My Followers Who Follow My Blog

Friday, February 19, 2010

Stadium Bola Utama di England

English Premier League (EPL)! Di London, ada berpuluh-puluh kelab bola sepak dari yang popular gila sehinggalah tiada yang korang kenal langsung. Antara kelab yang terkenal ialah Arsenal, Tottenham, West Ham, Chelsea, Fulham, QPR dan banyak lagilah untuk disenaraikan di sini. Untuk entri kali ini, aku akan berkongsi pengalaman aku ke beberapa stadium yang terdapat di London ini. Tetapi, aku tak pernah tengok any match lagi setakat ini sebab ticket yang mahal sangat. Dalam GBP30 sehingga GBP45 untuk seat biasa. Tu dah dikira 15% aku punya elaun bulanan. Tapi, memang aku akan tengok juga suatu hari nanti!! Hah!! [Semangat2!!]



stadium bola utama di england
>Hari Kedua di UK : Terus ke Emirates<




Setakat ini, semasa lawatan aku ke stadium-stadium, hanya dua kali sahaja yang aku pergi adalah sewaktu hari match. Ia adalah semasa Arsenal lawan Aston Villa yang Arsenal menang 3-0 dan semasa Fulham lawan Liverpool yang mana Fulham menang 3-1. Memang ramai betul orang di stadium; cecah puluhan ribu. Sewaktu itu juga ramai orang akan buka kedai kecil dan jual cenderahati-cenderahati macam scarf, jersey, key chain dan banyak lagi. Selain itu, "match book" yang bagitahu pasal profail pemain dan match turut dijual dengan harga serendah GBP3.




stadium bola utama di england
>Match day Arsenal vs Aston Villa< 



stadium bola utama di england
>Pemandangan di Emirates Stadium< 



Kalau nak beli ticket, memang mahal tulla. Tapi yang specialnya, memang ada ticket di jual di pasaran gelap dan aku dah banyak kali ditawarkan ticket tu. Tapi harga akan jadi sekali ganda daripada harga asal dan memang boleh cecah sampai GBP100 untuk satu match. Memang tidak berbaloi kalau mahal sangat kan? Nak tengok match pun dah lupus semangat. Apa-apa pun, di bawah ini adalah senarai stadium yang aku dah pergi. Silala layan~!! o.O

Kelab apakah?! : Arsenal FC
Stadium nama?! : Emirates Stadium
Range harga ticket!! : GBP33-GBP94 (Bergantung pada seat)
Penerangan?! : Ini adalah stadium pertama yang aku sampai di London. Hari kedua aku berada di London, aku dah dibawa oleh senior aku ke sana. Memang terharu dan teruja sangat-sangat sebab aku adalah big fan Arsenal. Aku selalu lepak di stadium ini dan selalu bawa orang jalan-jalan ke stadium ini. Lagipun, rumah senior aku adalah dekat dengan stadium ini dan boleh jalan kaki nak ke sini. Stadium ini terletak sebelah tapak stadium Highbury yang lama. Stadium ini memang besar dan setiap masa, mesti ada orang yang datang melawat. Kedai cenderahati pun ada dan aku dah beli satu snow cap dan jersey Arsenal ori di sini. Aku dah ke sini lebih daripada sepuluh kali dan boleh dikatakan naik bosan dah! Tapi, aku tak pernah lagi jumpa pemain-pemain Arsenal nie [T.T]




stadium bola utama di england
>Bersama supporters Arsenal dari Korea< 



stadium bola utama di england
>Di depan kaunter jual ticket< 



stadium bola utama di england
>A.R.S.E.N.A.L< 


Kelab apakah?! : Chelsea FC
Stadium nama?! : Stamford Bridge
Range harga ticket!! : GBP25-GBP 60 (Bergantung pada seat)
Penerangan?! :  Kalau tak silap aku, first time aku ke sini adalah pada 31hb Okt yakni sehari sebelum birthday aku. Member-member aku semua gerak ke Oxford waktu itu sebab nak pergi shopping tapi sebab aku malas nak join, aku pun jalan-jalan di London. Masa aku mula-mula sampai, aku sesat nak ke stadium sebab aku mana nak tahu jalan masa itu. Tanya-tanya orang, last-last sampai juga. Disebabkan aku datang sorang-sorang, aku dengan tidak malunya pergi minta tolong sesapa sahaja untuk tangkapkan gambar aku. Takpe, yang penting aku dah sampai kan?! Aku tak sempat nak beli cencerahati sebab aku takda duit, aku malas dan senang cerita, aku tak minat Chelsea!!




stadium bola utama di england
>Cucuk mulut Carlo Ancelotti< 



stadium bola utama di england
>Chelsea No. 01 Fan?! : No way!!< 




stadium bola utama di england
>Gambar kabur sebab hujan< 




Kelab apakah?! Fulham FC
Stadium nama?! : Craven Cottage
Range harga ticket!! : GBP25 dan ke atas (Bergantung pada seat)
Penerangan?! : Aku sampai di Craven Cottage pada hari yang sama aku sampai di Stamford Bridge yakni pada 31hb Okt, sehari sebelum birthday aku. Pada hari itu ada match antara Fulham dan Liverpool. So, aku bernasib baik sampai pada waktu yang tepat. Aku berkesempatan berjumpa dan mengambil gambar pemain-pemain Fulham yang baru sampai dan nak masuk stadium masa itu. Selain itu, ramai jugalah supporter Fulham di tempat kejadian. Siap ada polis nak kontrol. Pemain semua baik-baik dan diorang sudi sign autograph untuk peminat-peminat. Aku rasa berkat aku datang, Fulham menang 3-1 lawan Liverpool. Yang payahnya pasal Fulham ialah kedudukan stadium yang jauh dari Tube Station. Dalam setengah jam jugalah nak sampai stadium tu. Letih aku..Huuuu~



stadium bola utama di england
>Match Day: Liverpool vs Fulham< 




stadium bola utama di england
>Chris Baird : First team player Fulham< 


stadium bola utama di england
>Clint Dempsey : Tukang sumbat goal lawan Liverpool< 



stadium bola utama di england
>Darian Smalling : Bakal pemain Man U next season< 



Kelab apakah?! : Newcastle FC
Stadium nama?! : St James Park
Range harga ticket!! : GBP25 dan keatas (Berdasarkan tempat duduk)
Penerangan?! : Newcastle adalah sebuah stadium yang terletak di utara UK. Ketika travel di area Newcastle pada waktu winter 2010, aku sempat untuk singgah sebentar di stadium nie. Newcastle memang popular dengan Alan Shearer dan Michael Owen pada ketika dahulu tapi sekarang dah jatuh ke liga bawahan. Tapi, next season maybe akan masuk liga utama semula. Stadium ini memang payah tul nak cari entrance sehinggakan aku kena pusing stadium itu sebab nak cari tempat paling sesuai untuk ambil gambar. Selamatlah aku jumpa juga tempat paling sesuai untuk ambil gambar. Kalau tak, memang tak berbaloi aku datang di tengah-tengah winter kan?!




stadium bola utama di england
>Di Metro yang membawa ke Newcastle FC< 



stadium bola utama di england
>Pintu Depan St. James Park : Penat cari< 


Jadi, itulah sebahagian daripada stadium yang aku dah pernah pergi. Stadium-stadium lain aku masih belum ada kesempatan untuk pergi lagi tapi jangan risau, aku akan pergi juga suatu hari nanti dan aku akan update korang selepas itu. Tapi kalau stadium Man U, payah sikit kot sebab aku alergic dengan Man U. (Haicuumm!! Dah bersin!!) Tapi jangan risau. Aku tahu ramai peminat Man U di Malaysia. Jadi, demi korang, insyAllah aku akan sampai juga di Old Trafford tu. Tapi lambatlah sikit sebab jauh dari London dan aku tiada member di sana untuk bawa jalan-jalan. So, korang bolehlah tengok-tengok gambar yang aku upload di sini dahulu dan imagine korang berada di posisi aku yerk!! 





*Aku rasa, banyak gak gambar aku upload kali ini*
[Aku di sini sentiasa menanti-nantikan kemenangan Arsenal FC]

Monday, February 15, 2010

Tolong dan Bantu Aku Mahu ke London

Sebenarnya aku plan nak tulis pasal kisah dan kehidupan dan cara-cara untuk shopping di London. Lagipun ramai yang berminat untuk tahu macam mana nak shopping di London, barang-barang branded yang dijual dan macam-macam lagilah. Tetapi, tiba-tiba terlintas di fikiran aku yang aku dah lama tak telefon parents aku di Malaysia. Hampir nak masuk dua minggu dah. Aku busy sangat di sini. Lagipun waktu kan berbeza di sini dengan Malaysia. So, (ngah berfikir~!!) aku buat keputusan yang aku akan cerita pasal shopping tu lain kali yerk. 


tolong aku ke london>Aku sebelum fly: di KLIA<



Kali ini, aku akan cerita pasal pegorbanan dan pertolongan yang aku terima daripada orang-orang disekeliling aku semasa aku buat persediaan untuk terbang dulu. Mungkin tidak terkejut sekiranya tiba-tiba aku menitiskan air mata semasa taip nie. [T.T] Tapi tak mengapa sebab korang bukan tahu pun kan?! Mungkin entri ini akan menjadi bosan ataupun bukan yang korang harapkan tapi aku tetap nak kongsi pengorbanan diorang semua di sekeliling aku. Aku janji yang next time aku tulis entri pasal shopping di London~!! J.A.N.J.I. !.!.


Trimas Kepada : AyahKu [Long Hassan Long Chik]
Sebab?! : Aku paling berterima kasih kepada ayahku. Ayah aku bekas tentera. Jadi, korang paham-paham lah macam mana kan perangai dia. Aku bukan datang dari keluarga senang dan untuk fly ke London, aku perlukan banyak duit untuk persediaan dan macam-macam lagilah. Aku dan ayah aku akan ke tempat-tempat bundle, pasar-pasar malam, tempat jual pakaian murah dan macam-macam lagi untuk cari pakaian untuk dibawa fly. Aku tak kisah langsung pasal brand! Ayah aku tak pandai bawa kereta. So, kami berdua ke mana-mana just dengan motor kapcai ayah aku. Kalau hujan ke, kami redah saja. Balik rumah, terus kena bebel dengan mak. Kami berdua tak beli brand-brand mahal. Mydin dan Giant dah cukup selain daripada pasar-pasar malam. Memandangkan aku takda lesen lagi masa itu, jadi ayah akulah yang bawa aku ke mana-mana sahaja dan melayan kerenah aku. Untuk cari kot untuk aku pakai masa fly, ayah aku pergi banyak betul pasar malam untuk cari yang sesuai. Dah jumpa, tapi dia rendam kot tu dalam air dan habis rosak. Kena beli yang mahal pastu. Kesian ayah aku~!! Memang banyak barang nak kena beli dan ayah aku yang teman aku ke semua tempat. Dia hantar aku dan datang ambil aku semula pastu. Baju sejuk aku pun just beli di pusat bundle kawan ayah aku.


tolong aku ke london>Ayah di kanan aku dan atuk di kiri aku<



tolong aku ke london>Picture with mak dan adik aku 2 orang<


Trimas Kepada : IbuKu [Norisyah binti Muda]
Sebab?! : Mak aku umpama menteri kewangan dalam family aku. Dia yang uruskan semua pasal duit. Selepas kot bundle rosak, mak aku keluarkan wang simpanan dia untuk belikan aku kot berharga RM700. Rasa rugi pun ada sebab pakai beberapa kali sahaja. Tapi, mak aku tetap berkeras nak bagi gak. Selain itu, mak aku juga bagi dalam RM1000 untuk aku belanja di London sebagai tambahan kepada wang yang PETRONAS bagi untuk persediaan. Kalau ayah aku sibuk, mak aku yang hantar dan ambil aku di mana-mana pon. Mak aku yang pandu kereta semasa nak hantar aku ke airport. Memang tahanlah mak aku pandu kereta. Mak aku tak berkira mana bab duit dan selalu suruh aku beli barang mahal sikit untuk bawa ke London tapi aku taknak. Lebih baik duit itu bagi kepada adik-adik aku yang lain. Aku anak sulong, kena mampu berdikari. Selain itu, mak aku juga antara yang mengalirkan air mata semasa nak hantar aku. (sorry..payah aku nak tulis panjang lagi~!!)



tolong aku ke london
>Berhenti rehat on the way ke Nilai<


Trimas Kepada : Adik-beradik, ahli keluarga besar dan atuk-nenek.

Sebab?! : Semasa aku nak fly, aku dihantar oleh 3 buah family yang besar. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku turut serta dalam menghantar aku ke KLIA. Nenek aku memang sayang aku. Kuat tul dia nangis semasa hantar aku hari itu. Atuk aku memang macholah. Walaupun hari itu adalah hari raya kelima, tapi mereka semua sanggup spend masa untuk hantar aku. Dalam 3-4 buah biji kenderaan yang iringi aku ke KLIA. Lagipun ini adalah first time dalam keluarga besar aku yang akan fly ke luar negara. Diorang semua memang betul-betul sanggup tolong aku dan aku akan ingat pengorbanan diorang semua. Lagipun, minyak kereta dan penginapan bukannya murah. Trimas kepada mak aku lagi sekali sebab sanggup tanggung semua perbelanjaan itu.



tolong aku ke london>Bersama-sama kawan-kawan di KL<


Trimas Kepada : Kawan-kawanKu [Zaki, Faiz-Faiz, Dollah, Qama dll]
Sebab?! : Memang betul-betul payah nak buat visa. So, takkanlah aku nak ulang-alik ke Terengganu. Jadi, aku tumpang rumah Zaki selama sebulan. Memang lama aku tumpang dan memang dah segan gila tapi selamat family dia tak kisah. Selepas itu, nak buat visa, kena datang awal ke pejabat Kedutaan British. Jadi, aku tumpang bermalam di rumah Dollah yang terletak di sebelah Kedutaan itu. Qama, Faiz dan lain-lain juga menemani aku sepanjang masa aku ada di KL. Dan diorang juga temani aku dalam segala proses untuk apply visa. Dahla masa itu bulan Ramadhan. Jadi, memang seksa kehidupan masa itu. =_="

Trimas Kepada : Lain-lain
Sebab?! : Trimas juga kepada bantuan ramai lagi pihak-pihak lain yang membolehkan aku terbang ke London sekarang. Cikgu-cikgu aku di KTJ, MRSM dan lain-lain, student advisor PETRONAS dan ramai lagi yang memberi bantuan kepada aku. Aku hargai bantuan korang semua dan akan aku tebus semula nanti.



tolong aku ke london>Final photo before aku depart ke London<



Jadi, begitulah kisah aku semasa mula-mula nak terbang ke London dahulu. Aku amat menghargai dan berterima kasih kepada semua yang sudi menolong aku semasa aku berada di dalam kesusahan dahulu. Terutamanya parents aku. Aku sayang korang semua. InsyAllah dalam masa terdekat, aku akan telefon orang-orang di Malaysia.



*Minta maaf sebab tiada info baru pasal London* 
[Happy Chinese New Year to all Chinese: Angpow pelis~!!]
    Related Posts with Thumbnails