waktu winter di London berada di bawah paras 5 degree dan kekadang boleh mencecah negatif, thermalware amat penting untuk dipakai sekiranya hendak pergi ke mana sahaja. Thermal ware adalah sebiji or sehelai or sepasang or ....... pakaian di bahagian dalam. Umpama pakaian dalamlah. Fungsinya adalah memberi kepanasan dan kehangatan. Sebenarnya, mana ada hangat sangat pun. Tipu saja tu. Tapi bolehlah kalau nak tahan sejuk sedikit. Kalau tak, memang boleh beku kesejukan.

Gadget Enam Penting : Lips Balm (Plus Losyen)
Pentingkah?! : Memandangkan suhu di sini adalah sejuk dan kering, maka angin-angin yang menghembus boleh menyebabkan kulit kering. Bibir pun kering dan merekah juga. Jadi, sebagai persediaan, kena bawa losyen dan lips balm bersama untuk pastikan kulit sentiasa lembut dan suci berseri. Chewah~!! Tapi, aku jarang bawa dan pakai kedua-dua benda ini. Sebab itu kalau korang tengok, muka aku dah licin dihakis angin London. 



gadget penting di london
>Cara pemakaian yang betul dikala Winter<



gadget penting di london
>Iklan baju winter di ribut salji<



gadget penting di london
>Losyen dan lips balm peribadi aku<


Jadi, itulah sebahagian daripada benda-benda penting yang aku selalu bawa kemana-mana sahaja aku pergi. Yang paling penting ialah the first three (opss..terspeaking~!!) dan selebihnya itu bolehlah diabaikan sekiranya beg korang semua dah penuh. Namun aku percaya bebenda nie adalah bebenda biasa yang korang akan bawa ketika keluar dari rumah untuk berjalan-jalan kan? Yang penting, jaga bebarang baik untuk memastikan tak hilang di tengah jalan. Yeahhh!!

*Cuaca dah makin cerah!! Aku suka!! Tapi janganlah panas sangat*
[Siapa nak tolong aku buat assignment economics dan math?! Aku bagi keychain London]

Saturday, January 30, 2010

6 Kelebihan London Yang Mengagumkan

Malaysian memang suka untuk comparekan antara London (UK) dan Malaysia – bagi aku kedua-duanya ada kebaikan dan kekurangan yang tersendiri. Sekiranya sebelum nie aku ada sharekan dengan rakan pembaca kekurangan-kekurangan London, kali nie aku nak sharekan dengan semua beberapa kelebihan London yang mungkin korang tak ketahui selama ini. Selain daripada apa yang korang dah sedia maklum menerusi rancangan tv dan sewaktu dengannya, kelebihan-kelebihan yang aku sharekan ini adalah yang hanya dapat diketahui berdasarkan pengalaman stay di London.  


London yang best
>Pilihan yang murah<


London yang best
>Pilihan yang ternyata mahal<



Kaguman Satu : Pengangkutan
Kaguman Kenapa? : Yang pastinya, pengangkutan di London adalah jauh lebih baik berbanding di Malaysia. Tube, bas or semua jenis pengangkutan awam memang menepati waktu dan bertimbun-timbun di London. Aku tunggu bas pun paling lama dalam 3-5 minit sahaja. Kalau kat Malaysia, siap beruban janggut aku. Lambat sangat!! Huh!! Frust~!! Sekiranya di Malaysia ada Touch N Go, London turut menggunakan konsep yang sama tetapi lagi efisien yakni Oyster Card. Dengan penggunaan Oyster Card, korang akan dicaj dengan kadar yang lagi murah. Oleh sebab itu, sekiranya korang ada plan untuk datang London (walaupun sekejap), pastikan dapatkan Oyster Card ini. Tube station pun ada banyak. Jadi, kalau sesat masa jejalan tu, masuk sahaja mana-mana tube station dan confirm korang akan berjaya mencari jalan pulang kembali. Namun, jangan sesekali gunakan taxi ketika di London. Itu mencekik darah sebab mahal sampai leh mampus!! J.A.N.G.A.N!!

Kaguman Dua : Skill Memandu Tahap Gila!
Kaguman Kenapa? : Kalau korang semua nak tahu, jalan-jalan di London ini kebanyakan banyak simpang, satu hala dan sempit yang amat. So, boleh tak korang membayangkan Ferrari, Porsche, Mercedes, Proton dan pelbagai lagi di jalan raya? Boleh tak? Kalau tak boleh,nanti aku rakam video untuk korang. Itu kira okay lagi. Macam mana lak dengan bas-bas yang besar dan panjang itu? Cuba korang bayang skil pemanduan diorang untuk melalui jalan-jalan itu. Memang hebatlah. Kekadang sipi sahaja nak langgar tiang lampu kat tengah jalan. Kalau aku duk kat tingkat atas bas, memang berhenti jantung jap. DUP!!DAP!!DUP!!DAP!! Berdebar-debar. Takut juga kalau accident kan? Tapi tiada lagi la setakat ini. Semua pemandu-pemandu bas di London ini skill memandu pelumba-pelumba F1. Aku rasa diorang semua ini pemandu-pemandu racing dan F1 yang dah bersara kot.


London yang best
>Touch Oyster Card di Bas&lt;


London yang best
>Touch Oyster Card di Tube<



>Rakaman Video Trip Oxford St Guna Bas<


Kaguman Tiga : Jogging Setiap Masa
Kaguman Kenapa? : Kalau di Malaysia, mana ada makhluk yang waras yang nak jogging di tengah hari kan? Cuaca maha panas kut. Mahunya dapat kumpul sebaldi peluh. Kalau jogging pun, pasti ada yang pandang errk!! Namun, di sini, korang leh jogging anytime, anywhere tanpa memkirkan orang lain. Ramai orang-orang di London ini berjogging pada anytime sahaja termasuklah pada waktu tengah hari jam tepat pukul 12.00. Contoh situasi sebenar : ketika di tengah jalan-jalan di tengah bandar tu, tetiba ada yang memintas dengan laju. Rupa-rupanya tengah berlari-lari. Dah la diorang pakai seluar pendek dan baju trainer tu. Tak sejuk ke time winter-winter ini?? Suhu negative kot!

Kaguman Empat : Surat Khabar Free
Kaguman Kenapa? : Semasa aku mula-mula sampai London, ada orang bagi surat khabar. Aku ingat kena bayar tapi dia cakap, "Free Evening Standard!! Free!!" Aku pun ambil teruslah surat khabar tu. Baca-baca, layan jugalah. Itu yang bestnya London, dapat surat khabar free. Semasa aku sampai memula, ada 3 yang free iaitu Evening Standard, Metro n Lite. Tapi yg Lite itu dah bankrupt. Kuat sangat bagi free kut. Memang tiap-tiap hari aku akan dapatkan surat khabar ini. Cakap free kan. Boleh aku buat baca masa dalam tube. Kalau tak free, confirm aku tak belilah. Nak jimat kut~!! (o.O)


London yang best
>Jogging di tengah panas yang gila!!<



London yang best
>Free newspaper!! Free!!<



Kaguman Lima : MP(Member of Parliament) yang Baik
Kaguman Kenapa? : Aku tak tahu samada ini betul or tak tapi ini aku dengar daripada senior-senior aku. Korang tahu MP kan? Ahli Parlimen or ADUN la kalau di Malaysia tu. Kalau korang nak tahu, katakan kalau korang baru sampai dan nak minta ADUN korang bawa korang jejalan, korang boleh terus mail diorang. DAN diorang W.A.J.I.B untuk bawa korang jejalan around kawasan korang itu. Sebab memang itu peraturannya. Kalau ada apa-apa tak puas hati, terus sahaja mail dan diorang akan terus bagi servis itu. Adakah Malaysia begitu jua? Korang jawab sendiri -_-"

Kaguman Enam : Emergency Bebetul Emergency
Kaguman Kenapa? : Kalau di Malaysia, bila korang kal 999 untuk kes emergency, confirm akan sampai within sejam kan? Atas alasan traffic jam selalunya. Tapi kalau di London, confirm akan sampai within 15 minit. Sebab transport di sini bebetul efisien dan ambulance, kereta bomba, kereta polis dan sewaktu dengannya dapat bertindak dengan cepat. Dah la diorang punya siren itu bingit bangat!! Aku rasa boleh dengar dalam radius 2 km kot. Memang kuat. Seriously~!! Tiap-tiap hari aku leh dengar siren tu. Rasa macam tak lengkap hidup di London tanpa siren emergency yang boleh buat orang menyumpah seranah. Aku confirm taklah. Cakap baik~!!


London yang best
>Bomba mengejar api<

London yang best
>Ambulans mengejar orang mati<

So, itulah sebahagian kelebihan London compare to Kuala Lumpur. Tapi macam biasalah, ada kelebihan dan kekurangan di mana-mana kan? Jadi, redha sahajalah. Namun pada masa yang sama perlulah kita terus-menerus meng-upgrade diri sendiri dan persekitaran kita nie. Harap dapat jadikan sebagai pedoman untuk terus memajukan negara kita. Yeehaaa!!

*London, tolong jangan turun salji pelis~!!*
[Lagi sekali aku tanya..Siapa nak baca tentang univ aku??]
    Related Posts with Thumbnails